Tuesday, July 10, 2012

525. Sukan dan filusuf.




Macam tak percaya.

Dua tahun yang lepas, saya jaga exams di Gombak untuk subjek ni. La ni? Saya amek subjek ni pula, dan bakal menghadapi exam ni inshaAllah awal bulan depan [???].

Semakin saya percaya, kuot osem berbunyi "We never know what tomorrow brings.". 

Haih, apa yang saya nak cakap sebenarnya ni.


Anything can happen, so just stay calm :)

Tapi lumrah la kalau tak boleh nak remain calm sepanjang masa kan?

By the way about this course, I'm always looking forward for any subjects taught under this Kuliyyah :)

Especially kalau subjek-subjek tu bakal dan kena dipelajari oleh student course lain, macam subjek Philosophy of Science.

Masa mula-mula dengar subjek ni dulu, saya macam "Wow.. Woah.." kot. What are the two extremities to be learnt throughout this course? Philosophy and science? The philosophy of science? Macam paradoks pun ada.

Tapi sebenarnya tak. Dan subjek ni membuatkan kita akan senyap.. berfikir.. sambil.. tutup-tutup mata gitu :)

Dan selayaknya, saya sangat bersyukur sebab ambil subjek ni waktu short semester. Ok, kepada yang tak, no offence. Seriously. Don't take it to your heart, ecehh.

Subjek ni lebih kurang anggapan saya pada subjek fizik. Yeah, we need to think, things that cannot be seen by our naked eyes. Tapi berbezanya sebab fizik kena kira-kira, tapi subjek ni tak :D So now you know lah why I don't take engineering course at first place :P

Subjek ni membuatkan saya rasa, "Ohh, ada juga orang yang fikir pasal benda-benda ni eh?". Maybe sebab kita, especially saya ni selalu belajar je, tanpa memikirkan sangat pasal soalan-soalan famous kenapa? bagaimana? mengapa?

Oh. Sangat filusuf.

Bila sahabat-sahabat medic, dentist tanya saya perihal subjek untuk short sem ni, saya pun teragak-agak nak explain pasal subjek ni. Sebab depa kan tak amek subjek ni :D so terpaksalah bukak kedai mamak, bukak cerita pasal subjek ni. 

Mesti ada yang tanya, "Kenapa kena belajar subjek ni?". 

For the time being, mungkin saya sebagai pelajar jurusan sains tulen ni, nampak lah kenapa kami kena belajar subjek ni. Ada co-relation. The main objective I think is because this subject tells us that we need evidence. In everything, primarily, for our conclusion.

Sorry kalau bunyi macam poyo, tapi itulah hakikatnya. Bila anda belajar subjek ni, anda tahulah sendiri nanti :)

Enjoy.

*****




UIA jadi tuan rumah [tempat tinggal, err, rumah tumpangan?] untuk para atlit SUKMA di Kuantan. So nak habaq mai kat sini, sejak minggu lepas, saya selalulah berselisih bahu, dan berjumpa dengan para atlit kat cafe [ni tempat paling err, femes?]. Dan untuk melihat bas-bas express dari jenama Transnasional dan Plusliner berkeliaran di sekeliling UIA Kuantan adalah pemandangan once in a lifetime kott! Serius epik! :P

Dah rasa macam kat terminal bas pun hado. Lepas tu asyik nampak dorang dan jersey2 negeri dorang je. Proud kot. Nak-nak negeri Sabah-bah! :D

Saya selalu lupa, yang dorang tu atlit. So, kemungkinan besau salah sorang daripada untuk jadi Olahragawan atau Olahragawati dan menang itu ini dan femes ames masuk tv adalah sangat besar :O 

Walhal selalu je makan dekat satu meja panjang yang sama. Err. Jangan jeles.






Its Johor!! :D




Its Kedah!!! :DD

[tak payah nak biased sangat] -___-"


Gambar di atas diambil di Stadium Darul Makmur. Tak rajin nak masuk duduk celah-celah orang yang ramai GG tu. Tangkap gambar dari Gate2 kecil stadium cukuplah.

Makan KFC lagi sedap ;)

Friday, July 6, 2012

524. Teringat :')

Tadi ada singgah ke Giant.


Tiba-tiba kat Giant ada pasang lagu Amy Mastura. Mulanya lupa tajuk apa, tapi bila dah tanya Sheikh Gugel, dia cakap tajuk dia "Kembalilah".


