Sunday, September 30, 2012

561. Hari ini.



"Saat kamu yakin dengan Allah, maka setiap perkara yang kamu putuskan bukanlah atas kehendak kamu, tapi atas kehendak Allah."

-status kak Ro'ai :)


Alhamdulillah, hari ni dapat berkenalan dengan ramai adik-adik baru. Err, bermesra barangkali. Sebab tak dapat nak berkenalan one on one dengan mereka. Hehe
Bagi saya, program tadi was a blessed. And bliss! ^^ 

Seronok kot, Alhamdulillah, semuanya turn out well. Minta seinfiniti maaf kepada semua ahli JKKKKKK yang bertugas bersama sebab makanan sampai lambat dari masa yang ditetapkan. Kami hanya merancang, Allah yang menentukan =) Tapi yang buruk dan silap tu memang dari pihak catering sendiri. Minta maaf ye semua!

Of course, bak kata Syatila dalam perkongsian dalam LDK bersama adik-adik tadi, ada dinyatakan perihal hikmah. Hikmah, harta milik setiap Mukmin yang Nampak simple dan mudah didapati tapi hakikatnya, tak semua orang boleh Nampak dan grab hikmah dalam semua situasi. 

Ye, semua situasi.


Untuk program ni, saya rasa saya belajar something, at least untuk diri sendiri buat masa ini. Program yang melibatkan ramai peserta. Fasilitator dalam kalangan akhawat, tak kira junior atau senior, semuanya membuatkan saya seronok sendiri, melihat telatah masing-masing, yang ‘asyik’ dan focus ketika menjalankan program.

Saya sedar, saya bukanlah orang yang tenang. Cool pun macam tak je. Dan mungkin disebabkan itu, ramai sahabat-sahabat yang saya senang, semuanya beridentitikan tenang. Relax. And chill sudah! =)

Ketika program ni, walaupun bukan program yang melibatkan pihak UIAM dan sijil apatah lagi merit tambahan untuk ko-kurikulum, mengajar saya untuk tenang. Tenang yang dimaksudkan, tidak menggelabah ketika berbuat kerja. Err, dah banyak kali buat program baru nak perasan ke, Anis? =O

Mungkin =)

Sebabnya, sepanjang saya menjadi AJK bagi sesuatu program sebelum-sebelum ni, saya rasa macam saya tak tenang pun. Saya rasa saya mempraktikkan ‘rushing’, ‘mendesak’, serius tak kena tempat, dan tak mudah berlapang dada ketika berprogram. Err, teruknya.

Untuk program ni, saya belajar something. Saya perasan, kalau saya mempraktikkan etika-etika yang tak berapa nak hensem seperti yang dinyatakan tadi tatkala berprogram, bukanlah smooth mana pun kerja saya. Dan bila mana saya tenang [eceh, bukanlah tenang sangat, tapi tak rushing dan menggelabah tak tentu pasal], resultnya insyaAllah lagi better. Dan yang paling penting, saya happy untuk diri saya sendiri, dan mungkin juga menyenangkan orang lain. Ehhe! ^^

Bekerja dengan orang yang kita kenali, Nampak pada surface dan awalnya macam mudah, tapi hakikatnya mungkin payah sedikit sebab kita kena banyak berlapang dada. It’s like, berlapang dada, or persahabatan kita mungkin ….? Naudzubillah!

Tapi itulah, dalam pada umur 22 tahun, sepatutnya kematangan kita lebih terserlah. Maka hal-hal picisan seperti tak sependapat sepadannya boleh diatasi semampu boleh. Alhamdulillah, rakan se’biro’ untuk catering amat mudah dilayan =D Kalau tak sependapat pun, untunglah dia, sebab saya sedang belajar untuk berlapang dada. Hehe. Kidding.

“Mak saya dulu masak sambal lain sikit.”

“Oh, ibu saya ajar saya masak sambal memang macam ni. And saya pun suka makan sambal yang macam ni.”

Rasanya apa yang patut kita buat kalau kita berada dalam situasi di atas? Sama ada nak cakap,

11.   “Ibu saya ajar saya masak sambal macam ni. And saya pun suka makan sambal   yang macam ni. Awak tak suka ke? Tak sedap ea?”. Atau..

22. “Ibu saya ajar saya masak sambal macam ni. Awak tak suka ea? Nanti saya tanya mak awak resipi dia masak sambal ye.”. Atau…

33. “Ibu saya ajar saya sambal macam ni. Saya rasa sedap je. Ke tekak awak yang tak pandai merasa?”

SSambil-sambil fikirkan jawapan, jom lah kita merenung kembali sifat berlapang dada kita. =) 
   
  
  ***

   Tadi saya ada sesi khas bersama Chief Facilitator saya. Saya baru kenal. Biarlah saya namakan beliau Dr. S. Seorang lecturer di Kuliyyah of Dentistry. Dia hadir ditemani isteri beliau, yang juga memegang amanah sebagai Chief Faci untuk CCAC [Credited Co-Curricular Activity] di UIAM Kuantan. Mereka berdua berasal dari seberang, which made me more keen and curious and looking forward [eh, banyak pulak] to know them :-)

  Tetiba saya macam terharu sendiri.
  
