Tuesday, December 27, 2011

Memilih.

Assalamualaikum.


Saya pernah dengar orang cakap, "Pilih kawan macam pilih baju."


Maksudnya, kita kena pilih baju yang bersesuaian dengan kita, dengan saiz kita, dengan gaya hidup, norma, keselesaan kita. dan sebagainya lah. Seribu satu asbab kita memilih baju.


Bila perkara baru ni terjadi, saya rasa saya kena setuju benar dengan statement tu.


-___-"




P.S : I miss her so much. Jom keluar macam dulu balik! T.T

Sunday, December 25, 2011

Memang sweet. Tapi...


Assalamualaikum..


Oh well, I'm referring to the current most-hitting and uploaded and link shared video on FB.

Tak ingat exact title, tapi yang pasal proposal seorang lelaki kepada seorang perempuan *yang katanya budak CFS Nilai*

Oh, yang lelaki tu bagi kamera DSLR tu? :D

Haa. ingat pun :P

Kalau difikirkan dalam pemikiran normal dengan fitrah seorang perempuan, memang suka weyyy. Dahlah sweet, bagi DSLR pulak. Dahlah tak approach depan-depan *eh, ye ke?*, terus approach parents saya. Dan bukan ajak berkawan, ajak kahwin *sure eh?* terus! Err. Beraninya baq hanggggg :D

Lepas tu, propose dengan cara tu. Ok, lain dari yang lain.

Kebetulan, roommate saya yang eager bab2 video ni, punyalah rajin meng-download video ni.

"Eh anis, hang dah tengok video ni dak? Sweet gila!" Beriya benau dia suruh saya tengok. Sebelum ni memang ada nampak link kat FB. saya tak expect pulak orang melayu, rupanya memang melayu.

Dia pun tunjukkan kat saya.

Waktu habis video tu, of courselah word pertama keluar, "oh sweet."

Lepas tu dah. Malas nak layan lagi, nanti kang terbit pulak perasaan cemburu, hasad etc etc :P

Punyalah hot and cold video ni, sampai masuk dalam Bulatan Gembira saya kot!

Di situ, saya dapat pencerahan.

*after i posted the link on my sister's wall*

Daripada perbincangan, buah fikiran ahli BG lain, saya rasa, harapan saya hanyalah dua.

  1. Supaya semua Muslim masih berpegang kepada hukum hakam dan syariat agama Allah yang tidak menggalakkan supaya pertunangan dihebahkan kepada umum. Kepada kawan pun kadangkala ada yang berahsia, apatah lagi nak post kat FB, upload kat YouTube bagai. Sebabnya, anything can possibly happens, before the Big Day. Lainlah kalau anda nak tayangkan di hari pernikahan anda, betapa sweetnya pasangan anda mempropose anda. Wahai, memang terbaik :) Kalau nak bertunang tu, senyap-senyap je lagi sweet. Baru suspen sikit. Kecuali untuk teman terbaik anda, mungkin boleh habaq kat dorang, supaya kita tak mudah tersilap, terlebih langkah. kan?
  2. Supaya pihak lelaki tidak merasa tercabar dengan aksi lelaki tersebut meng'propose' pasangannya, lalu menganggap semua perempuan NAK DSLR JUGAK dan NAK CARA PROPOSE YANG LAIN dari yang lain jugak. Arakian, mereka terpaksa menjadi sekreatif mungkin bagai nak mereka satu jet pejuang untuk aksi tempur di medan perang *Eh*. Bila tak dapat jadi kreatif, mula fed-up lalu tak nak propose perempuan lansung. Lalu terfikir nak propose lelaki je. Nauzubillah min zalik!

Ok, the 2nd one is more to joke :)

Come on lah, tak semua perempuan macam tu. [Eh, ye ke?] Memanglah, dah beribu video pasal proposal ni kat YouTube, yet, we do not hope for men to always come up with new ideas. Hello, dah datang meminang pun dah cukup baik ok? :)

Like beauty, this one also lies in the eyes of the women and the sincerity of that men that counts. Bukan tahap kekreatifan macam buat video osem APG tu. No marks for them :)


Yang paling penting, syariat terjaga. Alang-alang nak jaga dari awal, baik jaga semuanya terus kan? barulah sweet :)


Kacang Pecan.

Ikutlah.



Assalamualaikum.


Masing-masing telah ditentukan jalan hidup kan?

Kalau saya dapat jalan A, boleh jadi dia dapat jalan B.

Jalan masing-masing, ikutlah. Yang penting, mendapat keredhaan ilahi.

I must bear in mind, kalau saya dapat jalan A, tak semestinya bermaksud B tu tak baik bagi saya. We just don't know, yet don't care about them.

Oleh yang demikian, saya tak boleh lah kutuk jalan B tu. Betul tak? *correct me if i'm wrong*


It applies to all condition. Lebih kepada nak cakap, jangan mengeji atau mengata kepada benda yang bukan-hak-milik-kita. Of course, semua orang akan cakap kepunyaan dialah yang terbaik, tapi jangan sampai memandang rendah kepada hak milik orang lain, sebab mungkin itu yang TERBAIK juga bagi mereka, okay?

Sebagai contoh, saya bersyukur sangat dapat jadi anak murid Lecturer A. Kawan-kawan saya ramai dapat Lecturer B. Nothing wrong with that. Cuma, saya rasa lecturer A sangat best. Tapi, saya tak bolehlah nak cakap Lecturer B tak best, tak sebest lecturer saya.