Before-before ni pun ada terdengar kat somewhere, lagu Cinta Antara Benua by Arni Nazira. 

Hah, bukan pasal lagu ni yang menyebabkan entri ni tercipta. Ecehh.


Tapi lagu ni kalau anda yang berumur lebih kurang saya perasan, merupakan soundtrack untuk drama Melayu zaman dahulu kala, waktu saya berumur lebih kurang 5-6 tahun kot. Ye, dah lama.


Dan both dramas shootingnya kat overseas.


Dan seriously, bila saya terdengar dua lagu ni, saya mesti teringat jugaklah sikit2 macam mana video klipnya. Yang bestnya, dua-dua kat UK ok, bukan Ulu Kelang ok. 


Dan sekali lagi, saya mesti teringat yang saya pernah habaq mai kat ibu saya waktu tengah tengok drama ni, yang saya nak belajar overseas, kat UK [particularly, ada universiti spesifik tapi malu nak habaq] buat medic ok hewhew. Dialog nya pun sejibik masih teringat dalam ingatan hingga kini :') Seronok kot! Saya akui saya agak mengikuti drama tu, sebab suka tengok surrounding dia. Iyelah, nak pergi sana suka-suka mana mampu oh. So, tengok je drama, tapi serius tak ingat lansung jalan cerita drama tu macam mana. Hehe. Bila tengok, mesti inspired nak belajar betul-betul~


Ok, teringat. Kenangan je semua tu :')


Tak taulah berpeluang ke tak nak belajar kat sana kan. Rezeki Allah tentukan btw. Impian tu sentiasa ada, tapi.... Tengoklah macam mana.


"Boleh nak buat Master kat oversea tapi Anis kena fikirlah takkan nak pi sorang-sorang? Selalunya orang yang buat master kat oversea ni dah kahwin, dah berkeluarga..." nasihat seorang senior.


:O


Akan dipikirin kemudian.


Cinta Antara Benua 

Kembalilah


...................................................................................................


Masih ingat disebabkan drama Cinta Antara Benua tu lah pelakon Arni Nazira tu femes. Lepas kahwin dengan Awie lagilah femes. Sebab dia lah, bila kawan-kawan waktu tadika, sekolah rendah, menengah, Matrik Johor berta'aruf dengan saya, kuot osem dorang mesti macam ni,"Oh.. Nazira.. Macam nama isteri Awie." sambil tersengih-sengih. Ok, tak lawak ok.


Mujurlah kat CFS dan UIAM takde org habaq lagu ni dah. Kalau ada pengsan teruih. -__-"

#Sorry kalau tak bermanfaat. Curhat ja ni.

Thursday, July 5, 2012

523. Syukur dengan pilihan.




“Anis, berapa RM bayar untuk study kat UIAM ye?”.

Pertanyaan tu menerjah ruang senyap daripada suara 2 orang manusia yang suka berbual. Atikah dengan kak Faz dah tidur rupanya. Orang busy lah katekan =)

Rupa-rupanya hanya saya dengan kak Yan yang sedang memandu, yang masih terjaga. Saya pun tak tau kenapa tak tidur2 mata ni. Walhal malam tadi tidur pukul 3 pagi lebih kot. Dan pemandangan kat luar bukanlah ada bangunan atau mercu tanda lawa-lawa pun. Sekadar felcra dan felda ladang kelapa sawit je. Lawa, sejuk mata memandang.

“Erm. Yuran mahallah, eh eh, hostel dalam 400 lebih. Yuran study dalam 800 lebih. So altogether dalam 13++ something untuk satu sem. Akak? Bayar ikut subjek ke macam mana?” Jawab dan tanyaku mesra. Ecehh. Mestilah mesra, sebab baru ta’aruf =D

“A’ah. Kitorang bayar ikut subjek. Subjek paling murah lebih kurang 700 lebih. Yang mahal dalam [saya tak ingat berapa, tp yang pasti mencecah ribu]. So satu semester selalunya dalam 5000 lebih.”

Gulp. Big Gulp. Bukan takat Big Gulp 7 Eleven tu, tak main ah.

Ini point pertama. Tiba-tiba saya rasa Allah macam bagi petunjuk kat saya, “Sila belajar rajin-rajin, skor pukul rata sikit!” untuk short semester ni.

