Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

628. Of FYP titles and supervisors.

Bismillah.

Seminggu yang getir bakal berlalu. Memberi laluan pada 'sinar baru' untuk terus tabah mengemudi kehidupan. Yup, next week bakal ada yang lebih menggetarkan : Memilih pemimpin, at least untuk tempoh 5 tahun akan datang. 5 tahun yang bakal berubah, atau semakin binasa, naudzubillah. Biar Allah menentukan.

5 tahun keterhadapan, saya berumur 28 tahun. Tak pasti sama ada masih hidup, atau ....
:)

Seminggu yang getir dalam membuat pilihan. Oh, boleh saya simpulkan, semester ini merupakan semester 'membuat pilihan'. Semakin jelas, membuat pilihan bukan lagi seperti dulu, main hentam sahaja, tanpa memikirkan orang lain. Hanya fikir diri sendiri. Namun tidak bila kita dah berumur 23.

Mungkin ada manusia yang berkata, "Ah, pilih je la. Apa yang susahnya?". Tak kurang yang bermanis kata seindah bahasa, "Buat istikharah." Yes, another one. Minggu lepas sahaja, kata kerja 'istikharah' itu sangat made sense. Bayangkan, kalau dahulunya istikharah dibuat tanda berada di saat genting untuk memilih, tapi pada minggu ini, itu adalah kata kerja biasa. Semua mahukan yang terbaik dalam membuat keputusan, lalu kepada Allah mereka, kami merintih. Mengadu. Minta ditunjukkan yang mana terbaik untuk kami.






Tatkala di hadapkan dengan pilihan, hati pasti berkata-kata. Akal pantas mencerna. Pasti ada yang meneka, apa yang saya dok kalut cerita pasal pilih dan pilihan ni? 

Minggu memilih concentration dan title, supervisor untuk Final Year Project :)

Dalam kalangan sahabat baik, yang benar-benar baik, saya memang dikenali bukan sebagai budak lab [makmal] tegar. Walaupun saya merupakan pelajar jurusan BIOmedic. Nampak perkataan bio di-capitalized di situ? Yup.

Saya tak berapa minat untuk lab-based activity. Allah. Tak tahu mengapa, mungkin juga kerana kekangan jumlah alat-alat dalam lab yang menyebabkan kepada sharing yang melecehkan. Hurm. Bunyi mengada-ada. Tapi kadang-kadang okay je. 

Disebabkan kecenderungan saya tak memihak kepada lab [makmal], saya mengharapkan Final Year Project saya bakal menyaksikan saya melakukan kerja-kerja field work atau spesies survey sepanjang dua semester sampai graduasi.

Ternyata, perancangan Allah lagi Mantap dan Agung.

Dalam list title dan supervisor, saya sudah punya 2,3 pilihan yang membuatkan saya looking forward untuk skor dalam setiap subjek dari pensyarah yang sama. Mereka juga mempunyai minat dan passion yang sama dengan saya : Occupational Safety and Health, atau lebih dikenali sebagai 'OSH'. OSH merupakan salah satu cabang, dari pelbagai cabang dalam bidang biomedical science. Dijangka menjelang 2020, industri biomedical bakal mencanak naik seiring dengan bidang biotechnology. 

Kenapa OSH?

Dalam kalangan coursemates, ada yang bertanya, secara direct dan indirect kepada saya, kenapa OSH menjadi pilihan. Sehinggakan saya antara student yang tak perlu nak berebut-rebut nak daftar Clinical and Pharmaceutical Research untuk subjek concentration. Entah, itu minat masing-masing. Dan ini merupakan pilihan saya. Sounds cheesy, tapi itulah hakikat. OSH merupakan industrial-based punya concentration. Oh ya, yang paling penting, bidang ini membuatkan kami, in sha Allah bakal interact dengan manusia, dan bukan samples, microscope, chemicals semata-mata. Heh.

Ok, sambung perihal title dan supervisors. Allah nak uji kemantapan iman dan keyakinan diri, saya tidak punya peluang ampuh untuk keempat-empat pensyarah untuk title dan supervise FYP saya dek kerana mereka already fully booked!

Allahu akbar.

