Monday, August 23, 2010

tabiat..


bismillahirrahmanirrahim..

saya berada dalam 2 minggu terakhir di CFS, dan juga bakal menyusul, 2 minggu terakhir bulan Ramadhan. Cepat sungguhlah masa berlalu. :)

latest news, Hilal Asyraf nak mai cfs pj, 26 Ogos ni. wah. adakah peluang utk saya berbuka dengan beliau? :D
[tak2. tak sempat.]

cakap pasal berbuka ni, sampai ke hari ni, baru sekali saya berbuka di luar. Itupun dengan family [tak pernah buka luar dengan orang lain]. Selalunya, adalah dalam 4,5 kali juga. Tapi tahun ni mungkin disebabkan semester terakhir saya, plus baru berpindah rumah menyebabkan masa senggang itu walah. :|
tapi, makin dah 'berumur' ni makin sedar, tak best pun sebenarnya berbuka kat luar.

kat Malaysia ni, dah menjadi 'budaya' yang bakal berakar umbi, untuk setiap hotel menawarkan makanan2 yang 'menarik' dan melampau banyaknya ketika bulan Ramadhan. Antara perkara 'penting' yang dijaja dan dipromote dalam banner dan buntings adalah "Kami menawarkan 99 jenis makanan".

99 jenis makanan??? padahal kalau hari-hari biasa, berapa lah sangat. Kat rumah, maksimum kalau nak penuh satu meja pun dalam 4,5 lauk. Itupun jarang yang amat, kalau kat rumah saya. Kalau 99? sempat ke nak habiskan sume?

soalan penting, CUKUP ke ruang dalam PERUT nak mengisi semua makanan tuh, dalam masa 4 jam [730-1130 p.m]?

dan, dah menjadi satu kebiasaan orang 'Melayu', untuk mengambil kalau boleh semua jenis makanan [nak dijadikan sampel kat meja mungkin] yang dihidangkan kat buffet stretch, atleast setengah jam before berbuka. Lepas tuh, tak habis. Itu memang pemandangan biasa, tak perlu hairan sangat kalau kat hotel. Time amik, bagai nak rak. Selfish betul, nafsu punya pasal. Muka dahlah bengis. Puasa lah katakan.

pembaziran dalam bulan Ramadhan seperti tak di endahkan.

"Takpelah.. setahun sekali.."

bagusla.

itu baru 'bukak cerita' pasal hidangan lauk dan makanan. Pembaziran di meja makan. Belum cerita pasal HARGA lagi.

saya baca kolum Pak Nil at Metro Ahad edisi bila ntah. Rupa-rupanya ada sebuah hotel caj RM400+ utk seorang, hanya utk berbuka???

Sanggup ke nak bayar mahal-mahal camtu, hanya utk makan?
Untuk makan, dan tak semua makanan kita dpt rasa pun?
Lepas tu, belum tambah duit minyak nak pergi hotel yang jauh tengah bandar, ditambah dengan traffic jam yang menggila setiap hari?
Dan itu baru caj utk sorang, takkanlah kita nak berbuka sorang2, atleast mesti kene bawak sorang lagi teman.
gedebak gedebuk RM1000+ jadinya. Berbuka sahaja. Untuk satu hari. Di hotel.

Belum campur tolak maklumat hanya 50+buah hotel je yang mempunyai sijil HALAL kat Malaysia ni, out of 2000+ hotels!

Hebat kan orang Malaysia. Ya, Malaysia boleh!

bila dah berbuka kat luar ni, especially kalau kat warung2 atau restoran2 yang kita pun cam desperate sebab nak berbuka sahaja, memanglah tidak menyediakan kemudahan musolla. Maka, susahlah nak menunaikan solat Maghrib then. Kalau kat hotel pulak, mau kene beratur panjang. Kalau nak lengang, berbuka sedikit dulu, then terus solat. Kalau pukul 755 baru nak bangun dari kerusi, dengan perut yang penuh nak solat pulak, tengok2 musolla penuh, memang tunggu Isyak sekali la nampaknya!

Terawikh berjemaah kat masjid memang tidaklah. Tapi boleh consider sebab dlm kategori solat sunat. Hmm.

tapi, apa yang best, sebab jalan memang lengang dari pukul 730-900.. memang kalau nak berdiri tengah jalan pun boleh. Sebab sume tgh berbuka kat meja makan.

Itulah coretan saya utk Ramadhan.Diharap dapat mengetuk minda sedikit supaya menjadikan Ramadhan kita tidak terlalu tipikal macam Ramadhan2 sebelum ni. :)

Belum cerita bab Syawal.

Lagu raya pun tak dimainkan lagi, kalau kat Singapore, dah siap iklan raya dah.

Sekarang tengah plan nak buat kuih apa utk Syawal nanti, memandangkan jumlah kali ni macam 'ramai' je.

Selamat beramal. :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...