Wednesday, December 1, 2010

nota untuk diari..

bismillahirrahmanirrahim..





Masa kian suntuk. Aku akan berlepas ke London pada hari Selasa ini.



Dalam masa yang kian suntuk, aku sedang mempersiap segala keperluan dan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak JPA hari Isnin ini.



Dan kerana masa yang suntuk inilah, aku tidak punya 'kemahuan' untuk ke mana-mana lagi. Aku lebih selesa berada di rumah, menghabiskan sisa-sisa waktu yang berbaki, sebelum aku fly-off ke London. Maafkan aku sahabat, aku terlalu malas untuk keluar. Sekiranya kau lapang, datanglah ke rumah aku, dan berjumpa dengan aku dan keluargaku sekali. Pakej :)



Aku juga semakin malas untuk keluar, kerana adikku sendiri sedang bertarung dengan peperiksaan SPM nya. Aku perlu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya. Apa yang akan terjadi sekiranya aku kerap keluar?



Di suatu malam, sedang aku membaca buku 'The Secret' by Rhonda Byrne, handphone ku berbunyi. Satu mesej masuk ke Inbox.



Seseorang yang aku hormati telah mengajak aku keluar, pada hari Jumaat ini.



Tiada yang lebih dalam perasaan aku ini selain mengeluh. Aku tidak begitu 'teruja' seperti kebiasaannya. Dia tidak mengajak ku keseorangan, tapi menyuruh ku mengajak lagi seorang sahabat ku, beserta 'seseorang'.



Melihatkan nama 'seseorang' itu, aku fikir itu peluang. Bukan peluang apa, aku 'gusar' sekiranya aku tidak dapat berjumpa dengan seseorang ini tadi, pada masa hadapan. Ternyata, tempat pengajian yang berlainan dan jauh, menyebabkan aku ingin bertemu dengan 'seseorang' itu buat kali terakhirnya.



Tanpa berfikir panjang, aku segera memberi sms kepada 2 orang sahabat ku tadi. Aku tidak berterus terang dalam mesej itu, tapi aku selitkan dengan humor dan pujian. Agar kembang sikit pembaca mesej itu :)



"Salam. Hai awak yang cantik/kacak. ********** ajak kita keluar Jumaat ini. Awak free x?"



Seperti yang dijangka, 'seseorang' itu telah membalasnya terlebih dahulu.



Dia mahu mengikuti, dan memintaku plan yang sebaiknya untuk temujanji Jumaat ini.



hurm..



**



Sebenarnya, aku sendiri tak berapa nak pasti tentang outing aku pada Jumaat ni. Aku berasa tak sedap hati. Apakah yang akan berlaku sebenarnya?



Keputusan yang hanya memerlukan Ya/Tidak memberi seribu satu persoalan. Itulah hakikat seorang perempuan, suka berfikiran jauh, terlalu jauh. Padahal aku hanya perlu mengatakan Ya sekiranya aku bersetuju, dan Tidak sekiranya aku tak mahu mengikuti.



Itulah yang sering ditegur oleh sahabat-sahabat sekelilingku. Mereka menganggap aku seorang yang rumit tentang benda-benda yang remeh.



Aku tidak pasti akan jawapanku kerana, pada hari Jumaat itu, rakan baikku, Farah, telah mengajak aku untuk berjumpa, sebelum aku terbang ke London. Dan pada masa yang sama, adikku, Misya yang sedang menghadapi SPM, turut mengajak aku keluar, sebagai tanda farewell kerana kebetulan dia turut serta dalam rombongan ekspidisi menghantar ku ke KLIA pada Selasa ini. Ibuku tidak kisah, dan menyuruhku menemani Misya beserta adik beradikku yang lain keluar. Mungkin bermain bowling atau menonton Harry Potter 7.



Itu lah kemusykilan ku sebenarnya. Jumaat itu hanya tinggal satu untukku di bumi Malaysia ini. Tetapi agendanya terlalu banyak untuk aku penuhi.



Pagi tadi, semasa sedang bersarapan, ibuku telah menyatakan pendapatnya, yang aku rasakan sebagai yang terbaik kerana dia ibuku.



"Kakak tak payah keluar la dengan ******** Jumaat ni.."



Aku terkejut. Ibu seolah-olah sedang 'scan' hati ku. Aku berasa relieved pada masa yang sama.



"Kenapa bu?" bukan niat ku untuk mempersoalkan, tapi aku mahu ibu memberi hujah yang nyata tentang pendapat nya itu. Buah fikiran seorang ibu.



Ibu mula mengulas dengan panjang lebar. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan semua hujahnya. Aku berasa lega. Ibu tahu kenapa aku begitu scrutinized tentang outing pada Jumaat ini. Mungkin raut wajahku menceritakan ketidakenakkan hatiku.



"Ibu pun ada anak perempuan juga. Ibu tahu apa yang dia nak. Ibu tak nak akak 'digunakan'. Dia ajak akak sebab dia nak 'seseorang' tu join jugak. Kalau akak takde, masakan dia nak turut serta.." ujar ibu panjang lebar.



Aku mengangguk lagi. Lalu aku menyatakan kebimbangan ku. Aku sebenarnya 'tak berapa' dengan dia yang aku hormati tadi.



Aku memang tak nak digunakan lagi. Aku BERHAK untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku suka, dan dia tidak perlu mengarah-arahkan aku untuk menghalang aku berkawan dengan si fulan si fulan. Itu prinsip aku.



Aku lagi bertambah pening memikirkan apa yang akan terjadi kalau 'seseorang' itu tahu yang aku membatalkan janji temu pada hari Jumaat ini.



