Sunday, August 29, 2010

let the pictures tell..

bismillahirrahmanirrahim...

salam Ramadhan dari PJ.. :)

Khamis lepas, merupakan kali pertama kaki ni menjejakkan bumi Gombak. UIAM Gombak to be frank.
Excited nye, hanya Allah yang Maha Mengetahui.. :D

tepat pukul 4:09 ptg, saya dan Madam Humai had reached the main gate. Tapi seriously, memanglah excited terlebih, tapi tak se excited mana sgt. Sebab I got feeling yang saya takkan masuk dan study di situ, so teruja lain je.

pukul 4, biasalah, time orang balik kelas. Yang officers and lecturers pulak dah berkejar2 kat Main Gate, nak balik rumah utk persiapan berbuka. Kene pulak esoknya cuti umum, so agak hectic kat depan Admin tuh.

First building that we reached is of course Institute of Education or Insted. Sebab Madam nak fetch her daughter yang study TEASL kat situ..

kepergian saya ke Gombak, untuk 3 hari dan dua malam, memang best. Seronok sangat. Dengan jumpa kawan2 time kat Asasi PJ, dengan geng usrah, study circle, family FSCC, family Baksis, teman baik, classmate form three, named it, sume jumpa, alhamdulillah. Cuma tak sempat nak melawat bilik diorang [sebab sume ajak mai bilik diorang] disebabkan masa yang terhad, lagi pun takde transport yang khusus nak ke Mahallah yang berlainan. Takkan nak jalan kaki? fuh...... insyaAllah akan di usahakan utk dtg lagi lepas raya. :)





pemandangan sunrise dari bilik Haziqah.. yang bercahaya dekat atas bukit itulah Mahallah Salahudin. Mampu nak jalan ke sana sempena bulan Ramadhan yang terik kat Gombak ni? Lain kali lah sy try.. :p



Female sport complex, dari compartment Haziqah. Amat dekat! Kalau tak exercise jugak tak tahulah. Kat dalam pun ad pool size olympic katanya. Sebenarnya nak pergi, tapi tutup pulak sempena bulan Ramadhan ni.. Kelihatan juga kabus, gambar ni time pagi..



Cultural Activity Centre atau CAC [bukan Culture and Arts Club ok]. Hall ni paling besar kat Gombak, lagi besar dari Main Auditorium dan of course, dari Al Malik Faisal Hall kat PJ nih.. Kat sini juga berlakunya sume event2 besar kat Gombak e.g Taaruf Week. Dalam hall ni ada juga LT [Lecture Theatre] kecik2 utk Mass Lecture subjek. Tapi saya tak sempat nak masuk sebab katanya dewan ni dikunci dan dibuka kalau ada event tertentu je..



Masjid Sultan Haji Ahmad Shah atau SHAS Mosque. Masjid ni merupakan bangunan pertama yang dibina kat Gombak, diiringi bangunan2 kuliyyah disekitarnya. So nak habaq yang masjid ni betul2 kat center Gombak. Besar dan sangat lawa. Ground floor utk brothers, dan level atas utk sisters..



ehem.. ni je Kuliyyah yang saya mampu pergi sebab berdekatan dengan library.
:-)


University students kalau tak tahu tempat ni, tak tahulah..
UIAM pun ada usaha nak menggalakkan students2nya berpidato atau berlatih pengucapan awam. Salah satu usahanya adalah dengan mengadakan Expressive Corner yang terletak di sebelah Cafe HS, berdekatan dengan Azman Hashim Complex. Kalau di UM dan di Barat, corner ini dipanggil Speaker's Corner. Sapa2 je boleh berpidato, berbahas, berpuisi etc etc kat sini. Just step onto mini stage tuh. Kalau ada rezeki, ada la orang lalu and tengok.
:-)


Library yang cantik, dan mantop habis. Maybe sbb sy tak pernah pergi National Library.
Yg penting library ni memang best! Ada 5 levels kalau tak silap, dan setiap level tertakhluk dengan kuliyyah. Saya hanya pergi level utk Kuliyyah Edu dan Laws je.. Mmg beneficial utk student Laws..



