Assalamualaikum.
BEWARE, entry ini tidak semanis tajuk.
Alhamdulillah. Selesai sudah Interschool Debate Championship 2011 yang berlansung di UIAM Gombak semalam. ok ayat dah macam dalam newspaper pulak :)
apa perasaan?
lega sebab dah habis :)
jawapan tak tulus lansung, ingatkan sedih ke apa kan. huhu. betul, itulah jawapan saya.
selama 10 hari di Gombak, saya macam. erm. macam. tak tahu nak describe macam mana.
apa yang saya boleh cakap, saya rindu USRAH. saya rindu PENGISIAN, PENCERAHAN. silap juga tak cari masa nak habiskan buku2 yang saya beli, tapi betul, saya tak nampak masa luang. masa luang itu ada, tapi dihebohkan dengan perkara2 yang, entah. *sedih*
Pengalaman.
sebenarnya, saya bukanlah komiti harapan yang di appoint bila depa browse nama saya. nama saya sekadar di pinggiran, itu pun setelah saya 'gatal' nak letak nama dalam waiting list. tapi serius saya tak expect pun akan di pilih sebagai 'menggantikan orang'. saya cuma teruja nak letak nama kat situ, so saya letak. dan pada waktu saya letak nama kat waiting list, saya dah tanamkan tekad. "kalau aku diterima, bermakna aku akan keseorangan." memang keseorangan pun at 1st. bayangkan, hanya saya sorang batch 10- budak kuantan yang ada di gombak sewaktu pendaftaran. apakah?
tujuan saya apply pun, mudah. saya nakkan pengalaman. sijil+merit tambahan itu saya tolak tepi sebab sepanjang mengikuti program di uia, saya tak nampak pertambahan merit pun :|
dan of kos, saya tekadkan niat "Kerana Allah" sebab saya takut dengan hebohan orang ramai mengenai gombak, yang katanya sosial dan sebagainya. well, dah lah tak kenal sorang [eh, tipu] pun kat pertandingan debat ni, so kena lebih pandai jaga diri dan iman lah nampaknya.
Hari Isnin, 11 Julai, saya dikehendaki melapor diri dan menghadiri Mass Gathering di Moot Court AIKOL. sebab keterujaan [ceh], saya bertolak pukul 715 pagi camtu. akhirnya sampai Gombak pukul 8 tepat. hamek hang. apa nak buat 1 jam setengah lagi nih. akhirnya mengabdikan diri kat masjid SHAS yang megah gituh.
keluar masjid, saya ke HS Cafe sorang2. SORANG SORANG. sedih tak sedih bunyiknya. ok fine saya online. tapi takde pulak orang online pagi2 hari tu kan. maka, buka lah segala blog dan tumblr untuk di stalk :)
tepat pukul 915 pagi, saya berjalan ke AIKOL. macam foreigner pun ada jugak sebab saya asyik selisih dengan mereka je. maklumlah, dah takde semester kat Gombak buat masa ni. sampai je di AIKOL, of kos lah pintu Moot Court adalah yang pertama saya jumpa. tapi al-pelik bin ajaib, hanya beberapa orang yakni tak sampai 10 org kat situ. my expectation budak Law akan sampai awal lah kan. padahal.
ok fine. saya rasa macam kat uni lain pun ada. seriously, it is great if you are going to a place that no ones knowing u and vice versa, and u need to act independently and make some new friends. tapi kalau situasi ni susah sikit. u know some people. and that some people don't turn up at the moment. and other people might knowing u [perasan]. people looking at you like,"aku kenal minah ni". and you react the same, "aku kenal, tapi tak tau nama dia apa." yeah, that situation memang sangat tak best. untuk cover things up, maka mulalah sesi taaruf beramai-ramai =.="
waktu tu, tangan ni dah giat mesej semua orang yang saya kenal dan tau mereka akan balas ASAP. esp Gombak ppl.
masyarakat kian bertambah. saya duduk di kerusi banquet meja bulat bagai di tengah2 laluan depan moot court tu. sorangsorang again. tiba2, ada la sister ni duduk setentang dengan saya. kami berbalas senyuman, tanda "ok fine, duduklah, saya takde kawan nih".
saya mula bertanya, budak gombak ke. then sister tu mengiyakan, ceh bangga. tiba2 segerombolan sisters datang kat dia dan menyeret2 kerusi di kiri saya ke arah sister tu. dorang tak pandang. ok, senyum je.