MasyaAllah, beruntungnya saya. Dalam hati ni tak tau nak habaq apa dah, selain daripada mengucap syukur berkali-kali. Iyelah, takkan nak sebut kat bibir pulak, “Bertuahnya saya study kat UIA!” tetiba kan. Terasa hati orang lain. Lagipun saya percaya, hikmah lain-lain. Mungkin akak tu mampu nak bayar yuran study satu semester 4 kali ganda daripada saya tuh. Saya mana mampu. Makan untuk sebulan pun, sekadarnya je. Kurang sangat daripada berlebih-lebihan, tapi Alhamdulillah =)

Kak Yan sangat baik. Hamba-hamba Allah yang saya baru kenal ni sangatlah baik, yeah at least baik sangat dengan saya. Kak Yan ini orangnya sudahlah cun. Tapi biasa-biasa sahaja merendah diri. Pelajar jurusan perakaunan [tak boleh nak skema lagi], umur setahun tua dari saya, bergaya sesuai dengan status pelajar akaun [eh?] dengan tudung lilit ala2 Hana Tajima, aktif dalam MPP pula [eh, untung dapat kenal dia], entahlah saya suka dengan akak ni. Kami saling menghormati kot =)

Saya melayan kak Yan berbual. Al-maklumlah dia sedang memandu MyVi oren doctor [ok ada sebab kenapa saya panggil myvi doctor =P] untuk pulang ke KL, melalui jalan kampung, lalu Nogoghi kot. Kalau mengantuk, memang menempah lah. Naudzubillah.

Dia bercerita tentang keluarga dia. Study dia. Dari politeknik kat Jitra nuh, sampai lah ke *Amazon kini. Kadang-kadang bertanyakan perihal saya, yang tak banyak cerita sensasi ni =D Seronok dengar cerita, pengalaman orang lain. Boleh jadi panduan untuk diri sendiri. 
Eheh.


Entahlah. Sepanjang tak sampai satu hari di sebuah kampus di *Amazon tu, serius saya rasa ‘lain’. ‘Lain’ yang dimaksudkan bukanlah bermakna tak selesa, atau benci, woisy, jauh sekali! Cumanya, saya rasa-lah yang saya bukan berada di kampus saya, which means, saya rasa yang saya bukan berada di comfort zone. Boleh jadi di wad kuning Emergency and Trauma Dept. =D

Begitulah, bila dah keluar dari kampus, baru kita rasa betapa sayang dan chentanya kita pada kampus kita, yakni perjalanan yang Allah dah tetapkan untuk kita. Bila kita kat kampus, tak habis-habis nak cakap “bila lah nak grad..” dah mula nak hitung hari nak grad sedari menjejakkan kaki di alam kampus utama. Kadang-kadang tak perlu tunggu grad, dah menghitung hari dan detik nak balik rumah. Bila sampai rumah, dan nak cuti 3 bulan, terkumat kamit cakap rindu kampus pulak. Eh.

[Saya tak tuju kat orang, islah si tukang taip =) ]

Walaupun tak sampai sehari, dan Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk saya pergi ke satu sesi pencerahan oleh ustaz yang femes dan mantop tu, rasa bersyukur yang amat memang menyelubungi. Banyak kali memberitahu Maisarah perihal yang sama, dan dia pun cakap benda yang serupa. Siap zahirkan lagi =D

Sebelum pulang ke KL, sementara menunggu kehadiran kak Faz dan kak Yan untuk fetch us up, saya dan Atikah sempat berkongsi pengalaman. Yeah, Atikah banyak tanya pendapat saya perihal kampusnya. Tiba-tiba saya rasa rendah diri.

Atikah mula berkongsi pengalaman, dan tugas beliau yang amat.berat.itu.

Serius berat. Tiba-tiba saya terkenang-kenang kakak-kakak terchenta yang sangat sibuk di UIAM. Saya? Ohh.. Masih bersuka-sukaan dalam comfort zone yang tidak kukuh mana tu?

“Entahlah kak. Entah bila saya nak pukul 4, pukul rata. Asyik nak dekat 4 je, tapi tak pernah jejak 4 pun!” keluh Atikah. Gulp lagi. Orang busy macam dia cakap macam tu woh. Saya yang tak busy ni senyap je lah sambil mendengar dengan senyuman yang bolehlah dikatakan ikhlas tu. Err.

