bismillahirrahmanirrahim ^^
alhamdulillah. sampai juga kat rumah ni. semalam. hehe.
semalam mencatat sejarah jugaklah, apabila 1st time balik rumah dari pantai timur sorang-sorang. ha, ape maknenye? before ni pernah berdua ke? oh tidak. before ni BERTIGA. dengan dua orang lagi mak saudara :p
semalam juga agak 'les miserables' jugak. bayangkan, dah dua minggu menghadiri kelas pukul 8 PAGI untuk hari Khamis, semalam boleh pulak terlupa lagi. asyik masyuk dok bayang kelas start pukul 9. hujan pulak tak nampak bayang nak berhenti daripada semalamnya [kelmarin]. pagi semalam pun memang lebat. kuyup jugak lah.
bas pulak penuh. ok lah, nak dijadikan cerita, anis sampai kuliah pukul 820 pagi. sejarah jugak tu. 820. tak pernah dibuat orang. tapi bukan saya sorang. disertai puluhan yang menyempit dalam satu bas jugak. itu belum masuk yang trip kedua. so senang cakap, semua lambat semalam. haha. [evil laugh]
pagi-pagi driver bas dah buat hal, lambat.
sampai je klas, sir Hamzah baru masuk slide first. boleh jadi dia pun lambat kan? :D
pastu dia pun bagi lah lecture. sampai 845 pagi, dia kata, "ok, that's all for today.." dengan gaya calm dia tuh.
semua macam dah tak caya. dahla kuliah sepatutnya 2 jam. ape hal ni?
itu satu hal. before dia end up tuh, dia cakap,"ok, actually. all these tak masuk pun dalam exam kamu.. just for your knowledge je. sebab semuanya masih dalam penyelidikan..".
ha sudah. patutlah berbelit je nama2 DNA yang dia sebut tadi. Single-side and double-sided. Holiday junction la. eh..
tak taulah semalam. macam miracle pun ye. kiranya saya dalam kuliah tu hanya 25 minit je. lagi lama dari usaha saya nak jalan kaki dalam hujan lebat dan akhirnya tunggu trip kedua bas kat mahallah talhah. wah.
"sabar anis. hari ni kau balik.."
habis je lecture Molecular Biology tadi, yang sekejap tu, saya pun lalu menapak ke Kuliyyah of Medicine. kan saya dah cakap, kuliyah ni 'wajib' pergi. :D
semata-mata nak beli egg tart dan beef pie yang sedap tu. entah ape2 la anis. tapi takpe. pastry dia sedap sampai rasa worth it kalau jalan nak g KOM semata2 nak beli itu je. tapi selalunya saya akan singgah library. semalam je tak, sebab nak balik kan.
lepas je beli, saya 'menapak' pula ke mahallah. dalam hujan yang renyai yang lebat. gigih kan anis. heh.
ok, saya teruskan cerita sehingga ke terminal.
al-kisah, saya balik KL semalam. tiket dah saya beli before g dinner dengan kawan2 di Tanjung Lumpur pada Sabtu lepas.
yang tertera di tiket, pukul 1230 tengahari, hari Khamis, seat 1C, naik bus transnasional.
bila saya cakap saya balik minggu nih, orang mesti tanya,"Anis turun kat mane?"
itu juga soalan yang saya tak tahu jawapannya. memang tunggu naik bas, baru tahu dan terfikir nak turun kat mana. ikut hati Greenwood, tapi ibu kata jauh. kalau turun kat Bukit Jalil, tak pernah pulak sampai situ.
so saya turun kat Pekeliling. 1st time ni. [ye lah, before ni naik bas kat Pudu. ataupun kalau balik dari Johor, turun kat Petronas Sg. Besi..]
saya dan kawan, Ruby [nama dia Rabi'atul Adawiyah sebenarnya] ke terminal dengan delivery kakak senior biotech. dia final sem kat Kuantan. bezanya dengan kami yang baru 1st sem 1st year :p
tiba di terminal, Ruby pergi membeli tiket balik. saya pun terus ke booth Cepat Express, belikan tiket kawan nak ke Melaka pada 230 petang semalam juga.
lepas tu, kami ke platform.
sama platform, ok.