Serius, saya boleh dikatakan antara orang-orang yang lambat untuk memiliki title dan supervisor sendiri. Sementelah 2,3 hari sehingga Khamis lepas, baru Allah takdirkan saya dan 2 lagi sahabat untuk bertemu semula dengan seorang pensyarah, yang pada semester sebelumnya mengajar subjek Pharmacology kepada kami. Yang selalu buat saya looking forward untuk study di Australia. Yang selalu buat saya perasan sorang-sorang nak prektis to speak english. Yang selalu encourage saya untuk act and be professional all the time, yet zuhud. Eh, macam mana tu? :)

Tapi disebabkan gred Pharmacology bukan A [adoi, kantoi], saya padamkan semula hasrat nak ber-FYP dengan beliau. Ternyata, jodoh FYP tu memang dengan beliau. Dan decision itu membuatkan saya semakin looking forward dengan harapan saya terdahulu :) *wink2*

Guess what, he'll be supervised us on lab-based kott. Takpe Anis, itu yang terbaik untuk kau. :')

As for now, dah kena mula kerja-kerja groundwork untuk FYP. Literature review, read on journals, drafting research proposal. Phew. Rabbi yassir wa la tu'assir.





63 : 5

To be honest, saya dah mula berkenalan dengan OSH since saya 1st year di Center for Foundation Studies , IIUM PJ lagi. Oh, 2008?

Yup.

Saya terlihatkan pekerjaan bapa kepada seorang hamba Allah yang saya kenali ni. Jahat juga sebenarnya cerita saya ni. Saya dan Kak Tim telah membuka student's profile yang saya ingin lihat pada waktu itu. Ya Allah, sebenarnya setiap kali saya sebut atau jumpa perkataan OSH, saya pasti rasa sedikit bersalah kepada hamba Allah tersebut. Lepas tu tetiba dapat keyakinan semula yang this career will be something to me, one day in sha Allah :)

Pekerjaan bapa-nya ialah Occupational Safety and Health Officer, Petronas Regional Office. Kat mana? Ohoi, rahasia la bro! :P

Waktu baca dulu, macam peliks. Macam "Eh, ada eh kerja macam ni?". Whatever. Serius katak bawah tempurung. Dahulunya yang tahu doktor dan engineer je. Serius whatever.

Rupanya tu salah satu daripada cabang biomedic. Eheh. 

in sha Allah, doakan. semoga ini yang terbaik untuk saya. amin :)






Okay, yang ini sentap.

Sementelah saya di-reject [kind of, walaupun tak directly rejected] oleh pensyarah kegemaran untuk menjadi supervisor, saya TERlihat pula list pelajar yang dapat book dengan pensyarah kegemaran saya, iaitu Dr. S yang sangatlah passionate tentang OSH ni. 

Rupa-rupanya, 5 org pelajar 'bertuah' itu adalah terdiri daripada sahabat dari the other batch.

Dan salah seorangnya, merupakan yang datang minta advice dengan saya dan Cik Y, sebab tak tau nak pilih apa untuk concentration dan title apa untuk FYP.

Whatev___.

Saya tak jealous, apatah lagi cemburu. Sebab saya teramatlah yakin, rezeki masing-masing, dan mungkin berhikmah dan saya pasti akan dapat lagi baik, in sha Allah [:D]

Cumanya, agak ter'sentak' sebab... Entah. Indescribable. Hihu.

Jom berlapang dada. Mari kita tengok siapa lagi passionate pasal OSH ni muahaha [eh, tak gelak jahat] ;)




This is me. Eh.





Dalam pada meniti hari yang busy [kononnya] dan kesusahan melanda, saya masih boleh tersenyum kerana dikurniakan sahabat yang baik dan amat memahami dan sama-sama bersusah dengan saya.

Keluar seawal pagi [walaupun takde kelas pagi], pakai pakaian tertib dan kemas lagi lawa, terhias tudung dengan gantungnya matric card [tak pernah-pernah, since kat main campus, tapi rasa nak teruskan je, rasa smart pakai matric card] dan tangan ada planner, approval form dan list title and supervisors, sanggup berjalan kaki pulang ke mahallah sebab supervisor adalah Principal mahallah [walaupun sudah ke KAHS] dan banyak lagi. Subhanallah, betul-betul melatih kami dan kami seolah-olah macam job seeker pulak!