  Serius, saya suka tengok mereka berdua. Dan pendirian serta peribadi Dr. S dan isteri menyebabkan saya suka dan ingin jadikan mereka contoh, sebagai bakal murabbi, insyaAllah. Dr. S, walaupun kehidupan sibuk, lecturer kot, tapi sangat pantas membalas SMS saya. Dan ketika bagi briefing tentang Study Circle 2, dia sempat menyelitkan beberapa peringatan khusus kepada saya dan rakan faci yang lain, sebagai seorang student, manusia, hamba Allah dan bakal murabbi. InsyaAllah.

  Nampak mereka sangat komited. Sebaik sahaja azan Maghrib bergema, beliau lalu mengundur diri sambil menyatakan yang mereka perlu mengejar masa sebab dah masuk waktu Maghrib, dan beliau risau keadaan anaknya yang ditinggalkan sekejap di rumah.

  Alhamdulillah, setakat ni dua orang Chief Faci saya sangat bagus orangnya. Chief Faci sebelum ini pun bertanggungjawab orangnya. Juga sudah berkahwin dan mempunyai anak. 

  Nak jadi seperti mereka, walaupun dah berkahwin, tapi masih mengambil berat dan meluangkan masa untuk kerja-kerja dakwah sebegini. Walaupun tidak dibayar gaji dan dijanjikan kesenangan, tapi orang yang betul-betul faham, pasti nak grab seberapa banyak ilmu sebegini.

P Pengalaman :-)

  
  ***
  
  Seperti gambar di atas, saya rasa sangat 'mengena' dengan keadaan diri sekarang. Banyak perkara yang perlu dibuat, yet, kita kena enhance diri kita sebagai hamba Allah, manusia, anak perempuan, sahabat, mutarabbi, student, tapi yang side-side 'dishes' tu tak boleh dilupakan jua. Rasa penuh masa-masa kita, dan selalunya menyebabkan penat. Tapi, disebabkan hikmah Allah yang Maha Luas, rasanya takpe kot spend masa untuk kehidupan masa hadapan dan Sana yang lebih abadi. 

  Kalau fikir kita buat semua kerja untuk meraih redha Allah, mungkin kita menangis-nangis sebab tak cukup, kan?

  Dah tahu masa itu sikit, kalau tak niatkan HANYA KERANA ALLAH, alangkah ruginya saya, kita T_T
  Tak nak lah berpenat-penat sekarang, tapi bila kat Sana nanti, bila Allah play kan balik semua CCTV, lepas tu Allah tanya apa yang kita dah buat untuk Islam, kita pun tunjuk lah bukti-bukti kita rasa ampuh, tapi akhirnya terbang macam debu-debu je. Naudzubillah tak nak! T_T

  
  Tak nak!

. .............................................................................................

  Apa agaknya 'ibrah entry ni? :-)
  



Saturday, September 29, 2012

560. Baru saya tahu.

Minggu ketiga menghampiri akhir. Minggu keempat bakal tiba.

Serasa sedikit lelah masih berbaki :) Tahan sikit, belum habis satu bulan lagi.

Kalau difikirkan rasa penat, melayan rasa malas, dan mengambil bulat-bulat semua sangkaan negatif, tak tentu lagi hidup akan rasa aman. Tapi jika difikirkan rasa nikmatnya berukhuwwah, rasa nikmat iman yang manis, rasa ingin berkongsi, rasa ingin memberi, maka semua alasan-alasan picisan tu pasti ditolak ke tepi. At least, inilah yang saya rasa, buat masa ini, alhamdulillah.

Hari ini, tanggal 28 September. Kalau diikutkan kalendar jahiliyyah dahulu, tersemat indah tarikh ini bersama ingatan birthday favourite actor. Blergh. Mesti korang pun  meluat  teringin nak baca ;-)
Saya tak nak lah berkongsi perihal itu di sini, sekadar ingin menaip seberapa banyak yang mungkin, untuk menjadi peringatan kepada diri, dan juga kepada orang lain kalau nak sama-sama mengambil manfaat, tak gitu? Eceh.

Hari ini, sahabat a.k.a kenalan saya since my first semester yang very noob di CFS PJ, dah menjadi doktor gigi a.k.a dentist peribadi saya. Wee huu!^^ Ini antara nikmat-nikmat yang ada di UIAM Kuantan la kot kan, buat sesiapa yang rasa macam UIAM Gombak tu jauh lagi best daripada kat sini. Eh, sila gali dalam-dalam dulu sebelum buat statement, ok?

Nak jumpa doktor, ada. Ok fine, CFS PJ pun ada klinik sendiri, free lagi. Tapi kat UIAM kuantan ada specialist. Ha.. orang luar pun berebut-rebut nak datang sini, kita? bila-bila masa je boleh pergi. Ikut kehendak, rajin atau malas je nak menapak ke Kuliyyah of Medicine tu ;-) Ok, bukan ini yang nak diperkatakan atau ingin diperdebatkan. Sekadar nak berkongsi pengalaman berjumpa dentist :-)

Rupanya Kuliyyah of Dentistry memang sangat osem. Subhanallah! Bila masuk and melakukan treatment kat situ, rasa macam bukan di UIAM. Rasa macam the other part of UIAM, kot? :-)

Selama ini hanya mendengar, hari ni baru berpeluang menikmati segala jenis mesin canggih yang ada kat clinic tu. Dan servis yang diberikan, pheww~ Memang macam dentist la kan
 :-) 

The best part, or should I say, the RARE part for me, is the Plaque Score. Haha. Serius korang kena pergi buat treatment kat KOD [for UIAM students] or any dental clinic kalau nak tau apa yang score tu. Menarik sangat! Hehe.

Bila dah pergi jumpa dentist, mulalah merasakan "Mulai hari ni, saya akan take care of my oral cleanliness!" macam tu kan. Adatlah tu, bila jumpa doktor, mulalah rasa nak makan makanan yang sihat, nak senam 25 minit untuk setiap sesi. Itu adalah cita-cita, yang diharapkan dapat dihadam oleh unconcious mind untuk bertindak ^^"

Alhamdulillah, tanpa saya sedari, Allah memang dah bagi saya suatu rasa, walaupun takdelah concern mana, terhadap oral cleanliness. Dan Dr.F, which is my personal dentist sekarang [ehem], dah buat satu scaling treatment untuk saya tadi. Dan boleh tak saya cakap saya sangat happy harini! Alhamdulillah! Rasa macam "Okay, mulut saya bersih!" macam tu, dan nak kecoh kat semua orang, "Silalah pergi buat treatment kat klinik dentist tu!". Bukan marah, jauh sekali nak berlagak, tapi nak menyeru. Ok, kecohnya Anis. 

Banyak ilmu yang dapat dikutip kat KOD tadi. Bukanlah ilmu setaraf ilmu dentist, tapi cukuplah untuk menjadi bekalan untuk diri sendiri, dan mungkin boleh share dengan orang lain, pada waktu yang sesuai. Kenapa pentingnya oral cleanliness ni? Sebab sangat terkait dengan impression orang terhadap kita kan? :) Especially kalau 1st impression, bab ni yang kena jaga ^_^

Ok, masuk chapter first impression :-)





Ini bukan kali pertama, dan memang bukan kali terakhir, pun saya akui. Sebab kita akan selalu berta'aruf dengan orang yang baru, dan persekitaran yang baru, kan? :-) 

Dah menjadi kebiasaan, saya mendengar telahan demi telahan orang bergurau [eh, bergurau ke?] dengan saya, "Kak Anis ni, garanglah..." atau "Seriuslah kau ni, Nis...". Oh my *Senyum manis*

Dan.. dan.. inilah antara perkara yang saya memang nak UBAH! Nak tambah gula dalam senyuman! So, please ingatkan saya, boleh? ^^

Biasalah dalam proses-proses nak berubah ni, macam-macam kita terlepas pandang kan? :-)

Maafkan saya :-)








Damainya gambar kat atas ni. ^^

Indahnya bila kita selalu ingat syurga Allah tatkala penat berhadapan dunia ni.

:)

..................................................................................................

Alhamdulillah, after all, I feel blessed.

Sunday, September 23, 2012

559. Week II

Assalamualaikum.

Hari ni Blogger.com dah fed-up kot. Dia terus broke the old relationship by uploading the new interface for my blogspot. Lama sangat tunggu saya nak upgrade sendiri, dia dah buatkan untuk saya. Well, welcome new interface. *sigh



Aku dan V.O.T.E

Serius, ni kali pertama aku berada dalam linkungan masa PRK yang bagi aku, boleh tahan-sengit. Walaupun aku hanyalah rakyat marhaen di bumi Kuantan, yang menunggu hari Selasa 25 September 2012 untuk mengundi wakil-wakil aku di Kuliyyah of Science, tapi aku sendiri rasa getar dan getir itu.

Utmost forgiveness to be seek from my fellow friends yang bertanding. Setakat ni aku tak mampu nak menyumbang apa-apa untuk korang, baik dari segi campaign atau menabur bakti untuk menolong menaikkan poster korang di seluruh kampus. Minta maaf T.T

Aku juga tak begitu ampuh nak jadi seconder. Maaf lagi.

Aku tak mampu nak tekan SHARE di poster-poster korang di FB. Maaf juga.

Aku ni macam tak menyumbang apa-apa. Maaf. 