TIBA-TIBA [ceh huruf besau], ada lah dua orang brothers nih [ok tak layak sikit nak panggil 'akhi' u shud know why] menghampiri sister yang saya tegur tadi dan melambai2 ke arah sisters yang tetiba datang tadi. ok, sangat ranggi sangat KL-ites :P dan yang paling saya pelik, tetiba je bro [shortform terus] tu terus seret kerusi dari meja lain, duduk sebelah kanan saya bagi memenuhkan meja bulat tu. oh my~ ini sudah lebeh. buat lah ada orang nampak, tak memasal dorang bagi impression lain kat saya. tak boleh jadi ni.
tahan lah dua minit, tengok bro tu buat dhek je, saya pun bangun dan berlalu =.=" situasi ni JARANG berlaku di kuantan ye people. please take note. ini perbezaan pertama. tyme ni, saya mula terfikir, "apa yang aku buat kat gombak ni?"
jam dah menunjukkan hampir pukul 10 pagi. pintu moot court baru nak dibuka, and lampu pun baru nak on. sabar je lah. orang makin ramai. orang yang di cari tak menonjolkan diri. hati bertambah risau, nasib baik ada sorang ni, junior saya budak Law saya kenal. she's my groupmate tyme McLead. fuh. Allah bagi kemudahan di situ.
tiba-tiba dorang suruh masuk. ingatkan moot court tu macam hall biasa. rupanya macam lecture hall kat kuantan. bila masuk ikut pintu depan, paham2 lah. semua rebut nak duduk belakang. last2 saya duduk 2 barisan dari hadapan. YES dah macam mainboard pulak =.=
walaupun duduk di depan, mata saya ni agak tak lowering the gaze lah. ye lah, nak cari jugak ada tak kawan2 yang saya kenal. orang2 di barisan hadapan ni semuanya pendebat UIA a.k.a mainboard lah pulak.
ok lah, malas pulak nak taip ikut kronologi. baik update apa yang best je :P

saya tak nafikan lah, event ni best. get involve in organizing an event lagi best. apa yang best? sebab dapat PENGALAMAN, KAWAN BARU, JOBSCOPE BARU [kalau tak hadap nak jadi mainboard lah kan ;) ]. tapi biasalah, dalam membina persahabatan baru, kita tak terlepas untuk berhadapan situasi baru yang mungkin macam fake pada mulanya, lepas tu our true colours akan 'menceriakan' suasana :)
MACAM MACAM jenis orang saya jumpa kat event ni. esp bab committees lah kan. committees kami ada 320+ orang. biro saya which is biro welfare sahaja ada 150 orang. major huh. so dalam 320 orang tu, memang macam2 ragam lah saya jumpa.
saya bukan nak timbulkan sentimen macam NILAI PJ dulu. tapi, perbezaan itu ketara sangatlah. kenapalah ada jurang di antara kita nih? sedih tau.
pardon me for any rude words i'm using here.
ini merupakan kali pertama saya join event untuk main campus level. pertama kalinya dalam 1st year nih. bak kata orang tu, "suci dari segala kelab dan persatuan kat main camp". ok, itu ayat budak gombak jugak. thanks. sebelum ni, saya join program akhawat je. bukan nak cakap saya ni baik ke suci ke, tapi to be frank, ini yang 1st, melibatkan ikhwah. ok, brothers.
saya memang TERKEZUTT lah bila keadaan tak seperti yang saya expect. terasa macam kat universiti lain, itu sangat benar.
saya terkejut bila time roll call, ada brother selamba badak duduk sebelah saya kat lecture hall. pastu yang lain2 pun sama, dorang selamba je duduk2 sebelah brothers sisters. isy, GERAM ok!
T_T takde buat jurang lelaki perempuan, main tibai je.
