Sunday, January 10, 2021

Everyday's Gratitude

 Alhamdulillah.

We will be entering second week of 2021.

How's your first week so far? I have nothing to wish but love as to start.


I came across this picture this morning. And it suddenly struck me in the heart.
The message was simple we usually found them so cliche.

But yelah, again, benda yang simple2 ni selalunya "mengena" kat hati. Right time. Right moment. 
It will just strikes.

Aku nak share sikit kenapa aku kata mesej "simple" ni mengena pada aku.

Waktu pre-covid dulu, boleh kata most of my weekends aku akan pergi KLCC Park utk did some jogs or running. Dulu a bit lighter so bole la kata slow run jugak XD

Then, utk masuk park tu, aku selalunya akan melalui bahagian hujung tepi Mandarin Oriental sebelah KLCC tu. So daripada aku jalan ke arah entry park, bila aku lalu MOKL ni, aku akan nampak glances of people having their breakfast kat cafe hotel tu. 

Tingkap cafe ni macam tinggi tau. And got several chandeliers yang cahayanya meliputi cafe tu. 
So kau bayang la aku lalu situ, sebagai peminat breakfast kat hotel (lol, ada ke yg tak suka?) aku ada semacam harapan dan impian laa. Konon la kan.

"One day nanti aku mesti nak tidur hotel ni and breakfast kat situ".

Haha mesti korang yg tgh baca ni kata gigih gila kan? Agak laa. 
Honestly setiap kali aku bukak Agoda, aku mesti "usha" harga semalam MOKL ni. Lepas tu mesti macam "Oh mahalnya..." haha sebab memang mahal pun! Mungkin sebab aku tgk suite ke I dunno.

Alhamdulillah, nak dijadikan cerita (padahal haritu update igstory bagai kemain) aku dapatlah tidur di MOKL ni for a night. Ala2 staycation, with my dearest officemate a.k.a colleague Aina & Fatinah. Ya Rabbi, Allah makbulkan doa yang satu ni, dalam keadaan yang paling subtle sekali (like He always did :') )

It was Aina who booked for us for 1-night stay. Thanks Aina <3


Inilah "tingkap" yang selalu aku tengok bila on the way nak masuk park KLCC tu gaiss :)

Yeaa inilah tingkap yang aku selalu "usha" tu. Bila masuk je cafe for brekkie then the staff let us in and guided us to this very spot! 

Waktu tu rasa ya Allah :')

Entahlah ek. Rasa macam laaa inilah one of the dreams aku dulu. Allah makbulkan tahun 2021.

Alhamdulillah wa syukr lillah.

Sambil bersyukur, sambil menganyam doa doa lain moga Allah swt makbulkan jua.

Sebab hati kita kena percaya, kalau ada antara doa-doa kita tak terrealisasi lagi, mungkin Allah swt tengah plan lagi "terbaik" lagi untuk kita.

I have learnt it the hard way, and bila kita rasa tak best pasal doa ni, cepat2 pujuk hati kita, Allah ada plan lain utk aku. Allah tengah selamatkan aku daripada doa aku sendiri niiiii.

Ha macam tu.

Berbalik kepada first pic kat atas tadi, after my stay kat my one of my dream hotel tu, aku terfikir la, oh sebenarnya kita ni kena ajar diri kita utk look into tiniest things possible to be grateful for in everyday. 

I mean, it doesn't always have to be pricey, or the nicest thing possible.

Because to be honest, lepas habis tidur semalam kat hotel tu, have a nice breakfast, aku tinggalkan hotel tu. And life resumes as usual.

Bukanlah nak kata hidup normal kat luar tak best. But my stay in that hotel buat aku lebih realize yang kita sendiri kena decide utk lebih bersyukur dengan hidup kita sehari-hari.

Aku suka untuk practice ini for my start in 2021. Cuba dan terus cuba. At least cuba kan.