Iftar Jamaie family Baksis kat Cafe Edu.. kelihatan PM, Hafiz sedang bg kata2 aluan dan brief sket.. :)



suasana bazaar Ramadhan di Convest Hill, Gombak. Air mata kucing dye memang peh!



Institute of Education or Insted. First picture taken in Gombak..

terima kasih yang tak terhingga utk Haziqah dan roommates yang memang terbaik dan cool habis. Tak sabar nak pergi lagi utk kali ke-2 :-)

Wednesday, August 25, 2010

--'

bismillahirrahmanirrahim..


"memang penat kalau nak jaga hati orang kan...."



[sigh] --'

Monday, August 23, 2010

tabiat..


bismillahirrahmanirrahim..

saya berada dalam 2 minggu terakhir di CFS, dan juga bakal menyusul, 2 minggu terakhir bulan Ramadhan. Cepat sungguhlah masa berlalu. :)

latest news, Hilal Asyraf nak mai cfs pj, 26 Ogos ni. wah. adakah peluang utk saya berbuka dengan beliau? :D
[tak2. tak sempat.]

cakap pasal berbuka ni, sampai ke hari ni, baru sekali saya berbuka di luar. Itupun dengan family [tak pernah buka luar dengan orang lain]. Selalunya, adalah dalam 4,5 kali juga. Tapi tahun ni mungkin disebabkan semester terakhir saya, plus baru berpindah rumah menyebabkan masa senggang itu walah. :|
tapi, makin dah 'berumur' ni makin sedar, tak best pun sebenarnya berbuka kat luar.

kat Malaysia ni, dah menjadi 'budaya' yang bakal berakar umbi, untuk setiap hotel menawarkan makanan2 yang 'menarik' dan melampau banyaknya ketika bulan Ramadhan. Antara perkara 'penting' yang dijaja dan dipromote dalam banner dan buntings adalah "Kami menawarkan 99 jenis makanan".

99 jenis makanan??? padahal kalau hari-hari biasa, berapa lah sangat. Kat rumah, maksimum kalau nak penuh satu meja pun dalam 4,5 lauk. Itupun jarang yang amat, kalau kat rumah saya. Kalau 99? sempat ke nak habiskan sume?

soalan penting, CUKUP ke ruang dalam PERUT nak mengisi semua makanan tuh, dalam masa 4 jam [730-1130 p.m]?

dan, dah menjadi satu kebiasaan orang 'Melayu', untuk mengambil kalau boleh semua jenis makanan [nak dijadikan sampel kat meja mungkin] yang dihidangkan kat buffet stretch, atleast setengah jam before berbuka. Lepas tuh, tak habis. Itu memang pemandangan biasa, tak perlu hairan sangat kalau kat hotel. Time amik, bagai nak rak. Selfish betul, nafsu punya pasal. Muka dahlah bengis. Puasa lah katakan.

pembaziran dalam bulan Ramadhan seperti tak di endahkan.

"Takpelah.. setahun sekali.."

bagusla.

itu baru 'bukak cerita' pasal hidangan lauk dan makanan. Pembaziran di meja makan. Belum cerita pasal HARGA lagi.

saya baca kolum Pak Nil at Metro Ahad edisi bila ntah. Rupa-rupanya ada sebuah hotel caj RM400+ utk seorang, hanya utk berbuka???

Sanggup ke nak bayar mahal-mahal camtu, hanya utk makan?
Untuk makan, dan tak semua makanan kita dpt rasa pun?
Lepas tu, belum tambah duit minyak nak pergi hotel yang jauh tengah bandar, ditambah dengan traffic jam yang menggila setiap hari?
Dan itu baru caj utk sorang, takkanlah kita nak berbuka sorang2, atleast mesti kene bawak sorang lagi teman.
gedebak gedebuk RM1000+ jadinya. Berbuka sahaja. Untuk satu hari. Di hotel.