Faham?

Allahu, post ni sangat budak-budak.

Sebab masalah ni, rupanya menghinggap kat semua orang, tanpa mengira usia. Ingatkan budak-budak je alami benda ni.

Sengaja post entry ni. Supaya kita lebih 'matang' dalam berfikir dan bertindak. Bukan cakap main sedap mulut je.

Memanglah akan ada orang cakap,"hek eleh.. small matter kot!". Iyelah, sekadar peringatan. Sebab kita bukan jumpa ahli komuniti kita je sepanjang hidup ni. Kita bakal menghadapi dunia luar. Kalau gaya percakapan pun still kat takuk ni, what do you expect man?

Marilah sama2 mengislah diri. Nak masuk 2012 dah ni.


Regards~

Friday, December 23, 2011

Bukan setakat raising and feeding :)



Assalamualaikum :)


"Ibu, akak rasa sakit bahagian sini dan sini. Betul ke takde pape?"

"Takde. Memang macam tu kadang2."

Lega.


"Ibu, kalau susu serbuk ni keras boleh guna lagi ke?"

"Laa... masuk angin la tu. Tak yah guna la. Beli lain je. Nanti meragam pulak perut tu."

Ok.


"Akak, jaga diri. Belajar rajin-rajin. Biar pandai. Kalau dia *koff koff* je pandai, mana boleh!"

"Erk. ok."


"Akak mana boleh cat macam tu je. Kena letak base coat putih dulu, kalau tak, bercapuk nanti."

"Errr. ok."


:)

Tersenyum saya waktu nak tulis entry ni. Especially, antara respon dan reaksi ibu saya kat atas ni ^___^"

Ibu saya pernah cakap kat saya, suatu ketika.

"Jadi mak ni bukan takat bagi makan, pakai je. Tapi kena tahu macam2 ilmu. Maksudnya, bukan jadi ibu je, jadi doktor, jadi tukang masak, jadi tukang baiki rumah, jadi kaunselor. Semuanyalah!"

Betul jugak bila difikirkan balik.

Mengikut respon saya kat atas ni. Kalau ada apa-apa je berlaku kat saya, ibu saya adalah orang pertama yang saya rujuk. Waima nak masak, apatah lagi nak makan. Kalau sakit-sakit jangan cakaplah. Konfem. Saya tak tanya doktor terus pun.

Yang peliknya, walaupun ibu hanya duduk di rumah, ibu mampu menjawab 98% soalan-soalan cepugangsa saya tu :)

Itulah yang dinamakan, ilmu rumahtangga mungkin, yang sebilangan besar ibu-ibu muda zaman kini, kekurangannya.

mungkin juga belajar dari pengalaman. hehe. dan ibu pula takde pun cakap,"eh, manalah ibu tahu, ingat ibu ni doktor ke hape?" pun. dia jawab je. :')


tapi kalau saya tanya soalan merepek, dapatlah padahnya :D

Jadi ibu, isteri ni bukan setakat persiapan 'fizikal' je. Sebab tu bab kerohanian penting juga. ilmu di dada kena mantap, untuk menepis, menjawab soalan anak2 ni, anak macam saya ni :)

Ada yang anak ramai, tapi tak terjaga? Kenapa?

Memanglah Nabi menggalakkan untuk meramaikan umat, tapi kita kan umat terbaik. Umat terbaik mementingkan quality berbanding quantity. Kalau anak ramai, pastikan semuanya terjaga, terdidik akhlak.




Itulah antara yang saya dapat. Panjang lagi kalau nak berdebat. Sebenarnya teringat kat rumah pun iye jugak ni :') aisy, rindu ibu :')

Semua sahabat pelik saya tak balik minggu ni, walhal exam 4hb kot start. -__-

Takpelah, insyaAllah kuatkan diri bertapa kat UIAM ni :)


End of classes.. *sad*

Assalamualaikum.

Hari ni, pengakhiran segala kelas untuk semester ni. Sangat-sangat terasa okay.


Especially kelas UNGS. Alamak [dengan nada Ustaz Razak], habis dah 2040. Kalau diikutkan study plan saya, UNGS 2050K bakal diambil pada Semester Ke-2, FOURTH YEAR nanti. *Aigoo*


Tak tahu kenapa tak berderet terus. Nak tunggu time tu, banyak perkara boleh jadi. Kalau boleh nak belajar under Ustaz Razak lagi. Tapi kalau nak tunggu 3 tahun lagi tu, boleh je jadi dia further study lagi, ke tukar kampus ke. Alamak, tak nak tak nak! -______-


Subhanallah. Saya dapat rasakan UNGS merupakan subjek yang terBEST, terBAIK, terRELAX, terMOTIVATED pernah saya masuk :) Bukanlah subjek lain tidak ada ibrahnya, masing2 dengan ibrah masing2, yang cool dan osem belaka! :) Tapi, kelas UNGS memang really made my mind. Tak tahulah kalau orang ada suka tuang/skip kelas UNGS. Allahu Rabbi, best kot kelas ni!


