

in the name of Allah..
[ehem]
pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Eid Milad kepada adik saya yang kedua, Ashraf Hafiz Abdul Rauf, yang usianya menginjak kepada 13 tahun hari ni. Semoga dirahmati Allah selalu, dipermudahkan urusan hidup, serta dilimpahi kejayaan dunia dan akhirat. Serta bakal menjadi Imam Muda di masa hadapan. Amin~
[fyi, beliau merupakan adik LELAKI saya yang pertama. so, hero la katakan. sekejap lagi pukul 330 bakal mengambil beliau di asramanya di SMSS kat Cheras. bakal mendengar 'permintaan hati' beliau. pheww~]
anis basuh kereta~
alhamdulillah, hari ini saya telah melakukan satu kerja yang bagi saya, 'hantar-kat-kedai-je-lah' sebelum ni. untuk kereta mini [bukan Mini Cooper] keluiarga saya yang satu itu. padahal, selalu je siram kereta ayah, pagi2 hari sebelum beliau ke kerja. tak pun, basuhkan kereta beliau. tapi, untuk kereta 'mini' nih, cam malas. pulak.
tapi, hari ni, setelah berjogging dengan ibu and mak saudara, terhingin lalu terfikir nak basuh kereta 'mini' family itu. sebelum matahari terik, baik basuh dulu. kalau tidak, alamat keringla sabun atas kereta.
sebab utama nya adalah kerana kereta putih solid itu sudah berkeladak. agak malu nak dibawa untuk amik Ariff dari sekolah agama. malu malu!
yang kedua, saya nak bawa seorang kawan, dan ingin memenuhi undangan ke Majlis Kahwin sabtu nih. kat Shah Alam, so, takkan nak bawak kereta yang berhabuk dan kotor kan? dahla kereta warna putih. sabar je lah. dah la anak gadis yang bawak. tak pasal2, saham merudum pula. [bergurau]
jadi, saya dengan semangatnya membasuh kereta hari ni. berpeluh-peluh Allah je yang Tahu. selepas membilas, saya membiarkan kering seketika, lepas tu meminta pertolongan mak cik saya yang 'expertise' dalam bidang kereta ni, utk mengajar saya cara2 nak polish kereta. wah!
so, saya POLISH kereta hari ni. benda baru. memang best! tapi, kalau rasa2 cam malas, tolonglah jangan start buat, sebab nak polish kereta ni, dua kali kerja. kalau rasa2 anda tak berMOOD, ditambah rasa MALAS yang AMAT, dengan cuaca yang memang TERIK la ni, jangan start. tunggu reda dulu. :)
tiba-tiba, saya belajar something hari ni. which is, i ponder to myself. kenapa kita nak spend kepada benda yang remeh temeh, yang kita sendiri boleh buat, dan kalau nak buat tak sampai setengah jam [which is, washing car only, polish excluded] je? kenapa rajin pulak nak hantar ke kedai basuh, padahal aktiviti membasuh kereta pun merupakan aktiviti yang menyihatkan jugak. berpeluh2. tapi, saya fikir, mungkin untuk yang 'tiada kerja' seperti saya ni, senang cakaplah ye. cuba kalau saya seorang Houseman, atau Executive Financial Controller yang busy di pejabat, tak cukup pejabat, bawak balik kerja di rumah. kan payah? logik diterima.
tapi mungkin juga, boleh dijadikan satu hobi atau rutin hujung minggu. bagi pendapat saya. daripada dok termenung atau mengadap t.v, atau bangun lambat lepas Subuh [untuk kaum Adam], baik tolong ayah basuh kereta ke, basuh motor ke. pagi2 hari, cuaca bukan panas pun. sedap je, angin pun walaupun tak sepoi2, tapi dingin.
boleh try lepas ni :D
kahwin kahwin!
next, saya ingin merungkai perihal jemputan atau undangan kepada kita, kepada saya specifically. saya amat sukakan majlis perkahwinan. sebab time majlis ni lah, kita dapat tengok muka2 orang gembira semuanya! tak pernah lagi saya tengok orang menangis, meratapi majlis perkahwinan. wallahu'alam kalau ada tragedi berlaku time perkahwinan, nauzubillah min zalik! tapi secara majornya, orang memang happy time kenduri atau walimah ni. especially, mesti lah orang yang nak kahwin. :D
jemputan saya pada hari Sabtu ni [insyaAllah, saya dan amal try pergi] adalah jemputan seorang teammate FSCC saya, kakal beliau yang kahwin. dan, al-kebetulan, kakak beliau merupakan senior saya kat KUSESS dulu. tapi kakak beliau batch '00-'04 something. saya pulak, batch '06-'07. hehe. saya masuk time form 4. so, reason makin kuat di situ. huhu. tak sedap pulak kalau tak memenuhi undangan beliau.
lagi pun, seboleh-bolehnya saya try untuk menghadirkan diri ke setiap kenduri kahwin. walaupun kenduri kahwin tu berlansung kat Johor, kalau ianya berlansung dalam keluarga saya. asbabnya, saya sendiri belum berkahwin, jadi dengan memenuhi undangan itu, sedikit sebanyak, orang lain juga akan 'terbuka hati' nak pergi majlis saya pulak nanti, insyaAllah. :)
esok, cuti hari Wesak kat central Msia ni. masih berfikir2 nak ke mana. dah lama teringin ke Kinokuniya. insyaAllah, Allah permudahkan lah! [nak gi dengan adik]
ouh, reminder reminder!
esok berlansung pertandingan Imam Muda kat 4 saluran bahasa melayu Astro! pukul 830 mlm kalau tak silap. kalau silap, minta maaf! jangan lupa, tengok syakir! :)
wallahu'alam.
5 comments:
kahwin kahwin hehehe..
seronoknya anis pg kino.
mak aku pnh ckp.. "nnt korang kahwin, kalau taknk bg tertggl org2 yg nk djmput, rujuk blk kad2 jemputan yg korang prnh dijemput dlu"
phm tk ayat aku? haha
@dyna : best2.. kahwin mmg best. bila nak kahwin dyna? :p
@amal : paham.. pahammm sesangat.. kre Hilmi on top of list la ni? hahaha :p
tanye sbb ayat tu mcm pening. takut termisinterpret pulek.. haha
ahha. fmly fscc sumenye dah dlm list kot. insyaAllah takkan lupe. :P
Post a Comment