Belum campur tolak maklumat hanya 50+buah hotel je yang mempunyai sijil HALAL kat Malaysia ni, out of 2000+ hotels!

Hebat kan orang Malaysia. Ya, Malaysia boleh!

bila dah berbuka kat luar ni, especially kalau kat warung2 atau restoran2 yang kita pun cam desperate sebab nak berbuka sahaja, memanglah tidak menyediakan kemudahan musolla. Maka, susahlah nak menunaikan solat Maghrib then. Kalau kat hotel pulak, mau kene beratur panjang. Kalau nak lengang, berbuka sedikit dulu, then terus solat. Kalau pukul 755 baru nak bangun dari kerusi, dengan perut yang penuh nak solat pulak, tengok2 musolla penuh, memang tunggu Isyak sekali la nampaknya!

Terawikh berjemaah kat masjid memang tidaklah. Tapi boleh consider sebab dlm kategori solat sunat. Hmm.

tapi, apa yang best, sebab jalan memang lengang dari pukul 730-900.. memang kalau nak berdiri tengah jalan pun boleh. Sebab sume tgh berbuka kat meja makan.

Itulah coretan saya utk Ramadhan.Diharap dapat mengetuk minda sedikit supaya menjadikan Ramadhan kita tidak terlalu tipikal macam Ramadhan2 sebelum ni. :)

Belum cerita bab Syawal.

Lagu raya pun tak dimainkan lagi, kalau kat Singapore, dah siap iklan raya dah.

Sekarang tengah plan nak buat kuih apa utk Syawal nanti, memandangkan jumlah kali ni macam 'ramai' je.

Selamat beramal. :)

Thursday, August 19, 2010

hatiku berkata-kata..






bismillahirrahmanirrahim..

~salam Ramadhan semua~



tak tahulah kenapa dua tiga menjak ni makin terpikat melihat 'keayuan', kesantunan pakaian itu. :)

Bukan tak mahu pakai, rasanya dah mendapat 'seruan' sikit2, menuju ke arah pakaian itu. Tapi masih ada rasa ragu-ragu tentang keadaan diri, menyebabkan rasa nak memulakan tu, 'tak cukup kuat' lagi.

Indahnya syariat Islam kan. Diberinya kepada kita, kaum Hawa garis panduan berpakaian, sejajar dengan keperluan serta 'keindahan' makhluk yang bernama Hawa itu sendiri..

Saya akui, dari segi pemakaian saya, tidaklah perfect mana pun. Masih dalam waktu memperbaik diri. Alhamdulillah masih bertudung.

Dan bukan niat saya nak mempersoal keadaan hiasan yang bernama tudung ini. Especially yang tidak memakai anak tudung. Atau selendang tipis lagi nipis, hampir2 nak transparent [- - "]

Sebab not much impressions can be described from how the way you dress yourself. Orang selalu cakap. Yang penting hati.

Saya tak berada di mana2 pihak untuk statement di atas. Bagi saya, cukuplah kalau kenal dulu peribadi seseorang, tak kiralah tudung nipis ke, tudung bawal ke, tudung labuh ke, atau tudung bulat sekalipun. Mungkin, pengalaman yang sikit, banyak mengajar saya supaya tidak terlalu judgemental terhadap pakaian seseorang, terhadap attitude mereka.

Tiba-tiba soalan muncul, kalau macam tu, kenapa Islam menggalakkan hubungan yang baik2, hati yang baik, semuanya baik-baik, seiring dengan langkah2 serta garis panduan menutup aurat "tertentu"?
Special kot perempuan. Semuanya wajib ditutup, kecuali muka dan tapak tangan. SEMUANYA ditutup!

Kalau betul lah sentimen, "Apa lah yang ada pada pakaian kita, yang penting hati..", tak payahlah Islam susah2 nak gariskan panduan pemakaian tu. Bukan tu sahaja, belum masuk bab perfume, hiasan dalam kain [loceng kaki etc] dan lain2. Susah sgt agaknye ye?