Mungkin saya lebih bersemangat nak belajar UNGS, bila ditaklifkan untuk menjaga exam under IRK division last year. Iyelah, waktu tu tak masuk main campus lagi. Bila nampak kawan-kawan jawab kertas UNGS *saya suka part ni! suka sangat tengok kawan amik exam. once a lifetime punya experience! :P* rasa sangat bersemangat nak belajar subjek ni. Waima belajar dengan Ustazah Zakiah sekalipun, beliau lagi banyak ilmu kot. Cara pengajaran mungkin berbeza, kita sebagai penuntut lah kena 'masuk' dengan cara pengajaran lecturer subjek tertentu ni kan? :)


Tadi, seawal 8.35 pagi dah berada di kelas. Kelas bermula pukul 9 pagi. Tapi, hanya saya berdua dengan F. Hati rasa cuak jugaklah, kelas cancelled ke? Inilah kekurangan kalau info disalurkan via FB semata, tiada mesej berantai -__-


Calling punya calling, rupanya kelas tetap ada, cuma student pakat naik bas pukul 9. Pulak depa nih -__-


Selalunya, setiap kali kelas UNGS hari Jumaat, tangan ni akan gatal nak buat selingan nota UNGS dengan Anatomy. Masakan tidak [wah ayat], subjek Anatomy exactly lepas UNGS kot. Ok, akan diceritakan berkisar Anatomy selepas ni :)


Tadi, kitorang belajar sub-chapter terakhir, pasal Islam Hadhari dan Islamization of Knowledge. Rasa-rasanya lah kan, kalau belajar chapter ni dengan orang yang 'biasa-biasa', mesti asyik nak menguap kan? Bukan bukan, don't get me wrong, bukan sebab Islam atau apa, tapi sebabnya boleh tengok kat slides mengenai sub-chap ni. Semuanya ayat belaka. 


Tapi, sebab belajar dengan Ustaz Razak [habislah kalau dia baca entri ni, asyik kena puji je :)] belajar jadi terbuka minda. Selalunya bila sebut Islam Hadhari, kita mesti terfikir POLITIK. Beliau sendiri pun akui benda tu, tapi dari kelas tadi, beliau bawakan maksud Islam Hadhari tu sendiri, dan meminta kami belajar without any influences of politics and such.


Nak-nak pula, saya tahu ini kelas terakhir beliau bersama kami, saya. Lagilah tak nak miss any words from him kan? [eh, dah macam apa pula. baca dengan fahaman yang betul ye]


Again, before we ended our class with him, beliau ada minta maaf kat kitorang [what's with lecturer kat uia ni? minta maaf kat student ok. student? *tampar*]. 


Lepastu, dia ada satu wasiyyah [suka hati eja macam tu, baca : wasiat]

"Please have the culture of learning."

Sentaps.

Sentap yang tidak menimbulkan kemarahan nor kebencian. Just, sentap with myself. Sudah-sudahlah belajar sebab nak exam, nak score exam, nak grad 1st class degree. Hello, kalau belajar sebab exam, setakat ni takdelah score mana pun -___- *nangis*

Mungkin kena start try tukar niat, belajar sebab ilmu tu sendiri. Sebab nak mendalami ilmu Allah.

Ya muqallib al-qulub T.T tetapkan hati tetapkan niat. peluh besar menitis.

Kelas Anatomy bermula 10.30, tapi kelas UNGS habis pukul 10.20. So, saya tak sempat jumpa beliau personally nak minta maaf etc etc. InsyaAllah, waktu exam UNGS nanti, saya nak jumpa personally, doakan!

P.S : Lagi terharu sebab dia antara lecturer yang kenal nama saya, dan panggil saya Naazira. Eh, sukalah! ^__^


Oh, Anatomy!


Hari ni juga kelas terakhir untuk Anatomy. Faham-faham ajelah bila nak kelas Anatomy yang sekali seminggu ni, wahaiiii~ Semua pakat baca buku dan REVISE malam sebelum hari Jumaat, yakni, malam Jumaat, boleh?


Seriusssss~ Gaya budak Biomedic 2nd year bagai nak kuiz je tiap-tiap hari Jumaat :)


Mula-mula kan, rasa macam "urghh." pun ada tau. Serius, tak tipu. Masakan tidak [lagi], Anatomy kot. Cuba tanya mana2 student, course apa sekalipun yang amik subjek ni. Mesti dorang cakap,


Anatomy = Hafaz/Hafal

Dan, kalau hafal ayat al-Quran, boleh berlapang dada lagi. Tapi ini? setiap inci kat badan awak tu. Iye, badan awak tu. Kalau saya budak medic, lagilah. Cara nak buat incision [baca : potong time surgery] pun kena hafal tahu? bukan main potong je. Untunglah incision tu just 'nice to know' untuk student biomedic :)

Ok, enough with that.

Ini merupakan semester kedua berAnatomy. Kalau dulu2, before belajar subjek ni, dengar je, dah macam "Wahaiii. kelas gitu. dah macam Grey's Anatomy pun hado."

Itu dulu.

