Suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab telah pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Lalu, baginda telah ke hadapan, bagi mengimamkan solat Subuh. Tiba-tiba, baginda telah ditikam di bahagian perut, bukan sahaja ditikam, malah tikaman itu dicarik sehingga ke bahagian perut di bahagian sana, sehingga terkeluar segala isi-isi perut baginda. Sehinggakan susu yang di minum baginda sebelum ke masjid tadi, meleleh keluar dari perut baginda.
Amat tragis.
Dikatakan pembunuh itu ialah Abu Lukluah, seorang tawanan. Dan pisau yang digunakan adalah yang ditempa sendiri. Cara pembunuhan yang tragis itu juga adalah cara seorang pengecut!
Baginda telah ditikam bertubi2, dari belakang. Lalu, Khalifah Umar menyuruh seorang sahabat menggantikan tempat beliau menjadi imam. Solat Subuh lalu diimamkan. Sejurus selepas habis solat, semua jemaah meluru ke arah baginda.
Khalifah Umar lalu menyuruh anaknya, mengambil sedikit [segelas atau semangkuk, wallahu'alam] air. Anaknya pelik lalu bertanya, adakah Umar mahu meminum air tersebut, sedangkan air susu yang dibuat olehnya dan di minum pagi tadi, telah meleleh keluar dari perut ayahnya itu?
Khalifah Umar lalu berkata, "Aku mahu mengambil wuduk. Aku belum menunaikan solat subuh. Bagaimana aku mahu menghadap Tuhanku sedangan aku belum menunaikan solat subuh?"
Subhanallah.
Begitu hebat dan dahsyat tarbiyah Rasulullah S.A.W, sehinggakan dalam keadaan nazak dan perit setelah ditikam sehingga terburai isi perut, masih takut dengan suruhan Allah.
Sebab itu kita WAJIB, menyuruh anak2 kita mula bersolat. Dan sekiranya tidak solat bermula usia 7 tahun, perlulah di rotan.
Sanggupkah anda, ketika anda mahu melangkah ke dalam Jannah, tiba2 anak anda melaungkan nama anda, dan menyalahkan anda,
"Ayahku/Ibu ku tidak pernah mengingatkan aku untuk solat! TIdak pernah mengajarkan aku solat! Tidak pernah menyuruhku solat!"
Sanggupkah anda?
tazkirah by Imam Muda Asyraf ketika finale Imam Muda Jumaat lepas.. best!
ikuti cerita Imam Muda Hizbur untuk next entry~
No comments:
Post a Comment