Sunday, December 5, 2010

5 disember. 3 hari. dan orang kahwin ^^

bismillahirrahmanirrahim ^^


3 hari :)

alamak. mesti ada yang fed-up tgk saya menghitung hari bagai. nak ke Kuantan je pun :p

first and foremost, saya nak ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang wish Good Luck and everything! apatah lagi yang sanggup jumpa, walaupun sekejap. ada yang siap datang rumah bagai. Oh, korang memang sweet! ^^ Allah yubarik fikum. Semoga Allah permudahkan urusan korang semua. :)

Yup, saya akan balik rumah lagi kot. [insyaAllah wa biiznillah]

saya teringin nak berkongsi perihal majlis yang saya hadiri hari ini. of course bukan majlis farewell saya [duhh] tapi walimah ursy [mcm ayat2 cinta pulak] kat negeri Hang Jebat, Melaka.

sepanjang menghadiri majlis kat sekitar KL ni, selalunya di buat di dewan2, tak kisahlah dewan orang ramai ke ape, asalkan dewan. Alasan, "kalau buat kat rumah, nanti bersepah..". Erm, boleh diterima. Sebab KL ni tanah mahal, so kalau beli rumah, compound mesti sikit je. Tak macam compound kat rumah2 di sekitar Felda, yang mana, sangatlah lapang, boleh buat padang bola untuk satu set keluarga :)

tetapi kalau di luar KL, memang jaranglah nak menghadiri majlis kat dewan. mungkin cukup memadai sekadar di rumah. bukan di dewan atau di rumah yang menjadi masalah, tetapi preparation.

mungkin dah menjadi trend org Melayu, kalau buat walimah, mesti nak ada live band. saya rasa masyarakat kita dah makin peka dengan kehendak agama, jadi trend ni perlu dikikis, sedikit demi sedikit untuk 'kesejahteraan' kita bersama. malah, ada negeri yang masih mengamalkan 'Joget Lambak' untuk majlis perkahwinan mereka. belum campur yang nak buat ala2 Barat lagi. hurm..

saya tak fikir untuk diri saya sorang, saya rasa semua tetamu pun 'bingit' bila dengar live band kat bawah khemah tu. hal ini juga bukanlah ingin menutup 'periuk nasi' live band, tetapi kalau boleh, sape2 nak buat live band, biarlah 'strategik' sikit. janganlah di bawah khemah yang hampir2 nak melayang dek angin, beserta cuaca yang panas terik, di tambah dengan keriuhan tetamu yang hadir, anak-anak kecil yang berlari sana sini. pergh. live band pula kalau boleh sebelah meja tetamu. kalau buat di dewan, masih dianggap praktikal kot. hmm..

2ndly, kompang. Pasukan kompang ni berbeza2 ikut negeri. Ada negeri yang pakai kompang kecil je. Ada yang siap gong bagai, macam negeri Melaka dan Johor. Dan of course, saya suka 'rentak' atau 'lagu' yang ada gong. Barulah berdebar sikit :)


3rdly, direction ke rumah pengantin.

hadoii~ mood saya hampir 'hilang' apabila perjalanan dari KL ke Melaka yang hanya mengambil masa tak sampai 2 jam, menjadi hampir 3 jam dek kerana mencari rumah si pengantin. Betul, saya dah ikut betul map yang di beri [ok, saya takde GPS. so blame it on me], tetapi makin susah. Dan kepada sesiapa yang BAKAL menghadiri sebarang majlis di Melaka, dan spesies saya [yang kurang 'tahu' arah2 jalan di Melaka] sila lah BERSABAR dan BERHATI-HATI sebab jalan kat Melaka ni banyak traffic lights. Memang menguji kesabaran.

Saya fikir, directions [mind the alphabet 's'] ke rumah mempelai TERSANGATLAH penting, walaupun rumah anda hanya sejengkal dengan highway PLUS. Bermula daripada exit dari highway, sehinggalah ke rumah anda. Tak pun kalau rajin, type je berapa latitude dan longitude via Google Earth. Hal ini sesuai kalau kereta tetamu tak dilengkapi GPS, ye lah, tak semua guna GPS kan? Jangan baru nak tiba kat lorong rumah anda, baru nampak banner besar yang ditempah khas, kononnya. Time tu mood pun dah takde.

saya tak kisah kalau dalam bab-bab nak bertanya orang kat tepi jalan, tetapi makin parah kalau orang yg ditanya tu tak tahu pun di mana rumah anda. dang~

4th, warna tema. atau theme.

yang ni serius tak kisah. saya kadang-kadang tak amik port pun mengenai warna tema apa dan apa. yang penting saya punya nanti :D kadang-kadang kalau lawa, saya akan suggest kat mak saya, and biarkan dia berkata,"Aah ek.." then saya senyum, sampai situ je la. Semua warna lawa, sekian.

5th, makanan. craving.

yang ni pun, kadang-kadang lain negeri, lain cara. ada negeri hidang nasi briyani gam bagai, nasi bukhara la, masing-masing. takkan saya nak expect makan nasi briyani gam kat Kelantan kan? ouh, tak tahulah.

tadi, makanan sangat simple. saya tak nampak motif banquet stretch diletakkan sebelah live band. pening kot amik makanan sambil dengar lagu Ayam Den Lapeh dengan Kuda Hitam. alamak. mood mati. @_@

makanan tadi best, ringan je iaitu nasi minyak letak jagung sikit-sikit, ayam masak merah [hopeless] dan briyani daging. ringan je sebab bukan nasi briyani seperti tipikal Johor dan Melaka kebiasaannya. air asam boi berais [1st time minum kat majlis kawen, dah 20 thn] dan bubur cha-cha berjagung [sedap]. so makan light2 je kot, tak payah berat2 sangat, nanti 'sebu' perut. [cuma takde sayur. hmm]

6th, khemah ikut jantina?

saya puji Kelantan [tanda seru] untuk bab ni ^__^ sebab setakat ni, majlis kat negeri tu je yang MEMENTINGKAN hal ni. bukan saya nak salahkan negeri lain, tapi masih tak terlambat untuk dipraktikkan. tak salah kan?

7th, goodies untuk tetamu~?

selalunya, kalau kat negeri saya, memang bagi telur pindang. telur yang direbus bersama-sama beberapa herba dan daun-daun yang saya pun tak tahu ape :D

kalau kat KL ni, ada yang bagi gula-gula, coklat :), tak lupa surah Yassin [T_T terharu].

tadi dapat kuih bahulu yang gigantic [hehe suke], hankie, dan telur rebus. tipikal la kan? alhamdulillah.

kalau kat negeri saya pun, masih ada yang memberi 'berkat' ataupun nasi pengantin yang dibungkus bersama lauk. ni kalau kes-kes nasi dan lauk masih berlebihan. tapi kadang2 ada tempat yang saja masak lebih, supaya boleh bagi 'berkat' instead of goodie bags.


yang lain-lain, semua ok kot. insyaAllah, yang penting meriah dan diberkati Allah. Barakallahu lakuma :)

p/s: pesanan untuk diri sendiri. kalau sape2 yang terfikir, pastu nak upgrade dari ok ke lebih baik lepas ni, alhamdulillah ^^



No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...