Other than that, I always believe in aiming something so that we can look forward to life. Future.

So aku cuba la pasang beberapa achievable and dreamable targets for this year. 

Dah nak practice, dah aim bagai, yang lain - kita serahkan pada Allah. 

Doa minta jika itu yang terbaik, mudahkan.

Kalau itu benda baik untuk kita, mudahkan.


My cat, Bel, agree with me too ;)

Itulah first week aku setakat ini untuk 2021. 

Moga Allah kurniakan yang terbaik juga untuk kau yg membaca, dan aku yang menaip.


Bouquet adik daripada girlfriend dia. 

Till next post. 

Instead of work harder, aku suka perkataan keep on hustling.

Sunday, January 3, 2021

Welcoming 2021~

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



We just finally entered 2021, with hints of calmness (thanks to the heavy rain, some parts of Malaysia experiencing floods at this moment) and feeling "refresh" like never before.

I am not sure with others, but to finally passing 2020 was like a lump in the throat. 

I was kinda "looking forward" to year 2020 because it was the year that I finally "made it" to thirty-ish. 

A great of mine asked me that exact question every new year, like any other human being might do, but she asked me with no sense of annoyance at all - "Apa azam kau weh?".

While sipping Chinese herbal tea (Which is so unlike me), I replied, "Aku rasa aku macam nak amek segala pengajaran yg kita belajar waktu tahun 2020 and bawak ke tahun 2021".

Which is true, for me. Aku takde azam beriya this year.

Okay la ada la certain macam.. -

1. Aku nak lebih dekat dengan Allah SWT. Okay insyaAllah ini azam semua muslimin dan muslimat kan :)

2. Aku nak lebih "akur" dengan segala takdirNya. Tahun 2020 menyaksikan kita hanya mampu merancang, tapi finally Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. Kita rasa PKP tu "whattttt???!!!" initially, tapi dengan izinNya, kita mampu melaluinya. Alhamdulillah, masih sihat. Tidak terjejas dengan pandemik COVID.

3. Aku ingin lebih pintar mengawal emosi. Ini pun "belajar" dari tahun 2020 jugak. What did we expected, semuanya di luar kawalan kita weh. Hatta kesihatan kita pun, walaupun duduk rumah diam-diam tapi possibility/infectivity rate tinggi jadi semua orang berpotensi to be contracted. Naudzubillahi min zalik. Jadinya, kita ini hanya mampu mengawal emosi supaya tak "overreacted" dengan semua perkara. Ini membawa kepada niat seterusnya...

4. Self-care is not selfish. Self-care ni bukan setakat 10 steps Korean skincare tu. Tapi lebih kepada jaga emosi, perasaan, hati... ya, hati. Jangan mudah nak bagi hati, jatuh hati, dendam kesumat ke hape. Haa. Fizikal. Haaa fizikal bila nak sihat kurus tu?

5. Aku berazam untuk LEBIH SIHAT. Allahu ini struggle setiap tahun kot, bukan tahun 2020 je :D Doakan aku dapat loose weight sikit supaya lebih mudah beribadah dan sihat sejahtera hendakNya.

Dan untuk mencapai senarai di atas, ada la beberapa baby steps to be taken.

Kahwin?

Ya weh. Umur bakal cecah 31 tahun ni. Tipu lah kalau aku cakap aku tak de lansung rasa nak kahwin. InsyaAllah ini pun ada dalam perancangan. Walaupun calonnya sumpah aku tak tahu siapa. Moga-moga jika ini yang terbaik, Allah SWT permudahkan langkah.

Sebab selain nak menyempurnakan "separuh agama", dan melunaskan tanggungjawab. Aku rasa nikah pun antara cara nak keluar dari zon aku yang sangat selesa ni. 

InsyaAllah.



What else?

Saje nak buat first post utk tahun baru ni :)


InsyaAllah 'till next post.



"Hang in there"


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...