
:D
ok, saya happy :)
kembali kepada tajuk di atas. semakin nak 'grad' drpd foundation nih, semakin 'keterbukaan' ku kepada jurusan2 lain.
sebenarnya, baru habis blog-walk dan browsing beberapa blog pelajar Architecture UIAM yang femes-ames nih.
:)
ok, students tuh tidaklah saya kenal. tak popular la kan. tapi, bila saya click je kat blog diorang,
"lawanye.."
memang artistik kot. dan saya akui, saya tidaklah kreatif mana.. nak lukis rumah pun, terketaq2. apetah lagi nak plan bungalow dua tingkat. nak rendering pastu buat mock-up. pergh! bukan saya la..
[ada beberapa terms archi di situ. harap paham.]
sesungguhnya, kehidupan mereka, bukanlah seindah lukisan mereka.
dah habis blog-walk, saya terpana dengan satu workshop anjuran bersama UKM, Taylor's dan Twintech Uni.
"Archustic"
wahhh.. tgk gamba2 faculty Architecture kat Taylor's pun rasa macam nak drooling je. Lawa... amat...
dekat Lake Campus kot. Bayangkan lecture hall mengadap tasik? What do you expect?
konfem la kalau students UIAM. [kat Kuantan bakal ada tasik. Tapi masih musykil kalau2 tasik itu seindah Lake Campus Taylor's University]
pemilik blog tu habaq, kafeteria dorang bagai food court Suria KLCC. Student Activities macam... 5 stars. pastu diselitkan beberapa gambar sekitar Lake Campus yang masyuk.
'ala kulli hal.. Proud to be UIAM-ans.
mana nak dapat bi'ah cam kat sini. lawa je kaed kat gombak tuh. [bagus tak student uia?]
[main field cfs pj sangat hingaq sekarang..]
belum lagi cerita mengenai satu blog yang juga dimiliki student KAED. Cerita beliau dan geng ke firm hebat Hijjas Kasturi Associates!
saya yang bukan student archi ni pun, kenal Hijjas Kasturi tuh. berangan la nak runding buat rumah dengan beliau kan. Memang berangan. :p
[dalam hati : best pulak!]
macam2 kan. Macam2 godaan melanda. Mula2, terikat dengan Law. Sampai masuk kelas Law la. Sekarang, suka pulak tgk design2 budak kaed gombak ni. Tapi memang tak terfikir lah nak tukar kos ke AED. Haha! Dua2 kos ni memang sangat lawak la kalau anis masuk. Pelik je..
Awal2 sem dulu pernah berangan tukar Econss. Ni semua sebab nak amik accounting [kononnya]. Lepas tu, tgk Miss Shafiyyah amik Master in Biotech Engineering kat Gombak, nak maintain Biomedic je pulak.. [insyaAllah..]
banyak bagai kan.. macam 'hebat' sangat je nak pilih2 course.
lepas tu, makin 'mengancam' pulak kamera DSLR untuk saya. alamak. nak satu jugak.
tak tau bila boleh dapat.. memandangkan tak tahu juga bila nak guna :p
al-kisah II
baru habis baca note yang di tagged kat fb. mengenai foreigner kat Gombak. to be frank, IIUM Gombak.
ikuti kisah beliau...
by: Hasbullah
"Insya Allah." Saya jawab ringkas dengan senyuman. Kulit saya dan kulitnya berbeza; saya sedikit cerah berbanding dia yang berkulit gelap, mungkin dari Afrika.
"Can you spend a few minutes to listen my recitation?" Satu permintaan yang menyentuh hati saya.
"Insya Allah."
Kami duduk berdekatan dengan tiang masjid. Dia mula membuka Quran, dan mula membaca surah Zalzalah.
"Bi..Bis..millahi..hi..roh
Dia membaca surah tersebut; gagap dan sebutannya tidak tepat.
Dibacanya berulang-ulang, saya membetulkan bacaannya apabila dia tersilap menyebut.
Lebih kurang setengah jam, kami berpisah.
Ya Allah, pertemuan antara dua kulit, terpisah kerana kalam-Mu. Moga dapat ketemunya lagi. Hati saya tersentuh. Hebatnya semangat juang mereka untuk mendapatkan ilmu di bumi orang.