Makin terang pernyataan di sini, maksudnya Islam menjaga kaum perempuan ni, kerana semua yang berkaitan perempuan itu 'indah'.. sudahlah indah, bakal menghampiri fitnah yang melata pulak tuh..
Dan, dah menjadi KEWAJIPAN kita utk menjaga diri, bukan sekadar menjaga dari aspek jenayah luar je [e.g rogol, ragut etc] tapi juga dari jenayah 'spiritual' [e.g nafsu, syahwat, fitnah etc]. Maka, tak semua jinayat boleh ditepis melalui Martial Arts yang di pelajari, tapi boleh juga di tepis dengan menjaga segala basic sebasic2nye pada diri kita, iaitu pakaian. :)

bila hati berkata-kata...

Semalam, hati saya digugah lagi. Kali ni makin terasa 'getarnya'. Ini semua akibat dua orang sisters yang solat terawikh di saf hadapan saya, betul2 hadapan.

"sweetnye..."

Roommate kat sebelah dah bersuara. Dia memang suka puji2 orang cun nih. Saya pun mengalihkan pandangan ke hadapan. Ya Allah, memang sweet!

Saya yang perempuan pun cakap sweet, apatah lagi kaum brothers ek?

Subhanallah. Memang lawa. Saya lebih tertarik dekat sister yang berjubah biru muda [saya suka warna ni, utk jubah dan baju raihan :D] of course. Dengan dilitupi tudung labuh berwarna putih. Muka pulak cerah. Susuk yang mewangi, cam seindah perhiasan. Isy, memang lawa lah. Saya pula sedia maklum mengenai beliau. Beliau merupakan seorang hafizah..

Waktu tu, ada sesuatu meniup semangat dalam hati.....~


sejuknya hati kan :)



insyaAllah...




semoga Allah permudahkan urusanku. Kami.

Tuesday, August 17, 2010

apa yang perlu dikenang di CFS PJ?-Part One

bismillahirrahmanirrahim..

secara seriusnya, memang malam tadi dah terfikir-fikir apa yang nak di hebahkan di blog, memandangkan dah lama sangat tak bermanifestasi dengan blog ni. [Okay, kenapa dengan BM ku ini?] Sekali, tiba-tiba idea nak buat tribute-padahal-belum-grad-sepenuhnya hadir dalam fikiran.

Tiba-tiba online ni, tgk kawan baek punya, Diyanah dah tulis 10 perkara yang dia suka mengenai UIA. Tapi takpe, beliau punye lebih open atau umum, saya punye spesifik sket, UIA pj, atau CFS PJ Campus. [Okay, ini ayat officer]

Memandangkan saya tak snap gambar semua benda yang bakal saya rindu kat PJ nih, dan saya pun tak grad abeh lagi, fyi, so saya akan buat secara berperingkat, atau part by part. First2 skali, meh saya tunjukkan beberapa tempat serta alasan yang munasabah utk saya kenang mengenai tempat belajar saya selama 2 tahun ni.

Tempat jatuh lagi di kenang, apatah lagi tempat belajar dan berseronok ni kan. :(





Al-Malik Faisal Hall..

