Tuesday, May 4, 2010

saya kenal?

Bismillah..

pernah tak dalam kehidupan anda, kebetulan menjadi 'nyata'? :p

semenjak dua menjak nih, ada suatu kisah 'kebetulan' saya, yang saya rasa sangat kelakar, dan dunia-ini-kecik dan saya pun tak tahu nak describe macam mana.

al-kisah I

ketika saya di alam form 4 dan 5 dulu, pusat media atau 'library' atau perpustakaan merupakan 'tempat' saya untuk setiap waktu prep *preparation*, kalau tidak di kelas. ini kerana pusat media kat sekolah membuat peraturan prep mengikut jantina, selang seli berdasarkan hari. so, kalau perempuan untuk malam itu, memang 'conquer' la. ada la yang akan menghabiskan masa dengan mengembara ke alam mimpi semua. apatah lagi, PM memang beraircond. *biasa rasenye..* dan pintu akan ditutup. pergh! sabar je la..

tapi, saya pula akan menghabiskan waktu prep, kalau dah settle semua homework, dengan membaca e-siswa.. tak pun majalah SBP lain, yang menimbun di bahagian hadapan PM.. dah la ada sofa.. memang best lah!

*e-siswa merupakan majalah perihal aktiviti pelajar, especially pelajar sekolah berasrama. dan menjadi kebiasaan di setiap SBP, mempunyai majalah sekolah SBP lain, dan kami selalunya akan ternanti2 majalah yang latest, untuk mencari sahabat dan...... :D

dah memang ruji la, saya memang suka baca e-siswa nih, especially time form 4 dan awal2 form 5. al-kebetulan, sebab saya merupakan ahli Kelab Bahas, so macam nak cari point lah . *kunun!* akhirnya, saya tarik diri time form 5, sebab saya rasa masa makin berterabur pulak. so, i'm quit! :)

sambung balik perihal e-siswa. ok, saya terpikat la dengan satu edisi nih. berkenaan dengan *pertandingan bahas seluruh sekolah. semestinya, macam akan tahu je la, sekolah mana yang selalu harum di persada bahas nih. selalunya mesti KISAS, Alam Shah, MCKK, KTC dan SAINA (Sains Pokok Sena). dan tiap-tiap tahun akan berlansungnya pertandingan bahas di UIA Gombak. dan semua SBP akan berentap la kat sana. dan selalunya para pembahas SBP nih, akan popular la. *bukan saya la, of course*

*pertandingan yang ber'kelas' untuk pelajar SBP

dan dengan satu edisi nih, juara baru muncul la kan. saya pernah dengar jugak la nama2 nih masa tingkatan 4 dulu. sekolah yang saya baru tahu la, menjadi pesaing terdekat untuk sekolah2 femes tadi. Integrasi Gombak. atau InterGomb

seperkara lagi, kawan baik saya pulak memang pembahas sekolah. ha lagi lah. hari tuh balik muncung je.

"Chik, amacam? nombor bape?" tanya kitorang. sengih je la. dah boleh agak dah jawapan.

"erm. kalah.. intergomb menang!" jawab Achik. malas nak layan. :

memang sengal lah. dah tahu, tanya lagi. kejam betul. tapi itu cerita dulu. :)

okayh, berbalik pada majalah e-siswa tadi, menayangkan lah pasukan bahas dari sekolah yang tiba2 muncul tadi. 4 orang kesemuanya, 2 lelaki dan 2 perempuan.