Kadang-kadang aku fikir, ada baiknya. Disebabkan aku mengenali semua calon KOS. Dan 3 daripada 5 calon tersebut tinggal di level yang sama denganku di mahallah. Yang aku menggauli hampir masa dan ketika, di tandas, di pantry, di aisle. Oh my, faham-faham je la. 

Apa yang aku mampu buat untuk korang? Berdoa. Itulah senjata aku, yang aku yakin dengannya. 

Serius tahap ga**n, aku mendoakan korang. Aku hanya mengharapkan yang terbaik sebagai kawan, teman, coursemate, level mate, kuliyyah mate, musuh, kakak, adik, emak, semuanya!

May Allah ease, guide and guard.

'Ala kulli hal, undiku adalah rahsia. Sesiapa yang cuba 'merisik khabar' via SMS, via percakapan dan gurauanku sehari-hari, via pertanyaan yang aku rasa 'tak perlu kot nak tanya', maaf juga. Takkan terlepas rahsiaku yang satu ini ^^


Aku dan roommate

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar!

This is the greatest gift from Allah, at least for this semester.

:)



Aku dan adik-adik

Minggu kedua aku di sini, adalah minggu untuk bertemu dengan ramai muka baru, dan melemparkan senyuman yang aku kira, manislah kot. Eh.

Serius, best :)

Maksud best, sebab ramai muka-muka baru, rasa macam refresh sekejap. Tapi sedih juga bila mengenangkan senior-senior best yang aku kenal, dah takde kat bumi UIAM Kuantan ni. 

Lagi 'best', sebab aku rasa 'kerja' aku makin bertambah. Dan fahamlah aku kenapa orang takut sangat dengan Year III ni. The feeling is like back to my days during Form IV. Perasaan di mana, kau bakal grad next year. Yet, kau kena score habis-habisan this year. Tapi disebabkan kau senior muda setahun, maka ramai akan look up kat kau, sebab tak nak lah kacau senior2 yang dah nak grad tu kan. 

Macam tu lah lebih kurang. 

Apa pun, aku rasa seronok bila dapat kenal dengan adik-adik baru ni. Seronok sebab, muka dorang memang innocent habis, yang aku rasa inspired and tak sabar nak perkenalkan dorang kepada sesuatu yang lebih baik dan best! Tapi aku kenalah jadi yang baik, dan best, supaya dorang mudah nak dekat dengan aku kan. Ke camne?

Mereka, tak sempat ku kenali di CFS. InsyaAllah akan aku lebih kenal kat sini.

Hai, adik-adik! :)


Aku. Dan mereka.

"Ayat nak gempak aje!" itulah gurauan bekas Deputy President aku, yang dia komen kat aku, masa Ramadhan yang lalu.

Itu yang dia komen, tatkala aku komen dekat beliau, supaya 'menembak' doa sempena musim imtihan, short sem yang lalu.

Serius [ni yang betul], musim-musim PRK ni mengingatkan aku dengan zaman pinjaman Allah, waktu di CFS dulu :')

Bila mana, aku yang innocent [pada waktu itu, ceh] diberi peluang oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab yang berat sikit, berbanding semasa aku di tahun pertama di CFS. 

Serius [lagi], aku bersyukur sangat! Tak tahu macam mana nak interpret atau menzahirkan rasa syukur ni, Allah sahajalah yang Mengetahui. Bersyukur sebab aku diberi peluang mengenali insan-insan berwibawa, yang pada masa ini kalau aku selisih dengan mereka di mana-mana di atas muka bumi ni, pasti aku akan senyap sendiri, dan tidak mampu untuk menegur mereka. Hatta di FB sekalipun. At least, itulah yang aku rasa, buat masa ini.

Tinggal sahaja, beberapa orang yang aku kenal dan rapat, yang menjadi teman suka dan duka, sorang di UIAM Gombak, dan beberapa kerat di UIAM Kuantan. Yang lainnya, remains in my memory. Dan aku sangat bersyukur sebab dorang pernah masuk dan jadi one of the character in several chapters in my life. Eh, ayat novel pulak.

Aku tak pasti kalau-kalau aku pernah jadi one of the character dalam novel dorang pulak kan. Eheh. Perasan -.-

Dan aku tak mengharap pun dorang ingat kat aku atau tidak. Bagi aku, aku adalah masa lalu mereka. Setiap hari kita akan jumpa dengan muka-muka baru, yang bakal memberikan interpretasi baru dalam kehidupan. Hmm.

La ni [bahasa Utara : sekarang ini], sorang lagi bakal menyusul 'yang lainnya'. Sahabat yang bila aku sakit, aku akan cari dia untuk bawakkan aku ke klinik, yang selalu aku cari kalau nak rasa fi'il lain sikit, yang cari aku bila nak sharing moment, yang aku cari bila nak ambil aku di terminal, yang aku cari bila nak tengok muka lain selain classmates, yang tumpangkan aku tidur kat rumah dia kat Kelantan, yang selalu makan Secret Recipe dengan aku, yang tau aku suka makan sate, yang selalu nak berlapang dada dengan aku dan kerenahku..

dan yang menjadi 'orang tengah' aku. Haih.