Atikah bercerita lagi, tentang kesibukannya setiap waktu. Tapi dia tak pernah kesal. Dia sendiri yang nak further study kat Uni biasa katanya, dan bukan yang telah gah dengan nama Islam pada nama universitinya. Walhal berderet geng-geng beliau yang saya kenal sedang belajar di UIAM Gombak. Allahu. Pada saat ni, saya bersyukur lagi, again dalam hati je, senyap-senyap. Lalu terbit rasa malu yang amat.

Ok, ini point kedua. Allah bagi hint lagi.

Point ketiga. Ketika pulang ke Kuantan dari Johor Bahru. Yeah, 1st time ever naik bas dari Johor ke Kuantan weh. Dahlah bapa saudara saya yang hantar ke Terminal Larkin tuh. Fuh. Rasa amat independent [bangga terhadap diri sendiri. Ceh.]~

Perjalanan ke Kuantan dari Johor, bakal melalui Mersing,Endau-Rompin, Kuala Rompin, Pekan, dan akhirnya Kuantan. Pemandangannya, subhanallah! Lawa. Dan ini merupakan kali pertama lalu Endau-Rompin bagai ni. Saya ni nama je orang Johor, tapi hat jauh-jauh ke Pahang ni saya tak pernah jejak pun. Eh, lawa kot! Sebab tepi laut kan, tiba-tiba rasa macam kat Terengganu pulak. Tapi lagi tenang kot. Eh. =D

Ok, saya naik bas ekspres, tapi lagak pak cik driver ni asyik berhenti kat situ sini macam bas ‘lompat’ pulak. Dan of course lah orang yang minta turun sini situ tu, adalah student yang nak pulang ke kampus yang merata-rata. Baru tahu banyak kolej2 kat sini =)

Seperti biasa, kita yang juga seorang student ni mestilah terhengen nak amik tau orang-orang yang nak turun ni study kat kolej/uni apa kan. Eceh. Saya pula kebetulan duduk betul-betul di belakang driver. Sah-sah lah orang yang nak turun ni akan berdiri berdekatan dengan saya, untuk turun.

Orang pertama, di Kolej Komuniti.

Yang kedua, di Institut Kemahiran Mara [kalau tak silap].

Ada yang di IKBN.  Dan lain-lain.

Semasa menunggu bas untuk berhenti, mereka-mereka ni sempat lah berbual dengan pak cik driver yang peramah+osem ni. Saya pun apa lagi, tidak dapat tidak terpaksalah TERdengar perbualan mereka.

Saya tak tahu kenapa, saya sangat terharu tengok mereka-mereka ni. Jelas terpancar aura gigih dan bersungguh-sungguh mereka untuk pulang ke kampus dan belajar. Saya tidak memandang rendah, tidak perlu pun. Tiba-tiba saya muhasabah sikap diri saya sendiri T__T

Saya rasa banyak sangat yang Allah bagi kat saya *ok, sebak*

Saya masih ingat sewaktu bercuti selepas jerih menjawab SPM 2007 dahulu kala [eh, dah 5 tahun berlalu!], saya mula menyimpan angan untuk masuk UIAM setelah membaca buku novel tarbiyyah pertama, Tautan Hati by ukhty Fatimah Syarha. Most tebal novel saya baca, ever.

Walhal, saya tak tahu apa-apa pun pasal UIAM waktu tu. Tak tahu pula untuk masuk ke UIAM kena masuk pusat asasinya terlebih dahulu. Dan tak semua orang lah berpeluang nak masuk Pusat Asasi tu kan :’)

Bila dah keluar result SPM yang tidak-cemerlang-tapi-baik-alhamdulillah tu, tengok-tengok tak dapat pun masuk Pusat Asasi UIAM tu. Ok, saya sedar diri lah kan. Siapalah diri ini, dengan result macam ni, nak masuk tempat gah macam tu. Skulmate yang dapat pun, course Medic, Pharmacy, dan Economics. 
Ingat lagi pertanyaan saya kat Anis, “Weh, amek economics nak kerja apa weh?”. Haha. Apa punya soalan daa. Si Anis yang baik ni pun jawab, “Entahlah weh. Aku pun tak tau!”. Sekarang Alhamdulillah, Anis bakal masuk 3rd year Bachelor of Economics kat UIAM Gombak dengan jaya and gembiranya.

Saya? Alhamdulillah, setelah semua cerita-cerita yang bitter, sour, masin dan manis tu di gaul, masih berdiri, sound and safe di Biomedical Science =)

Tapi saya terpaksa akui, ujian yang melanda saban waktu dan hari memang akan membuatkan kita terlupa maksud sebenar ‘syukur’ itu sendiri. Iyelah, saya tak maksum. Iman pun turun naik.

