“Ana nak minta antum tutup mata. Cuba bayangkan apa sahaja antum nak dan mahukan, untuk 5 tahun akan datang at least.”
Senyap.
“Kalau takde warna, warnakan apa yang antum lihat. Kalau takde bunyi, letak bunyi. Kalau takde emosi, letaklah emosi kat situ.”
Sunyi.
“Ok dah.”
Harini moti-er adalah usrahmate saya sendiri. Of course feeling dia macam lebih sikit lah. Akhawat kan.
Tiba-tiba ter-semangat sikit. Macam sangat mengena pulak dengan hari Isnin permulaan minggu ni.
jujur, sejak bekerja walaupun sebagai part-timer, saya mencari asbab khusus setiap hari sebelum pergi ke kerja.cuba meletakkan seberapa banyak target for that specific day. semuanya dibuat agar saya lebih looking forward pada hari itu. kalau tak, kebuhsanan bakal menjadi.
yup, sebab jenis pekerjaan saya adalah routine.
tapi tak mengapa, jazakillahu khayr kepada ukht S sebab sudi share ilmu motivasi 3-minit hari ini :)
kalau kita lihat, visual dan diri kita berpisah tiada. sedangkan waktu tidur juga kita mem-visualize-kan apa yang berada dalam otak kita (what we have been doing or thinking throughout that day), dan hal ini telah termaktub via al-Quran pedoman kita. banyak kalamullah yang menerangkan tentang syurga, neraka, hari akhirat - Allah S.A.W sememangnya arif tentang penciptaanNya, maka Dia acapkali suruh kita berfikir, dan membayangkan keadaan-keadaan yang diberitahu menerusi kitabNya. walaupun segalanya di luar jangkauan pemikiran seorang manusia, tetapi apa yang diceritakan dan diberitahu semuanya boleh dibayangkan. BAHKAN lagi daripada itu. maka nak menggambarkan ke-dahsyat-an sesuatu itu, kita diberitahu terlebih dahulu tentang apa yang mampu difikir oleh diri kita.
menggunakan teorem di atas, apalah kiranya jika kita menggunakan teknik yang sama untuk mencapai impian kita :)
mungkin sebab saya seorang yang visual (according to personality test taken during a course) jadi saya pernah mengalami perkara ini. adalah, satu impian tu menjadi kenyataan. alhamdulillah. mungkin sebab diri sendiri dipandu oleh driving thrust impian.
doa > visualize > impian jadi kenyataan (biiznillah)
dulu pernah ada seorang yang dipercayai agama dan akhlaknya share khutbah Jumaat yang didengari. pesan si khatib untuk membayangkan setiap apa yang kita doakan. di situ aplikasi visualize itu diterjemahkan dalam bentuk doa. lagi rasa eh interesting lah nak doa banyak-banyak lepas ni! ;)
rupanya ada effect juga doa dan visualize kan doa, lalu menjadi perangsang untuk diri sendiri menggapai impian itu. inshaAllah.
dan practically, kita juga prektis subconcious mind untuk bertindak :)
subhanallah. Islam sudah mengajarkan kita teknik ini mendahului ilmu dari Barat.
nah, apa kita tunggu lagi? ayuhlah berdoa dan bayangkan doa itu! ;)
***
way before that sebelum sampai ke ofis, saya singgah ke tujuh sebelas yang baru diterokai di kawasan seri kembangan ini. menu biasa; kopi dan roti sambal jenama gardenia (ok jangan gelak). ketika hendak bayar, not sedikit besar dikeluarkan.
"Alamak, takde duit kecik ke?"
"Oh takde.." cuba untuk senyum dengan strangers. kot boleh menyinari hari dan hati saya, dan dia mungkin.
"ala..." bersama dengusan didengari.
satu perkara yang saya sedikit culas apabila berhadapan dengan peniaga se-bangsa adalah soal integriti. serius.
menjadi impian saya (inshaAllah) untuk punya perniagaan sendiri satu hari nanti. sebab rasa macam best sangat layan customer yang pelbagai, berdasarkan pengalaman menjadi jurujual membantu akhawat menjual jubah. dan sebenarnya lebih kepada mendidik diri sendiri untuk bersikap lebih SABAR dalam melayan pelbagai kerenah.
dan saya cukup percaya dan yakin bahawasanya siapa sahaja yang kita jumpa, itulah pengajaran untuk kita. carilah apa sahaja dari diri dia untuk kita pelajari.
mungkin bertemu dengan adik cashier tujuh sebelas ini merupakan pengajaran untuk saya sebagai permulaan hari, tetapi bagaimana pada pandangan adik itu?
sungguh, bekerja-lah dengan ikhlas dan ihsan. walau apa pekerjaan sekalipun. bukan bekerja sekadar mengharap bayaran di hujung bulan.
iye, nasihat untuk diri sendiri lah tu.
terima kasih adik. biru sikit hari akak hari ini.
*mujur esok amik cuti
anis
seri kembangan
1412.lunchbreak