
"Menyesal tidak?" Tiba-tiba Masyitah melontarkan soalan, mengundang angkatan dua kening Hariz Arifi.
"Menyesal?"
"Kahwin dengan saya?"
Hariz Arifi tersengih. Kemudian menggeleng. "Tidak pernah menyesal."
"Betul? Kahwin dengan orang tak pandai masak, tak solehah, TAK MENONJOL DALAM DAKWAH DAN TARBIYAH." Masyitah mengangkat satu persatu jarinya seakan membilang. Hariz setia mendengar.
"Tidak banyak menghafal al-Quran, tajwid pun tak hebat, hari-hari asyik kena kejut Subuh, ibadah sunat kurang. Tak penyayang, asyik belajar sahaja,. Tidak pandai layan awak, tidak....."
........
"Untuk saya, cukup sekadar awak bernafas di sisi saya. Biar saya yang masak. Biar saya yang kemas rumah. Biar saya yang baca al-Quran untuk awak. Biar saya yang hari-hari kejut awak Subuh. Biar saya yang penyayang. Biar saya yang ambil berat. Biar saya yang asyik layan awak. Biar saya buat semua," Hariz Arifi menyempurnakan bicara.
:')
"Saya bukan Masyitah zaman Nabi Musa. Setahun setengah ni, banyak saya susahkan awak. Lebih-lebih lagi dalam hal DAKWAH DAN TARBIYYAH. Sahabat-sahabat lain yang macam awak, isteri mereka semuanya hebat-hebat. Semua kehadapan sama-sama. Saya..." Masyitah menunduk.
"Mana ada awak tidak bantu dalam dakwah dan tarbiyyah?"
"Eh? Ada saya bantu?" Masyitah berfikir. Ada bagi ceramah? Tidak ada. Ada bagi idea? Pun tidak ada. Ikut program sebagai orang biasa, adalah. Menjadi penggerak, pemikir, tidak pernah.
"Ada. Apabila awak ada di sisi saya, saya jadi kuat. Bila saya jadi kuat, saya lebih semangat dalam melaksanakan dakwah dan tarbiyyah. Apabila saya bersemangat, kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah menjadi lancar. Apabila kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah berjalan lebih lancar, insyaAllah, ramai orang akan mendapat manfaat."
Masyitah terpana.
***
"Sebenarnya, ana tidak sangka anta akan pilih dia," Dr. Ali Zahidi bersuara selepas menelan makanannya. Matanya memandang tepat Hariz.
"Kenapa Abang Ali cakap begitu?"
"Iyalah. Dalam organisasi kita, ramai lagi akhawat yang berkaliber, yang boleh bersama-sama dengan anta dalam melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini, yang boleh ke hadapan dengan anta."
Hariz diam.
"Memilih yang telah siap di proses, lebih mudah. Makan kita boleh buat banyak kerja lagi. Boleh bergerak lebih jauh lagi."
"Teori itu memang benar."
"Jadi, kenapa dulu anta pilih dia?"
"Sebab dari segi praktikalnya, teori itu tidak berjalan buat saya."
.....
"Tahukah Abang Ali bahawa, saya menjadi bermanfaat sebagaimana yang Abang Ali nyatakan hari ini, dengan kehadiran siapa?"
Dr. Ali Zahidi diam.
"Dia." Hariz menunjuk ke arah Masyitah yang khusyuk bersama Dr. Maryam, isteri Dr. Ali.
"Dia memang bukan Masyitah zaman Nabi Musa. Saya hidup dalam realiti, sebab itu saya mampu menerimanya."
Benar. Realiti.
Rata-rata hari ini orang terbiasa dengan kesempurnaan fantasi. Mencari hanya yang sempurna. Kemudian kecewa apabila melihat kecacatan selepas perkahwinan.
***
Matanya memandang ke satu sudut bilik. Satu lembaga sedang duduk bersimpuh dilimpahi cahaya jingga dari lampu tidur.
Hariz Arifi.
"Rajin betul suami aku," gumam Masyitah. Malu sendiri.
Hariz Arifi hanya mengejutkannya pada malam Jumaat, tetapi dia tahu, suaminya itu hampir setiap malam akan bangun melaksanakan qiyamullail jika tiada keuzuran.
"Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Ya Allah, rahmatilah Masyitah."
Eh? Masyitah? Nama aku............
"Ya Allah, jadikanlah Masyitah itu wanita yang Kau redhai dan jagalah dia. Permudahkan segala urusannya. Golongkanlah dia dalam golongan orang yang berjaya, cemerlang dalam segala hal, khususnya dalam ketaatan kepadaMu dan dalam perjalanannya menuntut ilmu."
Aku pernah mendoakan dia tak? Tiba-tiba Masyitah mempersoalkan dirinya. Jangan kata doakan Hariz, doa untuk diri sendiri pun kadang kala sahaja. Isy!
Tiba-tiba matanya terasa berkaca.
***
"Lawa tak matahari itu?" Hariz Arifi memanjangkan tangan, menunjuk ke arah mentari dengan jari telunjuk. Matahari itu hampir terbenam ditelan horizon tatkala senja kian menjelang.
"Lawa."
"Awak adalah Matahari saya."
"Matahari?"
"Matahari adalah sumber tenaga. Matahari juga adalah paksi dalam keseimbangan sistem solar kita. Matahari adalah penunjuk arah. Awak adalah semua itu. Tanpa awak, saya samalah seperti bumi hidup tanpa matahari, gelap, tidak hidup. Tanpa awak, saya samalah seperti sistem solar kita ini tanpa matahari, tidak seimbang dan bergerak ke arah kehancuran."
Masyitah tidak mampu berbicara apa-apa. Momen momen seperti ini membuatkan dadanya sebak. Dia sepeti ingin menangis.
"Untuk jawapan kepada soalan kenapa saya bawa awak bercuti adalah....."
Apa lagi? Hariz Arifi, awak memang pandai buat jiwa saya tunggang terbalik!
"Selamat Hari Lahir."
^__^
"Saya janji akan berusaha dengan lebih baik lagi. Biar benar-benar boleh jadi matahari awak, ibarat Masyitah pada zaman Nabi Musa, yang tegiuh terjun ke dalam didihan syurga."
*************
some quotations taken from cerpen Masyitah dalam kompilasi Matahari, by Akh Hilal Asyraf. Of course bukan saya buat ceritera nih, saya tak kreatif dan tak pandai bermain kata :)
Sekali baca, macam geli pun ada. Dua kali baca, terselit hikmahnya.
Entah kenapa, saya rasa macam saya bakal berhadapan dengan situasi pertama di atas. Bukan kerana bakal/calon suami itu hebat. Bukan. Tetapi kerana diri ini berjela kekurangan :(
Kita tidak perlukan kesempurnaan untuk menjadi sempurna. Kadang-kadang dengan keTIDAKsempurnaan itu, menyempurnakan kita di mata orang lain.
Disebabkan ketidaksempurnaan kita, apabila digabungkan dengan ketidaksempurnaan orang lain di alam REALITI, insyaAllah menghasilkan sesuatu yang lebih indah daripada sempurna.
Ianya berlaku dengan izin tidak lain dan tidak bukan, Yang Maha Sempurna :)
#Nakjadiwanitasolehah!
amin ramai-ramai~