Punyalah terlupa nak bersyukur dalam erti kata yang sebenar, usah ditanya lah rasa bersyukur bila segala impian dipenuhi. Sebagai contoh, saya dapat masuk UIAM.
Bukan mudah, dan bukanlah bermakna saya nak bangga. Tapi setiap kali melangkah keluar dari kampus, expectation orang luar sangat tinggi. Especially kepada orang asing yang tidak mengenali diri ini. Kepada yang mengenali, mungkin boleh ‘menutup mata’ kepada segala kekurangan yang ada pada diri ini.

Contoh, di situasi pertama di atas.

Dan saya rasa susahnya kalau takde rasa bersyukur dalam diri ini. Allah terlalu sayangkan hamba-hambaNya, dia curahkan peringatan demi peringatan untuk saya mengambil ibrah, mungkin.

Hai, kalau saya tak berterima kasih kepada orang yang memberi hadiah kepada saya, apa yang bakal terjadi kepada hubungan kami agaknya? Analogi mudah.

Begitulah saya dan KITA perlu untuk bersyukur. Bersyukur dengan segala jalan yang telah Allah pilih untuk kita. Walaupun jalan tu pada mulanya hitam pekat, berduri, dan bukanlah diiringi kompang atau taburan bunga, tapi lihat, kita masih bernafas dan berdiri di atas bumi ni. 

Berbalik kepada analogi yang  kononnya mudah tu, bila kita mendapat hadiah selalunya, kita hanya gembira for the present for only minutes or maybe seconds je kot. Tapi kita gembira sebab si PEMBERI hadiah, oh maii, SELAMANYA tersemat di ingatan kan! =)

Perumpamaan ni saya tak ingat saya baca di mana, tapi saya rasa paling best untuk menjadi pengajaran untuk diri ini. Kalau mendapat hadiah, kita tak selalunya ingat apa yang diberi, tapi siapa yang memberi. Adakah kita mengucapkan terima kasih, kepada hadiah yang diberi, atau kepada pemberi hadiah?

Ha.. jawab.

Untuk menghadirkan rasa syukur pula, perlulah diiringi dengan positif mencari hikmah dalam setiap keadaan. Hikmah kan barang orang Mukmin yang tertinggal? Kalau ‘terjumpa’, cepat-cepatlah ambil tanpa pandang kiri dan kanan. Sila-sila! =)

O Allah, thank You and all praises be with You for all of the blessings that You have and will give me in the future.  :’)

Bila rasa bersyukur mula menerpa, kita pasti redha dengan segala ketentuanNya kan? Semua ini hanyalah milikMu, ya Allah =(

....................................................................................................

*Amazon : Muadzam Shah. Bukan saya yang gelarkan ok, penuntut kat situ yang panggil macam tu =D

*MyVi doctor : Gara-gara peristiwa saya dan adik, dan seorang HO di Hospital Ampang. Ok, terlalu peribadi. Maaf =D

P.S  Betullah kata orang, pasti ada sebab kukuh kenapa kita dipertemukan dengan seseorang. Dan kebetulan? Kebetulan selalu buat saya fikir 2,3 kali untuk menerima kenyataan sebenar. Mungkin realiti lebih diutamakan kot. Saya tak boleh hidup dalam fantasi ciptaan sendiri kot. Hanya realiti dari Ilahi yang diyakini. Sabar sabar =)

Untuk kak Adilah, okay mulai sekarang Anis akan taip nama penuh. Elak musykilah =D

Wednesday, July 4, 2012

522. خروج


= Keluar.


“M, tau bahasa Arab tak?” tanyaku, sambil berkerut-kerut dahi. M yang sibuk mengumpulkan duit syiling, duduk berhadapan saya terus memandang.

“Kenapa?” sudah menjadi kebiasaannya untuk membalas soalan saya dengan soalan dari pihaknya.

“Ni haa. Akak tak tau lah macam mana nak exit game ni. Adik akak la ni, sudah main tak tahu nak exit properly..” ujarku macam masalah besar sahaja, lalu menghulurkan handphone saya kepadanya. Malunya saya waktu itu, sebab handphone saya tiada application Games yang banyak. Hanya ada satu itu sahaja. Game mengenai permainan gitar. Err.

