Sunday, January 27, 2013

603. "Mudahkan, jangan susahkan."

Bismillah.

Minggu lepas, sepupu saya yang baru sahaja graduate, dan berkahwin, telah berkunjung ke rumah. Masih dalam sesi perkenalan dan memperkenalkan isterinya, juga seorang doktor, kepada sanak saudara sebelahnya, sepupu saya, seorang lelaki. 

Alhamdulillah, berkuranglah sikit 'malu' saya bila sepupu lelaki sudah beristeri. Kalau sebelum ni agak 'malas&malu' nak 'melayan' mereka sebagai tetamu, tapi sekarang tidak lagi :) Mungkin kerana faktor usia yang lebih kurang, maka saya pun bolehlah berbual dengan isterinya. 

Seperti biasa, saya diajukan lagi oleh soalan nakal dari sepupu saya. Mungkin kerana dia masih lagi dalam mood honeymoon dan 'seronoknya perkahwinan', maka soalan dan cerita yang keluar dari mulutnya juga berbaur perkahwinan semata -..-" Saya juga di-dragged kan dengan soalan yang sama.

"Kahwin ni mudah, M___ [nama manja saya panggilan ahli keluarga :P]. Jangan susahkan." katanya sambil mengangguk-angguk. Seolah-olah saya pula meminta nasihat *peluh besar*

Saya jua, turut mengangguk sahaja. Di sudut meja makan.

"Dah ada waiting list ke?" tanya dia lagi. Hadoi.

"Takde.." pendek saya menjawab. Malas nak memanjangkan bicara. Ceh.

"Kalau takde, isi-lah borang baitul muslim. Insya Allah." suggest dia. 

Hmm.

First time saya mendengar orang lain dalam kalangan ahli keluarga saya menyebut perkataan tu. Yes, saya tahu dia juga antara hamba-hamba Allah yang mengikuti Bulatan Gembira, tak silap saya under pertubuhan I yang sangat femes dengan student kat wilayah Down Under.

Saya mematikan perbicaraan kat situ. Tak menyambung lagi.

Tipulah, kalau tidak pernah terlintas atau terfikir, lansung. Tapi rasanya, saya yang perlu kawal diri dan segala pertanyaan dari dalam atau luar diri saya ini. Saya akui, perbicaraan mengenai perkara ini memang 'hangat' selagi saya tak melangkah ke tangga kedua maratibul amal ini. Tapi kalau selalu sangat cakap, saya sendiri yang bakal rasa jemu, muak dan tak excited.

Saya taip untuk peringatan dan referens diri saya sendiri :)

Bila dah baca entri Muharikah ini , lagilah rasa macam nak hantukkan kepala kat dinding. *eh, melampau tak? T_T

"Susah tak nak bina individu Muslim? Susahkan? Apatah lagi sebuah baitul dakwah..."




Memang susah, untuk diri saya.

Sewajarnya saya TERASA bila baca entri tersebut.

Yes, sila terasa dan do something Anis.







لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”


Dah sampai masa untuk lebih 'serius' dalam membuat keputusan. Phew.
Semester baru. Rencah baru. Azam baru. Kerja-kerja-kerja baru.

Permudahkan, ya Allah.


#keluarzonselesa

Friday, January 25, 2013

602. "People's change."

Alhamdulillah.

Hari ini, setelah 'resah-gelisah' semalam, Allah takdirkan suatu cerita untuk saya. 
Berita gembira sikit. Alhamdulillah :)

Dan untuk mengisi hari yang sepatutnya 'diisi' hari ini, Allah kirimkan idea dan plan mengejut untuk saya pergi berjumpa dengan sahabat sekolah rendah saya. Yeah, kawan-kawan sepermainan, se-naif-an, yang sama-sama sat for UPSR, yang sama-sama stranded kat sekolah biasa walaupun dapat 5A. Alhamdulillah, betullah kata-kata yang selalu saya jumpa kat Tumblr...

"There will be times that you will thank Allah for not fulfilling some of your du'as."

Err. Macam tu lah lebih kurang bunyinya :)

Bersyukur sangat, sebab kehidupan saya sampai umur 15 tahun, begitu rupanya. 
Tidak dapat ke SBP/MRSM sewaktu Form 1, menyebabkan saya menghadapi confident level yang jatuh merudum. Teruk. 