Semoga Allah beri kekuatan untuk berdiri teguh selalu. Amin.


Aku dan berlapang dada

Seperti post-post sebelum ni, aku selalu rasa masa kat Kuantan ni berlalu dengan cepat. Tapi aku rasa macam lambat [erk]. Selalu aku terfikir, inikah barakah masa yang Allah bagi? :)

Dan untuk semester ni, dan tahun ini, aku berazam untuk mendidik diri aku supaya lebih mudah berlapang dada dengan setiap ketika, keadaan dan perubahan yang telah dan bakal ada.

Aku tak tahu kenapa, tapi itu target pertama aku. Cuak juga dibuatnya, macam ada 'berita-berita' yang bakal aku dengar dan lihat dan rasai sahaja. Haih, positif!

Kepada yang membaca, sila ingatkan saya dengan perkara yang satu ini eh.



Aku dan manifesto

Aku ada berhujah dengan roommate aku, perihal manifesto ni. Mungkin sebab roommate aku pun rasa affected dengan rakan-rakan kami yang bakal bertanding untuk Campus Election tahun ni. Semangat betul dia, eheh!

Pada hemat aku, sebagai rakyat marhaen, dan seorang gadis yang berusia 22 tahun, seorang mahasiswi, seorang pelajar aliran Sains Tulen, seorang yang diharapkan dapat berfikiran wajar, waras dan matang dalam memilih, aku sangat tertarik untuk melihat manifesto, berbanding appearance, achievements, dan poster para candidates.

Sebab bagi aku, memilih wakil rakyat bukanlah macam memilih calon suami pun, at least itulah yang berada dalam fikiran aku sekarang. 

Aku tak nampak kewajaran untuk aku memilih berdasarkan rupa. Kalau ramai calon kaum Adam takpelah kot  ramainya calon perempuan, aku tetap memandang manifesto. Kalau jejaka idaman Malaya yang bertanding sekalipun, aku tetap menatap dan menghadam manifesto. Kalau aku memilih rupa, tapi manifesto entah apa-apa, aku lah yang rugi! Aku tak benefit apa-apa daripada mereka, lantas aku menzalimi diri sendiri. Erk.

Kalau aku memilih calon berdasarkan achievements [dengan memandang enteng terhadap manifesto yang mereka bawa], aku juga bakal rugi. Achievements masa lalu adalah portfolio mereka, yang boleh affected dalam 10% dalam keputusan aku.. kot? Aku percaya, bila mana seseorang itu mula 'menyerahkan' diri untuk menggalas sesuatu tanggungjawab, satu spirit baru bakal mengiringi mereka, spirit di mana diri mereka bakal menjadi 'lain' berbanding sebelum mereka menggalas tugas tersebut, dan itu adalah autonomic reaction. Kenapa aku percaya, sebab aku sendiri pernah melalui masa-masa itu :)

Tapi aku juga tidak dapat menidakkan kalau-kalau achievements itu dilihat dan diambil kira oleh yang lainnya. Untuk mereka yang tidak pernah kenal akan seseorang calon, haruslah itu yang dilihat buat kali pertama. Tapi saya tetap teguh untuk setia 'memandang' manifesto dahulu ^^

Perihal poster, yang melibatkan gaya, body language dan sebagainya, bagi aku sangat penting untuk calon. Gaya dan imej 'melebih-lebih' sampai ustaz pun kritik, adalah bukan perkara yang WAJAR BERLAKU di mana-mana universiti pun, apatah lagi kalau universiti ISLAM. Menjadi pemimpin bukanlah tidak lansung memikir perihal imej, tapi kesederhanaan itu mesti ada. Perlukah memilih pemimpin yang up-to-date dengan fashion dan trendsetter? Sekali lagi saya menegaskan, amanah yang mereka bawa itu jauh lagi penting! Plis.

Secara tuntas, dapat aku simpulkan, untuk diri aku sendiri, yang bakal aku share dengan anak-anak aku nanti, yang mana untuk menjadi pemimpin, bukanlah dirancang apabila semester start pada setiap sesi. Untuk apply menjadi *SRC [contohnya], bukanlah patut disedari bilamana semester I baru start, dua minggu yang lalu. Bagi aku, being a leader is a process. Dan untuk menjadi pemimpin, setiap masa dan ketika perlu dilatih, dan segala path dan perjalanan harus dirancang. Mungkin, untuk menjadi *SRC, perlu di ambil kira dan dirancang, tatkala berada di hari pertama masuk ke main campus lagi! atau mungkin sebelum itu!