Berjumpa dan consult dengan ramai lecturer menyebabkan terasa diri begitu connected dengan orang. Bukan, maksudnya rasa sangat positif untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Tiba-tiba, dalam kesibukan mencari title untuk FYP, draft dan present proposal ke India, urusan siyasah, program Maimunah Festival, dan ber'usratuna', assignment last minute, take home quiz yang markah dabel triple, rasa sangat pertolongan Allah tu hinggap ke diri :')

Alhamdulillah.

Saya pernah di-reject oleh PPUKM untuk latihan industri. Dan betul-lah, bila Allah tarik something daripada kita, sebenarnya Dia nak bagi something yang lebih BAIK untuk kita.

In sha Allah bakal melalui latihan industri di National Institute of Occupational Safety and Health [HQ] di Seksyen 15, Bangi :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah ^_^

Ini pun lagi satu, tempat yang tak disangka-sangka. Ingatkan dalam mimpi dan angan-angan je. Rupanya bakal menjadi realiti.

Rezeki.

'Ibrah dari perjalanan dan pengalaman untuk minggu ini :

- Teruskan berusaha
- Selepas berusaha, sila-lah tawakkal
- Jangan mudah mengeluh, sebab nanti menyesal, lagi parah
- Jangan kedekut untuk waktu kita kepada Pemilik Waktu

You know what I mean ;)

All the best for remaining weeks towards the finale. May Allah ease everything for us. Amin.

Wednesday, May 16, 2012

501 :)



The internet is awesome during rainy days with kilat sabung-menyabung. Believe me.


Yesterday was a LONG day. A tiring one, I guess. Sebab ada dua kelas unexpected. Yang sepatutnya TIADA, tetapi diADAkan. Never mind.


First time untuk semester ni, kelas sampai pukul 7 petang. Mesti sebagai persediaan untuk kelas yang lebih packed next sem.


Ok, whatever it is. This one is my 501 post :) 


Since 2008 where this blog was first established. I got another one blog, err, that one was an immature one. Contained only one post, 'weird' post. Kalau baca balik sekarang macam nak hempuk kepala dengan erm, laptop?


So, asbab ni post ke 501, I'm happy with myself :) Tak sangka ada juga perkara yang saya persistance. Ingatkan takde lansung :)


Saya nak abadikan post ni kepada seorang sahabat saya. Mwehehe.


Saya jarang dapat jumpa dia ni, walaupun kami berada di UIAM Kuantan bersama. Mungkin sebab course lain. 


Semalam, tho saya sangat busy dengan kelas [ceh], dia minta saya pulangkan nota Physiology yang saya pinjam pada semester pertama di UIAM. Oh my, dua tahun pinjam nota. Tak sedar diri ke?


So, habis je kelas, dalam pukul 6.45 petang, saya bergegas ke kafe Talhah untuk memulangkan nota tersebut.


Dah jarang jumpa kan, so saya menyelam sambil minum air lah. Kami end up ate dinner together, dalam keadaan separa gelap, sebab blackout dan masa tu tengah menjengah Maghrib. 


So as usual, setiap kali 'dating', kitorang mesti bertukar cerita perihal family dulu. Well, she's forever a family person :) So, insyaAllah saya akan cuba meraikan minat orang lain dulu kan. Lagipun, family dia semua kenal saya, so memang 1st and foremost, kami bertukar cerita tentang family masing2. Oh my, nanti dah tua kita macam jugak ke H? :)


Next pasal study masing-masing. She will be taking Professional Examination this July, so dia sangat berdebar kot. 


Ok, tiba-tiba saya teringat how we used to be before, as a roommate :)


Dan of courselah, keadaan kat mahallah di CFS PJ tu akan menjengah fikiran juga! Ok, sedihnya!


Tiba-tiba saya terketuk dengan alam realiti, yang semuanya sudah berada dalam lipatan memori. I have spent my 18-20 years old days dengan dia kat CFS, how could i ever forget that :')


Disebabkan dia belanja saya dinner, so saya rasa bertanggungjawab untuk belikan air. So bila bangun dari seat tu, tiba-tiba keluar dari mulut saya, "Eh, bukan kau suka beli air ke dulu lepas makan?".


