
bismillahirrahmanirrahim..
~salam Ramadhan semua~
tak tahulah kenapa dua tiga menjak ni makin terpikat melihat 'keayuan', kesantunan pakaian itu. :)
Bukan tak mahu pakai, rasanya dah mendapat 'seruan' sikit2, menuju ke arah pakaian itu. Tapi masih ada rasa ragu-ragu tentang keadaan diri, menyebabkan rasa nak memulakan tu, 'tak cukup kuat' lagi.
Indahnya syariat Islam kan. Diberinya kepada kita, kaum Hawa garis panduan berpakaian, sejajar dengan keperluan serta 'keindahan' makhluk yang bernama Hawa itu sendiri..
Saya akui, dari segi pemakaian saya, tidaklah perfect mana pun. Masih dalam waktu memperbaik diri. Alhamdulillah masih bertudung.
Dan bukan niat saya nak mempersoal keadaan hiasan yang bernama tudung ini. Especially yang tidak memakai anak tudung. Atau selendang tipis lagi nipis, hampir2 nak transparent [- - "]
Sebab not much impressions can be described from how the way you dress yourself. Orang selalu cakap. Yang penting hati.
Saya tak berada di mana2 pihak untuk statement di atas. Bagi saya, cukuplah kalau kenal dulu peribadi seseorang, tak kiralah tudung nipis ke, tudung bawal ke, tudung labuh ke, atau tudung bulat sekalipun. Mungkin, pengalaman yang sikit, banyak mengajar saya supaya tidak terlalu judgemental terhadap pakaian seseorang, terhadap attitude mereka.
Tiba-tiba soalan muncul, kalau macam tu, kenapa Islam menggalakkan hubungan yang baik2, hati yang baik, semuanya baik-baik, seiring dengan langkah2 serta garis panduan menutup aurat "tertentu"?
Special kot perempuan. Semuanya wajib ditutup, kecuali muka dan tapak tangan. SEMUANYA ditutup!
Kalau betul lah sentimen, "Apa lah yang ada pada pakaian kita, yang penting hati..", tak payahlah Islam susah2 nak gariskan panduan pemakaian tu. Bukan tu sahaja, belum masuk bab perfume, hiasan dalam kain [loceng kaki etc] dan lain2. Susah sgt agaknye ye?
Makin terang pernyataan di sini, maksudnya Islam menjaga kaum perempuan ni, kerana semua yang berkaitan perempuan itu 'indah'.. sudahlah indah, bakal menghampiri fitnah yang melata pulak tuh..
Dan, dah menjadi KEWAJIPAN kita utk menjaga diri, bukan sekadar menjaga dari aspek jenayah luar je [e.g rogol, ragut etc] tapi juga dari jenayah 'spiritual' [e.g nafsu, syahwat, fitnah etc]. Maka, tak semua jinayat boleh ditepis melalui Martial Arts yang di pelajari, tapi boleh juga di tepis dengan menjaga segala basic sebasic2nye pada diri kita, iaitu pakaian. :)
bila hati berkata-kata...
Semalam, hati saya digugah lagi. Kali ni makin terasa 'getarnya'. Ini semua akibat dua orang sisters yang solat terawikh di saf hadapan saya, betul2 hadapan.
"sweetnye..."
Roommate kat sebelah dah bersuara. Dia memang suka puji2 orang cun nih. Saya pun mengalihkan pandangan ke hadapan. Ya Allah, memang sweet!
Saya yang perempuan pun cakap sweet, apatah lagi kaum brothers ek?
Subhanallah. Memang lawa. Saya lebih tertarik dekat sister yang berjubah biru muda [saya suka warna ni, utk jubah dan baju raihan :D] of course. Dengan dilitupi tudung labuh berwarna putih. Muka pulak cerah. Susuk yang mewangi, cam seindah perhiasan. Isy, memang lawa lah. Saya pula sedia maklum mengenai beliau. Beliau merupakan seorang hafizah..
Waktu tu, ada sesuatu meniup semangat dalam hati.....~

sejuknya hati kan :)

insyaAllah...
semoga Allah permudahkan urusanku. Kami.
3 comments:
kebetulan jugak.cek pon terpikir pasal pemakaian.teringin nak pakai tudung labuh semula mcm waktu sekolah dulu. rindu sangat. i like this post btw.=)
baguihla.. :)
dlu kan, cam cmburu tgk org yg up to date dgn fashion thingy nih. ala yuna lah, etc. tapi skang, senang betul 'cemburu' dgn org yg bertudung labuh. kira cek ni stabil lagi la kan, sbb cemburu yg baik2. betuila. mereka sgt sweet :)
Post a Comment