Kagum aku dengan calon-calon yang tidak berpublic speaking, tidak menarik poster-poster di kuliyyah mereka, tidak membentangkan manifesto.

Aku sangat yakin dengan dakwah bil hal. Aku sangat yakin dengan trust dan kepercayaan yang diberikan kepada seseorang. Dan aku sangat yakin, bila mana kepercayaan itu ada, insyaAllah yang lain settle. Kalau benar orang itu akhlaqnya mantap, visi dan misi dirinya jelas, tak perlu bermanifesto dan membentangkan hujah pun. Orang lain akan 'rasai' kehadirannya, bagai angin yang bertiup damai. Tak nampak, tapi kita rasai kehadirannya.

Wallahua'lam.

*SRC = Student's Representative Council [MPP]
.........................................................................................

P.S serius, tak sabar nak habis election. tak sabar nak merasai normal vibration dengan kawan-kawan yang bertanding.

-nak tanya, ada tak orang yang tak suka dapat hadiah?








Wednesday, September 19, 2012

558. Tengok cermin.

Bismillah.

Hari ke-8 semester I.

Tapi rasa macam dah sebulan stay kat UIAM. Rasa 29 September macam this week, tapi sebenarnya next week. Selalu overlook tarikh, entah kenapa pun tak tahu lah.

:)

Ahad lepas, hati digerakkan Allah untuk ke suatu talk, first talk ever for this semester, here in UIAMK. Talk yang bertajuk sangatlah common, bukanlah common bermaksud malas dan culas nak pergi, tapi melihatkan pada tajuk, memang mesti student tak attracted sangat nak pergi, tapi mungkin sebab talk yang pertama diadakan, maka ramai sangat yang pergi.

Oh, mungkin juga sebab speaker yang famous dan moderator yang popular DALAM kalangan pelajar menyebabkan talk itu full house! :)

Izinkan untuk saya share mengenai perkongsian oleh Ust. Syed Abdul Kadir al-Joofre, dan moderator iaitu student UIAMK, bro. Asyrafuddin. Tajuk = "ISLAM AND STUDENT".

First sekali, ustaz ingatkan, yang kita sebagai student kena sentiasa tajdid niat kita. Betulkan niat kita. "Belajar kerana APA?"

Common kan? CGPA. Kerja bagus. Pangkat bagus. Supaya boleh hidup senang, balas jasa mak ayah, bina keluarga sendiri pun senang.

Maksud tholabah? => Mencari sesuatu. Atau mencari ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Kenapa kita menuntut ilmu?

  • Mencari dan menggapai keredhaan Allah. Sebab Allah suka orang yang sentiasa STRIVE FOR EXCELLENCE!
  • Aim kita? - Syurga Allah
  • Membantu agama Allah
Ok, bab ni, ustaz bagi contoh. Kita ni penuntut ilmu kan? Mahasiswa, mahasiswi katanya. Kalau kat surat tawaran kita, MESTI ada tulis, kita ni 'PELAJAR SEPENUH MASA' atau 'PELAJAR SEPARUH MASA' kan?

Eh, a'ahlah! [ok, diri sendiri pun menyentap skang]

PELAJAR SEPENUH MASA : dedicated himself to study 24/7. Berbeza dengan SEPARUH MASA, which are student part time lah kan?

Yup. Tiba-tiba barulah nak realize kan. Benda tu simple je, tapi memberi makna yang besar sebenarnya.

Pelajar sepenuh masa, agak-agaknya pada sangkaan kita, hanya belajar pada waktu yang mereka NAK sahaja, atau most of the time?

Kita kaitkan dengan pemain bola sepak professional. Rasa-rasanya mereka hanya main bola pada waktu lapang dan pada waktu yang mereka nak sahaja, atau throughout a day, mesti practice, walaupun takde match? Mereka sentiasa berlatih kan, sebab itulah gheja mereka, sebagai pemain bola sepak PROFESSIONAL :)

Begitu jugalah dengan saya. or kita, kalau nak terasa sekali :)

Islam sangat menuntut kepada kualitas. Dalam segenap aspek kehidupan. Sebab dengan kualiti, kita harapkan barakah daripada Allah. Apa itu barakah?

Barakah atau keberkatan bermaksud pertambahan, berganda-ganda dalam kebaikan. _______ ziyadah [oh my, kena cari missing word. anyone? :) ]

Macam mana kita nak tau wujudnya keberkatan? Apabila makanan yang sikit jumlahnya, tapi bila makan beramai-ramai, semua rasa kenyang dan cukup. Itu barakah namanya :)

Masa yang sempit, tapi rasa banyak benda boleh settle, itu barakah masa namanya :)

Dan banyak lagi, awak pun tau kan? :)

antara sumber keberkatan ilmu ialah :-

-Hormat lecturers
-Respect pada ilmu dan nilai ilmu
-Amanah dengan ilmu. Atau tak menyalahgunakan ilmu untuk kepentingan yang tak elok.

