bismillahirrahmanirrahim.. ^^
masuk minggu ni, dah 3 minggu berada di bumi Kuantan. whoa ^^
apa yang saya dapat di sini? berjalan ke kelas, datang lectures, pergi Kuliyyah of Medicine [KOM], balik mahallah, pergi mahallah Talhah. pastu ulang balik, rutin rutin rutin. haih.
tapi sebaik mungkin, saya akan pastikan setiap hari bukanlah satu rutin. at least, saya cuba buat benda baru sikit, berkenal-kenal dengan muka-muka baru sikit, mengeratkan dengan kawan-kawan since kat PJ, try kafe baru, pinjam buku baru kat library. ha, macam-macam lagi lah.
huhu.
sebenarnya, boleh je nak merungut-rungut pasal facilities dan environment kat Kuantan ni. tapi kalau fikir2 balik, kita ni dah besar. tgh buat undergraduate studies lagi. saya ni, dah 20 going to 21 tahun dah. takkan nak buat benda-benda remeh tu lagi? lagi pun, kalau merungut sangat, bukannya benda yang best2 tu datang dengan ajaibnya.
so takde guna. buat penat mulut dan sakit hati. maka, pandai-pandai lah cari kebahagiaan sendiri. hidup ni bukannya selalu berada kat track yang kita nak, kita idamkan. ni baru 20 tahun. panjang umur, lagi lama nak hidup atas muka bumi nih. so kene prektis hidup susah2 dulu. mane la tau kan, tiba-tiba kita kene menghadapi kepayahan hidup di masa depan, takdelah terkejut dan hopeless sangat ^^
bila kita kenang-kenangkan kembali zaman2 before ni, kat sekolah asrama, duduk hostel, berperang dengan study dan sibuk berpersatuan, kita mesti rasa, "wah, tabahnya aku dulu!". saya tak boleh nak bayang pada umur sekarang, masih bergelut dengan 10 subjek atau mungkin lebih untuk silibus selama 2 tahun untuk di jawab dalam exam SPM. dah lah duduk asrama. pergh! memang tabah 'saya' yang dulu. tu belum masuk, bila study kat CFS dulu, dengan berpersatuan, dengan meeting habis pukul 3 pagi bagai. ya Allah, kuatnya aku dulu!
so, sementara tenaga tulang empat kerat ni masih ada, buatlah apa yang patut. nanti bila dah tua sikit, mesti kita akan terkenang waktu yang hectic macam ni. time tu, kita dah tak mampu dah. cuma mampu berbangga sebab kita menggunakan sepenuh tenaga dan masa yang ada untuk berjihad demi ilmu. jauh tu, KL dengan Kuantan. huhu
ouh, pasal tajuk entry.
rasanya semua sedia maklum kot. semua benda yang kita buat, kita disediakan dengan pilihan. baik atau buruk. itu basic.
nampak macam senang kan? baik atau buruk, ofkos la pilih baik. sape nak pilih buruk.
nampak je macam senang, tapi when it comes to pilihan, kita selalunya pilih yang bertentangan. sebab apa? thanks to Mr.Nafs..
nak dijadikan cerita, satu hari, sahabat saya ni, Z (bukan nama sebenar) mendapat mesej daripada seorang brother ni.
"I'm impress with the new Z.. alhamdulillah..". some sort macam tu lah.
sahabat saya ni, dahulunya bertudung biasa je. tapi sejak further for undergraduate studies ni, dia telah melakukan anjakan paradigma kepada tudung yang lebih labuh. bukan sahaja labuh, malah berjahit tengah.
alhamdulillah ^^
so, lepas 2 minggu kat main campus ni, dia mendapat mesej daripada brother nih, yang merupakan rakan seangkatan since di PJ dulu.
tengah bersembang dengan dia, saya pun terfikir.
saya mempunyai ramai kawan. kawan yang 'beriya-iya' pakai itu ini, sentiasa mengupdate tudung2 fesyen baru. selendang baru. sentiasa melawa-lawa pergi kelas, pakai perfume 100 meter boleh bau. belum masuk yang ber'make-up' untuk ke kelas. baju berganti setiap hari. well, itulah perempuan kan.
saya tak cakap lah mereka buat itu semua, demi golongan yang bernama 'lelaki'. mereka hanya menegakkan keadilan dengan berkata demi kepuasan sendiri. suka diri merasa cantik etc etc. suka bila diri diusik2. suka bila tiba2 dapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali. wtv.
tapi saya yakin, kalau diri mereka di'noticed', mereka akan berkata, "apa salahnya..".
ok, kalau anda paham apa yang saya cuba katakan di sini, saya sebenarnya 'nampak' dua situasi yang berlainan.
-sahabat saya Z, mendapat mesej yang 'berbaur' pujian, kerana dirinya terarah yang lebih baik. tetapi sahabat saya ni tak maik port pun dengan mesej tersebut. dengan kata lain, tak berminat dan buat dhek sudah.
-kawan-kawan saya yang kuat 'berjangok' tadi mendapat mesej2 nakal, minta couple bagai. mereka suka dan curious nak tau sapa yang kacau mereka tuh.
see?
saya pula, tak pernah menghadapi kedua dua situasi di atas. tapi benda yang saya nampak sekarang, we have choices kan?
bukanlah choice yang pertama tu, kita lakukan semata-mata untuk menarik perhatian orang. bukan.
dan choice yang kedua tu, maksudnya 'gedik' dan suka tarik perhatian orang. wallahu'alam.
tapi kenapa kita tak pilih yang baik untuk kita, baik untuk agama kita, di samping membantu orang2 sekeliling kita ada rasa nak 'berubah ke arah yang lebih baik' jugak? tak ke dpt 'saham' sikit?
main focus sekarang kat diri sendiri. kalau sudah ada pilihan yang lebih baik, kenapa nak pergi atau 'acu' kepada yang tak 'berapa' nak baik?
sebab tak rasa orang lain akan judge kita. kita hidup dalam dunia kita? so,suka hati aku lah?
sebab rasa masa masih panjang. so banyak lagi masa nak berubah?
or, rasa, sapelah diriku ini. layak ke nak berubah?
hmm.
fikir-fikir kan dan selamat beramal.
7 days towards 2011. umur bertambah setahun lagi. macam mana pencapaian saya? =.="
No comments:
Post a Comment