Kebetulan pula, untuk kedua-dua level anatomy, saya belajar dengan lecturer yang sama untuk separuh masa pertama [baca : silibus sebelum mid sem]

Miss A. [nama penuh terpaksa dirahsiakan :)]

Dulu-dulu waktu belajar dengan beliau, macam perghhh. Setiap kali kelas, dia akan cakapppppppppppppp je. Kita yang mendengar, macam kena berdas-das peluru. End of slides, akan ada kuiz. Kalau kuiz jenis, tulis jawapan kat kertas kajang pastu hantar and dia check and bagi mark, takpe. Ini, dia akan tunjuk siapa-siapa dia nak, jawab on the spot, pakai microphone. Belajar kat audi ok people, bukan kelas2 tutor. Lagi best kalau kena soalan bab melukis. Haaa, Anatomy juga sangat TERKAIT dengan lukisan. MESTI ada lukisan. tapi lukis cell atau tissues [histo] atau process by process, adalah! Dalam exam pun hado. jangan risau! :)

Lepas mid sem, kitorang dapat lecturer Kuliyyah of Dentistry, foreigner. Pergh, best sangat belajar dengan beliau. Laju pun laju je. Tapi, dia sangat explain! Waktu belajar dengan lecturer ni, seorang doctor, memang sangat mencintai Anatomy la. Alhamdulillah, Anatomy I memang menyelamatkan CGPA :)

Lepas mid sem untuk Anatomy II, kami pun dapat lecturer lain dan bukan Miss A lagi. Kali ni bukan lecturer KOD tu, tapi dengar kata, Head of Department baru untuk Biomedic.

Dr. M

[bukan Dr. Mahathir ye :)]

Ingatkan, sekufu dengan Dr. KOD tadi. Rupanya wahaiiiiiiii.

Lagi strict dari Miss A. Beliau lah yang membuatkan kami study before masuk class. Memang terbaik! 2 chapter besar belajar dengan beliau, memang CUKUP terasa kesannya.

Dalam kelas, before start belajar, dia akan menyoal tentang chapter last week. Dia akan baca nama, suruh explain. Ataupun, dia akan tunjuk mana-mana yang dia suka. Dan, dia nak, bangun, terus ke mic dan cakap. Tak boleh berlengah-lengah. Tak boleh tanya kawan. Haa.

Kalau tak dapat jawab, berdiri. Yeah, sangat mengingatkan zaman sekolah menengah RENDAH.

Mula-mula, rasa tense itu diakui ada. Tapi bila dah lama-lama, rasa sangat bagus beliau buat macam tu. Nak-nak pula beliau ingatkan yang dia saja buat 
macam tu supaya student dia sentiasa bersedia, dan belajar sebab ILMU dan bukan kerana EXAM.

A'ah la. Semester dua ni banyak lecturer ingatkan supaya study sebab ilmu dan bukan exam. Yeah, makin matang :)

Dan, tibanya hari ni. Minggu lepas, dia ada ingatkan kami untuk study bab Eye and Ear, dan study balik bab Nervous System. Dia nak menyoal habis-habisan katanya untuk minggu ni.

Pagi tadi, diri ini dah mula cuak. Sebab tak habis study lagi untuk SEMUANYA. Mentang-mentanglah ada lab test untuk Biochem hari semalam -__-

Waktu kelas UNGS dah la touching. Tak dan [baca : tak sempat] nak baca Anatomy pula. Akhirnya berjalan ke KAHS dengan selamba, tanpa menyelak Anatomy pun -__-


Rupa-rupanya, hari ni dia tak tanya APA pun, just habiskan silibus mengenai histological technique. 

Allahu akbar! Happy tak terkigha! :))

She did the same things, dia minta maaf kat kitorang *sob sob*. Alahai sedih tau. Walhal, kitorang lah yang SEPATUTNYA minta maaf kat dia T.T

Lepas sign attendance, saya salam beliau. Lepas tu kan, dia cakap, "all the best for your final exam. do your best ok!"

TERHARUuuuuuuu~ T.T

Rupanya kan, dia sangat sweet bila tengok dengan jarak dekat. Muka dia macam adik ehem ehem! :P

Itulah pengakhiran kelas saya. Sedih+touched+sobs semua ada. 


Apa ibrah daripada dua kelas saya ni?


Saya faham level culture of learning orang Melayu memang sangat ......
Dan, mengikut sejarah sebelum-sebelum ni, kejayaan datang dengan niat yang tulus mulus, iaitu kerana Allah.


Hari tu, pergi forum yang ada akak medic distinction dalam end-of-block punya exam pun, dia cakap benda yang sama. Belajar kerana Allah. Bukan kerana exam apatah lagi nak menunjuk-nunjuk. Belajar kerana exam? Hello, setiap masa kita diexamine apa? Kiri dan kanan kita ni, kan ada 'pemerhati'. Pencatit lagi. Bukan sekadar memerhati.


Kalau lihat sekitar kita, wahaiii. Cukup selesa. Ustaz Razak ada cakap, ulama' dulu-dulu, nak belajar malam-malam guna oil lamp kot. Bukan oil lamp zaman modenistik ni. Kena ambil lemak [unta atau lembu, tak sure] lepas tu bakar. something like that, nak tunjuk, betapa susahnya nak belajar zaman dulu.


Tapi, itulah yang berkat. sebab SUSAH. itu yang pandai segala macam bidang tu. dia lah doktor, dia juga musician/astronomer/ahli ekonomi/mathematician etc etc


pergh.




Seperti post saya sebelum ni, memang bila nak habis sem je, baru sedar semuanya! Rupa-rupanya, lecturer kita ambil berat kat kita. Betullah, lecturer mana nak anak murid dia fail kan? T.T

Oh, Anis, sila appreciate apa yang anda belajar ye. Next semester, jangan main-main *walhal tak main mana pun -__-* ok! :)

Kamu kamu yang baca ni, doakan kejayaan saya untuk final exam menjelang ni~~~ semoga Anis berjaya dunia dan akhirat, ameen~






P.S : post ni lebih kepada nak mengingatkan diri sendiri. :)


Barakallahu lakum.