“Ohh Ø®Ø±ÙˆØ¬ la. Ø®Ø±ÙˆØ¬ kan keluar dalam bahasa Arab.” Katanya sambil menekan-nekan skrin handphone.

Itu pun saya tak tau, ayat basic bahasa Arab.

Tapi kerana satu pengajarannya, sampai saya masih ingat macam mana saya belajar perkataan Ø®Ø±ÙˆØ¬ itu. Dan setiap kali saya melihat atau mendengar perkataan yang bermaksud keluar itu, saya pasti teringat sejarah saya mempelajarinya, hanya dari seorang sahabat.

Yup, sahabat. Saya harap dia tidak akan ‘keluar’ dari hidup saya, sampai bila-bila, biiznillah =)



......................................................................................................

P.S It is never late to learn! =)

Tuesday, July 3, 2012

521. an-Nur =)



"Kenapa akak like page surau an-Nur ni? Akak pernah pergi ke?" tanya adik kehairanan. 


surau an-Nur ni kat Bangi kot. Tp yeah, saya pernah pergi surau ni.


Selalu teringin nak cari dan singgah di surau ni, since saya bersahabat dengan Haziqah. Setiap kali pergi rumah dia di Bangi, mesti nak tanya kat mana surau ni, lepas tu mesti lupa -__-"


Kalau melihat dalam takwim surau atau masjid area kl, surau ni antara surau yang paling aktif dan sering memanggil penceramah dan asatizah yang mantap untuk dtg memberi pengisian. esp bulan Ramadhan. memang berderet kot.


Alhamdulillah hanya pada tahun lepas, dalam bulan Syawal, saya berkesempatan ke surau ni dan mendapat peluang bersolat zuhur berjemaah. *walaupun saya sorang je jemaah perempuannya*


"Zuhur mmg jarang ada jemaah perempuan bie." kata Haziqah. Surau ni rupanya sangat dekat dengan rumah dia..








"Pergi Bangi pukul 12.30 kot."


"Awat awai sangat?"


"Sebabnya ada hajat =D"


"Ap hajatnya?"


"Ingat nak solat zuhur kat surau an-nur tu. hehe"


"Nak tengok siapa imam dia eh? Blh jgk. 12.45?"










.... Kinayah pertama diberi. Kalau tak faham juga, tak tahulah.


Aman ^_^

Monday, July 2, 2012

520. Gheja dan gaji.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,


"Berikanlah gaji kepada pekerja sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang dikerjakan."

[HR Baihaqi]








Teringat ketika diberi peluang merasai pengalaman 'bekerja' dahulu. Kala. =) 


Walaupun pekerjaan itu tidaklah susah macam seorang nelayan, ataupun seperti buruh, tapi cukuplah sebagai langkah pengenalan saya dan sahabat ke alam pekerjaan.


8-5. Check in lambat, gaji tolak separuh.


Saya dan sahabat mempunyai dua pilihan sebenarnya. UIA atau USIM. Pilih.


Ini merupakan kali pertama saya bekerja, dan dia, untuk kali ke berapa saya pun tak ingat.


We were on the phone while choosing the right place to work. Kelakar. Kami meng'list' kan semua kelebihan dan kekurangan. Termasuk kos penginapan, duit minyak, tol dan sebagainya. Woah. 


Akhirnya, sebulat suara, di UIAM tercinta =)


Sedikit pun tidak menyesal, walaupun paymentnya kurang sikit berbanding USIM.


Dan ketika masih tidak mendapat gaji pekerjaan sebelum berkhidmat di UIAM, sahabat saya ni menyatakan tentang hadis ni. Saya tak pasti kenapa tiba-tiba saya pun terhafal hadis ni, pada waktu itu. Mungkin ada peristiwa negara berkaitan gaji kot pada waktu tu.


"Itulah, gaji jadi cikgu pun tak dapat lagi ni. Macam mana ni, Nabi pun suruh bayar gaji sebelum kering peluh. Ni bukan takat kering dah ni.." gurau sahabat saya :')


Ok, kenangan.

519. Semester pendek.

Short semester.


Kenapa 'short'? 


Sebab semester pembelajaran hanya 7 minggu.


"Iyelah 2 bulan."-W


"Bukanlah weh, 7 minggu je!"-A


"Iyelah.. 7 minggu kan lebih kurang 2 bulan."-W


"Oh, a'ah ek."-A



"Ok, aku lupa pulak yang aku tengah bercakap dengan budak bio!"-W


Kurang asam -___-" Tak payah nak sakan sangat gelak.