Di saat menghadapi hari-hari yang demikian, sahabat-sahabat inilah yang berada di sisi :')
Cuma Wan Intan je yang terkeluar, sebab akhirnya dapat masuk ke SBPI Selandar, second intake. Batch PIONEER. ceh :P

Dengan kelebihan yang mereka ada (oh, mereka adalah twinnies) kerana pandai, saya pun rasa tercabar juga. Alhamdulillah, asbab pertolongan Allah dan belajar sama-sama, saling bertukar-tukar soalan exam percubaan PMR (Sebab sekolah berbeza), akhirnya kami sekali lagi score untuk PMR :)

Sekarang, masa cuti dimanfaat sepenuhnya untuk keep in touch with people whom you might lost contact to :)

Twinnies pun bakal terbang ke Manchester bulan 9 nanti. Wan Intan masih dalam pengajian Speech Therapy dia di Tahun IV. :)





"Tak sangka aku Anis macam ni rupanyaaaa.."

"Wah, Anis dah berubah wehh.."

Ini antara words yang setiap kali dituturkan mereka, semasa gath kami tadi :)
Saya hanya mampu buat 'dhek' and senyum je.

:)

Dalam hati saya menjerit, "People's change!". In a sweet voice la tapi. Heh.

Entahlah. Saya hanya mampu senyum, sebab saya pun tak perasan perubahan (kalau ada) yang berlaku pada diri saya, honestly.

Mereka betul-betul terkejut bila saya membelek-belek benda 'cute-cute' di kedai Daiso dan S&J gift shop. ^^"

Saya pun tak tahu macam mana kaki ini boleh menapak dalam kedai-kedai tersebut. Tapi serius memang chomels! :)

"Aku ingat kau jenis perempuan yang gadget-gadget ni. Bukan ke?" tanya Wan Intan tak puas hati nampaknya.

"Ish mana ada! Aku paling tak nak kalau sesat kat tempat-tempat IT ni tau!" jawab saya, selamba.

:)

And yes, masa untuk ber-DF la kan ;)

Alhamdulillah, yang twinnies ni dah ber-bulatan gembira. Cuma yang lagi sorang ni hmmmmmm.

Kena mu'ayasyah lebih :)

Saya percaya, dan memang expect, manusia bakal berubah. Eh, semua org percaya la, bro :)

Cuma berubah ke arah apa, dan bagaimana, dan mengapa mereka berubah itu yang membezakan. 

Bersama mereka lebih kurang 4 jam menyebabkan saya rasa, saya masih yang dulu, dan mereka masih mereka macam 10 tahun lalu :)

Seperti biasa saya gusar juga untuk bertemu sahabat sepermainan dan serpejuangan exam ni :) Bukan apa, takut tak dapat control diri bertemu mereka, walhal sepatutnya perjumpaan saya dan mereka 'bermakna'. Bukan sia-sia.

Insya Allah, tak sia-sia.

There are times yang kita nakkkkk and perlu juga jumpa sahabat lama, pergi ke tempat jatuh/bangun kita. Just to see how much we've grown up to a fine young lady.

Ecewah!

Tak lain saya mohon dari Allah semoga dikuatkan hati-hati kita untuk bersahabat keranaNya :)

Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”

(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)


Aiwah, tak pernah ada istilah lambat dalam membuat kebaikan! ;)





Thursday, January 24, 2013

601. Moga terus kuat, Anis.



Allah.

'Malapetaka' apakah ini?

Dalam keadaan sedar atau tak, kita sering mencari-cari hikmah yang main nyorok-nyorok dengan kita tatkala kita diuji. Kan?

The same goes to me. And the quote I took from a superb tumblr just now, above, is clearly on my head, right now T.T


Apa yang mampu saya harapkan?

Doa kalian yang sudi kalian 'tembak'kan untuk saya.

#inneed.



Allah, hanya Kau tempatku bergantung sepenuh pengharapan.
Permudahkan urusan ini.



