in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful :)
betul lah orang cakap, buku nota saya pun ada tertulis, "Expect, the unexpected".
Dulu macam buat 'dhek' je. Sebab tak pernah kena kan. Tapi makin tua nih, makin selalu jadi pula.
tapi bagus jugak kot. banyak pengalaman.
semalam dan hari ni, masa saya banyak dihabiskan di Iflah Camp anjuran SLEU UIAM. ok program ni berlansung kat Golden Strait Villas Port Dickson. perlu ke saya suggest tempat ni? erm, kalau 'terpaksa', ok kot. tapi kalau planned, organized, baik pilih Avillion :D
saya telah di'informed' mengenai program ini melalui panggilan dari pihak SLEU sebelum menjejakkan kaki ke Kuantan lagi. so, agak looking forward to this programme lah. tapi tak sepenuh hati pun, sebab baik menghabiskan masa di bilik kan. tapi tu lah, Allah knows best :)
ok, ada smiley di situ. takde maksud pun, jangan risau.
first thing first, semua participants berjumlah plus minus 60 org. 30 dari kampus Kuantan, lagi 30 org dari kampus Gombak. saya tak kenal semuanya pun, surprisingly. dari Kuantan, kalau setakat member2 PRESSS tu je la. dari Gombak memang sorang pun takde. saya memang tak expect yang saya kenal pun ada.
dalam tentatif kata bertolak kul 730 pagi, by 715 saya dah tercegat kat Kuliyyah of Medicine tu. tapi bertolak lebih kurang kul 810 pagi rasenye. heh. this one is as expected.
kebetulan, pemandu bas ni, menggunakan khidmat bas luar. so, paham-paham je lah. memang 'cermat' betul cara dia drive. bayangkan, sepatutnya, Kuantan to KL, 2 hours tops! okaylah, kalau lambat sikit pun, dalam 2 jam setengah.
yang ni, kul 1130 baru terjah Gombak.
ok then, g PD. sampai PD pukul 2 ptg. tak jem ok.
tak lunch lagi nih. mood dah kurang 15%.
sampai je PD......
dang!
dalam hati, "amek hang! nak sangat, amek2!".
macam ku kenal jejaka berbaju merah dan hitam bertracksuit hitam serta ber'walkie talkie' nih. saling tak tumpah macam 2 tahun dulu ketika berta'aruf di CFS. itulah brother yang terlibat dalam sesi Ta'aruf saya di CFS dulu. nama dia? tak boleh nak habaq, takut kontroversi melanda. maklumlah, orang femes ames.
hmm. tapi still tak boleh bawak 'hati' ni ke PD.. -.-"
saya tak kata camping [camping ke?] ni buhsan. tapi tak taulah. rasa macam 'serba serbi' je camping nih.. saya tak rasa 'in'. saya bukanlah dari jenis susah nak bergaul, tapi program ni itself rasa macam, berterabur.
amek hang.
hanya 60 participants. pastu trainer dia sorang je. Pak Utih. rasenye mostly budak UIAM memang kenal kot. dia selalu bagi ceramah kat UIAM. saya pernah dengar nama dia ketika kerja sat kat Gombak hari tuh. dia ajar Gender Intelligence, camtulah. belajar mengenai lelaki dan perempuan kat staff. kira cam kursus untuk dorang..
ok, lepas tu, facilitators dia macam.... entahlah yek. saya tak nampak fungsi faci dalam program tuh. saya rasa dorang more to driving committees je. ada programme manager, dibantu oleh group coordinator [instead of Programme Coordinator selalunya] and yang lain-lain macam ibadah faci gitu gitu je la.
sorry lah kalau saya terlalu 'judgemental' mengenai programme flow ni. iyelah, benda2 simple macam tuh, kalau dorang expect orang-orang 'biasa' je yang akan mengikuti camping macam ni, memang silap lah! sepatutnya dorang kene expect the best in everything. walhal program tu hanya 2 hari satu malam. still, bawak nama UIAM kepada orang luar kan? tak pun membawa nama persatuan atau club kepada UIAM students. hmm.
macam nampak sangat kecelaruan dalam program ni, banyak sangat 'idea' dan miscommunications, maybe sebab melibatkan dua kampus kan. tapi benda ni, takdelah complicated mana, asalkan dua kampus ni seiya dan sekata, everything will be fine.
