
beginilah lebih kurang situasi itu terjadi. Tapi bukan di rumah ini, dan orang2 di sini. Situasi apa? sila baca selebihnya di bawah.. :)
cakap atau diam?
saya rasa persoalan di atas sering bermain di fikiran tatkala dalam majlis, kelas mahupun dalam bilik sekalipun.
"Perlu ke aku cakap? or baik diam je?"
kadang2 kalau kita cakap tuh, bukan bermaksud nak mengiya atau menidakkan kata2 seseorang. Tapi sekadar memenuhi dan 'melayan' percakapan orang tersebut. Atau lebih spesifik, supaya taklah nampak kerek atau 'bad mood' time tuh. So, kita pun layanlah. Baguslah juga, niat nak menyambung ukhuwwah itu ada..
tapi, bagaimana kalau tersalah cakap? tersilap cakap?
parah.
saya paling ingat, suatu ketika, saya pernah menghadapi masalah ni. Masalah ke? Bukan masalah, tapi persimpangan. Secara jujur, peristiwa ni berlaku time Baktisiswa, dan merupakan antara pengalaman yang MENGAJAR saya supaya fikir habis-habisan before cakap. [mungkin ini je lah cara nak ajar saya. Allah bagi saya 'pengalaman' ni. Amek hang.]
Masih segar dalam ingatan, ketika itu, tengah berlansung program kemasyarakatan, di mana, komiti Baktisiswa telah berkunjung ke rumah2 yang kurang bernasib baik. Banyak juga, tak silap dalam berpuluh gitu. Jadi kami mewakili pihak UIAM telah mengagih2kan barang2 keperluan macam beras, tepung, gula, sabun etc kepada penghuni rumah terpilih itu.
setiap rumah yang terpilih, akan ada satu grup dalam kalangan komiti yang akan menguruskan dari mengetuk pintu, sehingga menemu ramah sikit ala2 taaruf, menyampaikan cenderamata dan saguhati, serta bacaan doa selamat sehinggalah keluar balik dari pintu yang sama.
al-kebetulan, group saya dah selesai dengan rumah kami. Tapi saya yang masih 'terkinja-kinja' [bukan melompat2 apatah lagi gedik] nak join group lain ke rumah yang lain2. So saya pun join je la.
bukan saya sorang yang mengamalkan itu ok.
Saya pun terus menuju ke rumah itu. Tak silap saya, di awal2 program juga.
Rumah itu di huni oleh seorang nenek, yang dah berusia, tinggal nenek itu sahaja, sebab ahli keluarga yang lain [tak pasti cucu atau anak] keluar bekerja time tuh. So, perkenalan kami di handle oleh mak angkat kepada Hanafi dan Haziq [komiti baksis].
Agak bertepatan dengan masa, saya juga kebetulan duduk paling dekat dengan nenek tersebut. To be frank, exactly sebelah mak angkat Hanafi tadi. Hanya bersimpuh di bawah, bersama Ada. Sebelah atau depan Ada, Aliff Watri. Memang dekat sebab ruang yang agak sempit. Yang lain, hanya berdiri di muka pintu [group yang terbabit] dan selebihnya, di luar rumah. Memang tak tahu apa yang jadi kat dalam rumah tu la..
Perbualan di mulakan dengan nenek itu sendiri. Introduced herself, but in Terengganu slanga menyebabkan kami kurang faham sikit. Yang duduk kat depan nenek itu pula, orang Melaka. Adalah sekali dua Ada menyampuk bertanyakan soalan. Yang lain, semua nenek itu cerita dan kadang kala mak angkat Hanafi yang cerita serba sedikit.
Saya pun agak kurang pasti, siapa antara kami yang bertanyakan, "Nenek ada penyakit apa?".
Nenek itu menjawab, "Ada kencing manis, darah tinggi...... [saya pun tak clear sgt, tapi ada dua je kalau tak silap..]"
Yang lain semua mengangguk-anggukkan kepala. Sahaja.
Tiba-tiba, sebab kononnya ada rasa doctor by-heart yg tinggi,
"ouh, itu je."
saya bersuara. Dan lepas cakap itu baru saya perasan, yang saya tak sepatutnya cakap pun. Tapi tak tau kenapa, nak jugak terkeluar ayat itu. Dan bukan ayat itu yang menjadi sebab semua memandangkan ke arah saya, tapi kerana intonasi nya yang tak betul. [=.="]
Seriously, hasrat di hati nak cakap " ouh.. itu je.." dalam nada yang mendatar, hanya dengar-tak-dengar dan kedengaran seperti " ouh baguslah.. nasib baik tak kronik..".
tapi akhirnya, output yang keluar, bunyinye seperti "laa... itu je ke?" kerana nada yang di lantunkan di tengah2 ayat, serta agak kedengaran, sampai semua yang 'ter'dengar hanya tersenyum sipu macam "ya Allah..." sambil menggeleng-gelengkan kepala. Seolah-olah macam itu.
Suasana menjadi sepi selama setengah minit. Dalam hati dah menyesal tak sudah, "Kenapalah aku cakap camtuh!!". Baik senyap je sepatutnya!
Saya pun tak pastilah nenek itu dengar atau tidak, sebab nenek itu mempunyai masalah penglihatan yang kabur, dan saya tak maklum mengenai pendengarannya.
Tiba-tiba lagi,
"Baguslah itu je.."
seorang hamba Allah yang saya redha agama dan akhlaknya mencantas perhatian yang tadinya hanya kat saya, beralih kepada beliau, yang duduk di tengah2. Beliau menyatakan ayat 'relief' itu sambil manisnya tersenyum "ok2, dah.. pasni jangan buat lagi.." kat saya. Agak cynical, yet relieving lah utk saya. Bagi saya, dia dah back-up baik punya. Alahai.... [winks]
Akhirnya, hamba Allah tersebut memberi kata2 penutup, sambil mengagihkan barang2 yang hendak di berikan kepada tuan empunya rumah. Disusuli dengan bacaan doa selamat oleh beliau sendiri. Masa itu, muka ni dah merah pink2 sikit kot, berbanding merah padam pada sebelumnya! :p
Begitulah ceriteranya. Sampai sekarang, saya masih ingat situasi itu, yang memang mengajar erti BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP. Dulu, hanya pandai cakap je. Sekarang, berfikir2 dulu nak cakap. Sampai ada kawan pernah tegur, "senyap je Nis.."
pulak dah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]
kalau nak cakap, baik cakap yang baik2 je, atau baik diam. Itu lebih baik.
Serius, kalau saya terlebih kata2, tolong NASIHATKAN saya. Sesungguhnya saya ni mudah lupa.
tapi, kalau tak faham dalam kelas, lebih baik CAKAP, sebab kalau tak cakap, tak faham, tak faham, tak kenal jalan. Maka akan sesat. Dikhuatiri sesat.
Semoga dapat ambil pengajaran.
p/s : saya harap nenek tu tak dengar. Kalau dia dengar pun, alhamdulillah before balik, saya dah salam beliau :D semoga terus hidup dalam kesejahteraan, insyaAllah.
p/ss: sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang menyelamatkan keadaan. Mungkin nampak simple, atau beliau sendiri takde keinginan nak tolong saya pun, tapi saya dah cukup berterima kasih. Kacak sungguh iman awak :)
p/sss: sebarang kesulitan amat dikesali. Cerita ini BERKAITAN yang HIDUP dan tiada kaitan bagi yang sudah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment