Thursday, July 29, 2010

.tak berminat.







situasi 1

"tak minat Korea?"

"yup!"

"Biar betul! Up to date la sket.."

".........................."

situasi 2

"akak nak kopi movies boleh? ada citer ape ek?"

"erm... kiter banyak citer Korea ngan Jepun.. Tengoklaa.. yang baru ada, yang lama pun ada.. ni ha, dalam ni.."
[sambil menunjukkan hard disk]

pergh!

"ala.. kita tak layan Korea la.."

"ha?? ala kak.. best tau! peliknya akak tak layan..."

".....................[lagi dan lagi]"

begitulah yang terjadi, untuk keseluruh keadaan, bila saya nyatakan saya 'tak-minat-Korea'.. Habis pelik je semua. Apa yang peliknya, wallahua'lam. Setakat not in the wave, bukan masalah besar pun bagi saya. Tapi agak bermasalah when it comes to copy movies, bila semua cerita pra-tonton kat saya, semua KOREA! [=.="]

sampai tang Piala Dunia pun, sokong Korea. Sebab apa, sebab saya kipas-susa-mati KOREA!

walau bagaimanapun, saya tak marah, jauh sangat nak mengeji orang2 yang minat 'all about korea' nih. Sebab, saya once was in the wave jugak dulu. Yep! Since drama Autumn in My Heart when i was 12 until the midst of early 2006, which is was form 4 at that time. Mungkin kerana dah masuk SBP, so memang harapan nak mengikuti drama2 nih.

Tapi saya minat drama je. Bukan lagu. Kalau lagu pun, suka soundtracks je.

And, it was unbelievable. Minat punya pasal, sampai saya dan adik boleh membaca Hangul. Sampai sekarang. Tapi baca je la, paham nye tidak. :D

Dan, minat saya pun tidak keterlaluan kot, memandangkan minat drama je kan.

But, it was faded. Day by day. Dan, sekarang tak minat lansung. Tolonglah tak mau!

Kenapa tak minat?

Sebab jiwa dah mula 'berkenalan' dengan sang realiti. Dan diisi dengan eratnya hubungan denganNya. Dan dah mula menjalani kehidupan bertarbiyah sikit2, insyaAllah. :) bukan nak kata yang minat Korea tu tak bertarbiyah, tidak. Mungkin mereka terlebih dahulu ditarbiyah berbanding saya, dan mereka mungkin nak mengenali dan up to date dengan keadaan semasa, supaya mudahla nak mendekati mad'u :) husnu zhon.

tetapi, tidak untuk saya.


lelaki ini untuk 'diminati'? oh tidak... Jambu kot... [no offence!]

3 idiots!


bismillah..

Semalam, setelah melepaskan 'gian' untuk pertama kalinya di gimnasium tingkat 8, Mahallah Khadijah [within 2 years, yesterday was the first time i've been there! Ya Allah, Anis!], saya dan rumates telah menonton cerita Hindustan, 3 Idiots.. dan, saya boleh komen, cerita tu sangat AWESOME! :)

Jalan ceritanya tak semudah yang di sangka, dan tak juga macam so-called other Hindi movies yang mesti ada seorang yang 'angelic' habis-habisan. Memanglah hero utama, Aamir Khan agak baik seolah-olah angelic dalam cerita ni, tapi sebenarnya, di sebalik keriangan beliau membantu kawan-kawannya yang lain, dia memendam masalah nya sendiri..

And, this movie is all about FRIENDSHIP. Memang terharu 'sangat!' bila melihatkan the friendship that best potrayed in this movies, among those 3 friends a.k.a roommates. Memang terus terkenang kawan2 lain. :(

morals gained in this story :-

  • hargai sahabat anda. Sayangi mereka lebih daripada anda menyayangi diri anda sendiri. [ukhuwwah]
  • Sabar, sabar dan sabar!
  • Study smart!
  • Lakukan apa yang diminati, dan jangan paksa diri! [especially kalau tak minat engineering, jangan ceburkan diri dalam engineering!]
  • All is Well! :D

Wednesday, July 28, 2010

saya=disturbance

bismillah..

sekarang nih, waktu saya kebanyakannya senggang belaka. Tak tahulah, takde keje ke, terlebih kerja tapi buat2 tak nampak ke. Yang penting, saya akui, saya free sekarang ni. Mungkin bakal menjadi taruhan utk di main campus nanti. Maybe time tuh, 'busy' sangat kot. So, Dia bagi waktu free sekarang. Hurm. Mungkin.

Oleh kerana waktu senggang banyak sangat, so saya mudah tertipu dek masa.

Sunyi menyelubungi tatkala roommate ke kelas.

Sunyi.