"weh! Intergomb masuk majalah!" pekik kawan dalam PM tadi. saya yang pegang majalah tuh masalahnya.
saya pun tak sempat tatap muka depan lagi. then, baru lah melihat.

ok, selak bahagian dalam. ada profile penghias cover depan.
berderau jugaklah darah. menang Piala Perdana Menteri (PPM) kot! hebat seyh..
pembahas perempuan dah la cun. hmm...

baca profile yang lelaki.. "ok, satu batch!" *zaman2 jahil nih*

erm.. yang ni, muka skem *skema* sikit.. tapi sweet jugak.. ouh, junior.. cam lembut je.." :p :p

ouh, dalam grup ni, 3 orang satu batch dengan saya, satu je junior. hebat!memang kalau tengok cita-cita diorang nih, dan latar belakang, memang hebat lah semua. aduih, terasa diri ku begitu rendah.. =.="

memang saya akui, diorang memang hebat. Achik pun akui benda tuh.

so,saya pun meneruskan bacaan saya untuk keseluruhan buku. maklumlah, e-siswa ni macam biskut, kejap ade, kejap xde. memang semua nak baca lah! siap ber pass2 lagi.. kalau dah dapat, baik habiskan. ok, the end~

2 tahun kemudian....

wah, macam drama pulak ye. *winks*

Jun 2009.

malam ni ada meeting ngan officer dari STAD (Student Activities Department). dan saf pimpinan dari Nilai pun turut serta. *cam ayat berita*.

malam itu di Operation Room..

officer STAD pun mengumum dan memperkenalkan barisan pimpinan student council, untuk pj dan Nilai. saya pun tidaklah melihat kepada seorang demi seorang ahli-ahli nya,cuma mendengar nama2 yang di sebut, sambil mereka memperkenalkan diri masing-masing.

berdentum satu nama. malangnya, tiada perasaan pulak mendengarnya. nervous barangkali :p

masing2 sudah memperkenalkan diri, berbincang mengenai activities etc etc etc.....

*****

"nape macam pernah dengar nama ni ek?" berminat pulak saya nak tahu mengenai seorang teammate saya ni. saya berkira2 seorang diri. dalam hati, to be frank.

"deja vu ke?"

*****

tak tahu lah mengapa, tangan ni gatal nak tekan nama teammate yang saya curious ni, di Google. sangat struggle di situ.

dang!

"laaaaaaaaaaaaaaaaa............"

*****

beberapa bulan kemudian.

kadang-kadang saya pun tak percaya, di hadapan saya ni, adalah orang yang saya 'komen' semasa membelek majalah e-siswa, semasa saya form 5 dulu. yang menjadi coverpage majalah itu. dan mungkin sekali yang menyebabkan kekalahan Achik dan pasukan sekolah saya.

anis tertegun setagal.

nak gelak pun ada. betulkah? dunia ni memang kecik!

kini, saya pun 'berpersatuan' dengan hambaAllah itu. memang selalu berinteraksi lah. tak percaya pun ada jugak! yang penting, sangat kelakar. nak je saya cerita pada kawan2 saya dulu, yang sama2 membaca majalah itu kat PM.. :p

pernah sekali, saya bertanya soalan 'cepu mas' mengenai coverpage itu dulu. dia hanya gelak.

"laa.. saya punya lah nak sorok benda tuh. janganlah bagitau orang lain eh?"

takut sangat. popular ke?

saya pun sempat bertanya mengenai seniornya yang satu batch dengan saya tuh. dia pun bercerita sorang demi sorang. ya Allah. sangat unik perkenalan kami.


moral of the story:-

bersangka baiklah dan berbuat baiklah kepada saudara, seagama kita.. :)



p/s: moga Allah redha.

credit to Bro. itu :)

3 comments:

Afyfa said...

Anis ko buat ak terimbau kenangan kat skolah dulu... hehehe.. neway krim slm kat mamat tu ek... =p

A.N said...

alamak asy.. ko kenal ke mamat tuh? :D

kelakar gle asy.. ak pun xtau la camne ak leh jumpa balik orang yang aku komen2.. padahal dalam majalah je.. sengal punye e-siswa. :p

tah2 kami terjumpa sbb dye nak 'tuntut bela' tak? :s

Afyfa said...

haha.. Tuntut bela...??? Mungkin2,.... keh2..

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...