Kacang Pecan.



Thursday, December 22, 2011

Biochem.

Assalamualaikum.

I had my last class with Dr. Tariq today. Well, last class for Biochem I of course. Next semester, I'll be meeting him again, for Biochem II class [insyaAllah~]. Later later on, for Immunology too. biiznillah.

Before we ended the class, we had laboratory test, not that OSPE like some people do. This one is in OMR form. We were not even touched any chemical or drugs. Just pencil and calculator [Amal's calculator] :) *eh, perlu ke mention*

Before we even answered those 21 questions, he gave us some gentle reminder, about being a good MUSLIM student that one day, will be a good MUSLIM scientist, insyaAllah.

Well, what he really meant to say was about 'amanah'.

He said that he FAILED to teach student on how to be a good muslim student that will lead to be a good muslim scientist. Recently, he faced one kind of situation where one whole class members been not honest in counting their marks for quiz.

He said that, if student cannot being honest for quiz mark, which only took for only 1-2 marks higher, then what left for him to expect that students to be a muslim scientist in the future?

My class members remain silent. Though we were not the one who did it, but still, it touched our heart.

Then, he told the class that questions provided were 21 SCQ questions. And why was that 1 question after 20th?

He said that he provided the 21st question to see whether his firm conviction and "prinsip" is right or wrong.

I wonder what would he asked for that type of question. Obliviously not biochem oriented question. He even reminded us that.

The question was about handling apparatus while in lab ; and we have 4 choices of answers provided.

A. because it is our amanah

I don't really remember clearly for the other 3, but I knew that all were about 'too-much-about-being-materialistic' such as "lab apparatus are too expensive" that kind and such.

After 20 minutes, we handed out the OMR sheet. And he asked again what did we answered for question 21.

Most of us answered A lah kan?

And then he asked again whether there were any student that disagree with him. *Siapa berani angkat tangan*

He felt released after that. And he reminded us again to be a good muslim student for days ahead.

And wished us Good Luck for the final exam :)

And I wonder, why are there so many 'best and sentaps reminders' told during end of the semester? T.T


o Allah, bless him and his family. Amin.


P.S : pray for my Biochemistry too! ^_^



Sunday, December 18, 2011

Week-end.





Malam kat Kuantan sangat best~ Sangat suka menikmati petang dan malam di Kuantan. Lebih indah daripada biasa :)

*eh, ni gambar bulan* :D




Masjid UIA Kuantan. Pada suatu hari,

Kakak senior terhormat : Apa khabar Kuantan? Apa perkembangan terbaru? *tengok gaya soalan pun dah tahu dia daripada kalangan 'terhormat'. Heh.*

Saya : Err.. Biasa-biasa sahaja. Akak tak pernah ke Kuantan?

Kakak senior terhormat : Pernah.

Saya : *memikir perkembangan terbaru cepat2!* Oh ye, masjid dah nak siap. hehe *peluh kecil*

Kakak senior terhormat : Iye? Korang daripada dulu macam tu. Dah nak siap, dah nak siap, tapi tak siap2 jugak. *suara looking down habis*

Saya : Eh tak2. Kali ni mesti siap, sebab kalau tak siap, dorang *kontraktor* akan diblack-list kan dari semua projek kerajaan! *gaya cakap macam YB Kuantan*

Hello. Nampak perkembangan terbaru? Esok nak serah kunci ok. Siapa kata tak siap2? *Grr, marah manja*



Closing CAMPRO '11. Nazrey Johani nyanyi lagu Muslimah, dan 3 lagu lain *eh, 3 ke?*
Puas hati, berbaloi meredah hujan lebat yang sangat amat untuk ke Admin dengan berjalan kaki hey. :)




Assalamualaikum.

Alhamdulillah~ [Mode happy sebab baru balik dr KL] :)


Suka sangat dapat balik rumah kali ni. Alhamdulillah, walaupun cabaran menaiki bas tu tetap ada dan akan sentiasa ada, tapi sangat berpuas hati dapat balik weekend ni, sebelum mengharungi Final Exam Semester 1 2011/2012 yang bakal bermula dua minggu lagi *whoa!*

Biasalah, dalam pada kita bersuka-sukaan, mestilah ada perkara yang kita korbankan. Balik kali ni menunjukkan saya tak buka lansung notes, walaupun saya bawak je [just in case] untuk dibaca dalam bas, tetapi kebiasaan saya yang tak-boleh-membaca-dalam-kenderaan menyebabkan azam yang tulus, menjadi terbantut =.=
Saya pun terlepas satu program. Program yang sepatutnya saya pergi, tapi tak pergi. *peluh besar menitik*

Balik ke KL kali ni, buat pertama kalinya saya menaiki bas yang sangat cantik, dan dua tingkat. Walaupun nama bas nya agak pelik, iaitu Durian Burung [????]. Tapi kan, dah bagi impression yang hmmph, waktu nak naik pertama kali ni. Bas yang kononnya akan bertolak pukul 2.30 petang, menjadi pukul 3 petang. Dan yang paling best, walaupun saya dapat single seat yang diidamkan, dan dapat bahagian atas, depan sekali pulak tu [dah macam co-pilot gamaknya], saya merupakan the only penumpang perempuan yang menaiki bas tu sehingga ke stesen Pekeliling. Ya...... Sangat terbaik di situ T.T

Sudahlah lambat bertolak, sebelum bertolak lagi, tiba-tiba t.v LG diturunkan di sebelah seat saya T.T ok fine, bas ni ada sediakan cerita, movie kot. Tetapi ceritanya, alahai, James Bond. Boleh? T.T

Cuak saya dibuatnya. Faham-fahamlah cerita James Bond 007 ni macam mana. Sudahlah semuanya penumpang lelaki [walaupun tak penuh seat bahagian atas tu], tapi si driver tu terlupa agaknya ada seorang hamba Allah yang solehah [amin] kat bahagian atas bas tu, SORANG-SORANG. Lainlah kalau saya berteman, nak buka cerita apa, bukalah.

