Sunday, May 16, 2010

insyaAllah nak prektis!


"Setiap Amalan itu adalah dalam gambaran berdiri(seperti kerangka-kerangka yang berdiri), dan Ruhnya(ruh amalan tersebut)ialah wujudnya rahsia keikhlasan padanya(amalan)"
-Ibnu `atoillah as-sakandari (al-hikam)


yang ni.. saya copy sendiri, dari status seorang sahabat seagama kat Facebook.

status beliau ketika ni, membincangkan isu [tulis status yang baik di Facebook, tapi sejauh mana kita mengamalkannya?]


wallahu'alam..


secara jujur, saya sendiri pun 'takut' untuk menulis atau menaip status di Facebook, waima di blog sendiri pun, mengenai perkara2 atau peringatan atau amaran, tazkirah.. atau menyampaikan kalam Allah.. dan juga hadis.. kerana tangan yang menaip ini, lebih 'besar' tanggungjawabannya, berbanding mata2 asing yang membaca. Subhanallah..


tapi, insyaAllah tangan Tuan yang menaip itu perlulah tegar, dan kuat untuk terus istiqamah dalam perjuangan, menyampaikan kebenaran agama Islam, melalui kalam, walaupun satu ayat! (:


saya pun masih dalam proses pembaikan diri, yang tak baik ni. oleh yang demikian [cam ayat bahasa melayu pulak], semua tulisan dan taipan saya hanyalah sebagai wasilah, untuk lebih berhati2, di samping, nak share ngan kawan2..


semoga kita terus ISTIQAMAH dan PREKTISKAN apa yang kita tulis di blog, waima sebagai status atau notes di Facebook.. Allahumma zurqni istiqamah.. amin ya Rabb~




No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...