Tetapi aku sebagai anak, aku menghargai sepenuhnya pendapat ibu ku. Dan adikku, yang juga tidak berapa setuju sekiranya aku ingin keluar dengan 3 orang lagi pada hari Jumaat ini. Aku menghargai mereka, hanya mereka lah harta ku di dunia ini. Mereka paling rapat dengan ku. Itulah ibu dan adikku, Misya.



Dalam pada menyatakan kebimbangan kepada ibuku, aku lega. Akhirnya aku tahu apa yang terbaik untukku. Aku tak mahu turut serta dalam pertemuan Jumaat ini. Sesudah meluahkan kelegaan itu kepada ibuku, aku turut menyatakan hasrat di hati 'kecil' ini, sesuatu yang aku jangka hanya akan aku luahkan, mungkin 3 atau 4 tahun lagi. Aku tak berasa malu lansung. Bagiku, aku perlu confirmkan hal ini dengan ibu. Supaya redha Allah mudah sampai kepadaku :)



"Boleh.. ibu tak kisah.. menantu idaman kot.." kata ibu dengan girangnya :D



"Ibu tak kisah. Asalkan dia seorang yang bertaqwa, beriman, ibu tak kisah.." ulas ibu lagi. Aku bertanyakan tentang sesuatu yang aku 'tak pasti', iaitu tentang perbezaan umur kami.



"Takpelah.. orang beriman ni selalunya dia tahu tanggungjawab, hala tuju hidup. Bukan nak bersuka ria je...".



Aku tenang dengan jawapan ibu. Aku tahu ibu mengetahui isi hatiku. Dan buat pertama kali dalam hidupku, aku bertanyakan tentang itu. Aku semakin thabit :)



Kerana jawapan ibu begitu, beserta hujah ibu yang kuat untuk menyatakan 'Tidak' pada hari Jumaat ini, aku semakin thabit. Mungkin juga kerana tekadku untuk LEBIH menjaga syariat, Allah menurunkan hidayah buatku. Allah mempermudah jalanku. Mungkin ini yang terbaik untukku.



Aku gembira kerana dapat berkongsi sesuatu yang susah untuk para anak gadis kongsikan dengan ibu mereka. Aku gembira kerana ibu mengetahui isi hatiku. Dan kerana kegembiraan itu, aku terus memberi mesej kepada seseorang yang aku hormati untuk membatalkan kehadiranku pada hari Jumaat ini. Aku nyatakan padanya sekiranya umur kami panjang, kita akan berjumpa lagi pada masa hadapan. [Padahal kalau boleh aku tak mahu]



Ibu juga menyuruh ku mengajak kawan baikku Farah, datang ke rumah. Dan ibu juga menyuruh ku membawa adik-adikku keluar untuk kali terakhir sebelum aku fly. Aku hanya bersetuju.



Sabtu ini juga aku dan keluargaku akan ke Melaka bagi menghadiri walimah di sana. Walimah saudaraku. Pada hari Ahadnya pula, saudara ku dari Johor akan datang ke rumah ku untuk menghantar ku ke airport. Nampaknya jadual ku begitu padat pada hujung minggu ini. Tidak boleh tidak untuk berjumpa rakan2 ku yang lain. Tetapi nampak gayanya, aku perlu berjumpa dengan Farah, memandangkan dia tidak dapat datang ke rumah ku.

Aku pelik kini. Sekalipun aku telah berjaya thabit untuk tidak turut serta dalam outing Jumaat ini, aku masih tidak senang hati. Aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan hati ku resah. Aku sedang berbaring, lalu aku duduk. Resah masih tak hilang. Aku mengambil wuduk, solat sunat 2 rakaat, baca al-Quran. Semakin surut, tetapi tidak reda.

Baru kini, handphone ku berbunyi, tanda mesej baru masuk.

"Salam. Tak dapat pergi ke Jumaat ini?"

Aku semakin resah. Penghantar mesej tersebut sedia maklum tentang ketidakhadiranku. Pantas sungguh informasi bertalu.

Aku berbalas dengannya. Walaupun dalam hatiku, kesedihan Tuhan sahaja yang Tahu.

Aku perlu tekad, aku buat segalanya atas pesanan adik dan ibuku. Tunjangnya hanya satu, kerana ALLAH.

Aku telah memilih jalan ini, aku mahu syariat ku lebih terjaga. Aku tak mahu dipergunakan lagi. Aku tak mahu dihalang kerana persahabatan ku dengannya. Aku tak mahu orang ketiga. Selain ahli keluarga ku, tiada siapa dapat menghalangku dengan siapa aku berkawan.

Setelah berbalas, ada nada 'kecewa' di sebelah sana. Aku tahu dia fed-up denganku. Banyak kali sudah berjanji, tapi tidak pernah yang jadi. Ini semua gara-gara orang ketiga. Orang yang sememangnya mahu menghalangku berkawan dengannya.

Sedih. Tapi aku tak mahu menangis. Aku sudah pilih jalan ini. Aku akan berjauhan. Aku sandarkan semuanya kepada Allah. Sekiranya jodohku dengannya, tiada apa yang perlu aku takutkan. Allah lagi Maha Mengetahui. Sekalipun orang lain cuba mengkenen-kenenkan dengan sesiapa pun, kalau tidak berjodoh dengan redha Allah, tiada juga.

Tetapi sekiranya dia bukan untukku, aku redha. Ada yang lebih baik di sana.

Aku tak mahu menangis. Walaupun aku tak dapat berjumpa buat kali terakhirnya. Aku redha.

O Allah, please eases my way.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...