#keluarzonselesa



Wednesday, January 23, 2013

600. Muhasabah.

Sikap para daie....(adakah kita orangnya....jom renungi diri dan muhasabah sejenak)

Adakah sesuai apabila gurauannya berlebihan.
Apabila....


gurauannya lebih di sukai dari mesej dakwahnya....
Gelak tawanya ....
menjadi ikutan..
saling berbalas haha huhuhu...hehehe dan pelbagai gaya dan ragamnya...
tanpa kira batas antara lelaki dan perempuan.
Sudah menjadi kebiasaan.....


Secara maya ataupun berdepan....


Secara maya amatlah menakutkan...


Kita seolah olahnya tiada batasan....bergurau antara satu sama lain antara lelaki dan perempuan..


Twitter..Instagram..Fb..atau apapun namanya..nauzubillah...astaghfirullah...


Ya Rabb peliharalah kami....bimbinglah kami...ampunilah kami...andai kami pernah melakukannya...

Rasulullah sifat Pemalunya mengalahkan perawan..
Bukan di halang gurauan...namun biarlah berkadar...biarlah tidak melampaui batas yg disyarakkan...


Amatlah sukar...menjaganya...kerana ianya amat halus...amat seni...dan mudah tergelincir pada yg haram...



justeru itu...berhati hatilah kita semua...
Sebatikanlah apa yg mendekatkan kita pada Allah..


Bukan mudah namun semuanya perlukan Mujahadah yg tinggi...Muraqabah yg berterusan....
Ma'iyyah Allah yg berpanjangan...


Di saat itu barulah rasa Ihsan itu akan muncul di sudut hati org yg beriman....
Subhanallah..


Bukan.mudah mendapatkan Al Furqan...(pembeda antara Haq dan Bathil)
Perlulah mencarinya


Perlulah mujahadah mengejarnya...


Kerana Al Furqan tak kan di gapai tanpa usha mujahadah dan Rahmat Allah.



- Umi Ros (ABJZ)



#terkesan

Tuesday, January 22, 2013

599. Week don't ends. Stay.


MAEPS yang sump** indah. Masha Allah!
Sangat sesuai untuk dijadikan tempat ________ :)

Bismillah :)

Alhamdulillah, weekend yang lalu rasa macam sangat 'produktif'. Untuk dan kepada diri sendiri mungkin. Heh :)

Anggapan yang 'sukar' dibuang, saya punya kelemahan sendiri tatkala pulang ke rumah. Sentiasa mencari productive ways to spend my weekends, and not to forget, my weekdays too -.-"

Bila diberi peluang oleh Allah untuk 'menjejaki' peluang keluar rumah tatkala bercuti semester, saya tak pandang ringan, lansung :) Bukan tak suka duduk di rumah, jauh sekali tidak melabel sebagai duduk-rumah-tak-produktif. Tapi peluang yang diberi selalunya sangat 'nikmat' dan bila tak grab, konfem rasa rugi. Walaupun konfem jua diberi hikmah selepasnya :)

'Ala kulli hal, saya sangat suka dan bakal merindui my last weekends.

Bak kata Ust. Pahrol [I just love his quotes], "God always works in mysterious ways.". 
*kenyit mata*




"Ar-Ruhul Jadid Fi Jasadil Ummah"

copyright by Kak Nadia Rusli :)


Apa yang kecoh-kecoh sangat best katanya pasal weekend dia ni? Habaq mai sket!

Ya.. Saya diberi peluang oleh Allah untuk mengutip permata ilmu di K-Fiqh Wanita dan Islam anjuran K-FIQH dan MURSHID di MAEPS, Serdang. Buat pertama kali dalam hidup masuk ke junction menuju ke Hospital Serdang, dan baru tahu dan sedar yang hospital tersebut bersebelahan dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Phew. Dah tahu jalan baru. Dah tahu tempat baru. Sukanya! :)

Banyaaaaaaaaaaak sangat ilmu baru yang dipelajari. Ada yang biasa didengari, banyak sangat yang baru dengar. Tapi semuanya sangat baru untuk diri ini :)

Mendengar dari satu ke satu kertas kerja, menjadi wanita solehah yang diredhai Allah dan menggapai syurga adalah matlamatnya ;)

Tak dapat tipu dari mengakui, macam pergi seminar Baitul Muslim pun ada juga. Heh.

Tersemat satu cita-cita di dada. Senyum.

Apart from that, saya berpeluang untuk ke Pelancaran IKRAM Siswa Nasional di UNISEL, Shah Alam.