Sahabat saya terdiam. "Errr. A'ah kot. Selalu jugaklah. Kau ingat kan, aku selalu beli air dalam tin kat kiosk tu?".


Tiba-tiba [lagi] teringat Mahallah Khadijah. Haha, dia suka beli air dalam tin.


"A'ah2! Yes2!". Ok. sedih lagi.


Feeling dan lagaknya, macam orang lepas cerai, jumpa balik dan makan sama2. Bluek. Apa punya contoh ni anis?


Then I wonder, how roommates can be a true soulmate sometimes :) 


And I can say that, she's my other 0.15% kot. Heheh.


Dan saya sangat menghargai masa kami semalam, walaupun sekejap cuma. 


Sangat membuatkan saya terkenang-kenang masa lalu, dalam pada menghadapi realiti hidup sekarang yang busy nak exam, and life as a student. Suka sangat! 


Mengingatkan saya betapa saya pernah melalui kehidupan yang indah dan sweet, dan indahnya kehidupan tu tak selayaknya diukur dengan berapa banyak senyuman yang diukir. 


Cukuplah saya dan ALLAH sahaja yang mengetahuinya :')












P.S Thanks for D-Day :)

Saturday, May 12, 2012

Sahabat katanya.

P.S UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI. astaghfirullahal'azim.









"Kau kan rapat dengan dia, nasihatlah dia sikit."


Burp.


Ini bukan kali pertama saya di minta untuk 'menegur' sedemikian rupa. Untuk spesifik, orang yang sama. 


Bukan saya tak perasan lansung 'kekurangan' sahabat yang perlu 'ditegur' tu, tapi saya selalu TERlupa. Sebab bila bersamanya, rasa PERLU untuk berlapang dada tu melebihi segalanya. Yes, saya pun tak perfect, sebab tu lah kena mujahadah lebih sikit untuk sebuah ukhuwwah ni :)


Tapi, bila ada 'request' dari sahabat lain, mohon menegur sahabat saya yang satu ni, saya rasa macam kena lebih serius kali ni. Yup, serius.


Entah kenapa lately ni selalu dengar pasal 'meraikan perbezaan dengan orang lain'. 


Betul lah bak kata pepatah Melayu, "rambut sama hitam, hati lain-lain."


Tak usahlah di tanya siapa dan mengapa perlu ditegur, kita orang Mukmin, beriman ni memang PERLUKAN teguran dan peringatan setiap masa kan, in order to achieve better state in the future.


Saya faham, orang yang memohon saya menegur sahabat lain ini, dah 'penat' untuk berlapang dada. Tiada persetujuan dan titik tolak ansur dijumpai sepanjang bersahabat, sampaikan ada rasa hipokrit dan TERASA HATI timbul dari pihak lagi satu.


Walhal motif utama bersahabat ini pun, fillah. Bila fillah, seharusnya semuanya menjadi baik-baik belaka, iyelah, bersahabat kerana ALLAH.


Sungguh, mudah kerja kita kalau semua orang faham erti bersahabat yang sebenar. Mudah mengucapkan dan menaip, "Ukhuwwah fillah" dalam setiap forward SMS atau di wall Facebook, tapi setakat mana "ukhuwwah fillah" kita tu?


Adakah setakat nak nampak 'baik-baik' sahaja?
Sudah cukup berlapang dada kah kita?
Perfect sangatkah diri kita ni sampai tak boleh terima teguran orang lain?
Bagus sangat ke diri kita bila kita dapat marah-marah orang sesuka hati kita je?


Terlupa. Kita terlupa orang mendoakan kita bukan sekadar mengangkat tangan, lalu menyebut nama kita, and thats it. Tidak. Kalau ada sekelumit terasa hati di hati orang lain, boleh bahagia ke hidup kita?


