
in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.
saya pun dah 'muak' nak cakap mengenai benda ni. tapi, selagi itulah, akan terus menjadi topik hangat remaja2 sekarang, selagi tak 'melangkah' ke alam 'itu'. yes, alam perkahwinan. *sigh
saya tak akan bercerita, atau menghasilkan apa2 wasilah tentang perkara itu, cuma nak share la, pandangan saya, mengenai drama slot Akasia yang sedang hangat kat TV3 sekarang *mungkin*, AdaMaya.. :D
saya bukanlah, penonton setia mana2 drama, luar atau dalam negara *sekarang* sejak masuk ke alam asrama masa Form 4. seriously, dah lama tak mengikuti drama2 nih. tapi, sejak minggu lepas, saya macam tertarik nak tengok drama AdaMaya nih. sebab, setiap kali saya nak beli makan malam, di mana2 sahaja cafe kat cfs, akan terpasang drama nih. semua mesti mendongak tengok t.v.
"Ape lah yang best sangat drama nih?" getus hati, time pilih2 lauk.
mata menjeling t.v.. ohho.. "Sein!" fine.. hero agak.. erm.. :p
"Lisa Surihani pun ader!"--->antara feveret gak nih..
tak lama lepas tuh, roommate saya bagitau, yang cerita nih sama sahaja seperti "I'm Not Single!".. "laa..."
okay. saya tak mahu mengulas panjang, sebab saya pun sedang mengikuti drama ni, via on9.. :p
bukan sebab apa, saya rasa, kalau kita melihat dari kisi-kisi pandangan positif, maka positiflah ia. dan saya akui, banyak jugak pengajaran dalam cerita nih!
first and foremost.. mengenai arrange marriage, yang saya pasti, agak asing untuk culture bebudak sekarang nih.. *nauzubillah untuk saya*
seperti ayat pertama saya di atas, bukanlah nak menjadi 'gedik' nak cerita pasal era perkahwinan ni, tapi, saya suka melihat pasangan yang di arrange kan. :)
dalam drama AdaMaya nih, Adam dan Maya di satukan atas pilihan keluarga kedua-dua belah pihak. diorang tak bercinta pun. walaupun, salah seorang ada 'pasangan' masing2, tapi sanggup diketepikan demi keluarga.
saya cuba la nak relate dengan zaman kini, remaja kini. sila kira berapa bilangan rakan2 anda yang dengan yakinnya meletakkan status "Single" untuk status mereka di Facebook? no "It's Complicated" nor "In a Relationship".. yang betul "Married"? ke saja letak, sebab dah 'confirm' akan kahwin dengan orang itu kan? masyaAllah..
macam satu kebiasaan yang nyata pulak, dan menjadi perkara yang pelik kalau tiada gambar gf/bf dalam handphone anak muda kini.. sedih? ye memang sedih. sebab, implikasi 'gejala' tu sendiri dah diketahui, dan dipelajari, malah termaktub dalam kitab suci yang menjadi pegangan kita, tapi nape masih kita practice?
dalam cerita ni juga, ternyata Maya yang juga heroin dalam drama ni, mempunyai seorang kekasih sejak sebelum berkahwin dengan Adam lagi. dan Adam pun pernah mengikuti camping kat hutan bersama Maya dan bf nya, serta dua orang lagi rakan mereka. tapi, sehingga 5 tahun perkahwinan, sampai Maya dan Adam dikurniakan anak, bekas bf Maya, masih mengejar Maya sana sini. ha, apa yang anda dapat kat sini?
maksudnya, 'perkara silam' seperti 1st love semua2 tuh akan kembali menghantui hidup, walaupun mungkin pada masa itu anda dah beranak pinak! especially, kalau perkahwinan anda, bukanlah dengan 1st love anda, dan anda mengahwini yang lain. 'cinta pertama' sebelum kahwin itu akan kembali menghantui anda! nak ke?
nampak sangat, terang lagi ber'spotlight'.. tak perlu dinafikan. Islam sendiri menegah malah mengharamkan pergaulan antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, melainkan atas beberapa sebab yang tak dapat di elak. tapi, kalau setakat ingin ber'madu kasih', perlukah? tak cukup ke, kasih ibu bapa dan family yang melimpah ruah, yang memberi duit poket, yang membeli segala keinginan kita, yang tak pernah mengeluh menjemput menghantar kita pulang ke kampus setiap minggu, yang mendoakan kesejahteraan kita siang malam, sampai kita perlu mencari 'kasih' yang lain, yang sampai bila kita pun tak tahu hujung pangkal 'kasih' tersebut? atau, paling tidak pun, kasih rakan2 terhadap kita, pensyarah, roommates dan kasih yang paling agung, Maha Pencipta terhadap hambaNya yang tak berbelah bahagi?
