So a friend of mine did asked me via Whatsapp,
"Weh, bagi nasihat sikit kat aku weh. Aku down la. Ada parents/students reject aku lagi".
Nak dijadikan cerita, sahabat aku nan seorang ni buat servis tutor.
Seperti biasalah, parents and students berhak memilih tutor yang 'serasi', tapi kadang-kadang ada jenis parents je beriya nak hire tutor, tapi anak-anaknya macam tak nak pun sebenarnya.
Dilema.
So nak bagi sebab, parents/students ni cakap lah "Tak faham cikgu mengajar.." and so on sebagai sebab. Atau iya, mungkin tidak berapa serasi.
Aku dengan semangat setiakawan dan tak nak down-kan sahabat membalas,
"Takpe weh. Okay je kau nak down. Tapi lepas tu move on.
Percayalah, rejection tu sebenarnya re-direction to something better".
Fuh.
Walaupun aku memang [asalnya] percaya pada statement ini.
Sebab iyalah, kita bukan sekali dua diuji. Allah bagi ujian untuk kita belajar dan belajar. Maklumlah manusia kan mudah lupa.
Dan of course, bila kita bagi nasihat tu, memang mudah.
Sebab kita tak berada kat kondisi penerima nasihat at that very moment.
Bukan salah kita pun.
Cuma, kita mungkin terlupa, nasihat tu sebenarnya terutamanya ditujukan kepada kita.
Sebab kita akan diuji dengan kata-kata kita. Allahu.
Nak jadi post blog, aku diuji dengan perkara yang sama, just recently.
It is not that I was not rejected ever since. Normal dah perasaan kena reject ni. That is why aku rasa aku layak untuk memberi nasihat lah.
Kononnya.
Not that until recently, Allah uji aku. Untuk aku belajar, biiznillah.
Aku bukan tak pernah kena reject selepas interview.
Tapi kali ini memang berbekas sikit lah.
I might looked normal.
Aku bergaul macam biasa dengan manusia yang dimaksudkan.
But deep in heart, Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Aku tak boleh nak cerita kat sesiapa. So being me, walaupun aku simpan dalam hati, makin terpancar pulak kat muka. Sampai ibu aku pun perasan aku lain macam.
Disebabkan this very interview, just recently, aku rasa loser gila.
Loser yang unexplained to anybody, but to 3 of my close friends.
Aku bukan nak feeling secured or validate those negative feelings.
Tapi aku fikir, biarlah aku rasa negatif jap. Supaya aku belajar something.
And aku memang belajar something [sangat] lah. Sampai aku stress dibuatnya :D
Rasa down aku tu menyebabkan aku terlupa akan rejection demi rejection yang aku lalui sebelum ni.
Dahsyat cara Allah 'menegur'.
Aku makin faham dengan perjalanan rasa down dan kecewa ni.
Dan juga bab rezeki.
Seriously bab rezeki memang percaturan Allah ni Maha Agung laa. Aku faham konsep tawakkal-nya burung mencari rezeki setiap hari. Tapi lupa bila nak apply kat diri sendiri.
Tiba-tiba aku teringat, aku pernah cakap kat diri aku, walaupun kita dah suap makanan kat mulut, tapi kalau ditakdirkan Allah takde rezeki waktu tu, jatuh dan tumpahlah segala makanan tu.
Serius beb. Aku tak tipu.
Samalah bab interview kerja pun.
Kalau kita rasa kita jawab bapak cincai segala soalan, tapi kalau memang rezeki kita, memang tak ke mana lah.
Bukanlah aku suruh korang jangan prepare apa-apa sebelum interview; tidak.
Maksud aku, redha je lah dengan ketentuanNya.
Serius, aku takdelah konfiden sangat. Tapi mungkin Allah nak 'ajar' bab reliance ni kan, so dia fail kan aku at that very interview.
Walaupun aku tak faham kenapa aku tak dapat position tu, apart from takde rezeki.
Sebenarnya sebab memang takde rezeki la kot kan.
But life works miraculously.
Unexplain weh.
And most importantly, kena BEAR [bukan bare] in mind, ada lebih baik untuk kita. Allah nak bagi yang lebih baik. Untuk kita.
Bukan untuk orang lain.
Untuk kita.
Ye weh, kena husnu zhon dengan Allah.
Mungkin diri ini kurang husnu zhon. Allahu.
Aku nak share juga satu cerita.
Yang aku teringat kan bila perasaan tengah berapi-api kena reject kan almaklumlah.
Ada sekali tu, lab partner aku dapat publish paper sekaligus present kat 1 conference ni.
International pulak tu [walaupun buat kat Malaysia].
Yang bestnya, aku buat paper sama dengan dia. And Supervisor aku memang proofread baik punya paper ni.
Finally, aku punya kena reject.
And hers was accepted and published and she managed to present in our second semester of study.
Waktu dapat email, aku menangis kot.
Sebab rasa tak dapat terima komen editor and examiner. Just because aku buat pasal, kurma?
Seriously. Wallahi aku nangis dan down jugaklah.
Tapi aku pujuk jugak hati aku, SV aku pun pujuk jugak.
Dia kata insyaAllah ada rezeki lain. And dia pastikan akan publish juga paper aku nanti.
Nak dijadikan cerita, journal yang partner aku publish tu blacklisted.
And next 10 months, aku dapat present kat international conference jugak, alhasil aku punya result yang aku analyze sendiri [tapi SV aku buatkan abstract lol].
Kat Sabah lagi. Dan paper aku published kat journal dalam Nutraceutical field.
See? Allah's plan is miraculously works in mystery ways!
Alhamdulillah for everything
Penat aku nak hadam hakikat yang dah pernah terjadi.
And ini adalah 1, antara banyak lagi yang terjadi dalam hidup aku nak masuk 29 tahun ni
Haha perempuan sangat aku ni.
Bila fikir balik whatever la perasaan sementara aku ni kan.
Tapi yelah, aku kena validate perasaan ni. Supaya aku tahu aku ni manusia.
Dan apa yang penting, apa yang aku nak buat. Aku kena buat.
Bukan sedih meratap hiba je.
Doakan aku dapat kumpul kekuatan untuk terus husnu zhon.
Husnu zhon dengan Allah. Dengan manusia. Dengan qadar yang Allah tuliskan.
Here are some tidbits shared by my awesome friends on instagram;