Dah banyak kali cakap, "Oh, lepas ni susah sikit nak datang lagi kot."
Ceh. Cakap je. Nanti end of month, datang lagi. Bermalam lagi. 2 malam pulak -.-
Ok, saya hanya cakap. Dan merancang. Tapi yang approved rencana itu tak lain tak bukan, Dia.
***
Hujan lebat di Mahallah Hafsa | Guard post
2 Disember 2012
Aku tunggu roommate ku datang mengambil di Mahallah Hafsa, bersama sahabat baiknya.
Untuk menghantar kami di Stesen LRT Putra.
Mula-mula hujan macam 'malu-malu' nak turun. Tak seperti kebiasaannya.
Tiba-tiba, rintik. Renyai.
Lalu, lebat.
Aku berjalan pantas menuju ke Post Guard Mahallah Hafsa. Berdiri sambil berteduh, menghadapkan diri ke arah pintu pagar belakang.
Sempat aku mengecam beberapa kelibat manusia, entah dari mana, keluar masuk melalui pintu pagar itu.
Kagum juga aku, pelajar di kampus ini bagaikan tak hairan lansung dengan keadaan hujan. Seolah-olah hujan di petang Ahad ini lansung tak membataskan aktiviti mereka. Yes, one thing about students here, unique.
Aku tak rasa mereka baru pulang atau mahu pergi 'berjimba' bersama rakan-rakan mereka, melihatkan pakaian, gerak geri dan buku/kertas di tangan, memang tidak sama sekali. Melihatkan mereka berjalan beriringan di bawah satu payung, dengan fail dikepit kemas, lagikan tidak untuk ke Wangsa Walk. Tak tahulah kan. Husnu zhon.
Tapi aku dapat menangkap ayat-ayat ringkas bagi yang lalu di hadapan aku, sambil memandang sekilas terhadap aku dan beg merah di sebelahku, seolah-olah ada diskusi, mesyuarat dan sebagainya.
Tiba-tiba teringat kenangan di PJ dahulu kala. Ok.
Tiba-tiba juga, ada seorang sister. Berpakaian ala-ala jubah seluar, berwarna coklat pudar. Seragam dengan tudung akel bidang besar yang dibiarkan pin ke bawah. Berjalan pantas menuju ke pintu pagar famous itu jua.
Dia lalu berjengket untuk melihat kenderaan dari arah jauh. Berpatah balik. Tanpa menghiraukan hujan yang semakin lebat.
Apa yang menarik pandanganku? Muffler Aqsa Syarif yang diikat di beg sisi nya :)
Handphone dikeluarkan. Mataku masih lagi tertancap pada perbuatannya dan beg+mufflernya.
Giat tangannya mendail satu nombor.
Part menarik, dia menuju ke arah ku ke arah pondok pengawal itu :) Strategi.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku dapat rasakan the urge to initiate perbualan dengan sister tu.
Mungkin kerana, dia seorang akhawat :)
Puas aku mencari apa titik permulaan untuk aku memulakan perbualan. Lansung Allah kirimkan idea, kenapa tidak tanyakan sahaja perihal muffler itu? :)
Aku tunggu sehingga dia tidak seperti nak call other persons lagi, aku memulakan.
"Sis, beli muffler ni kat mana?" tanyaku. Macam mesra, entah. Tapi aku sedekahkan sekali senyuman.
Sister itu menoleh. Mungkin tak expect questions from stranger like me :D
"Oh. Beli dengan kawan." jawab sister itu sambil memandang dan mengecam wajahku.
"Bukan student sini ke?" sambungnya lagi. Ok, dia berminat :D
"A'ah. Saya student Kuantan." aku pula menjawab. Tak tahu kenapa, tapi aku berbangga kerana aku adalah student UIAM Kuantan, despite of any rumors yang student sana dengar mengenai kampus sini. Heh. Jangan ujub, Anis.
"Ohhh. Kuantan. Course apa?" dia curious lagi. Aku harap mukaku takde menampakkan riak tak selesa. Eh. Takkan kot?
"Saya amik biomedic." jawabku dengan nada biasa. Senyum lagi, puas hati, sebab dia interested. Eh. "Sis course apa?", ceh, aku pula menambah soalan. Tak aci pulak tanya aku je kan?
"HS. Major in Psychology." jawab sister tersebut. Macam interested juga nak menjawab :)
Padanlah. Mesti dia dapat baca body language aku yang macam peramah ni. Erk.
[HS : Human Science]
"Boleh tau, umur berapa ye?" tanya sister tu lagi. "22." jawabku ringkas. Dia mengangguk.
"Oh, saya 23 tahun. Tua setahun." jawab sister tersebut sambil membuat gaya.
Dia juga menyatakan yang dia sedang menghadapi Final Semester di UIAM untuk semester ni. Whoa. Tiba-tiba rasa macam sangat best berkenalan dengan orang, yang kita memang nak kenal :)
"Akak nak pergi mana?" pertanyaan tiba-tiba mengalir macam air.
"Oh, akak ada discussion kat masjid." jawabnya sambil tersenyum. Rasa kekok berkurangan.
Tiba-tiba, sebuah kereta berjenama Toyota Unser melintasi depan pintu pagar di hadapan kami. Aku melihat akak tu menjenguk dan memanjangkan leher untuk mengecam kereta tersebut. Aku memang tahu dia sedang menunggu sebuah kereta Unser, daripada perbualan dia di handphone nya tadi.
"Awak nak pergi mana?" tanya kakak tersebut.
"Oh, saya tengah tunggu kawan. Nak balik Kuantan. Hehe." jawabku, ada perasaan 'sedih' menyelimuti.