pelik kan?
saya lagi pelik kalau di alam maya Facebook, sanggup meletakkan hanya status "In a Relationship" atau "Engaged" atau "Married" di profile, tayang yang itu sahaja, dengan ter tagnya nama bf/gf masing2. wah, bangganya! terlupa pulak, yang mak ayah kita pun kadang2 ada akaun Facebook sendiri, tak pula di addnya dalam akaun kita. takut kantoi la kunun kan!
atau yang meng'upload' sebanyak mungkin, gambar2 'manje anje' siap beralbum2 dalam FB.. apa reaksi atau respons mak ayah mereka mungkin, kalau bukak je akaun anak mereka yang 'berkasih' tuh, dang! gambar romantik berdua sebagai profile picture. tak sedih ke hati mak ayah time tuh? nama di FB ber 'bin' dan 'binti' kan nama ayah masing2, tapi gambar, masyaAllah.. tak ke kita menconteng arang kat muka mereka? silap hari bulan, kawan2 mak ayah kita pulak ternampak profile kita, ha lagilah! memang malu la..
*macam emo je anis..*
yang paling best dalam drama ni, maksud saya pengajaran paling best is, "janganlah bersedudukan dengan yang bukan mahram". nauzubillah min zalik!
itu memang dah haram lah. walaupun, watak untuk perkara 'bersedudukan' ni bukanlah major scene, dan tidak di frame kan sebagai tarikan pun, tapi, dapatlah penonton kupas kat sini, bahawa sesayang mana pun anda kalau berkasih, "dengan yang bukan mahram", maka janganlah sampai bersedudukan, macam kat Barat. tak manis, tak elok, jahat dan semua perkataan negatif lah!
yep, saya memang insyaAllah masih rasa 'selamat' dengan diri ini, yang tidak mempunyai apa2 'status' pelik lagi pening. =)
dan, hati pun rasa ngilu apabila perkara sekecil2 fitrah nih "iaitu bercinta" menjadi sebesar2 "fitrah". maksud saya, apabila ianya menjadi begitu penting pulak dalam kehidupan remaja sekarang. macam satu "kewajipan" pulak untuk setiap daripada kami, have ones! oh tidak!
biasalah budak kampus macam saya nih. macamlah tak pernah dengar, cerita fly larut malam, atau pagi dinihari, pelajar perempuan dengan lelaki. macamlah saya tak tahu. amende yang diorang buat pun, saya tak tahu. tak nak tahu pun!
macamlah tak biasa dengar, orang berdating sana sini kat sekitar kampus. dengan bangganya. padahal, kat setiap meja di kafe *uia only* dan di ceiling kafe, dah terpampang sebesar2 alam, "Brothers and sisters sit separately", "Ketahuilah bahawa di antara seorang lelaki dan perempuan, akan ada yang ketiga iaitu IBLIS".. dan macam2 lagi lah. yang lelaki, dengan 'gentle'nye kunun, bawakkan beg gf masing2. yang baru habis kelas. ye, suasana sekarang. itu belum masuk lagi shopping complex. yang club segala club kat sekitar k.l ni, toksah habaq la kan.
okeh, saya nak cakap balik mengenai 'arrange marriage' tadi.
sebetul dan sebenarnya, saya sudah lama mendengar perihal orang kahwin melalui arrangement parents nih. sebetulnya, memang rasanya seperti tak wujud lagi dalam keluarga saya. tapi, kalau ada orang nak kahwin dengan ahli keluarga dan terus berjumpa dengan parents itu, ramailah. tapi,kalau melalui orang tengah ni, macam tiada lagi dalam kamus hidup :)
sejak masuk UIA nih, saya mula didedah-revealkan kepada perihal membina Bait Muslim yang rupa-rupanya bukanlah seperti fairy tale and lovey dovey dalam any dramas or films tu.
walaupun tidak payah, sifirnya tak payah, tapi nak melaksanakannya itu, hanya orang2 tertentu lah yang boleh buat.
maksud saya orang tertentu itu, adalah orang yang betul2 kuat imannya terhadap godaan nafsu yang liar sebagai seorang remaja, especially golongan brothers la. ialah, dah nama perkenalan melalui orang tengah, dah semestinya tiada 'dating' atau 'sms-ing' apetah lagi calling2. sebab, nak buat semua tuh, memerlukan perantaraan orang tengah yang meng'kenen'kan itu tadi.
senang cakap, sifir nak membina Bait Muslim ini mudah sangat sebenarnya,
"kalau rasa dah suka kat seseorang, rasa dah mampu nak kahwin, dengan kata lain, nak pegang tanggungjawab yang lebih besar, dah tak boleh bendung nafsu tu lagi, dengan erti kata lain, dah masuk golongan 'wajib' dan 'sunat' kahwin, proceed lah!"
nah, suci nya tali perhubungan lelaki dan wanita yang bukan mahram. hanya wujud selepas pernikahan. dan jalan ke arah pernikahan itu sendiri, suci. tiada cacat cela. tiada keperluan dating2 bagai.
tetapi, kenapa perlu prektis cara Barat? kene kenal dahulu hati budi, yang paling best, kena tinggal serumah dahulu, kalau rasa 'ngam', baru boleh proceed. pulak?
sejauh mana keberkatan di situ? macam mana pula dengan hak Allah terhadap kita?
kalau dah ada orang yang 'sentiasa diingati' dan perlu 'diingati', macam mana dengan ingatan kita kepada Allah, Rasul dan ahli keluarga kita?
berbalik kepada hal 'arrange marriage' tadi, sebenarnya, mula terfikir sejak perkenalan saya dengan roommate saya dahulu. al kebetulan, semasa saya baru menjadi roommate nya, sewaktu alam 1st year, akak sulungnya berkahwin. arranged by parents.
saya rasa sweet sangat perkenalan mereka. maksud saya, perjalanan yang begitu mudah ke alam perkahwinan. dari merisik, bertunang,walaupun tempoh yang pendek, serta berkahwin.
rasa sweet, sebab macam tiada 'pencemaran' berlaku.
dah di arrange by our own parents, saya rasa dan mula terfikir, itu yang terbaik. masakan tidak, selain Allah S.W.T, hanya parents yang kenal hati budi kita, luar dan dalam, dan mereka mempunyai instinct yang kuat dengan kita. mestilah mereka tahu siapa yang terbaik untuk anak mereka.
sehingga kini, alhamdulillah, dah dua tahun saya bersama roommate, dan akak sulungnya dah ada anak perempuan sorang dah. masa berlalu pantas, rasa macam baru je akak roommate saya tu kahwin, itulah ayat saya yang saya ulangcakap dengan roommate. beliau pun setuju.
dah tu, kenapa perlu gusar lagi?
saya pernah tanya pandangan roommate saya, apa agaknya yang terjadi kalau kita macam tak suka dengan orang yang di arrangekan itu?
ingat balik ayat Allah yang masyhur ni.. 2:216
"It may be you dislike a thing which is good for you, and that you like a thing which is bad for you. Allah knows what you do know not."
dan ayat itu kini terpampang kat pencil box saya.
ingatlah janji Allah. terselit seinfiniti hikmah, dan kita sebagai HAMBA nih, kadang2 tak daya nak fikir hikmah nya sekarang. mungkin hikmah nya muncul di masa depan. berdoa lah kawan2. saya mendoakan semoga kita semua mendapat jodoh yang baik, insyaAllah.
itu yang melalui parents, ada juga yang melalui perantaraan orang tengah *suami isteri* yang dipercayai soleh dan solehah.
ini selalunya terjadi kepada students.
yang ini pun, antara inisiatif, bila rasa diri dah boleh bawa tanggungjawab, kita serahkan kepada seseorang yang kita percayai untuk menjadi orang tengah untuk kita.
boleh risik perihal agama, itu yang paling penting. :)
kesimpulan.........
banyak lagi cara lain selain daripada mengamalkan cara hidup Barat. back to basic. kembali kepada pegangan kita, al-Qur'an. bukan hanya hal akad nikah sahaja, tapi insyaAllah semua perkara. itulah sebaik2 manual guide kehidupan.
saya pun merasakan logiknya cara ini. bukan sahaja logik, tapi keberkatan yang dicari. cinta yang fitrah ini bukanlah segalanya, tapi sebagai wasilah dan nikmat yang Allah turunkan kepada hambaNya, sebagai wadah untuk mendekatkan diri kepadaNya.
kalau bait kita sendiri, 'pembinaan' asas atau foundation dan base sahaja dah melalaikan, di manakah keberkatannya? boleh assured ke kebahagiaan yang boleh di bawa, insyaAllah ke syurga?
yang paling penting, tautan hati akan lebih mudah, kalau bersandarkan kepada Allah.
dan binalah base yang baik, dengan mencari keberkatan, seawal perkenalan. keberkatan rezeki juga insyaALLAH terjamin.
~saya milik Allah~
akhir kalam, nasihat untuk saya, dan ingin share bersama rakan2, carilah keberkatan dan redha Allah di mana sahaja, bukan sahaja di jalan menuju akad nikah. :)
wallahu'alam.
3 comments:
anis!!
i love this post!!!
ni ana eh?
hihi^^
tengkiu2.. tu reality dear.. reality does bites sometimes.. ;D
sweet..i like it.
Post a Comment