Bila dah sunyi, mula lah nak surf internet. Atau pun menyambung bacaan novel. Atau notes Computer yang semakin, haih.....

Bila dah jemu, mulalah jari jemari nih menaip sms kpd rakan taulan [cam ramai sgt je!] sama ada di Kuantan atau Gombak.

Saya minta maaf sangat andai sms saya tu menganggu perjalanan hidup korang. Tetapi serius, rindu, pastu bosan pulak kat PJ nih. Ya Allah, tak terungkap.

Saya tahu, saya menganggu. Ada yang assignment setinggi 'Everest' [katanya]. Ada yang baru balik halaqah dan tengah dinner.

Tak kurang yang sedang diselubungi assignments dan taklifan lain. "Sibuk la Anis nih.."

Saya terus membalas sms, walaupun reply yg diterima tu dalam jangkamasa setengah jam, saya terus menunggu. Sebab saya tahu, bukan mudah untuk berbalas msj lagi. Saya cuba husnu zhon, dan terima kenyataan.

It's hard to end a conversation sometimes, so don't! Just hang on to your conversation, or make the other party wait for your message. Atleast they are hoping, that you will reply her/his sms, whenever it is.

Don't simply, "K la......" etc. Because we never know when we'll message them again. Or, do we have those precious time to reply their message in the future.

Be thankful if someone [other than me] has message you, without he/she came across your mind at that time. It's shows that everytime, there'll be someone or some people are thinking of you.

It's a reminder for me, myself.

Saya menghargai msj rakan2 saya. Tapi saya tak mengharapkan perkara yang serupa dengan korang semua.

Mungkin, ini masa saya. Saya tak tahu di masa hadapan, saya akan lebih busy, dan pada waktu itu, sekiranya saya tak sempat atau lambat membalas msj, saya minta maaf terlebih dahulu.




Sebab saya tahu apa rasanya kalau msj kita di balas lambat, atau tidak di balas lansung.

Friendship forever.. :)

Tuesday, July 27, 2010

update-

pintu hadapan..... :)


ya Allah, dengan namaMu ku seru.. :)

Alhamdulillah..

[hujan kat luar dengan sangat lebatnya, dan secara tiba2..]

"Huhu, Semangat Bio.. :-) nant nk ______ kan. chaiyok2.. B-)"

sms ni memberi makna besar pd saya.

tak tahu kenapa masih rasa 'sunyi' padahal sms dari kawan2 tak pernah lekang dr hp. Mungkin kerana subjek yg diambil pada semester ni yang hanya.... Mungkin juga menghabiskan waktu di bilik, menatap novel atau notes sahaja. Haih.

Mungkin juga kerana rakan2 sedang 'berjihad' dengan assignments dan adapting lifestyle kot.

Walaupun sedang menanti detik masuk Main Campus pada 8 Disember ini, pastinya saya sebenarnya takut menghadapi realiti itu.

Hari di mana, diri saya akan di cabar, secabar2 nya. Dan bermulanya detik itu, menentukan yang saya bakal memilih laluan mana sebagai impian saya. Mungkinkah?

###

alhamdulillah, 23 Julai yang lalu, kami sekeluarga mendapat kunci rumah baru secara rasminya. Mungkin, stay saya di PJ selama satu lagi semester ni, mempunyai hikmah di sebaliknya. Contohnya, ni lah. Tanpa saya [anak sulung] mungkin payah utk family esp ibu mengemas barang2 di rumah baru. Adik kedua pulak bakal menghadapi SPM hujung tahun ni. Yang ketiga di asrama. TInggal ibu, ayah dan adik yang last. From now on, kalau takde kelas je, mungkin akan terus balik ke rumah. Hujung minggu juga bakal di rumah. Apatah lagi, Ramadhan yang bakal menjelma ni.

###

ada 4 lagi biology lab yang bakal di hadapi. Genetics, Reproduction, Ecology and Chi-squared. Bermakna, habis je lab tersebut, final bakal menjelma. Sebab bio lab hanya 2 minggu sekali. Bermula 8 September, Study Week pun bermula. Saya akan pulang ke rumah! Tak sabar2 rasanya! :)

Computer II tu pun ad 4 chapters lagi.

###

itu je setakat ini. Kawan2, saya rindu kat ampa sume.. :(

Saturday, July 24, 2010



"I hate the way you talk to me
and the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate the way you stare
I hate your big combat boots
and the way you read my mind
I hate you so
much it makes me sick
it even makes me rhyme
I hate the way you're always right
I hate the way you lie
I hate it when you make me laugh
and even more when you make me cry
I hate it when you're not around
and the fact that you didn't call
but mostly I hate it that I don't hate you
not even close,
not a little bit,
not even at all."