"Oh ok. Kalau macam tu takpelah. Akak.. Pergi dulu ye. Assalamualaikum." kakak tu mengucapkan salam, tanpa kami bersalaman dan memberitahu nama. Aku pun memandang dia berlalu pergi.
Sedih. Tiba-tiba. Serius!
Sudahlah aku sedang menunggu dalam hujan yang lebat, tiba-tiba orang yang sudi menunggu bersamaku, meninggalkan aku pula.
Yang buat aku lebih terkilan, kami tak sempat untuk bertanyakan nama dan bersalaman pun. Sebenarnya aku nampak riak kakak tersebut, dan aku pun dapat rasakan dia ingin berbuat perkara yang sama. Tapi mungkin rasa 'terlalu awal' dan mungkin juga dia mengejar masa, menyebabkan kami end up macam tu je.
Tapi aku punya keyakinan yang teguh, aku bakal berjumpa kakak tu lagi, insya Allah.
Kalau bukan di UIAM, mungkin di program. Mungkin juga di walimah akhawat. Mungkin aku tak pasal2 dijemput di walimahnya. Atau mungkin di walimah aku :)
Tapi yang pasti, bertemu di syurga Allah.
Ameen. Biiznillah :)
P.S Setiap kali berjumpa akhawat di Gombak, paling kurang aku punya rasa di hati, "Kita pasti akan berkenalan, suatu hari nanti.". Sambil tersenyum.
***
Sementelah melihat kakak Psych berlalu pergi, aku terus menunggu di bawah bumbung guardpost itu.
Mata ku melilau melihat sisters2 kesayangan, berlalu, berjalan di hadapan aku. Semuanya punya agenda berbeza, rasanya.
Tiba-tiba sebuah kereta comel berhenti di hadapan pintu pagar yang sama. Kali ni, pemandunya keluar dalam hujan yang lebat, dan berjalan, again, menuju aku. Perasan.
"Ada orang tak kat dalam?" tanya sister comel tersebut. Bergaya dan comel.
"Err. Tak pasti pula. Tapi macam takde kasut kat sini." aku menjawab seraya menunjukkan lantai.
"Oh.." jawab sister tersebut.
"Kenapa ye sis?" tanyaku. Kesian pula macam ada hal penting.
"Ingat nak minta tolong dorang bukak kan gate ni. Sebab nak hantar barang kat dalam." jawab sister tersebut.
Memang aku takde jawapan dan cara yang tepat untuk itu sebab aku pun bukan student situ, apatah lagi yang menetap di situ. Nak bagi alternative solution pun macam blur pulak tetiba.
"Sis nak pergi mana? Ke tengah tunggu orang?" tanya sister tersebut kepadaku.
"A'ah, saya tengah tunggu orang." jawabku, terkejut dengan pertanyaannya.
"Oh ok." sister comel tersebut berlalu sambil tersenyum.
Tiba-tiba aku pun senyum. And somehow, aku terharu sangat sebenarnya.
Terharu, sebab orang yang tak kenal pun boleh tanya as if dia ingin tumpangkan aku, mungkin. Biarlah apa asbab dia bertanya, tapi aku sangat menghargainya.
Tiba-tiba aku terkenang nilai persahabatan aku, dengan orang di sekelilingku.
T_____T
Masih wujud lagi stranger yang baik.
***
Dalam pada aku gamble untuk tidak membeli tiket pulang ke Kuantan awal, aku dan A terjah Stesen Pekeliling, dan mendapati semua tiket habis!
Allah tolong lagi. Tiba-tiba ada seorang driver Plusliner datang mendekati kami.
"Nak balik mana?" tanya pak cik tersebut.
"Kuantan." A menjawab.
"Berapa orang?"
"2." jawab A ringkas.
Pak cik itu berlalu. Tiba-tiba dia mendekati kami lagi, "Ok boleh. Naik sekarang. Seat asing."
"Berapa RM pak cik?" tanya A.
"RM44."
Alhamdulillah. Walaupun aku end up dapat seat yang paling aku tak nak - duduk sebelah brother, tapi aku hadapi jua. Ok lah, daripada tak boleh balik.
Statik. Untuk 4 jam. Itu mindset aku.
Entahlah. Dalam bus yang separa gelap tu, aku bagaikan menginsafi diri. Aku harap sangat hikmah-hikmah atas segala ujian - ujian dari Allah untuk aku, datang sesegera mungkin.
Aku harap sangat, dengan adanya ujian-ujian yang aku hadapi ni, membuatkan aku dapat something yang hebat, best dan happy juga, in the future. Hikmah jenis macam tu. Boleh ke macam tu? Aku rela bersabar sekarang, asalkan hikmahNya terserlah indah jua, di masa depan.
Boleh kot. dengan izinNya.
Aku tak sempat nak menoleh lama kepada brother di sebelahku itu. Tapi aku rasa dia dapat rasakan betapa tak selesa + not in the mood dari pihak aku. That vibes was so strong I even couldn't handle it.
BIarlah. Alhamdulillah, brother itu behave.
Dan aku rasa, dia antara brother yang 'beradab' juga kot. Kalau nak turunkan seat pun meminta izin brother di belakang, maka beradablah kan?
Baguslah.
Itu pun cara Allah tolong kita, Nis.
***
Harapan aku, hanya ingin buat kau 'terketuk' dengan realiti hidup sebenar.
Sebagai seorang manusia. Dan hambaNya.
Hidup kita bukan sekadar ingin menjadi pelajar yang cemerlang, perempuan yang baik dan solehah, mendapatkan suami yang hebat dan soleh.
Lebih dari itu, kawan.
Dan tak semua perkara boleh dikongsikan bersama. Ada certain perkara, kena tunggu 'approval' Dia dulu kot. Hmm.
Untuk sahabat saya,
HZA.