bismillahirrahmanirrahim.. T_T
ahlan wasahlan ila 1432 Hijrah.
selamat tinggal 1431H. kenangan saya bersama 'awak' terlalu banyak. thanks for all those memories :')
[awak=1431H]
hari ni, terasa sayu sangat bila mengenangkan ketika membaca doa akhir dan awal tahun tadi. hujan yang memBASAHi bumi sangatlah melayukan. mendayu-dayu. sehingga saya pun tak sempat ke masjid. sekadar membacanya di rumah.
lagi sedih bila mengenangkan 'agenda' sebelum menutup tirai 1431H tadi. sedih. sedih.
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemerintah sekalian alam, Rahmat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W, Ya Allah, apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani membuat maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan daku daripada apa yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu aku pohonlah daripadaMu. Ya Allah wahai Tuhan yang Maha Pemurah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku kepadamu. wahai Tuhan yang Maha Mulia, Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya keatas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarganya dan sahabat andainya."
~amin.
Takkan tumpah air mataku, kecuali fillah~
ini janji saya. saya pun, bukan dari jenis yang senang 'meleleh' tanpa sebab, tapi saya tak tahu untuk masa depan. biarpun sesakit mana hati ni, sengilu mana pun, saya takkan menangis. hanya terkedu je. itu harapan saya, untuk 1432H.
perpisahan yang 'sementara' ^^
"Habis la lepas ni dah tak jumpa dah.. Reunion bagai.." jelas suara di sebelah sana. Saya terkedu [lagi]. Cukup-cukup la penghabisan 'drama' tak lepas tadi, ni nak buat 'drama' baru pulak.
perpisahan daripada keluarga, sahabat handai, rumah, katil, tilam, bantal, you named it, sementara je. hati saya dah cukup redha kepada Allah kini. panjang jodoh, ada la. jika sebaliknya..
"Allah know best.." dia sendiri habaq lagu tu.
Kuantan, here I come! :D
saya terlalu merindui awak wahai Mr.K.. selama ni, saya hanya 'berkepit' dengan Mr.G [gombak]. tapi ternyata, kita berjodoh untuk 4 tahun mendatang. sila terima saya seadanya.
masa busy akan 'menghantui' [konon] diari hidup saya selepas ini. FB, blog, akan 'tergendala'. mohon Allah permudahkan urusan saya keSEMUAnya. amin. dan untuk korang juga. amin. :)
Aslih nafsak, wad'u ghairak~
p/s: macam mana nak lalu sebelah tol Karak esok ni? air mata, janji dengan saya supaya stay dalam mata je. jangan berani nak keluar.
ingat Anis, "selamat maju jaya..." :)
No comments:
Post a Comment