menjadi kebiasaan, dah nak tiba bulan Ramadhan, akan berlakulah segala aktiviti yang sebelum ni dirancang begitu rapi, dan dah termaktub hanya dalam working paper. Begitu juga terjadi dengan diri ini, sehingga ingatkan kene kerat dua.
Malam ni, hisbah saya, Hisbah Nusaybah akan mengadakan malam ukhuwwah dipanggil Lailutul Nusaybah. [alamak, serius teringat zaman Rafest! Lailah ar-Rijal..]
Memang dah mindset before, nak pergi ke malam launching Bi'ah Solehah Campaign by Discipline and Welfare Bureau of FSCC. Sekali tup-tup malam ni jugak.
Akhirnya, dengan arahan Ustazah Noradillah yang merupakan fellow saya, saya pun kena lah pergi menghadiri Launching itu di samping talk mengenai 'theft', di AMF.
Penampilan sulung, secara live di AMF untuk semester ini.
Ketangkasan dan kecekapan, bukan alasan.
Menjadi seorang yang cekap dan pantas ketika bertindak, ditambah lagi dengan pemikiran dan idea yang di kerah dengan lajunya, bukanlah menjadi pilihan sepatutnya. Lumrah seorang pelajar, MESTI mempunyai kemahiran yang sebegitu. Oleh itu, salahkah kalau seseorang mempunyai kemampuan itu?
Ditambah lagi dengan situasi Malaysia sekarang ini di mana, semua pelajar tanpa mengira kaum, agama, bangsa mempunyai hak yang sama. Boleh belajar di mana sahaja, dengan jurusan apa sahaja. Tiada prioriti.
Memang tak faham, malah ditambah dengan perasaan pelik kalau pelajar Melayu masih lagi berlenggang kangkung ke kelas. Dengan bangganya habaq kat seluruh rakan2 yang anda ke kelas pukul 930 pagi, padahal kelas bermula pada pukul 915 atau 9 pagi.
Oleh kerana terlambat, so terpaksa lah berselipar sahaja, kadang2 tanpa membawa notes yang sewajarnya, dan kadangkala masuk ke dalam kelas dengan hanya sebatang pen?
yang paling best kalau golongan muslimah pun termasuk list?
sabar je la..
[bangga ok, bangga! ape kelas datang awal, skem gle..]
fine.
itu baru bab datang lambat. Belum lagi perihal berhadapan dengan pensyarah.
rasanya sejak sekolah kot. tak perlu di "Pusat Asasi".
yang paling tak boleh di terima, adalah "kecekapan" yang saya maksudkan awal tadi....... sabar2..
[tangan bergetar ni. insyaAllah nak habiskan juga sebelum Ramadhan..]
kita tukar ambience sat.
10 rahsia tersirat di sebalik solat tarawih pada 10 malam pertama dalam bulan Ramadhan..
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment