bismillah..
umur saya menginjak 20 tahun, 30 Mac yang lalu. alhamdulillah. masih dikurniakan keupayaan nak menyedut udara hingga sekarang. (:
tak banyak berubah?
itu soalan dari saya kepada saya, setiap kali umur saya berubah angka. kini bukan angka belakang je yang berubah, tapi yang depan pun ikut sekali. menunjukkan umur saya dah berubah sedekad. soalan yang saya tujukan kepada saya sendiri, akan terpacul pada pagi hari 30 Mac. kali ni, means, untuk 30 Mac yang lalu, saya perasan, ada yang berubah untuk diri saya. apa dia? biarlah rahsia~
mungkin sahabat2 saya yang belum dan masih counting on days untuk menginjak umur seperti saya, masih terbuai dengan kiraan mereka. mungkin ada yang ternanti2, sebab kemungkinan besar, apabila tiba umur seperti saya, lebih banyak 'kebebasan' bakal diperoleh. mungkin, siapa tahu.
saya pasti, ramai yang berkira2, umur dah matang, maka perangai perlu 'sekufu'. takkanlah nak seperti umur belasan tahun lagi? takkan nak merengek dengan mak ayah untuk dapatkan sesuatu? kalau soalan seperti ini berada di benak anda, maka alhamdulillah. anda 'bersedia' enough to take a step into 20's.
menaip seperti ini, sebenarnya bukan lah nak mengcungkil yang saya ni matang habis, dan bersedia menempuh segala ujian di awal umur 20 ni. tidak. tapi, saya pun seperti anda, ter'panggil' nak memikirkan diri sendiri yang masih kebudak-budakan lagi.
dan, saya minta maaf kalau terasa, tapi, pasti ramai yang dah bersiap sedia, berkira2 dan menghitung hari nak bertukar 'tanggungjawab' kepada yang lebih besar punya. saya tahu anda faham maksudnye. tak mahu explain.
tapi, saya terfikir juga, lunas sudahkah hidup saya sebagai seorang anak perempuan, kakak kepada adik2 kandung, adik2 junior, jiran, satu komuniti dalam taman perumahan, pelajar, dan panjang lagi taklifan saya untuk di tulis?
mungkin dek kerana berada di rumah sekarang. berada lebih 'dekat' dengan adik kandung. makin 'menyertai' kehidupan dan persekolahan mereka. dah habiskah tanggungjawab saya ni? saya dah lunaskan sebaik mungkin?
saya rasa lebih kakak sekarang.
kita asyik berfikir untuk menjadi isteri yang baik, mencari bakal suami yang baik, menjadi mujahidah agama, tetapi bagaimana dengan asas kita, maksud saya, tanggungjawab kita di tapak paling asas untuk manusia, iaitu baiti jannati kita?
tak salah untuk 'pandang ke hadapan', iaitu memikirkan diri kita dalam konteks yang lebih matang dalam tanggungjawaban, tapi, yang asas pun, kita kene islah selalu.
berikut saya ada copy mengenai ciri2 anak yang soleh..
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.
2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
(credit Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab)
petikan surah al-Luqman. ayat 14 dan 15.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" [14].
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan " [15].
insyaAllah, redha Allah terletak kepada redha ibu bapa.
mungkin sahabat2 yang lain, dah lama 'bersedia' dari segi ciri2 diatas. saya je yang mungkin tertinggal. wallahu'alam. (:
No comments:
Post a Comment