Haaaaa Shah Alam?

Yes. :) and alhamdulillah, atas doa semua (perasan) kami tak sesat kali ni. Heh.

Walaupun sampai agak lewat, dek kerana perjalanan bermula di Serdang which is around the southest area of Selangor, alhamdulillah we managed to arrive before it is officiated :)




The one-who-must-not-be-named was here. Erk.

Tak tahu kenapa, Allah memang 'memudahkan' jalan kami. Masha Allah. Walaupun along the way hati berkata-kata macam "Iye ke ni?" tak habis-habis, tapi memang jalan yang benar pun ;)

Sampai di Seksyen 7, mata mula 'meliar' mencari tapak UNISEL.

Nampak sahaja UNISEL, mata 'meliar' mencari yang lain pula. Parking okay :) Sebab parking sangat double trouble, makanya perlu kepada perhatian untuk cari spot yang terbaik.

Tiba-tiba!

Ok, Anis. Sila kawal semua dengan iman.

Iman, sila mainkan peranan anda.

*kembung kempis hidung*

Melangkah kaki ke dalam dewan sederhana luas, masha Allah bertemu dengan ramai sangat muka-muka baru yang nama mereka sangatlah biasa-didengari di telinga ini.

Mendengarkan amanat-amanat khas dari syuyukh2, rasa macam kerdil to the ground diri ini.

Soalan cepumas yang sentiasa berlegar di fikiran, "Kenapa aku ada di sini? Come on, fokus!".

Kadang-kadang mengeluh, "Aku seolah-olah tak layak berada di sini."

Allah.

Semua orang hebat. Tapi Allah bagi can kat saya untuk meresap-resap kehebatan mereka, supaya saya terus tsabat kat jalan ini. *nangis laju*

'Ala kulli hal, jazakumullahu khairan kerana menjadi inspirasi saya, wahai orang-orang yang saya kenal. Maaf kerana diri ini tidak punya apa-apa untuk dicontohi kalian.

:')



Ini yang saya rindu. Rindu sangat! :')

Bila suka, say "Alhamdulillah."

Bila rindu, titipkan al-Fatihah.

Semua ini Allah yang punya.

Segala nikmat, cuma pinjaman Allah untuk saya.


Semoga Allah berkati usaha kita.
Ameen.





P.S Rindu bertandang, perlu 'dilampias'kan dalam syariat Allah. Sayang kerana Allah.

:)




Tuesday, January 15, 2013

598. Cuti oh!

Salam percutian. Heh.

Pejam, celik. Dah nak masuk 2 minggu bercuti. Untunglahhh?

Alhamdulillah (:

Soalan WAJIB yang orang/rakan/adik bertanya is, "Macam mana cuti?". Bila dah ramai sangat tanya, tiba-tiba konfius nak jawab apa. 

Heh. Lagi.

Alhamdulillah. Untuk cuti inter-sem kali ni sudah ke 3 walimah, dan tidak dapat menghadiri 2 walimah lainnya. Baru 2 minggu pertama tahun 2013. Pergh. 

Hebat lagi Syahidah Sith kot kan, pergi semua walimah kot! :D

What is my definition on marriage?

Bukan sekadar penyatuan dua hati, yang berjanji nak hidup sama-sama, dan orang lain mendoakan semoga kekal bersama sehingga ke anak cucu?

Pelik juga masih ada yang mendoakan sebegitu (:

Tapi adalah penyatuan dua hati, dua insan, dua keluarga, dari latar belakang yang berbeza, a whole complete different strangers, yang bersatu kerana iman, and to complete half of their Deen. Dan perkahwinan juga bukanlah matlamat, tapi ALAT untuk menggapai redhaNya dengan uslub yang banyak! Woah!

Itulah yang sepatutnya.

Bila sebut differences, not exactly for us to CHANGE.

But, to CELEBRATE.

Perbezaan adalah bukan untuk diubah, tapi untuk diraikan.

Complement each other. Yeah.

Ini adalah ayat orang yang 'yet to marry'. Semoga ayat dan pegangan ini kekal sehingga saat status perlu diubah nanti. Amin (:


























Oh, 2013.
Semoga Allah permudahkan.