Menyenangkan hati orang lain, dengan attitude dan tindak tanduk kita SANGAT memainkan peranan penting. At least kalau sahabat kita berasa senang dengan kita, dorang dapat doakan kita dalam hati :)


Sudahlah susah untuk menjaga hati sendiri, inikan pula hati orang. Bukan hak mutlak kita untuk judge orang lain sesuka hati.


Hofkos juga, bukan hak kita nak cakap orang lain jahat/tak alim, dan kita baik. Oh.


Jangan sekadar menghijab diri dengan tudung labuh-labuh, tapi terlupa nak hijab hati, penglihatan, dan lidah kita sekali.


Jangan rasa amik 12 subjek masa SPM dulu boleh guarantee hal-hal lain.


Kita ni HAMBA je. Dunia ni tak bawa ke mana. Janganlah hidup bermuka-muka.


Jagalah hati kita, hati orang sekeliling kita. Cari redha Allah melalui redhanya orang-orang di sekeliling kita kepada kita.


Serius.






Kepada sahabat,

"Now, when the world pushes you to ur feet, u r in the right position to pray.
so, be grateful to Him."




Yang penting bukan pandangan orang,

pandangan Allah tu yang MAHA PENTING.

Stay strong dear :)









Tuesday, May 1, 2012

Anak Soleh :)




:)


Lately ni, or to be specific, sejak akhir tahun lepas, saya ada beberapa kali terbaca ucapan seorang ibu kepada anak lelakinya for his birthday.


Whoever he is :)


Kebetulan pula, ibu saya takde account FB. Kalau tak, maka habislah segala ucapan, updates bagai bakal menghinggap wall saya :D


Ok, back to those birthday wishes. Setiap kali baca, TERbaca, saya pulak yang terharu lebih. Terharu yang boleh kepada nangis kalau dilayan. Ok, whatever Anis -_-


Hamdan lillah, penerima ucapan2 ni pula soleh wa musleh belaka :) Maka antara intisari ucapan emak2 mereka of course lah bersyukur sebab dapat anak yang soleh.


Tiba rasa cemburu di hati. Bukan senang nak menjadikan seseorang itu soleh. 


"Alhamdulillah, you have grown into a fine young man. Have a blessed 2* birthday my son. and be always in His tendercare for the rest of your life. Amin."


Sweet kan? Allah. Siap upload gambar hamba Allah ni waktu kecil lagi. Hadoi hadoi :)


Mesti emak dia bersyukur sangat dapat anak macam dia kan?


Sebenarnya, saya tak kenal hamba Allah ni pun. Ok, lepas 2010, saya kenal la :P Yang bestnya, saya kenal mak dia dulu, baru saya kenal anak dia :PP


Auntie, bersyukurlah dapat anak-anak soleh. Kalau nak dibandingkan dengan averaged young man sekarang ni. Wahaiiii. [menangis]










P.S Serius jealous. Macam manalah anak-anak saya nanti? Semoga soleh dan solehah semuanya! Ameen :)

Monday, April 23, 2012

Sampai syurga.




Dalam perang Uhud, kaum Muslimin mengalami kerugian peperangan, setelah sebelumnya sempat mengalami kemenangan yang signifikan. Kaum Muslimin kehilangan 70 orang syahid. Di antara mereka adalah Hamzah, yang mana, tubuhnya dipotong menjadi 70 potongan T.T


Dalam keadaan yang sangat sulit, kaum Muslimin harus menggali kubur untuk para syuhada'. Nabi memerintahkan agar setiap dua orang sahabat dikubur dalam satu liang. Mereka tetap melakukan penggalian, walhal mereka amat kepenatan. Mereka berasa sangat sedih sekali, kerana kehilangan saudara mereka yang syahid.


T.T


Ketika penggalian kubur berlansung, tiba-tiba Rasulullah S.A.W meminta agar mereka berhenti melakukan penggalian.


"Mengapa ya Rasulullah? Kami ingin menyelesaikan penguburan ini. Kami ingin pulang ke rumah. Kerana kami sudah penat dan lelah. Mengapa kami harus memberhentikan pengkuburan mereka?". Demikianlah para sahabat bertanya.


Rasulullah S.A.W menjawab, "Carilah dua orang antara korban peperangan ini, Amru bin Jamuh dan Abdullah ibn Haram."


"Mengapa ya Rasulullah?"


