Ada dua orang sahabat baik. Seorang bernama Ahmad, dan seorang lagi bernama Umar.
Mereka bersahabat dengan erti sahabat yang sebenar. Duduk bersebelahan di dalam kelas, pergi ke sekolah sama-sama, sering mengulangkaji bersama-sama. Kebetulan jua, mereka adalah jiran.
Pada suatu hari, Ahmad TERbangun awal pagi untuk ke tandas. Sewaktu berjalan ke tandas, dia menjeling ke arah rumah Umar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia terlihat satu bahagian rumah Umar sudah terang, bermaksud telah terbuka lampunya.
"Wah, pasti Umar bangun seawal pagi untuk mengulangkaji.. Dan aku pula syiok tidur sedari malam tadi." sangka Ahmad. Dia berasa cemburu sendiri.
"Aku mesti mencontohinya!" tekad Ahmad pada awal Subuh.
Sejak hari itu, Ahmad sering mengulangkaji pelajaran dengan tekun. Dia sering tidur pada pukul 12 malam, dan bangun semula di awal pagi sebelum Subuh, untuk mengulangkaji pelajaran. Ahmad lansung tidak bertanyakan atau memberitahu Umar tentang 'habit' nya yang baru itu. Sangkaannya, Umar pasti sudah pandai.
Peperiksaan pertengahan tahun berlalu. Ketika keputusan diumumkan, ternyata Ahmad mendahului Umar dalam semua subjek. Umar mengucapkan tahniah kepada Ahmad. Ahmad pula seakan tidak percaya dengan keputusan peperiksaan Umar kerana dia mengenali Umar seperti dirinya, sering mengulangkaji bersama-sama. Tambahan pula, Umar pada sangkaan Ahmad telah mendahului bangun awal-awal pagi untuk mengulangkaji. Kenapa dia mendapat keputusan sebegitu rupa?
"Eh, yang bangun awal tu emak ana la. Emak haruslah bangun awal untuk membuat kuih dan membungkus nasi lemak untuk dijual pada sebelah pagi. Bukan ana." hujah Umar pada Ahmad. Ahmad yang konfius sedari tadi, hanya mampu tersenyum.
***
Maaf untuk karangan sekolah rendah saya :) Rasa macam dah lama tak mengarang esei pendek taraf ini :D
Sebenarnya, ilham ni dari majalah Solusi, dah tak ingat edisi ke berapa. Dan al-kebetulan terkait pula dengan diri ini untuk hari ini -_-"
Motif cerita di atas adalah berkenaan cemburu yang bertempat. Ya! Nasihat untuk Anis pada hari ini.
Sejujurnya, saya sangat cemburu dengan seorang hamba Allah ni.
Yup, saya kenal dirinya. Peribadinya. Dan hari ini, saya dapat tahu dia telah mendapat satu lagi nikmat bagi seorang pelajar seperti saya. Tak perlulah saya beritahu apa, dan ianya apart from CGPA yang dahsyat, sebab CGPA dia memang dahsyat pun.
Supposedly, saya tak perlu cemburu pun. Sebab Allah pernah memberi peluang kepada saya 'menjejaki' sewaktu saya Form 5 dulu.
Tapi sebab dia, saya nak cemburu jugak -___-" Boleh?
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang mudah cemburu orangnya [kot?]. Tapi bila bab hamba Allah ni sahaja, saya pasti rasa 'semacam'. Astaghfirullahal'azim.
Cemburu saya of course, bukanlah cemburu buta. Tapi cemburu yang saya harapkan, ingin menjadi seperti Ahmad. Saya ingin mencontohi dirinya!
Puas melayan perasaan sorang-sorang, tiba-tiba bila terdengar slot Mukmin Professional di IKIM.fm, rasa lega amat, alhamdulillah :)
"Kebahagiaan terletak pada cara kita melihat sesuatu.."
"Kita pasti akan buat yang terbaik jika kita sentiasa mengingat tentang KEMATIAN.."
"Bagaimana untuk ikhlas? Sentiasa ingat yang kita ini hamba ALLAH.."
dan banyak lagi kuot kuot osem dari Ust.Pahrol :)
Saya mungkin sering membanding-bandingkan dirinya dan diri saya. Tiba-tiba saya rasa seperti hamba Allah yang tidak bersyukur T.T
Walhal dia sendiri pernah berkata, dan saya masih ingat kuot dia,
"Kejayaan seseorang berbeza mengikut tafsiran masing-masing.."
Mungkin, pada dia, itu hanyalah pencapaian yang biasa-biasa. Pada tafsiran dia. Tapi tidak bagi saya.
Pada tafsiran saya, dia selalu mengecapi kejayaan, dalam APA sahaja yang dia buat. Bersesuaianlah dengan pendirian, usaha dan peribadinya. Yup, saya akui itu.
Ternyata, seperti cerita Ahmad dan Umar di atas, saya harus jadikan diri saya seperti Ahmad. Cukup ke sekadar mencontohi?
Doa. Doa dan doa! ^_^
Saya terlupa, Allah LAGI MAHA MENGETAHUI. Saya tak tahu apa yang terbaik untuk saya, tapi Allah tahu.
Kadang-kadang, Dia bagi atau tak bagi, sebab Dia tahu, sesuatu itu TAK SESUAI dan TAK BAIK untuk kita, kalau bukan untuk sekarang, mungkin untuk di masa hadapan :')
Dan, kadang-kadang Dia bagi lambat sikit, sebab Dia tahu kita tak bersedia lagi, atau mungkin kita takkan bersyukur, kalau Dia bagi sekarang :')
Luas kan hikmah Allah?
Analogi mudah, bila seorang anak yang masih kecil mahu makan semangkuk tomyam yang panas dan pedas. Anda rasa emak kepada anak kecil itu akan bagi kepada anaknya atau tak?
Pastilah tak kan?
Pasti si emak akan berkata, "Kamu boleh makan sepuasnya bila kamu dah besar nanti." sambil memujuk anaknya. Sebab si emak tahu, makanan itu tak sesuai untuk anaknya pada waktu itu.
Tu baru emak dengan anaknya -.-
Luahan dari saya-yang-tak-perfect-tapi-nak-perfect-di-mata-Allah-bukan-manusia :(
.......................................................................................................
Cemburu punya pasal, dari cerita Ahmad sampai ke tomyam saya taip! -___-"
Manusia. Tak pernah puas. Jarang bersyukur.
ya Allah, jadikan kami hambaMu yang bersyukur. :'(