*Mengharap cerita KCB memang tidaklah wahai Anis T.T*

Terpaksalah saya mematikan diri di hujung bahagian depan bas tu. Mujurlah seatnya besar, hanya nampak hujung kepala saya mungkin, sebabnya tidak mahu nampak seolah-olah saya pun turut serta mengikuti movie 007 tu. Kononnya saya tidurlah. Walhal, fikiran dan mata saya menerewang di luar tingkap, yang hujan lebat dan sejuk. Dalam hati tak henti2 berdoa supaya TAKDE perkara yang TIDAK diingini berlaku. nauzubillah min zalik!

Sampai je Plaza Tol Gombak [yang nampak bangunan KICT yang tersergam indah tu :)], saya terus bangun. Tangan dah mengusap beg, menandakan tak sabar2 nak keluar daripada bas. Hm.

Alhamdulillah juga, balik kali ni dapat bertemu muka dengan mak saudara yang tak berapa nak sihat, rupa-rupanya baru balik chemotherapy kat Hospital. Nasib ibu terus bawak saya dari tren Ampang ke rumahnya di Ampang. Walaupun begitu, masih gigih nak masakkan kami mi goreng air tangannya. haisy, sweet sungguh! :)

Hari Sabtu pula, masa dihabiskan dengan melawat adik saya di KMS Banting. Sebulan weh tak jumpa. Rindu banget :) Sudahlah dapat empat rata final exam semester satu matrikulasi hari tu. sungguh bangga dapat adik yang tabah dan cekal macam dia. proud of you! :)

Begitulah kehidupan, setiap masa diuji. Kalau diuji dengan nikmat, pada masa yang sama, ada ujian yang sukar menanti.

Kalau ada yang sweet2, maksudnya, ada lah yang bakal dikorbankan tak lama lagi :)

Saya mungkin happy weekend ni, tapi tak lama lagi saya akan mengharungi Final Exam. Phew.

alhamdulillah 'ala kulli hal :)




Dua orang adik.



Bersama ibu dan adik. Dua orang yang PALING mengenali saya di dunia ini. Segala isi hati, rahsia, etc etc tercurah kat dua orang manusia ini. Haisy :))



*kacang pis*

Thursday, December 15, 2011

Konvensyen Fiqh~




Assalamualaikum.

Jom la pakat g konvensyen ni. Ramai ustaz2 yang faqih ada kat sini.

Maklumat lanjut ---->Link

Bayaran RM100 sebelum 15 Januari 2012 kalau tak silap :)

Thursday, December 8, 2011

Pandang dengan mata hati.



Assalamualaikum..


Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk ke KL bagi melepaskan lelah *ceh, lelah lah sangat* dan juga menziarahi sahabat2.

"Mantapnya datang uia semata2 ziarah schoolmate."

Hello, tak boleh ke? Biarlah. Dah ada masa free, plus nak g library pinjam buku UNGS sekali :P

Eh. macam dia baca je blog ni :D

Ignore.

Sepanjang perjalanan sorang-sorang tu seboleh-bolehnya saya tak spend masa doing nothing. Kalau benar termenung, biarlah 'berisi'. Biarlah pandang tu, ambil ibrah nya sekali. Kalau tidur pun, biarlah sekadar melepas kan lelah. Bukan hentam tidur dalam bas macam nak qada' tidur je. Itu usaha saya, insyaAllah.

The best part is, both of my journey dalam bas, tak dapat single seat, yang menyebabkan saya beli tiket untuk satu seat yang duduk berdua. Eh. Kira nya normal couch la.

Dan yang paling tak tahan, both back and forth journey, saya duduk sebelah lelaki. Alahai. Sabar je la. Nasib baik kedua-duanya nampak baik, maklumlah sudah berumur pun. Journey pergi KL seorang lelaki Cina yang nampak bekerjaya yang busy *ceh*. Balik Kuantan pula, lelaki Melayu, pak cik to be certain. Macam datuk pun ada. Macam mana saya tahu? Sebab anak lelaki dia yang hantar naik bus tu. Eheh.

Bukan itu motif sebenar entry ni. Tapi, throughout my journey, alhamdulillah banyak juga ibrah yang dipelajari. Macam tak sia-sia pula spend masa 3 hari journey sorang-sorang. Hehe.

Masa pergi tu, saya ambil bas pukul 5 petang. Alhamdulillah sampai KL pukul 8 lebih. Biasalah naik Bulan Restu, 3 jam setengah sahaja :) Tiba-tiba, saya stunted dengan kaedah beli tiket yang baru untuk naik tren LRT. Sekarang pakai token/coin ok. Paling best, dah takde dah sistem beli manually kat kaunter. Semua kena beli via vending machine yang menyebabkan orang SESAK nak membeli token. Tapi kalau setakat sesak je takpe, tapi saya kesian pulak tengok orang yang tak biasa beli ikut machine. Jujurnya, ini kali kedua bagi saya pun. Sebab dulu pernah terdesak kena beli tiket di mesin sebab kaunter penuh menggi**.