Katrina's Poem in 10 Things I Hate About You.. :)

Friday, July 23, 2010

doaku.. sentiasa bersamamu..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

dalam mode 'terharu'.. setelah kawan baik tag saya dalam vid lagu Leading the Way, IIUM's anthem. :(

sedih juga.. tapi tahan lorh.. mengikut perhitungan, lebih kurang 4 BULAN dan 1 MINGGU lagi.. sabaq noh.. :)

doa awak.. dan saya

doa.. Rasanya semua daripada kita pernah berdoa, walaupun sekali. Perkara pertama kita belajar kat taski dulu pun, pelbagai doa, bagi menjadikan hidup kita bersyariat. Dari bangun tidur, sampai nak masuk tidur balik, Islam menggariskan berbagai doa, bagi mengaitkan kehidupan kita, kembali kepada yang Maha Esa. Termasuk sebelum berhijrah, bermusafir. Walaupun dok ligat dalam kereta, nak memulakan perjalanan, masih ingat kat Tuhan, memohon perlindungan, atau Greatest Protection from Him, insyaAllah.
[tiba-tiba teringat kat family FSCC. Tak pernah miss baca doa sebelum memulakan perjalanan. Ala, sweet..]

Itu doa yang kita perlu hafal. Kalau dulunya, di taski, kene hafal, untuk jawab exam oral. Pergh. Kene soal satu2 dengan ustazah. Kalau tak pass, tak leh balik rumah.

Bila fikir2 balik, kelakar pulak. Tapi kalau dah besar nih, macam malu pulak kalau tak hafal doa2 tuh. Dan, semakin penting. Saya baru nampak, semakin nampak kepentingannya, seiring dengan usia.

Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.” Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.” Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”



Tapi bagaimana dengan doa, yang kita minta sendiri, karang sendiri?

Suatu hari, seorang hamba Allah yang saya redha akhlak dan agamanya, telah berkongsi tentang tazkirah perihal berdoa nih.

"Macam mana awak berdoa?"

"Doa lah.. tadah tangan, lepas tuh minta apa yang dihajati.." jawab seorang rakan.

"Selalunya mintak apa?" tanya hamba tuh lagi.

"Minta diampunkan dosa.. Minta diberkati, dikurniakan hidayah.. Dikurniakan kecemerlangan dunia wal akhirat.." sambung rakan itu lagi..

"Kalau time doa tuh, bayangkan tak apa yang kita hajat tuh?" bertalu lagi satu soalan.

^^

"Kalau mintak doa diampunkan dosa, awak bayang apa?"

"Bayangkan lah, macam saya dilahirkan semula.. suci.."

"Itulah.. kalau saya pun, saya bayang macam serba serbi putih.. suci.. Sebenarnya time tazkirah tadi, Ustaz tuh cakap, kalau time kita berdoa, kita bayangkan apa yang kita hajati tuh.. Memanglah bersandarkan Allah, tapi kalau perasan, kita akan bertambah khusyu' time tuh.. Kalau kita doa ditambah dengan bayangan apa yang kita hajat. Contohnya, kita berdoa supaya dikurniakan kecemerlangan dalam pelajaran. Bayangkan kita amik scroll ke.. Pakai baju ijazah.. Nama kat Dean's List ke.." jawab hamba Allah itu setelah bertanya je dari tadi.

Dah prektis banyak kali nih, memang ada kebenarannya juga. Kita bertambah khusyu' dan makin teguh berpaksikan segala kebergantungan terhadap Allah Taala..

Dan sentiasa ingat, jangan lokek doakan kepada rakan2 seperjuangan kita. Lagi baik tanpa pengetahuan mereka. Subhanallah. Kita didoakan oleh para malaikat.

Ini yang saya beriya-iya nak share dari semalam. Sewaktu nak tidur, tiba2 dpt ilham nak tulis mengenai doa nih.

Cuba-lah. Moga mendapat manfaat bersama.. ;)







p/s: tanda ^^ diatas sebenarnya, bermaksud. Ada dialog tertinggal. 'Sengaja' ditinggalkan.. :)

"bayang.. siap bayang bakal lagi.." usik saya..

"wohhh..." jawab hamba Allah itu, tak terkata. Dalam seloroh+serius.

dalam hati, saya tak mampu nak berkata apa.. senyuman memang menghiasi wajah..

"ye.. awaklah.." :)

Thursday, July 22, 2010

a letter..

bismillah..

[4th entries, including this one.. can't wait for tomorrow.. :p]

A LETTER TO BILL GATES

Open Letter
To: Bill Gates of Microsoft
From: Banta Singh of Punjab

Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace.. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine.. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

Regards,

Banta

Last one to Mr Bill Gates :

Sir, how is it that your name is Gates but u are selling Windows ?

p/s: just for laugh :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...