Rasulullah menjawab,"Kuburlah mereka berdua di dalam satu lubang. Kerana mereka berdua sewaktu di dunia, saling mengasihi kerana Allah."


[Ibnu Sa'ad, Ath-Thabaqat al-Kubra]




















Sweet much?




Sweet enough. Allahu Rabbi T_________________________T














[Sumber asal : buku Quantum Perubahan/Quantum Change by Amr Khaled. Sumpah best buku ni]

Friday, November 26, 2010

jual mahal..

bismillahirrahmanirrahim...


ni rubber bandS.. yang diikat2 menjadi sebiji bola.. ihsan Deviantart
pernah tak dengar orang cakap "Relationship is like a rubber band. When they pull away, they can stretch only so far before they come springing back.."?
Kalau pernah, tipu. Sebab saya tukar 'relationship' tu. Sebenarnya word lain :p
Tapi saya rasa, boleh di'apply'kan dalam relationship jugak kot. Relationship here means friend and family [?] saya tak pasti. Tapi friend tu mungkin, sebab rapat dengan kita, tapi bukan darah daging kita. So, air dicincang boleh jadi putus! :D
Expose.. and pull back!
Kadang-kadang, bila kita dah rapat sangat, kita pun boleh jadi nak 'berkepit' 24/7. Ok, dia roommate kita [sbg contoh] cum classmate kita. Cum lagi, satu usrah dengan kita. Cum lagi satu course, satu negeri, satu taman, jiran pulak tuh.
Ok enough saying. Rapat tak? Saje letak perumpamaan macam tu nak menunjukkan betapa boleh jadi rapatnya seorang kawan kepada kita.
Apa yang memisahkan? Bilik air.
Sudahlah begitu rapat, kalau kita lihat dalam 'Inbox' kita, takde nama lain dah. Berderet sampai ke sms ke berapa ratusan entah, semua nama dia. Misalan sahaja ye.
Itu belum masuk 'Log' lagi. Incoming, Outgoing calls. Mesti serupa macam sms jugak.
Facebook? Oh, sepenuh2 wall tu hasil tulisan dia. YM? Usah cakap. Walaupun dia compartment sebelah je...
Soalan sekarang, rimas tak? [kejam tak bunyi nya?]
Rimas di sini berada dalam konteks yang positif. Saya tak kata rimas yang negatif, sehingga mencari jalan nak menjauhkan diri. Tapi bila saya fikir balik, tak perlu rapat macam tu kot.
Bagi yang 'Tak Kisah' kalau sebegitu rapat, tak mengapa. Tetapi, sekiranya [tak nak guna 'Kalau'] tak kisah? Jadi haru jugak hidup dibuatnya.
Setelah Allah kurniakan Human Sense yang begitu mendalam ini, apa kata kita sharpen kan human sense tersebut. Kita adalah manusia biasa, hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaanNya. Memanglah best, terbukti best kalau kita buat semuanya dalam jama'ah, tetapi bukan sepanjang masa kot. Hmm.
Kadang-kadang, bila rasa 'rapat' sangat, ada terdetik 'jemu' di hati. Sekali lagi bukan jemu yang negatif, tetapi yang positif. Tiba-tiba saya terbaca lah mengenai "Expose.. and pull back!" ni.
Sebenarnya dalam sesuatu perhubungan, kita 'digalakkan' untuk 'jual mahal' sikit. Ok, ini konteks umum, maksudnya apa jenis hubungan pun boleh. Saya pernah terbaca mengenai ini dalam kolum 'Soal Cinta' karangan Ustaz Pahrol dalam majalah Solusi. Jual mahal yang bagaimana? Jual mahal yang positif semestinya. Bukanlah tidak bertegur sapa lansung, atau memalingkan muka ketika berjumpa. Tetapi, KURANGKAN sikit kadar nak berhubung. Bukan bergaduh ye. Hal ini demi memastikan orang itu TAK JEMU dengan kita, sekaligus memberi privacy kepada dia dan diri kita sendiri. Semua orang memerlukan 'cave' untuk diri sendiri, so kita harap bila kita 'jual mahal' sikit, bolehlah dia dan kita buat perkara2 yang tak mungkin kita buat bersama-sama.
