Thursday, December 23, 2010

anis dan F [bukan nama sebenar]

bismillahirrahmanirrahim.. ^^


hari ni hujan. alhamdulillah. walaupun basah, tapi syok sangat. dah la lab takde. ^^

semasa menunggu 'kenderaan' tiba [wah ayat], tiba-tiba seorang sahabat saya F [bukan nama sebenar], out of nowhere, bertanya satu soalan yang saya pun tak sangka, orang 'macam dia' akan tanya.

"Anis, pernah terfikir pasal kahwin-kahwin tak?"

muka saya pun macam 'stunted' sikit. tak tau lah mulut ternganga ke tak. tak kot. :p

dalam pada saya 'buat muka' stunted tu, otak saya ligat mencari jawapan sesuai.

"ye ke tak. ye ke tak."

dengan crooked smile plus chuckles at the end of it, saya jawab, "hehe. tak..".

woohh. tak. TAK.

caye ke? heh.

tapi seriously, saya dapat rasa jawapan tu flows out dari hati. macam sincere habis dari hati. so, betul lah, selama ni saya 'main-main' je. padahal takde lah serius mana.

sebab sahabat saya ni, serius orangnya. bukan jenis 'mengarut' macam saya. so, kalau saya bagi jawapan tu, mestilah serius kan? I think so.

then dia pun macam percaya. tapi ada garis-garis muka menandakan "oh, really?" kat muka dia. saya ignore je. memang itu jawapan saya pun.

"so your mom suruh you kahwin lepas habis study nanti la eh?" tanya F lagi, berminat nih.

mata saya ligat mencari 'kenderaan' nak bawak kami pulang nih. then, sekali lagi. sambil mencari jawapan yang sesuai.

"erm.. takdelah. my mom dah remind awal-awal before datang sini lagi. my parents tak kisah kalau I nak kahwin time study, asalkan that guy boleh convince dorang boleh jaga I etc etc. [the dialogue cannot be wrote here for the best of two parties ^^]" jawab saya. acuh dan acuh.

"ohh. so your mom bagi you kebebasan la eh. baguslah your parents.." F menambah.

"erm.. sebab kita pernah tanya my mom. boleh tak suruh dia carikan instead of me cari for myself. tapi dia kata, dia takde calon and suruh I cari sendiri.. tapi pastikan orang tu serious jugak.. so, macam tu lah.." saya pulak menambah. kali ni, memandang tepat ke arah mata dia. [cehh]

"oh.. my parents tak bagi.. dorang suruh I kahwin lepas habis study.." F menyatakan sebabnya. "I pun kalau boleh biarlah orang tu macam assured sikit. so, nampaklah macam dia serius for relationship. kalau nak kahwin, biarlah dah financially stable, ada rumah, ada kereta. kalau dua-dua duduk hostel lagi, payahlah. tak nak lah!" sahabat saya menerangkan lagi. saya mendengar. prektis, listening. sebenarnya lagi panjang, tapi saya pendekkan sikit.

"kita tak bolehlah. macam, pelik je.. bayangkan pergi mana-mana dengan dia. duduk rumah dengan dia, tak duduk hostel dah. nak keluar dengan kawan pun.. pergi kuliyyah pun dia hantar. isy, serius tak boleh bayang. see? I pun tak matang lagi nak fikir beyond that thingies, nak suruh kahwin pulak. that's why, depends. rasenye lepas habis study kot. or, kalau ye pun, bukanlah within this 1st and 2nd years. huhu.." saya pula nak berhujah. itulah point saya. saya tak bersedia.

then the dialogues continues sampai lah kenderaan itu tiba. biasalah, topik ni memang takkan pupus selagi each of us get married. haih

tapi saya rasa, ini kali pertama orang tanya seserius itu kat saya. memanglah, dah banyak kali rasanya 'berdiskusi' dengan roommate, kawan baik etc etc even my mom sendiri. mungkin juga sebab sahabat saya tu jenis yang 'serius'. tapi, perkongsian yang 'sekejap' sementara menunggu orang nih, memang meng'islah' baliklah diri saya sekarang. rupa-rupanya, saya tak bersedia pun. terfikir pun tak.

walhal, kawan-kawan saya selalu cakap saya macam antara golongan yang 'awal' dan antara yang 'bersedia'. tak weh, tak yah cayalah!

saya pun, sejak melangkah kat Kuantan nih, walaupun 'diusik' oleh rakan-rakan seperjuangan [poyo], tak masuk port pun. saya selalu fikirkan 'misi' saya yang lagi besar buat jangka masa pendek nih. besar wohh. masa depan saya sendiri. gerun betul kalau saya fikirkan balik. tapi itulah, saya kena tempuh jugak.

punyalah besar 'mengejar' misi tu, sampai tak terfikir pun nak fikir benda-benda yang advance. benda-benda yang short term ni macam lagi penting, buat masa ni.

kepada sahabat yang berbincang dengan saya pasal benda ni, thanks for the re-calling. huhu

*masa berbicara pasal benda ni, mata saya ligat di atas jalan raya, mencari kenderaan tu. tapi saya asyik nampak Hyundai Getz je. tapi bukan warna 'tu'. ^^

*last sekali, before we ended our discussion tu, saya toleh ke belakang. then nampak Hyundai Getz warna hijau. apakah? :)



woh. Allah knows best, Anis ^^

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...