Kalau tiba-tiba anda ditakdirkan berkenalan dengan student UIA kan [kepada non-UIAns], dan anda pulak nak pastikan supaya he/she betul2 UIA, tanya kat beliau, "Tahu tak Al-Malik Faisal Hall?".
Kalau agak2 beliau cam terketar2 dan buat-buat tak dengar atau mengalihkan percakapan atau membuat reaksi pelik, konfem, beliau bukanlah student UIA.
Di sini lah medan pertama Ta'aruf saya atau kami, dengan UIA. Masuk2 je Main Gate semua sign atau directions ke arah dewan ni atau lebih dikenali sebagai AMF. Mana mungkin saya lupakan dewan ni? Semua ceruk saya tahu dalam dewan ni. Kalau anda dari Mahallah Abu Bakar, nak ke kelas di SMAWP, pastu ada Mak atau Pak Gad yang jaga kat depan dewan ni, saya boleh bagi map nak kasi short cut. :D
Yang paling penting, semua acara melibatkan Dean semua berlansung kat sini. Pastu kalau anda berada dalam mana clubs or societies, semua berebut-rebut nak buat event kat sini, yang hampir full-booked setiap kali kita nak book utk event. Gah la kira dewan ni. Walaupun tak macam auditorium. :) Ok, di sini juga berlansungnya peperiksaan yang melibatkan subjek yang ramai students. So, setiap kali exam, mesti ada atleast satu subjek yang exam venue nye kat sini. Tipu la kalau tak ingat/kenal. :|
Ok, saya pasti rindu kat dewan ni.


Volleyball, basketball and futsal courts kat Mahallah Umar al-Khattab I

Mesti pelik sebab saya sebut nama mahallah lelaki, tapi yang main kat court ni wanita, ape kes?
Jangan bimbang, ni semua gambar time event SMAC :)
Kenapa kene rindu court ni? Sebab court ni best, dan sangat susah nak 'approve' perempuan masuk. Al-maklumlah, sebelah mahallah lelaki kan, what do you expect? :)
So, sekali kalau perempuan dapat masuk, semua act macam tak pernah masuk court. Dan sekali kalau melangkah kat sini, rasa cam tak nak keluar dah. Nak main je! Macam nak pulun habis semua game yang ada. Tapi tu lah. Di sini antara tempat2 yang jarang melihat kelibat perempuan. Especially malam. Saya bet anda boleh melangkah ke tak dalam court2 nih, pada waktu malam. :)




Masjid Kolej Islam Malaya

Masjid ni memberi seribu kenangan dekat saya, dan kawan-kawan. Best tau iftar kat sini. Baru saya tahu rasanya berbuka dekat masjid. So sweet. :)
Other than that, ada kenangan silam seperti hilang-selipar-dan-pinjam-sat-selipar-orang :D
semua berlaku time first year. Alhamdulillah nak grad ni takde cerita2 kurang enak.
Masjid ni pun mengingatkan saya tentang Baksis. Saya, Hanisah dan Fifi menyapu hampir seluruh kawasan luar masjid. Baru saya tahu penatnya menjadi agen Daya Bersih :)



Nak tau tak, sunset kat PJ ni lawa.. tak caya? tengoklaa snapshot saya sempat ambil dari bilik kawan kat Mahallah Zainab nih. Dalam simpanan saya, ada la tak lebih sepuluh gambar sunsets sahaja. Sunset kat PJ. Tak tahulah kalau kat Kuantan boleh bet sunset kat sini. :(
Makin lawa kalau sunset itu selepas hujan. Ala, so sweet.
Indah ciptaan Allah.




Mungkin yang terakhir utk Part One. Saya tak tahu kenapa saya suka laboratory kat CFS PJ nih. Ok, ada nada gurau kat situ. Tapi best tau, especially wktu Biology Lab I dulu. Enjoy sangat. Dahla time buat discussion kene letak sekali ayat Qur'an. Ada ke universiti lain buat camtu? Betul lah cakap Diyanah, yang paling pening bila nak carik ayat utk Chemistry Lab. Haha. Ok, saya gelak :)


nantikan Part Two dan seterusnya. :)

khabar angin yang takde angin.

bismillahirrahmanirrahim..


rasa macam dah lama sangat tak tekan tekan keyboard laptop nih. Memang betul, urusan berpindah rumah yang tak selesai sepenuhnya, menyebabkan wi-fi takdak , ditambah pula dengan hari hari yang makin sibuk bilamana semester di CFS ni makin menampakkan pengakhiran akhir2 nih .

