Monday, July 2, 2012

520. Gheja dan gaji.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,


"Berikanlah gaji kepada pekerja sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang dikerjakan."

[HR Baihaqi]








Teringat ketika diberi peluang merasai pengalaman 'bekerja' dahulu. Kala. =) 


Walaupun pekerjaan itu tidaklah susah macam seorang nelayan, ataupun seperti buruh, tapi cukuplah sebagai langkah pengenalan saya dan sahabat ke alam pekerjaan.


8-5. Check in lambat, gaji tolak separuh.


Saya dan sahabat mempunyai dua pilihan sebenarnya. UIA atau USIM. Pilih.


Ini merupakan kali pertama saya bekerja, dan dia, untuk kali ke berapa saya pun tak ingat.


We were on the phone while choosing the right place to work. Kelakar. Kami meng'list' kan semua kelebihan dan kekurangan. Termasuk kos penginapan, duit minyak, tol dan sebagainya. Woah. 


Akhirnya, sebulat suara, di UIAM tercinta =)


Sedikit pun tidak menyesal, walaupun paymentnya kurang sikit berbanding USIM.


Dan ketika masih tidak mendapat gaji pekerjaan sebelum berkhidmat di UIAM, sahabat saya ni menyatakan tentang hadis ni. Saya tak pasti kenapa tiba-tiba saya pun terhafal hadis ni, pada waktu itu. Mungkin ada peristiwa negara berkaitan gaji kot pada waktu tu.


"Itulah, gaji jadi cikgu pun tak dapat lagi ni. Macam mana ni, Nabi pun suruh bayar gaji sebelum kering peluh. Ni bukan takat kering dah ni.." gurau sahabat saya :')


Ok, kenangan.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...