Wednesday, January 9, 2013

597. Semoga yang terbaik.


Spicy chicken cornish di atas meja tak lalu dimakan. 
H yang berada di hadapan, setentang dengan saya, sedang asyik masyuk menghirup tom yam. Lapar katanya, waktu2 lunch sebegini. Cuaca panas di luar kedai. Dalam musim imtihan, menghadapi paper terakhir esok, 10 Januari.

Saya yang tidak dapat menemani, hanya mampu dropping by UIAM Gombak. Mengambilnya di bilik, lalu membawanya keluar makan tengahari.

Mu'ayasyah katanya :)

Tiada restoran pilihan. Selalunya ada tukang pilih/decide restoran, tapi tidak untuk kali ini. Hanya kami berdua.

"Dia sebijik macam u bi. Serius. Cara bercakap, gaya dia, pemikiran dia, aktif aktiviti agama2 ni, up to date segala benda. Haisy! Serius macam u!" kata H, dalam selingan berbual dengan dia.

Dia kata roommate dia macam saya. Roommate dia. Stalker saya :D

Tiba-tiba saya teringat lewat mesej 2 Januari lalu. Mesej tiba-tiba. Setelah mesej hari raya Aidilfitri yang lalu. 

"Salam. Kak Z ada join usrah mana2 tak?"

...................................................................................

Tiba-tiba saya teringat peranan saya sebagai sahabatnya. Phew.

Serius, kita mungkin mudah mentajmi' orang lain, adik-adik junior, atau mungkin rakan2 se-batch yang masih tidak punya Bulatan Gembira.

Tapi orang yang paling rapat dengan kita?

"Erm. Bi, sebenarnya I nak tanya."

"Yes, apa dia?"

"Ermmmm. U nak join usrah tak?"


Pergh. 
Lepas satu soalan dilepaskan, macam rasa di awangan terus!

"Yes, why not! Bi, I pernah join usrah la dulu."

"Oh ye ke? Siapa naqibah U?"

Oh my. Gopoh nya Anis. -.-

"I dah tak ingat nama dia. Tapi yes, I pernah join. And it was the best ever I tell you. I rasa dia akak ________ club kalau tak silap."

Gulp. Big gulp. Chill Anis, chill.

"Oh ye ke? By the way, kenapa U quit?"

"No. I tak quit. Tapi sebab akak tu stop, so I pun, stop la."

Quitting, like perlu ke? Minda saya berputar satu restoran.

"Sebenarnya I ada je chance, tapi macam, I je yang tak nak. Boleh tak? Kadang-kadang I rasa macam I ni ignorant jugak orangnya. Tapi, entahlah. By the way, you dah berapa lama join usrah?"

And everything was started, at that very right moment, I guess :)

Banyak betul soalan yang H tanya. Itulah, inilah. Tapi takpe, saya rela jawab, asalkan matlamat sebenar soalan saya tercapai akhirnya! ^_^

Bermula di Secret Recipe, kami meneruskan ke dalam kereta, sampailah kereta saya menuju semula ke Mahallah Asma, kediamannya di UIAM.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. 

Sekarang, misi saya untuk mencari 'kakak' untuk membimbingnya :)

Bagaimana?! Gulp. Pandai lah saya tackle sorang ni *kenyit mata*

.....................................................................................

Ini merupakan antara cita-cita terbesar saya. Yes, she is a tough girl, err, or woman. Bukan mudah, serius tak mudah. Dia punya prinsip yang cekal, tekad. Once she say NO, and the answer will forever be a NO.

Atau, saya yang 'tak-berapa-nak-telus' mendekatinya T__T

Masa lama yang diambil untuk mu'ayasyah, kononnya untuk membina thiqah [kepercayaan] dia terhadap saya. Untuk mengubah mindset dia terhadap orang yang bergerak dalam usrah. Sebab contoh2 di sekeliling beliau zzzzzzzzzz -.-"

Puas mencari jalan, akhirnya Allah bagi kekuatan untuk berterus terang, despite of kekusutan fikiran [dia, probably] dlm menghadapi final paper esok. Insya ALLAH, dipermudahkan. Ameen :)


Allah. Permudahkan urusan saya, dan urusan dia. 

Ameen :)


#2013.anewbeginning.


Moral of the story : Jangan mudah berputus asa :)




Wednesday, January 2, 2013

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...