Saturday, May 29, 2010

dah sedia nak jabat tangan tok kadi?


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. selesai sudah.. [boleh tak macam tu]

penat. yang amat. [describing myself]

penat 'mulut', melayan karenah 'adik-adik' ni. ya Allah. Amal, seyes mulut ceq penat.

tadi, selesai sudah g majlis perkahwinan kakak Hilmi, teammate FSCC saya kat Shah Alam. cuaca memang panas, panas do'oh. dan, dah lama saya tak ke majlis2 macam ni. busy lah katakan. bukan busy, tapi cuti UIA yang pelik tapi benar ni menyebabkan saya tak berkesempatan ke mana majlis2 yang terdekat.

so, hari ni makan nasi minyak. thanks to Hilmi and family.

bila pergi ke majlis kahwin, mestilah kita tengok pengantin. tapi, harapnya bukan dengan pandangan 'kosong' sebab insyaALLAH, kita yang belum 'berkahwin' ni pun, bakal jadi macam tu jugak satu hari nanti.

yang paling penting, pandanglah dengan motivasi perihal T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B yang bakal di galas, selepas majlis kahwin itu nanti. haila.

sebelum tuh, mari merenung sejenak tentang Persediaan, bagi kaum Adam, nukilan motivator muda, Akh Hilal Asyraf.. :)

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bersedia-menjadi-suami/


bangun awal untuk Subuh? tak tidur selepas Subuh, cukuplah 'harapan' nak jumpa. g masjid? wallahu'alam. kekemasan? hehe. wallahu'alam jugak. tapi, kalau kekemasan diri, ketika berjumpa tu, ada la sorang dua yang kemas. dah kemas tu, kemas sangat. tak kemas, tak kemas bebenor la pulak.

itu kalau yang saya 'selalu' jumpa la. maksudnye, mungkin sekitar kampus saya. tapi kalau kat IPTA lain, kolej2 swasta yang lain, kat jalan2 semua ni, lagi lah. sekali lagi, wallahu'alam.

"Kalau dapat yang bukan sepak terajang, dah cukup baik dah kak. doa2 je la".

itu ayat ibu saya. sampai macam tu sekali. hmm.

punyalah ibu saya suruh berdoa 'awal awal' ni. tak cukup dengan doa, ibu suruh saya 'bersedia' untuk segala kemungkinan. senang cakap, jangan 'berharap sangat', untuk bersuamikan seperti dalam novel mini, 'Pemilik Hatiku Selepas Allah dan Rasul'. hmm.

saya akui, mungkin kaum Adam sendiri berfikiran seperti saya. saya konfem lah. mesti dorang terfikir, nak cari muslimah yang solehah pun, payah juga.

apatah lagi campur dengan berita buang bayi yang amat berleluasa la ni.

salah siapa?

tak tahulah. saya rasa, ini penangan 'dunia akhir zaman'. susah nak jangka semuanya. orang yang berkopiah, yang bertudung labuh, pun susah nak di percayai, apatah lagi, golongan yang 'biasa biasa' macam saya ni?

“Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas jalan ketaatan kepadaMu, ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas agamaMu”


perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. vice versa.

so, kalau rasa rasa dah bersedia sangat dan gatal sangat nak bercinta dan kahwin, soal kat diri balik, 'dah bersedia ke nak jabat tangan tok kadi atau wali besar?'

dah cukup syarat Imam Muda kah?

wallahu'alam :)

1 comment:

Amal said...

nama ceq pn ada.
:)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...