Wednesday, August 8, 2012

544. 19 Ramadhan.



Ramadhan kali ni, memang bermakna.
Especially untuk hari ini. Setakat hari ini. Alhamdulillah.

Saya diberi pilihan -> Masjid KIPSAS atau Bazar Ramadhan Padang MPK II

alhamdulillah again, setelah tarik tolak campur darab semua, Allah permudahkan laluan ke bazar ramadhan padang mpk. walaupun dalam hati, ALLAH jualah yang Mengetahui pelbagai mainan perasaan yang tiba-tiba menerpa :|

"Kak, tetiba rasa cuak pulak..". Terserlah rasa cuak Anis dalam MyVi milik mak cik Aisyah.

"Kita pun! Tapi takpe, insyaAllah Allah tolong kita." hanya itu yang boleh menenangkan hati. Janji Allah yang satu. Kak Ammar di hujung sebelah sana hanya tersenyum, cuak!

al-kebetulan, jalan ke padang MPK juga tak jammed seperti biasa! Allah memang tengah bagi laluan.

Sampai sahaja, diberi ujian sikit, melayan kerenah manusiawi yang tak sabar nak bertoleransi, walaupun hal parking. Kami ditinggalkan di pinggir bazar Ramadhan, dengan seribu satu perasaan.

Mana nak mula ni? Apa nak cakap? Takpe ke orang pandang-pandang ni? Malulahhh jumpa classmate!

Alasan duniawi. I know.

Melihatkan dua orang companions saya ni berasa gusar untuk memulakan langkah ini, saya terasa bertanggungjawab untuk memulakannya terlebih dahulu. Biasalah, langkah pertama itu memang payah.

Akhirnya kami memilih 'port'. Saya memegang sepanduk. Dua orang companions setia memegang botol bertampalkan kertas A4 Hidayah Centre.

Seriously, ini kali pertama. Dan, kami TAK SERIK! :)

Saya cuba membayangkan, saya seperti selalunya. Berjalan di hadapan volunteer sebegini yang meminta ihsan orang ramai untuk menyumbangkan sedikit wang untuk tujuan kebajikan.

Saya cuba membayangkan expectation saya. Mudah, saya hanya perlukan senyuman ikhlas dari pihak volunteer tersebut, bukan muka yang mencebik, menahan marah atau penat lantaran berpuasa.

Saya cuba mengaplikasikan 'bayangan' saya di situasi itu, tadi.

Alhamdulillah, mulut yang awalnya terkunci, dapat mengukir senyuman, sambil meminta ihsan orang ramai untuk menyumbang bagi pihak mu'alaf.

Bukan saya sahaja, the same goes to my faithful companions! :')

Begitulah, kata orang, langkah pertama itu yang payah. Langkah-langkah seterusnya insyaAllah akan menyusul dengan mudahnya, jika kita dapat overcome rasa takut untuk yang pertama tadi. Dan, tahap keyakinan semakin meningkat bila kita dapat berinteraksi dengan orang ramai [eceh, mcm pemidato pula bunyiknya]. Lagi-lagi bertambah yakin bila semakin ramai yang menghulurkan sumbangan. Kita tak keseorangan, orang nampak kita!

Barulah saya faham, dan tahu, orang Malaysia memang sangat pemurah :')

Dan boleh kiranya saya deduct, ramai antara penyumbang tadi adalah kaum Adam.

Setiap kali ada yang menghulurkan tangan ke arah balang, saya jadi sebak sendiri. Walaupun sumbangan itu bukanlah untuk kami, tapi kami rasa terharu sangat! Terselit sedikit doa dari kami yang mengharapkan keredhaan Allah atas mereka, atas sumbangan mereka :')

Memang saya pernah dengar orang cakap, "Orang Malaysia ni pemurah, dorang nak derma, tapi kadang-kadang tak tau nak sumbang kat mana."

Betul. Dan tugas kita, untuk 'membuka mata' mereka tentang kewujudan mereka yang kurang bernasib baik, berbanding kita, yang asyik pening fikir nak makan apa untuk berbuka.

What an eye opener event today. History engraved.

...........................................................................

Sedikit tips [tips biasa-biasa] untuk memohon sumbangan orang lain, sedaya upaya untuk ikhlaskan hati! Buang jauh-jauh perasaan dan fikiran apa-orang-kata. Buang jauh-jauh juga perasaan sombong dan angkuh, dan perasaan 'bengkek' sebab orang lalu lalang depan kita tapi tak sumbang sesen pun. Well, itu hak mereka.

Senyum. Dan timbulkan rasa merendah diri, sebab itu semua affect our aura kat orang lain. Positif.

insyaAllah. jangan lupa untuk tajdid niat juga ^^

ikhlas, dari noob mcm saya.


P.S entry ini tidak bertujuan untuk mengundang rasa riya', sekadar catatan hari ni untuk panduan masa depan si penaip :)







7 comments:

Adawiyah Rosli said...

kak anis, bestnya ada pengalaman macamni... =)

A.N said...

alhamdulillah Raby! moh ler join grup Hidayah Centre! :)

Raby, jom berbuka di masjid uia? akak dah nak balik KL isnin ni :)

Adawiyah Rosli said...

kak anis, raby nak join! :) jealous tau baca entry kak anis, ada masa dengan sisters semuaaa. huhu. raby dh lama tak usrah, rindu, and rasa kosong sikit.

berbuka kat masjid uia? bila2? raby okay je, lagipun rumah raby kan dekat je dgn uia, 10 minit jek pun.

nay. said...

waah! ko minx derma apa? moga Allah memberkati usaha korg semua!

teringat dulu zaman sekolah kena duty kutip derma time St John's Flag Day. Malu mmg malu la; ketuk rumah org, kutip kt cs, tmpt kastam, holiday plaza dll lbih 2 minggu. tp kepuasaannya terasa bila tabung sebesar alam tu penuh dan kt tau dia akn disumbangkan kpd org2 yg spatutnya..

tu zaman sekolah.bila da besar ni respect korg yg da 'besar2' ni buat. tahniah! btw, hidayah centre tua apa?

nay. said...

like magic! immediately lps aku post comment aku kt ats ni, an email from hidayah centre masuk.

xpernah tau pun -,-'

A.N said...

Raby : esok! ^__^ ayuh, berbuka dan berterawih dengan kita! :)

roger akak bfore mai :)

atikah yusof : derma untuk kebajikan mu'alaf, under hidayah centre. laa, hang xtau pasai ni ka? moh2 join kite next sem. alhamdulillah aku dah p yang bazar and hospital visit. best! aku tau hang mesti minat! ^__^

memang dah jodoh la tu gamaknya :)

Adawiyah Rosli said...

okay kak anis, set. esok raby datang uia. hihi bestnyaaa.

esok raby sms dulu before datang, yeay yeay tak sabar :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...