Menjenguk page sahabat baik, menulis entri tentang kematian, menginsafkan diri ini dalam bulan yang mulia nih. Sejujurnya, saya buka link kawan kepada Allahyarham Zulkhairi, student asasi UM yang terjatuh hari tuh. Kawan arwah itu memang cekal. Kalau saya lah yang berada di tempat beliau, memang jatuh terjelepuk kat situ juga. Serius, tak tabah. :(

teringat status Ust Hasrizal di Facebook , ketika awal Ramadhan hari tu . .




klik sini utk blog sahabat rapat itu..

Alhamdulillah . Masih dikurniakan nafas utk menikmati Ramadhan kali ini , walaupun saya tak tahu sampai hari ke berapa, minit keberapa sekalipun, tetap juga alhamdulillah atas nikmat2 ini.

Khabar angin..

Anda tahu apa itu khabar angin ? Ofkos bukan khabar yang diberikan via angin atau ada berkaitan dengan airbender tu .

Saya akui, semenjak dua menjak ni, saya sering di'momok'kan dengan cheritera2 yang kurang menarik mengenai seseorang.

saya pun, sangat tak pasti mengapa SAYA orang yang perlu mendengar semua cerita2 ini.. Dan saya lagi pelik kenapa cerita2 itu sangat bertentangan dengan apa yang saya kenal mengenai beliau. Dan lagi tambah memusykilkan is, siapa saya pada orang tersebut? Perlu ke cerita kat saya? ok fine, we WERE teammate, tapi sekarang bukan lagi, and he's busy mending his time with his new life.

Isy, sedih pulak :'(

Kalau betul lah semua cerita yang di ceritakan kepada saya tuh, memang rasa tertipu yang amat sangat..

Saya kenal beliau, sudah lama. Supposedly kami rakan sekerja ketika berpersatuan dalam Student Council dulu, malah saya kenal beliau, sebelum itu lagi. Sebelum sebelum itu lagi. Sebagai orang lain. Boleh jadi saya tahu kekurangan beliau di mana, dan bagaimana cara dan tindak tanduk beliau sepanjang satu sesi kami bersama, tetapi tak pernah ter-reveal pulak segala cacat cela beliau.

Tetapi, anda. Ye, ANDA, mahu mengatakan sesuatu yang kurang 'enak', walaupun belum satu SEMESTER bekerja dengan beliau, itupun indirectly, sangat KESILAPAN BESAR di situ.

Dan, ANDA juga, yang hanya kenal menerusi seorang adik beradik anda, mahu bercakap yang bukan2 mengenai beliau, tanpa mengenali dan entah entah beliau yang ANDA perkatakan tu pun tak tahu relationship anda dengan adik beradik anda itu, lagi satu kesalahan di situ.

Anda juga, yang sesedap rasa nak jadikan DIA adik beradik dalam list siblings kat Facebook, walaupun terang lagi nyata kamu sama umur dan berlainan jantina, dan juga belum satu SEMESTER bepersatuan dengan DIA, haih..

maaflah kata2 ini bakal mengguris hati sesiapa, tetapi telinga dan hati ini tak mampu dah nak dengar cerita2 kurang baik mengenai beliau.

Bukan niat saya nak menafikan kata2 anda semua, terima kasih sebab begitu beriya mengupdate kat saya, tapi saya cuba menepis kata2 itu sebaik mungkin. Dan saya tidak berada di mana2 pihak pun sebab bukan masalah saya di situ ^_^

Apa yang saya boleh back-up, saya back-up. Dah menjadi kewajipan saya meluruskan yang bengkok, memberitahu yang mana benar yang mana salah. Mungkin korang belum kenal , siapa dia lagi.

Ataupun saya yang tak begitu mengenali kan, wallahu'alam. Saya terima hakikat itu dengan hati terbuka.

