rasa macam dah lama sangat tak tekan tekan keyboard laptop nih. Memang betul, urusan berpindah rumah yang tak selesai sepenuhnya, menyebabkan wi-fi takdak , ditambah pula dengan hari hari yang makin sibuk bilamana semester di CFS ni makin menampakkan pengakhiran akhir2 nih .
Menjenguk page sahabat baik, menulis entri tentang kematian, menginsafkan diri ini dalam bulan yang mulia nih. Sejujurnya, saya buka link kawan kepada Allahyarham Zulkhairi, student asasi UM yang terjatuh hari tuh. Kawan arwah itu memang cekal. Kalau saya lah yang berada di tempat beliau, memang jatuh terjelepuk kat situ juga. Serius, tak tabah. :(
teringat status Ust Hasrizal di Facebook , ketika awal Ramadhan hari tu . .
klik sini utk blog sahabat rapat itu..
Alhamdulillah . Masih dikurniakan nafas utk menikmati Ramadhan kali ini , walaupun saya tak tahu sampai hari ke berapa, minit keberapa sekalipun, tetap juga alhamdulillah atas nikmat2 ini.
Khabar angin..
Anda tahu apa itu khabar angin ? Ofkos bukan khabar yang diberikan via angin atau ada berkaitan dengan airbender tu .
Saya akui, semenjak dua menjak ni, saya sering di'momok'kan dengan cheritera2 yang kurang menarik mengenai seseorang.
saya pun, sangat tak pasti mengapa SAYA orang yang perlu mendengar semua cerita2 ini.. Dan saya lagi pelik kenapa cerita2 itu sangat bertentangan dengan apa yang saya kenal mengenai beliau. Dan lagi tambah memusykilkan is, siapa saya pada orang tersebut? Perlu ke cerita kat saya? ok fine, we WERE teammate, tapi sekarang bukan lagi, and he's busy mending his time with his new life.
Isy, sedih pulak :'(
Kalau betul lah semua cerita yang di ceritakan kepada saya tuh, memang rasa tertipu yang amat sangat..
Saya kenal beliau, sudah lama. Supposedly kami rakan sekerja ketika berpersatuan dalam Student Council dulu, malah saya kenal beliau, sebelum itu lagi. Sebelum sebelum itu lagi. Sebagai orang lain. Boleh jadi saya tahu kekurangan beliau di mana, dan bagaimana cara dan tindak tanduk beliau sepanjang satu sesi kami bersama, tetapi tak pernah ter-reveal pulak segala cacat cela beliau.
Tetapi, anda. Ye, ANDA, mahu mengatakan sesuatu yang kurang 'enak', walaupun belum satu SEMESTER bekerja dengan beliau, itupun indirectly, sangat KESILAPAN BESAR di situ.
Dan, ANDA juga, yang hanya kenal menerusi seorang adik beradik anda, mahu bercakap yang bukan2 mengenai beliau, tanpa mengenali dan entah entah beliau yang ANDA perkatakan tu pun tak tahu relationship anda dengan adik beradik anda itu, lagi satu kesalahan di situ.
Anda juga, yang sesedap rasa nak jadikan DIA adik beradik dalam list siblings kat Facebook, walaupun terang lagi nyata kamu sama umur dan berlainan jantina, dan juga belum satu SEMESTER bepersatuan dengan DIA, haih..
maaflah kata2 ini bakal mengguris hati sesiapa, tetapi telinga dan hati ini tak mampu dah nak dengar cerita2 kurang baik mengenai beliau.
Bukan niat saya nak menafikan kata2 anda semua, terima kasih sebab begitu beriya mengupdate kat saya, tapi saya cuba menepis kata2 itu sebaik mungkin. Dan saya tidak berada di mana2 pihak pun sebab bukan masalah saya di situ ^_^
Apa yang saya boleh back-up, saya back-up. Dah menjadi kewajipan saya meluruskan yang bengkok, memberitahu yang mana benar yang mana salah. Mungkin korang belum kenal , siapa dia lagi.
Ataupun saya yang tak begitu mengenali kan, wallahu'alam. Saya terima hakikat itu dengan hati terbuka.
Yang penting, saya had enough with the stories. Sudah2 lah. Takde nama lain yang wujud kat CFS ni ke? Kenapa di mana2 sahaja mesti menyebut nama beliau? haduih [=.="]
moral of the story, "Jangan percaya khabar angin! Saya tidak mudah tertipu, terkena dan tertelan sebegitu sahaja,ok. FYI."
jangan mudah percaya kata2 orang. esp yang 'kurang enak'.
No comments:
Post a Comment