
bismillah..
hari ni hari ketiga bercuti. hari ni Anniversary ibu dan ayah saya yang ke-21. (:
hari ni tiada yang special. mungkin belum lagi kot. *emoticon tunjuk lidah*
hari ni something, silently happen..
"nak pergi Turki!" *emoticon tunjuk lidah lagi*

saya pun tak berapa pasti kenapa, dan mengapa dan sejak bila saya terfikir nak ke Turki. asalnya, saya memang meminati dan mengagumi pandangan dan scenery Mediterranean. tapi, tak tau sejak bila timbul negara Turki. mungkin kerana, penangan Turkish Candy, yang pensyarah saya bagi saya dan kawan 'rasa' dulu. *rasa sangat manis, dan 'semacam'. bukan lidah saya, of course!*, tapi rasanya tak 'into it' pun. mungkin kerana bayangan Blue Mosque, tapi saya tak pernah tengok, baru nak google ni ha.
ini Turkish Candy.. siapa yang pernah menonton Narnia, mesti tau..bila teringat Turki, saya mesti teringat Istanbul. bila teringat Istanbul, saya akan terngiang2 mengingatkan lagu tone untuk handphone berjenama Sony yang ada tajuk 'Istanbul'.. very Arabic! suka~
mungkin juga kerana buku travelog by Ust Hasrizal yang bertajuk "Secangkir Teh Pengubat Letih" yang mengisahkan pengembaraan beliau di tanah Mustafa Kamal Ataturk tuh. maybe..
mungkinkah kerana Masjid Biru di Sultanahmet ni? :)saya pun tak pasti mengapa.. hati saya berkata2 setiap kali menyebut nama Turki. mungkinkah saya akan menjejakkan kaki ke negara itu? wallahu'alam..
insyaAllah, satu hari nanti.. (:

No comments:
Post a Comment