2ndly, bila kat kuantan, mesti rasa macam,"kenapa semacam je pakaian aku nih? ada yang tak lengkap lagi ke?" =.=
malu sangat kalau selisih dengan akhawat bertudung labuh litup lengkap berjubah. rasa lebih selesa kalau bertudung straight ke bawah, tak payah susah2 nak lilit2 kiri kanan.
tapi, tidak kat gombak.
skinny jeans itu biasa ok. lelaki perempuan sama je. tudung tu, alah, selimpang je lah. simple ok. alah, tak payah susah2 nak tukar ke baju lengan panjang, sarung je cardigan or sweater. weyh, tak payah nak pakai kasut tutup sangatlahh. pakai selipar sudah. simple kan hidup? uolszzz, sekarang trend Hana Tajima pakai selendang ok. jom tgk tutorial Maria Elena cara pakai selendang. *sedih*
boleh tak nak cakap, kat dalam hall yang kitorang gather tu, hanya sorang je yang bertudung labuh litup, itupun budak KAED. bukan IRK ok.
yang tudung biasa macam saya, adalah 2-3 org, termasuk saya.
ok, saya tak judge melalui pakaian, tapi, apa lagi yang saya boleh impressed kalau bukan pakaian as our 1st impression? :(
GAMBAR. oh my~ tangkap gambar lelaki perempuan ni normal aje. rilek sudah. bukannya kapel pun. kawan jerrr. =.="
isu solat, tazkirah, doa pembuka dan penutup. =.=
apa lagi, named it. semuanya. berbeza.
lagi menepuk dahi apabila ada segerombolan brothers yang bertindak tak macam brothers ketika event =.= [u noe what i mean]
perlu ke saya cakap sebab dorang budak Laws, so kena social?
tapi, bukan semuanya budak Laws, mostly je.
Ujian berkawan =.="
tak kena tajuk dengan gambar? ada. ada kaitannya :)
saya tak kenal ramai ketika event. adalah beberapa orang, yang paling ngam adalah roommates saya yang lagi 7 org. mereka semua budak kuantan, except for this sister, dia masih di Asasi PJ course laws. kira dia baru masuk PJ arituh. hehe.
kalau yang kenal ketika CFS, adalah beberapa orang juga. itu pun tak kenal secara rapat. tapi, alhamdulillah, ada lah sorang ni, saya KENAL sangat. tapi dia biro lain. so, kami jarang lah pulak berjumpa :|
saya rasa dia je yang saya kenal as if KENAL. yang lain, ingat2 lupa, or FRESHLY kenal.
dan kami cukup diuji dengan mata2 tajam dari orang lain yang seolah-olah tidak menyenangi kami berkawan. tuntas di situ.
haila.
dah puas?
puas la jugak boleh share kat sini. bukannya mengutuk atau apa. sekadar ingin memberitahu supaya sesiapa nak join event lagi lepas ni, boleh lah prepare apa yang patut supaya tak culture shock sangat. saya harap isi kandungan ni tak terulang lagi lepas ni. bolehlah kita berdakwah kat tempat2 yang sepatutnya, yang mungkin kita expect macam,"alah, ni UIA kot, takkan nak berdakwah kat sini lagi?". tidak ye tuan puan. perlu berdakwah, walaupun di MASJID.
itu part yang tak berapa best. hehe. apa yang saya dapat di event ni?
1. of course lah sijil+merit tambahan. sijil dah dapat, merit tu wallahu'alam. tengok je lah.
2. makan free sepanjang 10 hari. tapi mostly breakfast diorang tak dapat provide. tapi alhamdulillah yang lain tak terkira :)
3. kawan baru :)
4. perbaharui ukhuwwah dengan kawan lama :P
5. semakin mengenali, malah menghafal bilik2 di ECONSS and AIKOL :|
heh. tu je kot.
ok lah, ini lah gambar sepanjang event [yang saya smpat tangkap] :D

thats all. thanks :)
p/s : saya harap semua stay the same for another 4 years. oh, jangan libatkan diri dengan benda2 negatif ok. jangan teringin nak jadi diva pulak, kalau dah namanya lelaki :(