Bear in mind yang semua ilmu menuju akhirat. Tak kisahlah engineering ke, biotechnology ke, artificial intelligence ke. So, rugilah kita kalau kita tak niatkan study kita kerana Allah, kan? :)

The other half session membincangkan peranan mahasiswa dalam hidup sehari-hari. Isu semasa, hiburan yang melampau semuanya boleh mengurangkan jati diri seorang pelajar.

Kalau dilihat rentak hiburan yang sangat rapat dengan pelajar memang boleh menjejaskan imej pelajar esp pelajar beragama Islam. So, kita sebagai pelajar kena lah sentiasa jaga imej kita, dan yang paling penting imej Islam di mata manusia lain dengan merasa 'izzah dengan agama kita sendiri. Jangan buat orang lain musykil dengan agama kita. take note!

Ok. Banyak sharingnya. Moga bermanfaat.





Saya selalu percaya tiga aspek kat atas ni.

Honesty, Trust, Respect

Kunci kepada kebahagiaan seseorang.

Tak honest -> tipu diri sendiri

Tak trust -> menyusahkan diri sendiri

Tak respect -> kejam pada diri sendiri

So, pilihlah. Pilihan di tangan kita.









Susah kan? Saya tau susah. Tapi nak berubah memang kena mujahadah. Bila kita mujahadah, sebenarnya bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri kita sendiri.







What more can I say. Its obliviously TRUE :)





Gambar ihsan a dan b . Moga Allah redha .


..............................................................................................

Saya dah tekad. Beli hadiah.

Saturday, September 15, 2012

557. ar-Raheem.



That awkward [eh, jahatnya taip awkward. Tapi, memang 'epic' for myself tho] moment when you wish "Congrats! Jaga baby elok-elok!" at your bestie, and pray for her throughout her pregnancy.



Semoga Allah permudahkan segalanya mirah! Happy for you! ^^

.............................................................................

Epic. Asyik guna perkataan ni je lately ni.

What's next?

Friday, September 14, 2012

556. Dia ajar.

"Just wait a while, turn your back and
remember what you have forgotten.
Try to find if you've lost,
apologize if you've hurt,
forgive if you have been hurt.
Because life is too short."

-Rumi


Ikhlas. Mukhlis?


"... ikhlas itu bukan juga kita berasa syok dan hidung kembang semangkuk apabila kita menyumbang sesuatu baik harta, tenaga mahupon jiwa, walaupon sudah kita yakinkan diri kita yang kita korbankan semua itu Insha-Allah ikhlas! Err.

Tetapi ikhlas itu adalah kita benar-benar tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan, hatta ucapan penghargaan, senyuman mahupun kenyitan mata, melainkan keredhaan dan kechentaan Tuhan. Ikhlas itu adalah apabila kita memberikan sesuatu yang paling kita sayang dan amat sukar untuk kita lepaskan. Ikhlas itu adalah apabila seusai kita melaksanakan atau menyumbang sesuatu, kita terus menghidap amnesia, langsung tidak kita ingati apa-apa."

copied dari Inche Gabbana. Ikhlas itu, begitu.

Sejak mula semester, ramai asyik mengulang perihal ni. Kita mungkin selalu cakap, "Aku ikhlas ni weyy." atau "Saya buat, ikhlas kerana Allah.". Pastu bila diuji sikit, mula nak melenting tak tentu hala. Mula nak mengungkit2 kebaikan yang kita pernah bagi kat orang, yang dahulunya berstatus ikhlas, katanya.

Saya sendiri belajar apa yang dikatakan dengan ikhlas sebagai, hanya mengharapkan keredhaan Allah semata, tanpa niat lain yang tersembunyi macam udang dalam mee. Tak.

Ikhlas dalam belajar? Ikhlas dalam bersahabat? Ikhlas dalam mengerjakan gerakerja islah?

Jom, muhasabah! ^^


Pujian :)


“Awak cantik.”
“Awak pandai.”

Ayat di atas ialah ayat pujian. Namun ia memberi kesan negatif kepada si pendengar. Ini disebabkan pujian akan menyebabkan seseorang berusaha untuk kekal pada apa yang dipuji. Atas dasar itu, untuk memuji, ia
perlu difokuskan kepada kata kerja di peringkat manusia. Secara tidak langsung, ia menampakkan ketidaksempurnaan seorang manusia yang dipuji. Hanya dengan bekerja dan melaksanakan sesuatu perkara – baru layak dipuji atau diiktiraf.

-copied dari FB Akademi Sinergi.

Allahu. Memuji juga perlu seni. Seni is so in-thing :)

Saya tertarik dengan impak pujian pada seseorang. Selalunya, macam tu lah. Bila dipuji, kita sedaya upaya mengekalkan pujian tersebut pada diri kita, terasa macam hipokrit pula. Sepatutnya, pujian itu menyebabkan kita reflect balik kelemahan kita yang Allah hijab daripada orang lain mengetahuinya, kan? Ke macam mana?