bab facilitators. saya rasa, sape yang tak excited tiba-tiba terpilih menjadi faci untuk program kan. mesti malam tu jugak kita dah buat 'homework' cari kat internet bagai mengenai topik dan tema kepada program yang kita bakal jadi faci tuh. saya rasa bila saya pergi program tu, macam Trainer tu je yang buat semuanya. committee yang kononnya cum 'faci' tu macam meronda gitu gitu je. takde kata nak bagi idea ke, tak mesra la.
lagi best, ada sorang hamba Allah tu, emo habis lah!
kita nak jadi faci, kene deal and negotiate with people, especially students. pastu bukan students uni lain pun, uni kita sendiri. yang kita MUNGKIN hari-hari jumpa kat kuliyyah or kafe or mahallah. berbaik dan bermesra la sikit. tak perlulah tunjuk muka garang semacam. awak expect budak-budak 1st year nih akan hormat ke? tidak. dorang akan REBEL lagi ada. entah entah siap boikot awak lagi, habislah tak dapat bertanding untuk next Pilihan Raya Kampus. baru awak tahu camne rasenye. saya pun tak nampak motif kita nak garang dengan junior2 nih. kita bukannya duduk kat asrama penuh ke hape. dan saya pun bukannya pergi ke camp jati diri or disiplin pengawas. saya pergi Iflah Camp. camp untuk mendedahkan pengalaman menjadi university student. adeii~
**bajet yang kurang bukan penghalang UTAMA kelancaran program
amek hang. dah macam buat thesis pulak. ini fakta.
bukanlah bermakna, kena buat bajet beribu or berbelas ribu, baru program tu akan lancar. itu semua terpulang kepada kekreatifan steering dan driving committees program itu sendiri.
kalau rasa program tu tak cukup bajet nak buat di hotel, buat lah di chalet biasa. baki bajet yang lebih boleh dijadikan modal untuk makanan etc, sebagai contoh. lepas tu, buat je kat tempat dekat2. tak pun, buat sendiri2 ikut kampus masing2, takyah combined. kan jimat. kene pandai tarik-dan-tambah bajet la.
ini tak. lump sum abeh! lantaklah. asalkan boleh buat kat hotel, yang tak berapa nak hotel. dah la tak selesa, objektif utama pun tak tercapai.. macam mana?
saya ingat lagi, saya pernah jadi faci kat satu tempat ni. so, kitorang dah dikira 'a group of facilitators' la lepas tu. tinggal takde consultancy sendiri je :p
program tu agak berjaya, tengoklah programme manager cum programme coordinator nye ^^ . then, PC tu cakap, mungkin lepas ni akan ada program2 lain dan faci pun akan diperlukan. tiba-tiba ada sorang brother ni, dia pun faci jugak. dia komen kat gambar faci brothers kat FB. "ana rasa kita perlukan bajet yang lebih sikit, barulah mudah perjalanan program nanti..".
masalahnya, bukan program tu under UIAM. so nak mintak bajet macam mana. pastu PC tu jawab,"tak perlulah bajet tinggi2 sangat, yang penting objektif program tercapai. kita guna bajet yang ada je dah mencukupi..".
see?
**rapat dengan students, tak semestinya kaunselor..
saya rasa, kalau nak jadi facilitator, dorang sendiri mesti undergo training dan latihan untuk bersemuka dan bergaul dengan orang ramai, especially targeted people macam students. hal ini kerana, tak semua faci yang 'bijak' boleh bergaul dengan orang ramai. dan tak semua MESRA ALAM. ada je yang low self esteem.
sebab tu evaluation untuk interview scholar, tak semestinya pada grading exam. level of confidence pun kena tinggi juga.
**MAKANAN adalah subjek UTAMA dalam bajet..
kalau buat program, jangan TERLEPAS PANDANG lansung bab makanan. please. agenda ini amatlah teramat penting boleh.. sebab tanpa makanan, mood semua orang boleh berubah. kalau nak change event saat2 akhir takpelah, tapi jangan TERLEPAS bab makan. seriously, I've went through it. and it's not funny.
p/s : kalau orang yang diet, tak kisahlah. tapi kalau sepanjang perjalanan selama 6 jam, dan lunch 'terlepas pandang'? omo. serius tak nak pergi lagi dah.
conclusion : bolehlahh.. dimaafkan untuk kali pertama. poyo.
Allah knows best :)
1 comment:
all the best!
Post a Comment