Saya tak kisah dan hairan kalau konsumer adalah terdiri daripada remaja belia yang mempunyai darah muda lagi hangat untuk sentiasa bersemangat nak try benda2 baru ni. Tapi saya kesian kat golongan tak berapa muda yang mungkin bukan berasal dari KL atau sekitarnya, yang mungkin juga hanya naik tren sekali dua je dalam masa setahun, atau mungkin juga first time.

=.=

Bukan nak riya', saya sendiri pun jarang menggunakan tren, sebab suka lagi nak menyesakkan jalan raya. Tapi bayangkanlah keadaan mereka yang dah lah tak tahu jalan. Jalan pun tak tau, apatah lagi nak hafal route2 jalan via tren. Saya memang selalu menggunakan Kelana Jaya Line atau Ampang route. Hadoi.

Sewaktu on my way pulang ke kuantan, saya 'berjumpa' lagi dengan mesin-mesin canggih keluar token ni. Dan seperti biasa, tak semua orang dengan handalnya beli token ni. *maka digalakkan kepada orang ramai utk beli kad Touch n Go kot. Better* saya didatangi dengan seorang pak cik, yang nampak macam usia emas sebelum pencen *eh* dengan seorang perempuan bertudung, dan mengandung. sarat juga nampaknya. dia bertanya kepada saya, "Anak, pak cik nak ke KLCC, macam mana ye?"

Saya jadi serba salah. Sudahlah tak beli tiket balik lagi. Time waits for no man. Tengok jam dah pukul 2 lebih. Tapi bila saya cuba meletakkan diri saya kat tempat pak cik tu, saya rasa kesian sangat2. Pak cik tu nampak tulus orangnya, dan mungkin bukan tinggal kat area KL tu. Dan saya rasa kalau dia tanya anak muda lain, tak semua boleh provide him better information. *Dahlah kaunter info pun takde, haisy!*

Di hadapan saya pula seorang auntie berbangsa India dok speaking tanya JPN kat area PJ. Hatni saya memang surrender, sebab saya pun tak pintar sangat area PJ tu -_-

Sekarang mungkin sistem coin, esok lusa, tahun depan? Entah-entah semua bertukar lebih canggih. setiap kali balik KL, dah tak cam semua jalan. aigoo.

Itu yang berada di stesen. Semasa saya otw ke Masjid Jamek, ada satu lagi yang mencuri pandangan. Kebetulan dari arah stesen paling akhir iaitu terminal putra, maka tren pun kosong. tak ramai orang pun. tiba di satu stesen, ada sebuah keluarga, anak semua lelaki, masih kecil masuk ke dalam perut tren.

ayah dan ibu mereka, kurang penglihatan.

tersentap hati. bukan apa, tetapi saya bandingkan diri saya dengan mereka, saya rasa bersyukur sangat. dalam pada masa yang sama, cuba meletakkan diri dalam situasi mereka, rasanya tak mampu untuk saya meneruskan kehidupan normal, seperti menaiki tren. mungkin duduk di rumah sahaja. kuat dan tekad sungguh hati mereka :')

banyak sangat. pengalaman. betullah kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan :)

best kalau dapat journey as backpackers. mesti lagi best :) boleh tengok sikap orang, pastu amik ibrah. bukan MENGEJI ye :)

mula-mula rasa macam, "buat apalah aku g sorang2 ni. membazir duit je!". tapi, perancangan Allah itu berhikmah. i spend my time and days alone kot. bayangkan, duduk di gombak, alone? duduk di library, alone? tanpa ada orang kenal kita. tapi kita KENAL orang. bukan orang tak kenal, tapi orang macam ingat2 lupa. heh. wow, best woh~



P.S : Allah tetap hijab dari berjumpa. sebelum waktunya :)



Cik H. Dah lama tak jumpa hamba Allah ni, last time was on my Raya visit to our Madam house. And also her house :D
So bayangkan, 3 months kot! Hello, lama ok.

Kat mana gambar ni diambil? kat Legal Unit IIUM. Cik H lepas baru bayar saman :P







Maryam Kirana on the scene. First time saya teman budak Archi pergi library. Lepas tu dia minta idea saya *IDEA SAYA OK?* untuk design concept nya. Best part is, dia minta saya bagi idea berdasarkan ayat2 or surah dalam al-Quran. and we managed to come out with various surahs and ayahs :) good luck sis :)


Tuesday, December 6, 2011

oh Syabab

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, sampai jua di UIAM Kuantan, setelah menghadapi hari-hari di KL. Proses nak balik ke kuantan je pun, dah cukup nak cakap, betapa 'nazak'nya dunia.

=.=

Dunia dah tak selamat. sekian.


Sampai je kat compartment, ternampak satu risalah, yang saya dah baca dahulu sebelumnya, di bilik sorang sahabat. Basyeeran, risalah bulanan [ke?] mahallah saya, disendal dengan sebuah buku di atas meja.