Erm.


Sohabat ^^


"Kekurangannya mengajar kita erti redha. Kelebihannya mengajar kita nilai syukur." -kak Umy.

Semakin dewasa, semakin realize dan cakna dengan kehadiran sahabat-sahabat sekeliling kita. Semuanya membawa erti, nilai, mesej dan pengajaran berbeza. Percaya atau tidak? Betul atau auta? :)

Baik seorang teman, sebenarnya menasihati kita. Buruk [dalam erti kata anything yang kita kurang gemar] pada mereka, juga membawa mesej nasihat, mendidik dan mengajar kita sebagai bekalan menyambung kehidupan dengan baik :)

Baik seorang teman, lewat peraturan kehidupan yang mereka ada, dalam pertuturan mereka, pada pencapaian mereka, pada misi dan visi kehidupan mereka, pada fikrah mereka, pada gaya dan bahasa badan mereka, pada pakaian mereka, semuanya menasihati kita dalam sedar atau tidak, untuk kita mengambil ibrah. Mungkin kita sahabat mereka, tapi fikrah kita tak sama? Mungkin mereka lemah lembut tatkala berbicara, kita pula kasar sahaja bahasanya?

Mungkin misi dan visi kehidupan kita tak berapa nak jelas, tapi mereka punya yang jelas dan nyata? :)

Nampak tak pengajaran yang mereka bawa? Bukan suka-suka kita diperkenalkan kepada mereka. Each of them bring along their own messages :)

Buruk mereka pada definisi kita, juga membawa pengajaran. Mereka yang kuat melatah, yang suka mengumpat, yang tidak serius belajar, mendidik kita untuk mengambil pengajaran daripada mereka.

"Oh, mana boleh mengumpat. Berdosa."

"Eh, mana boleh macam ni. Belajar kena mantap beb."

"Aku ni tak cukup lagi salamatussadr [berlapang dada]"

"Isy, tak sabar lagi aku ni rupanya."

"Kenapalah tak boleh nak husnuzhon ni? Mesti aku ada spoiled kat mana-mana ni."

"Hmm... aku ni tak ikhlas bersahabat kot."

Perangai mereka, tapi jangan membenci mereka. Sekadar mengambil pengajaran sahaja. Kalau punya peluang, nasihatkan.


...................................................................................................................

Kita butuh pengajaran. Allah bagi free-free je dalam segenap aspek kehidupan.

Haih.

#sarung kacamata positif. see the beauty in everything.

Thursday, September 13, 2012

555. Saya rasa...

... pathology itu mudah! ^^

Patho : “suffering”

Logos : “study of”

= Study of suffering. Or disease. Suffer tak nak belajar subjek ni, agak-agaknya? -.-“

insyaAllah tak! Yakin boleh! ^^



... student life.


Situasi I

Sementara menunggu reaksi akak2 officer, seorang brother menuju kaunter yang sama, lalu bertanya,

“Nak borang SRC boleh?”.

Phew. Dan brother tersebut ialah mantan Presiden FSCC sebelum tenure kitorang.

Dah tiba masa bro, tolonglah jadi Pres kat kuantan ni pulak.

Situasi II

“Kau nak pergi mana Nis?” tanya seorang kawan, dalam pada aku sedang menatap kereta kuning di perkarangan parking depan mahallah.

“OSC.”

“Buat apa?”

“Nak book bas. Kenapa?”

“Oh, ingatkan nak amik borang SRC tadi.”

Tak payah nak SRC sangat. Banyak benda tak ‘settle’ lagi.



...pasal BM tu kan....


“Bu, akak nak tanya. Tanya je tau.” Soalku, tetiba macam tak fluent pulak. Macam ada benda tersekat.

Explainations. Hujah [as always]. Pendirian……………………………………

“Ok, takpelah. Akak dah teguh dengan prinsip akak. Nak pergi dengan dia je la.” Aku menjawab mudah, bernada rendah, tanda menyerah kalah!

Memang tak terfikir dalam fikiran yang berfikir untuk ke sebarang kursus berkenaan pertukaran status buat masa ni. Lain orang lain cara, Anis.


...pasal flyers.

Aku asyik guna perkataan flyers je semenjak dua menjak ni. Hadoi, Nampak pulak gambar Flyers fly high tu. -.-“

Rasanya macam semua orang ada contengan jalanan tersendiri. Flyers fly high. Eh?


... ada benda tak settle lagi ke?

Sesiapa yang terbaca post ni, kalau baik hati dan rajin, silalah jawab soalan ni.

Betulke kalau kita tak redha dengan sesuatu perkara, kita akan selalu fikir perkara tu je? Maksudnya, permainan hati dan fikiran kita je, atau benda tu memang tak settle lagi?

Terima kasih daun keladi.



End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...