KAGUM
Setiap kali masuk ke kelas, selalu saya berharap agar tempat di barisan hadapan belum dipenuhi oleh manusia; kebiasaannya terdiri daripada wanita dan lelaki foreigner.
Kebetulan, sekali saya terlewat, itupun kerana kelas sebelum itu habis agak lambat, maka kawasan yang menjadi kegemaran saya itu telah dipenuhi oleh golongan mereka.
Saya pernah berkata kepada salah seorang daripada mereka; lelaki warga asing ini,
"Why they (refers to woman) conquer the centre, front table?We should sit there. The view is slightly ok compared to here.." Pada waktu itu kami berada di hadapan juga, bahagian tepi.
" They're early than me. I came around 8.05 am, and they're here." Dia memberi respons.
8.05 pagi?
Saya terkejut, kerana masa tersebut terlalu awal, kerana kelas bermula pada jam 8.30 pagi. Kalau dia satu mahallah dengan saya, mungkin dia keluar dari bilik sekitar jam 7.45 pagi. Untuk berjalan kaki.
Semangat mereka yang membuatkan saya makin tercabar. Kerajinan mereka buat saya rasa membakar.
Ditambah pula, saya dikritik kerana penguasaan percakapan Inggeris saya kurang baik, grammar yang tunggang-langgang.
"What's happen to your English? I think you need to spend maybe one year at CELPAD for your English."
Gurauan. Kedengaran agak kasar, tapi, saya memandangnya sebagai satu cabaran, dan peluang untuk terus bersama mereka.
INDAHNYA SENYUM DAN SALAM
Persepsi, selain Melayu, sukar untuk bergaul. Budaya perkauman masih melekat; itu persepsi.
Tapi, Islam itu sifatnya menghubungkan.
Sewaktu berjalan, melihat muka foreigner mahupun warga tempatan, rasa seperti ada satu jurang antara saya dan mereka.
Untuk menegur pun rasa takut.
Tapi, dengan salam, secara automatik, muka yang serius menjadi manis dengan senyuman, terasa aliran yang mempertautkan antara dua hati, terwujud.
Lagi tersentuh, setiap kali bagi salam pada foreigner berkulit gelap, mereka akan menambah jawapan salam dengan soalan,
"How are you?"
Subhanallah.
Islam itu ertinya aman, mencipta keamanan untuk setiap manusia, tapi, kenapa mereka menggelarkan Islam sebagai satu agama yang mengajar keganasan?
Kerana mereka tidak melihat Islam sebagai satu cara hidup, cara hidup Islam.
SAYU
Setiap kali saya melihat mereka, saya rasa sayu.
Mereka meninggalkan negara mereka untuk datang bermujahadah ilmu di sini. Juga, di sebelah kiri saya, dalam satu kelas, barisan hadapan, saya melihat seorang sahabat, juga seorang foreigner, dia terlalu rajin. Setiap perkara yang diucapkan oleh lecturer dicatatnya. Tidak cukup dengan itu, dia meminjam buku senior-seniornya yang lama, usaha menjimatkan wang.
Kasihan. Kadang-kadang apabila kami berbahasa Melayu, saya bimbang menghiris hatinya, bimbang dia rasa tersisih.
Saya mencipta satu persepsi sendiri.
Bayangkan, saya berada di negara China, masyarakatnya menggunakan bahasa China, dan hanya berbual sesama mereka, sedang saya? Termangu-mangu tak faham. Untuk jangka panjang, mungkin akan membawa kebaikan untuk saya belajar bahasa tersebut, tapi, untuk tempoh masa yang pendek?
Kita perlukan kawan untuk membantu menyesuaikan keadaan, terutama kawan yang very familiar dengan keadaan negara tersebut. Warga tempatan.
Begitulah, saya hanya bercerita dan berkongsi. Pengalaman ini tidak sebanyak orang di seberang lautan, pengalaman ini terlalu sedikit, andai dicelup, belum tentu air akan menitis dari jari, kerana kekeringan.
Saya sukakan keamanan, pasti anda juga sama. Keamanan itu untuk semua manusia, tidak tertakluk pada sesiapa.
No comments:
Post a Comment