Yang penting, saya had enough with the stories. Sudah2 lah. Takde nama lain yang wujud kat CFS ni ke? Kenapa di mana2 sahaja mesti menyebut nama beliau? haduih [=.="]

moral of the story, "Jangan percaya khabar angin! Saya tidak mudah tertipu, terkena dan tertelan sebegitu sahaja,ok. FYI."

jangan mudah percaya kata2 orang. esp yang 'kurang enak'.

Tuesday, August 10, 2010

cakap atau diam?

beginilah lebih kurang situasi itu terjadi. Tapi bukan di rumah ini, dan orang2 di sini. Situasi apa? sila baca selebihnya di bawah.. :)



bismillahirrahmanirrahim~


cakap atau diam?

saya rasa persoalan di atas sering bermain di fikiran tatkala dalam majlis, kelas mahupun dalam bilik sekalipun.

"Perlu ke aku cakap? or baik diam je?"

kadang2 kalau kita cakap tuh, bukan bermaksud nak mengiya atau menidakkan kata2 seseorang. Tapi sekadar memenuhi dan 'melayan' percakapan orang tersebut. Atau lebih spesifik, supaya taklah nampak kerek atau 'bad mood' time tuh. So, kita pun layanlah. Baguslah juga, niat nak menyambung ukhuwwah itu ada..

tapi, bagaimana kalau tersalah cakap? tersilap cakap?

parah.

saya paling ingat, suatu ketika, saya pernah menghadapi masalah ni. Masalah ke? Bukan masalah, tapi persimpangan. Secara jujur, peristiwa ni berlaku time Baktisiswa, dan merupakan antara pengalaman yang MENGAJAR saya supaya fikir habis-habisan before cakap. [mungkin ini je lah cara nak ajar saya. Allah bagi saya 'pengalaman' ni. Amek hang.]

Masih segar dalam ingatan, ketika itu, tengah berlansung program kemasyarakatan, di mana, komiti Baktisiswa telah berkunjung ke rumah2 yang kurang bernasib baik. Banyak juga, tak silap dalam berpuluh gitu. Jadi kami mewakili pihak UIAM telah mengagih2kan barang2 keperluan macam beras, tepung, gula, sabun etc kepada penghuni rumah terpilih itu.

setiap rumah yang terpilih, akan ada satu grup dalam kalangan komiti yang akan menguruskan dari mengetuk pintu, sehingga menemu ramah sikit ala2 taaruf, menyampaikan cenderamata dan saguhati, serta bacaan doa selamat sehinggalah keluar balik dari pintu yang sama.

al-kebetulan, group saya dah selesai dengan rumah kami. Tapi saya yang masih 'terkinja-kinja' [bukan melompat2 apatah lagi gedik] nak join group lain ke rumah yang lain2. So saya pun join je la.

bukan saya sorang yang mengamalkan itu ok.

Saya pun terus menuju ke rumah itu. Tak silap saya, di awal2 program juga.

Rumah itu di huni oleh seorang nenek, yang dah berusia, tinggal nenek itu sahaja, sebab ahli keluarga yang lain [tak pasti cucu atau anak] keluar bekerja time tuh. So, perkenalan kami di handle oleh mak angkat kepada Hanafi dan Haziq [komiti baksis].

Agak bertepatan dengan masa, saya juga kebetulan duduk paling dekat dengan nenek tersebut. To be frank, exactly sebelah mak angkat Hanafi tadi. Hanya bersimpuh di bawah, bersama Ada. Sebelah atau depan Ada, Aliff Watri. Memang dekat sebab ruang yang agak sempit. Yang lain, hanya berdiri di muka pintu [group yang terbabit] dan selebihnya, di luar rumah. Memang tak tahu apa yang jadi kat dalam rumah tu la..

Perbualan di mulakan dengan nenek itu sendiri. Introduced herself, but in Terengganu slanga menyebabkan kami kurang faham sikit. Yang duduk kat depan nenek itu pula, orang Melaka. Adalah sekali dua Ada menyampuk bertanyakan soalan. Yang lain, semua nenek itu cerita dan kadang kala mak angkat Hanafi yang cerita serba sedikit.

Saya pun agak kurang pasti, siapa antara kami yang bertanyakan, "Nenek ada penyakit apa?".

Nenek itu menjawab, "Ada kencing manis, darah tinggi...... [saya pun tak clear sgt, tapi ada dua je kalau tak silap..]"

Yang lain semua mengangguk-anggukkan kepala. Sahaja.

Tiba-tiba, sebab kononnya ada rasa doctor by-heart yg tinggi,

"ouh, itu je."

saya bersuara. Dan lepas cakap itu baru saya perasan, yang saya tak sepatutnya cakap pun. Tapi tak tau kenapa, nak jugak terkeluar ayat itu. Dan bukan ayat itu yang menjadi sebab semua memandangkan ke arah saya, tapi kerana intonasi nya yang tak betul. [=.="]

Seriously, hasrat di hati nak cakap " ouh.. itu je.." dalam nada yang mendatar, hanya dengar-tak-dengar dan kedengaran seperti " ouh baguslah.. nasib baik tak kronik..".

tapi akhirnya, output yang keluar, bunyinye seperti "laa... itu je ke?" kerana nada yang di lantunkan di tengah2 ayat, serta agak kedengaran, sampai semua yang 'ter'dengar hanya tersenyum sipu macam "ya Allah..." sambil menggeleng-gelengkan kepala. Seolah-olah macam itu.

Suasana menjadi sepi selama setengah minit. Dalam hati dah menyesal tak sudah, "Kenapalah aku cakap camtuh!!". Baik senyap je sepatutnya!

Saya pun tak pastilah nenek itu dengar atau tidak, sebab nenek itu mempunyai masalah penglihatan yang kabur, dan saya tak maklum mengenai pendengarannya.

Tiba-tiba lagi,

"Baguslah itu je.."

seorang hamba Allah yang saya redha agama dan akhlaknya mencantas perhatian yang tadinya hanya kat saya, beralih kepada beliau, yang duduk di tengah2. Beliau menyatakan ayat 'relief' itu sambil manisnya tersenyum "ok2, dah.. pasni jangan buat lagi.." kat saya. Agak cynical, yet relieving lah utk saya. Bagi saya, dia dah back-up baik punya. Alahai.... [winks]

Akhirnya, hamba Allah tersebut memberi kata2 penutup, sambil mengagihkan barang2 yang hendak di berikan kepada tuan empunya rumah. Disusuli dengan bacaan doa selamat oleh beliau sendiri. Masa itu, muka ni dah merah pink2 sikit kot, berbanding merah padam pada sebelumnya! :p

Begitulah ceriteranya. Sampai sekarang, saya masih ingat situasi itu, yang memang mengajar erti BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP. Dulu, hanya pandai cakap je. Sekarang, berfikir2 dulu nak cakap. Sampai ada kawan pernah tegur, "senyap je Nis.."

pulak dah.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

kalau nak cakap, baik cakap yang baik2 je, atau baik diam. Itu lebih baik.

Serius, kalau saya terlebih kata2, tolong NASIHATKAN saya. Sesungguhnya saya ni mudah lupa.

tapi, kalau tak faham dalam kelas, lebih baik CAKAP, sebab kalau tak cakap, tak faham, tak faham, tak kenal jalan. Maka akan sesat. Dikhuatiri sesat.

Semoga dapat ambil pengajaran.






p/s : saya harap nenek tu tak dengar. Kalau dia dengar pun, alhamdulillah before balik, saya dah salam beliau :D semoga terus hidup dalam kesejahteraan, insyaAllah.

p/ss: sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang menyelamatkan keadaan. Mungkin nampak simple, atau beliau sendiri takde keinginan nak tolong saya pun, tapi saya dah cukup berterima kasih. Kacak sungguh iman awak :)

p/sss: sebarang kesulitan amat dikesali. Cerita ini BERKAITAN yang HIDUP dan tiada kaitan bagi yang sudah meninggal dunia.



End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...