Tuesday, August 3, 2010

buat sang 'bakal' pengantin :)

bismillah..


Tahun ni, utk lebih spesifik, dah nak akhir tahun ni, saya banyak 'sangat' dapat jemputan walimah. Tak lupa juga, pertunangan bagai. Yang paling bermakna, my closest cousin tunang last month. Cousin yang membesar dan berkongsi segala-gala :D

lepas tuh, ada juga senior2 yang bakal berkahwin. Ada yang dah kahwin. DAN, oh terlupa! Klasmet saya mengandung! alhamdulillah. rezeki masing2..
[waktu nih, terfikir.. kawan aku mengandung ok.. aku?]
[that couple was married last year]

Bulan September ni je, ada DUA [2] walimah bakal dihadiri. Kakak sulung kepada bestfriend saya, Nabilah atau Bell kat Kulim, KEDAH DARUL AMAN. Dan satu lagi, abang kepada roommate saya, juga di KEDAH DARUL AMAN. Tapi, mungkin akan menghadiri sebelah lelaki di Rawang kot. Kebetulan kedua2 walimah jatuh pada hari yang sama di Kedah. Takkan nak kerat dua pulak kan. :D
[ouh, tak sabar nak p Kedah *winks*]

Di sini, nak coretkan beberapa pesanan Umamah al-Harits kepada anak perempuannya sebelum berkahwin. Untuk bakal pengantin perempuan. Bakal.. Akan.. dan untuk diri sendiri..
[semoga bermanfaat]


10 pesanan Umamah al-Harits

Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,
tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu
dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,
menuju ke tempat yang belum engkau kenali
dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu
dan orang yang menguasaimu.

Maka jadilah diri sebagai abdinya
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :


Pertama dan kedua ~

Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.


Ketiga dan keempat~

Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.


Kelima dan keenam ~

Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.


Ketujuh dan kelapan ~

Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.


Kesembilan dan kesepuluh ~

Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



semoga kita tergolong dalam kalangan muslimah dan isteri solehah. :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...