Tapi bukan yang menyendal itu yang menarik perhatian. Tapi tajuk bulan ni macam menyentap mata dan hati sikit. Sebab malam sebelumnya, dah jadi Yang DiPertua tak formal untuk satu debat tentang HAK-HAK yang TAK PATUT di ungkit.

Seksualiti Merdeka.

Saya tak hairan kalau ada lagi segelintir umat Muhammad yang tak cakna perkara ni. Well, hands off la kan. Bukannya aku mak nyah, lesbian, gay, biseks atau transgender nak kena peka dengan isu-isu ni. HELLO. tolonglah amik masa, update sikit perkara-perkara ni. Nanti kalau dah kena 'balasan' [nauzubillah] baru nak cakna, waktu tu takde gunanya dah!


Perihal malam semalam. Saya dan Cik H menerima seorang tetamu tak diundang ke bilik Cik H. namanya H juga. Lepas tu, nak dijadikan cerita, kami berbual la tentang sorang hamba Allah, kaum Adam bernama S, iaitu junior kepada Cik H dan H. Cik H pernah bagitau saya yang groupmate subject dia ni 'awww' sikit. Tapi si H menguatkan fakta dengan mengatakan S adalah G, of the LGBT. [kalau tak tau LGBT tu apa, sila tak syeikh gugel skang]

Reaksi saya? Of courselah saya tanya, "iye ke?", sebab saya bukannya kenal, malah tak tau dan tak pernah jumpa pon, so tak boleh nak expect apa pun. Persoalan "iye ke?" tu pun, sekadar menunjukkan minat, iyalah, saya terkezut juga tengok orang selamba badak je justify orang G atau L. pergh, how did u know man?

Lepas tu, si H buka cerita. Sebenarnya, beberapa minggu ni dia 'diasak' dengan persoalan tentang LGBT dan Seksualiti Merdeka. Oh ye, H merupakan BENL student [BENL=Bachelor of English and Literature]. 1st, dia kena buat research [ke assignment lupa dah] tentang SM ni. Next, dia kena jadi chairman for a so called debate in her class for this topic jugak. Yang paling best, for those tasks, dia buat research kot. dia interview kawan2 dia yang dikenalpasti sebagai bisex, gay dan M** N***.

SADLY to say. My university punya syabab la. *Sobs*

It's a common thing rupanya nowadays. But to me personally, dengan surrounding yang alhamdulillah, TAK JUMPA lagi yang boleh saya distinctkan sebagai L or G or MN. yang lembut mungkin ada [MUNGKIN] tapi yang seriously macam aww aww takde lagi insyaAllah.

Tapi saya sedia maklum yang golongan ni RAMAI kat kampus sana T____________T

Ok, next.

Lepas tu, dengan macam i-had-enough-with-this-topic, dia pun bukaklah cerita.

"Actually, mengikut apa yang dorang cakap, dan aku tau, yang pure memang SUSAH nak cari. maybe 10% je kot.."

10% ? hello?

Saya dan Cik H berpandangan sesama sendiri.

Lepas tu, curiousity saya menghenyak2.

"Serious weh, aku rasa benda 1st yang korang kena assured is dia tulen atau tak. tu je."

Then H pun cerita lah pengalaman dia menginterview kawan2 dia yang that kind tu. Dia kata dorang cerita sampai menangis2 kot.

"Dorang kata, siapa nak perasaan ni? Tapi benda ni develop sendiri. bla bla bla" jelas H lagi.

Saya buat muka pelik. Pelik campur nak menghadam. Pelik pelik.

Mungkin sebab tak biasa dengan situasi ni. "Betul ke weh dorang ni ramai kat U**?"

si H dah buat muka fed-up.

"Weh, ramai weh! Nak2 kat mahallah BILAL tu!"


gulp.


Saya sedar H cakap tu smoothly. menandakan yang dia tak perasan apa yang dia cakap, dan dia cakap berdasarkan FAKTA dan tak dibuat-buat.


T.T [eh, kenapa sedih ni]


Entahlah. Saya tetap percaya, influence barat dan ketidakteguhan kepercayaan kepada agama merupakan faktor utama gejala gejala ni.

Saya tak nampak di manakah HAK yang dorang nak sangat tu. Hak sama rata macam kita pandang dorang sebagai orang biasa. eh hello, manusia ni fitrah. sangat berkait rapat. dan fitrah manusia suka yang baik-baik dan TAK SUKA yang tak baik apatah lagi tak normal.

ok, jangan emo.

debat semakin mantap bila si H macam bersetuju dengan SM. Apa lagi, mengamuk la Cik H, keluarkan hujah-hujah mantap dia tu. Tangan dah ber P.O.I bagai.

Demikianlah situasi terbaru kat negara ni. Satu-satu perkara jadi, walhal kat negara Arab, dah start berevolusi bagai bagi mempertahankan HAK asasi yang paling basic, iaitu untuk hidup aman damai tanpa kuasa diktator atau rejim2 tertentu. Mentang2 lah kita aman damai kat sini, banyak pulak 'hak-hak' lain yang kita nak minta -__-

Bila fikir balik, banyak sangat peranan syabab ni. Dahlah sebagai pelapis pemimpin, bukan sahaja negara, tapi paling tak pun, sebagai imam keluarga.

Kalau si syabab dok sibuk pertahankan hak-hak tak munasabah, dok sibuk melayan hal2 picisan duniawi, nafsu pun tak dapat nak diurus dengan baik, macam mana agaknya bayang2 masa depan tu ye?








Ponder.


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...