Bila kita jual mahal, atau dalam bahasa Inggeris nya 'pull back', sahabat atau orang yang terlibat dalam perhubungan dengan kita akan terasa 'rindu' lebih sikit.
"Aik, selalunya pagi-pagi dah call. Dah 2-3 hari ni senyap pulak.." rindu pertama. Bila lari sikit dari kebiasaannya.
"Eh fulan, bukan ko selalu dengan si fulan tu ke? Gaduh ke?" ok, rindu kedua melanda. Kawan-kawan perasan kita tak berada di sampingnya.
"Erm, dah masuk seminggu dah ni. Tak de sms lansung. Tadi jumpa macam tersengih je. Merajuk ke orang tua nih?" yeay, rindu ketiga akhirnya melanda!
Akhirnya, kawan kita akan tegur kita pulak. Takdela asyik kita je nak tegur dia kan? Hehe. Bila dia dah bagi sign tu[bagi msj, call etc] silalah balas. Jangan buat 'dhek' pulak. Ingat, kita tak bergaduh dgn dia. Just jual mahal je. Nak test market dengan sahabat sendiri, apa salahnya kan? :D
Tak semua orang ada 'sense' macam ni. Tapi tak bermaksud tak boleh belajar untuk teknik ni. Kita boleh start prektis, especially bila kawan kita dah bagi sign 'sikit' [tak balas msj, atau balas dengan lambat dan tak return call bila kita miscalled dorg atau etc]. Kadang-kadang kita rasa, seronokkkk je memanjang, terlupa untuk memikirkan betapa 'seksa'nya [kot] kawan kita nak melayan kerenah kita sepanjang masa. So, sila lah test sahabat anda tu. Betul ke dorang 'setia' dengan anda.. :D
Apa kaitannya dengan rubber band?
Kan tadi dalam excerpt buku ada cakap Relationship is like a rubber band. maksudnya bukan sepanjang masa, perhubungan kita seperti tasik yang tenang, takde buaya semua. Tapi mungkin kadangkala ada rasa 'kurang senang' tersendiri. Oleh yang demikian, kita di'encourage' untuk minta maaf setelah selesai bermuamalat dengan sahabat2 kita. Takut ada salah silap ke, tersinggung perasaan ke, tersilap kata ke. Lepas tu, kita lari sikit dari kebiasaannya.
Kalau sebelum ni, asyik kita je call, kita je sms dulu, apa kata kita 'pull back' sat. Kita 'senyap' sekejap. Oleh yang demikian, sahabat kita mungkin akan terasa 'kehilangan' kita [kot. harap2nya mcm tu lah]. Bukan kehilangan yang selamanya, tetapi sekadar memberi 'ruang' kepada sahabat dan diri kita untuk bermuhasabah dengan diri masing-masing.
Semoga ukhuwwah [atau perhubungan] kita diredhai Allah, dan kekal hingga ke Jannah! InsyaAllah :)
p/s : kalau kita dah jual mahal, tapi kawan kita still tak 'pick up' dengan signs yang kita bagi, kita tautkan lah balik. Mungkin 'ego' dorang tinggi sikit, atau tak perasan dengan 'perubahan-yang-kita-buat' mungkin? Kesian :D
p/ss : sebenarnya, excerpt tu dari buku 'Men are from Mars, Women are from Venus'.. dan 'relationship' tu perkataan sebenarnya adalah 'Men' :) [tp saya cuba apply dalam perhubungan dan persahabatan]
p/sss : Kalau dalam kolum Soal Cinta dalam majalah solusi tu, dia cakap mengenai hubungan suami isteri. Istilah 'jual mahal' bagi menyemarakkan lagi hubungan cinta :)
p/ssss : saya rindu [!] sahabat saya. Dia dah bagi 'signs' nak jumpa. Tapi saya rasa, better kalau saya tak jumpa 'dia' sekarang :')

Monday, March 9, 2009

CFS UIA..PJ..=DD

last english class..sem 1 08/09..
family day PRESSS..sem 2 08/09..


kursus fire drill..sem 2 08/09..location:padang UKC..=p

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...