Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blogspot yang bersawang ni.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
My last post was in 2024, 2 years back. The year of whirlwind altogether.
Tahun di mana aku mulakan dengan izin Allah SWT, ke rumahNya. Berdoa, dan dengan izinNya juga doa aku dimakbulkan dengan 2 perkara duniawi utama yang aku berharap sangat pada waktu dan ketika itu.
Kerja yang tetap dan jodoh yang baik.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga.
Bukan waktu yang singkat untuk menerima 2 berita gembira untuk diri aku sendiri pada usia itu di umur 34 tahun. Dan nak melaluinya juga, bukan mudah. Sebelum menerima berita gembira, I was at my lowest point and down sangat pada mid-2024. Biarlah tinggal sejarah dan kenangan di muka surat kehidupan aku pada waktu itu.
Tapi apa yang aku saksikan dan witness sendiri; setiap doa kita Allah SWT dengar dan akan kabulkan (Dengan izinNya) dengan cara yang tersendiri.
Kita sebagai hambaNya, ikhtiar dengan berdoa dan usaha selayaknya. Selebihnya kita serahkan padaNya.
Dan yang paling penting (juga), be careful of what you wish for.
Oleh kerana itu, cadangan aku untuk tidak meletakkan sebarang kriteria yang "He knows best". Doakan saja untuk berikan pada waktu dan masa yang tepat.
Sebab kita mungkin tahu, tapi Allah (lagi) Maha Mengetahui hambaNya.
Looking back at this moment, aku mungkin boleh katakan aku sedang hidup dalam doa-doa yang aku titipkan dahulu.
Walaupun pada waktu dan saat ini, ada sahaja ketidakpuasan hati dan rasa "kurang" yang menyelubungi diri. Aku anggap ini semua adalah fitrah dan sifat manusia yang tak pernah puas.
Inikan dunia. Mana mungkin kita puas.
Kita hanya ada rasa bersyukur yang dapat membantu kita untuk on track semula dengan ketundukkan kita sebagai hambaNya.
Benar, rasa syukur itu sukar dan perlu dipupuk selalu.
Bila dalam keadaan ini, aku fikir, kalau Allah SWT kabulkan semua doa-doa kita juga, kita mungkin mahu lebih sentiasa.
Maka rasa syukur itulah yang membezakan peribadi kita.
Post ini bukanlah ditaip untuk menunjukkan pencapaian aku naudzubillah min zalik.
Post ini hanyalah update, dan sedikit titipan buat diri sendiri untuk sentiasa bersyukur dan memperbaiki diri.
Dalam apa jua keadaan.
Semoga di bulan Zulhijjah 1447H ini, kita merenung dan memuhasabah diri dengan peringkat dan peribadi diri.
Moga Allah sentiasa lorongkan jalan kita kembali kepadaNya. Ameen ya Rabb~
Anis
di pejabat sebuah universiti yang aku idamkan untuk kerja dulu, sedang menanti waktu clock-out dan merenung tulisan sendiri yang lebih mudah buat ayat sebab nak prektis untuk sambung PhD pulak nanti. InsyaAllah ta'ala.