Ruby ke Johor Bahru. bas dia pukul 12 tengahari. saya pula ke KL, bas pukul 1230 tengahari. kami naik bas dari syarikat yang sama.
saya pun berbual-bual dengan Ruby, sambil membaca Kosmo yang kecoh dengan kemenangan Malaysia ke atas Indon. sambil juga mata ni 'meliar' mencari kalau2 ada budak UIA yang saya kenal nak balik sekali dengan saya. sebab saya KESEORANGAN. [mcm desperate je bunyinya.]
bas ke JB akhirnya sampai, dan Ruby meninggalkan saya keseorangan juga kat terminal Makmur tuh. ok fine, saya sorang. redha je la nis.
tengok kiri kanan. ramai jugak. tapi tak nampak macam bayang2 budak UIA.
tiba-tiba muncul sebuah bas. pada jam 1210 macam tu. dalam hati,"entah2 ni bas KL tak..".
tiket di dalam beg segera dikeluarkan. nak pastikan dengan banyak kalinya, 1230 kan?
saya pun mendekati bas tuh."Wuisy! Kota Bharu!".
driver bas tu pun memekik,"Kota Bharu Kota Bharu! Dik2, ni bas Kota Bharu!" ke arah saya. Dengan yakinnya ingat saya nak naik bas dia. Muka saya ni macam nak ke KB ke pak cik?
hampir semua orang kiri dan kanan saya meluru ke arah bas tu. tinggal tak sampai 5 orang di platform saya.
"Eh pak cik nih.." getus hati. Suka suki je nak suruh orang naik bas dia. Nasib baik tak naik, kalau tak...
dah lama tunggu nih. pintu bas tak buka2 lagi. bahu dah lenguh mengusung laptop adik. akhirnya, ramai juga lah yang membanjiri platform saya. alhamdulillah, ada juga orang nak balik KL.
tiba-tiba seorang lelaki melintas saya. pandang saya dengan pandangan 'mengecam'. macam ye tak ye je..
saya kenal pak cik nih. dia junior saya. tapi kos Biotechnology. dia merupakan groupmate saya time Iflah Camp hari tuh. sebab tu saya berani tegur. walaupun dia tak cam. saya pun senyum kambing, dengan sangat pantas.
"nak balik KL ke?" tanya saya. boleh tak tanya macam tu? habis tu, dah dia asyik pandang macam kenal tak kenal. saya pun tegur je la.
"aah. kau pun nak balik KL ke?".. aiseh. "yup.." sambil angguk-anggukkan kepala. time tu saya pandang tiket balik. petanda tutup perbualan. tapi dia tak berganjak pulak. berdiri berhampiran, meninggalkan kawan dia seorang lagi yang dah meluru kat depan. saya tak kenal kawan dia tu.
"eh, kau turun kat mana ek?"tanya dia lagi. padan muka kau anis.
"erm. tak tau lagi. pekeliling kot.." jawab saya. acuh tak acuh. tak bertanya lansung perihal dia pulak.
pintu bas di buka. saya meluru ke arah pak cik driver nak check tiket. lansung menaiki bas mencari seat no.
oh, second row. harap2 takde orang duduk sebelah.
"weh, depan gila doh!" ucap junior saya ni tadi. ok lah, nama dia H.
"weh2! ko cari seat belakang. bas ni tak penuh kot.." sambung kawan dia pulak. ok fine, seat dorang betul2 depan saya. masalah betul.
si H ni tadi pun 'usha2' kat belakang. penumpang memenuhi bas, tapi bahagian belakang tak penuh sangat kot. tapi si H ni membatalkan hasrat, lalu redha je duduk kat belakang driver tu.
bas dah bergerak. saya pun mulalah memasang headset di hp. tiba-tiba..
"eh, nama kau apa ek? aku lupa lah, nama lebih kurang je semua.." si H bertanya. eh budak nih. ni yang saya malas nih.
saya hampir memulakan,"erm, lelaki..." tetapi cepat2 saya pintas,"anis..". saya nak cakap,"erm lelaki memang..." sebenarnya..
"aah. lelaki memang..." dia pulak membalas. ceh, tau pulak saya nak cakap apa. "sorry lah. aku rasa kau lah YANG PALING TAK MENYERLAH dalam grup hari tuh.. yang paling menyerlah mesti lah Farah..".
pergh! first time, saya rasa,"kurang asam betul!"..
2nd thought, " bagus jugak.. maksudnya saya ter'hijab' la.."
3rd thought, "siapa kau untuk aku 'menyerlah'? perlu ke?"
4th thought,"aku dah penat 'menyerlah'.. ni lah masa nya nak tawaduk sikit..".
itulah perempuan. satu ayat, banyak maksud. so, kepada semua, especially kaum Adam, lain kali kalau nak bercakap, fikir2lah ending nya macam mana. perempuan ni complicated sikit. banyak translation nya.
pastu dia terus pandang depan balik. saya pun pasang head set. merah jugak muka ni bila dia cakap macam tu. kawan dia kat sebelah dah tergelak kecil. lawak sangat ke bang? kureng betul. saya juga malu kat penumpang lain, esp dua org gadis kat belakang saya. eii anis.
takpelah, dorang tak kenal kot 'siapa' saya. abaikan. [ceh, poyo]
baru je nak pakai head set, H pusing belakang and tanya lagi.
"Kau sorang je ke?"
ada nampak saya 'berdua lebih baik' ke kat sini? tak kan.
