Thursday, December 2, 2010

6 hari

bismillahirrahmanirrahim..


Daripada 5 bulan lebih, sejak saya buat countdown ticker kat blog ni, sekarang rupanya dah tinggal 6 hari. Pantas sungguh masa berlalu.

Time waits for no man.

Dan seperti kebiasaannya, 6 hari itu akan berlalu dengan AMAT pantas. Lepas tu, dalam waktu yang suntuk ni, semua agenda akan 'disumbat' menjadikannya hari-hari yang sibuk belaka. Semuanya seperti terkejar-kejar. Pada waktu inilah, iman dan kesabaran yang berkait rapat akan diuji...

Hadoi.

minggu-minggu terakhir inilah, sangat mencabar bagi saya. Sesuatu yang tak pernah berlaku, setakat umur 20 tahun, berlaku pada minggu ini.

saya dibayar CASH. seolah-olah mengajar saya erti untuk hidup. memandangkan umur pun nak masuk 21 tahun :

1st thing. Jangan tinggal handphone merata-rata tempat, especially ketika keluar dari rumah. Tolonglah, saya dah kena sekali, dan tak terfikir untuk kena lagi sekali. Yang ni memang kelemahan saya juga, suka tinggalkan handphone dalam bilik [ketika kat hostel]. Pernah sekali kena sindir,"Lain kali handphone tu campak dalam longkang.." oleh kawan. Pergh, sounds harsh, tapi itu memang kenyataan. Saya tak terasa pun. Heh, thanks friend :)

2ndly, sila pastikan kunci rumah/bilik bersama anda ketika keluar dari rumah. Walhal ahli keluarga/roommates dah memang sedia nak bawakkan untuk anda. Kalau dilihat pengajaran ni, semuanya berkaitan independent. Bukan tak independent, tapi malas. Boleh? Tak senonoh wahai Anis, sila matang.

3rdly, jangan SEKALI-KALI tinggalkan purse dalam kereta, apatah lagi dalam kereta ayah anda yang sememangnya akan keluar bekerja setiap pagi dan kadang-kadang balik malam : Disebabkan dokumen penting dalam purse, tergendala semua urusan untuk satu hari ini. Terima kasih Allah, saya mendapat hikmah yang banyak hari ni :)

sekarang masih menggaru-garu kepala melihat checklist barang. Baju semua dah ok, tinggal barangan utk compartment je. Ouh ye, jangan dilupakan, segala mak ayah dokumen untuk PTPTN.

salam. :)

3 comments:

Amal said...

serius tak sabar doh.
insyaAllah nis, jumpa di sana
:')

nay. said...

klu dpt M8 jgn lupe bgtau!bilik ats aku tu ade kosong.hehe..selamat jalan!

A.N said...

amal : wOahh... drpd 5 bulan, kepada 4 hari!! insyaAllah.. nampaknye aku yg menunggu ko kat gate nih.. dgn baju batik :D

tikah : ak tgk geng ak byk kat m8 nih.. insyaAllah weh, ak jerit nama hang dari atas.. :D tp kalo dpt talhah cane? :p

p/s : 'selamat jalan' ko tu mcm menghalau je nampak gayenye :p :p

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...