"aah. kenapa?"jawab saya.
dia pandang ke arah kawannya. buat muka macam,"uiyo balik sorang..".
"kau sekolah mana dulu?" sebenarnya banyak lagi yang dia tanya. tapi tak penting.
"erm.. bkn mrsm." itu jwpn first, sbb dia galak bertanya mengenai seorang 'kawan' saya, yang juga bekas MRSM, sebelum itu. "saya kat SBP.." jawapan sebenar. saya tak reti lah ber'aku-kau' dengan orang yang tak kenal, apetah lagi tak rapat. 'Aku, Kau' tu untuk geng2 istimewa dan klasmet shj.
"ouh, kat mana?" tanya H lagi. "sains kuala selangor.." jawab saya, pendek.
pastu dia tanya lagi kenal tak entah sape2 entah. rupanya dia silap sekolah. dia ingat saya semashur-ian. KUALA ok, bukan HULU selangor.
"ouh, kiranya sama dengan s******* s***** la eh?" tanya H lagi, kali ni dengan gelak 'nakal'.
"haah. junior tuh." jawab saya, sinis. ceh. budak tu jugak yang kau nak kaitkan. buat malu betul :p
"pergh.. sama skolah dengan *****.. hehe" ujar H dengan kawan sebelah dia. alamak, tau lah budak tu 'femes', dan saya pulak 'tak menyerlah lansung', rilek sudah.
lepas tu bas tu ada berhenti di perhentian Lanchang [mak saya gelak dengar nama tempat nih]. mak saudara saya yang berada di Hosp. Kubang Kerian pun ada call saya. saya pun berbalas mesej dengan beberapa orang sahabat, kira waktu yang berlalu dalam bas tak terasa sangat. sambil lagu dan nasyids dalam playlist setia menemani. habis berapa round lagu Nur Kasih by Inteam saya mainkan. hehe.
lepas sahaja plaza tol Bentong, hati saya berdebar. faham-faham je lah situasi 'jalan' kat situ macam mana. itu antara sebab saya dan keluarga takut nak naik bas ke pantai timur sebenarnya. nampak signboard MRSM Bentong, saya lega. malah happy jugak. sebab....
"alah.. bukan jauh sangat. 240 km je. 2 jam je kan?" :)
nampak je UIA sebelah kiri [nampak KAED dan CAC], tiba-tiba ibu call.
"Akak nak turun kat mana?" antara soalan ibu. soalan feveret untuk orang yang balik KL :p
"turun pekeliling kot. nanti akak naik tren sampai Ampang.." ibu akhirnya berpuas hati, bila saya akhirnya memberikan jawapan yang TERANG. hehe.
"akak kat mana tu?"tanya ibu lagi.
"kat tol Gombak.."jawab saya, ada excitement kat hujung suara.
"takpe2.. nanti akak turun kat Pekeliling.." ceh, saya memotong.
bas melusuri lebuhraya Duke. tiba-tiba berhenti di tepi jalan. dan H serta kawannya, beserta beberapa orang lagi penumpang turun dari isi bas.
lega.
ok, akhirnya sampai di stesen pekeliling. baru saya tahu, tempat ini namanya Pekeliling. sebab saya jarang lalu ke arah sini, kecuali ke Hospital Tawakal. turun je dari bas, saya terus ke stesen tren.
Titiwangsa. ni first time jugak naik dari stesen ni. sebelum ni tak pernah jalan pun kat sini. hehe.
macam traveller pun ada. cuma takde bag pack je.
dari Titiwangsa, ke Ampang yang merupakan stesen terakhir, ada 16 stesen! pergh. saya call ibu, untuk mengconfirmkan serta assured her yang saya dah naik tren. biasalah, anak perempuan :)
selepas setengah jam. saya sampai. 20 minit selepas tu, ibu pun tiba dan mengambil saya, bersama 2 org adik terchenta menaiki MyVi putih kesayangan saya :)
rindu kat MyVi putih nih. :')
begitulah perjalanan pulang saya. adventurous ke? tak sangatlah. tapi jangan cepat panik. itu je.
moral of the day..
1)check platform betul2. jangan main terjah bas je.
2)don't talk to strangers. itu pesan Farihin [sahabat] sebelum balik. tapi H bukan stranger. saya kenal dia. nampaknya bukan strangers je, 'orang yang tak perlu' pun tak payah skali.
3)sentiasa update dengan family, esp parents.
4)tawakal.
hehe. next time nak naik Sani or Bulan Restu pulak.
esok umur tambah jadi 21 tahun :(
'ala kulli hal, happy holiday. dan selamat menyambut tahun baru. selamat bermuhasabah ^^
1 comment:
hehe. seronok baca entry anis. Sebenarnya rindu sangat kat anis. Alhamdulillah, Allah lindungi anis sepanjang pejalanan. Moga nanti, anis dah boleh balik sendiri, dah tak risau2.
Post a Comment