*walhal diri sendiri tengah gelakkan diri sendiri.* =)


First time sepanjang menjadi Undergrad student, menjalani short semester. Well, I don't wanna miss a thing! =D


Mula-mula sampai di UIA Kuantan hari Selasa minggu lepas, sunyi. Phew, sangat sunyi. Tengok blok M8, macam "kosong, kosong ohh.." =D


Untuk short semester kali ni, student KOS dan KAHS diletakkan di M1. 


Dan again, sangat sunyi. Seriously, semester yang AMAT baik untuk ber'uzlah'. Titik.












Wacana Wanita dan Syariah
24 Jun 2012
Wisma FELCRA

P.S felcra kot =)


"Berdebar sikit bab2 FELCRA nih.."

"Kenapa?"

.......left unanswered.




Panelis mantop. 
Dari kiri : Dr.Har, bro. Hafiz Bai [moderator], ust Emran Ahmad




My childhood best friend is getting married!
dia : sama kelas dengan saya dan selalu berkepit dengan saya since standard 1-6.
Bukan senang nak maintain our friendship woh. Negeri-negeri memisahkan kami :')
Now, negara pulak [sebab dia study kat Aussie]

Semoga rabithah hati sentiasa mengikat 'hati-hati' kami. Walaupun dah berkahwin. ameen =)


P.S Biasalah girlfriends. Dulu bicara bab jodoh macam fairy tale. Rupanya Allah takdirkan dia bernikah dahulu.



"Haisy, buku ni bukan untuk orang yang 'futur' la.." geleng kak W seraya memandang adiknya yang tak berapa nak kecik itu =)

Buku TD warna kuning yang tak sampai RM10, Semoga saya memiliki 'kamu' untuk diri saya sendiri nanti =)





Sebuah bilik di M1. 

Semester ni mengajar saya untuk tidak terlalu 'mendedahkan' compartment saya di ruang tingkap -__-" 

Sebabnya, ramai 'pemerhati' di bahagian tingkap, dan di gajah menyusur yang mengadap exactly, juga di tingkap.

Oh, terima kasih mahallah office.




So, this is it!

Saya ternampak seuntai nama yang dikenali, hanya menerusi blog beliau.

Rupanya kita se'kapal' =D

Semoga Allah pertemukan kita kelak, ameen ya Rabb~





Disebabkan ianya dibuat di Main Auditorium IIUM Gombak yang tidaklah besar mana tu, saya redha sekiranya Allah tidak men'jodoh'kan saya untuk bertemu beliau, 16 Julai nanti.

Allah yusahhil.




Main Auditorium UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah.

Besar kot main audi dorang. Kecik sikit je dari Main Hall CAC.

"Kekasihku Seru" by Ust.Hasanuddin

Daebak habis.






"Awak tau tak jajan tu apa?"


dengan warga UNITEN yang pelbagai bangsa, ust. hasanuddin bijak memilih langkah ketika berbicara. tersentuh+kelakar+terkesan. 2 jam yang penuh ibrah!




.......................................................................................................


Permulaan short semester yang penuh 'warna-warni'. Sarat pengajaran. Pengalaman baru. Banyak tempat yang dilawati [walaupun dalam malaysia je]. alhamdulillah. 


Kadang-kadang, saya terlupa 'realiti' sebenar di luar sana. 


Di garisan permulaan semester pendek ni, saya terlupa yang saya ada 2 tahun lagi baki pengajian di UIAM. Dan seriously, rasa sangat bersyukur menjadi pelajar UIAM. Allahu akbar! T_____T


Kenapa? 


Tunggu.

Monday, June 25, 2012

518. Tak cemburu pun.


Ada dua orang sahabat baik. Seorang bernama Ahmad, dan seorang lagi bernama Umar.

Mereka bersahabat dengan erti sahabat yang sebenar. Duduk bersebelahan di dalam kelas, pergi ke sekolah sama-sama, sering mengulangkaji bersama-sama. Kebetulan jua, mereka adalah jiran.

Pada suatu hari, Ahmad TERbangun awal pagi untuk ke tandas. Sewaktu berjalan ke tandas, dia menjeling ke arah rumah Umar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia terlihat satu bahagian rumah Umar sudah terang, bermaksud telah terbuka lampunya.

"Wah, pasti Umar bangun seawal pagi untuk mengulangkaji.. Dan aku pula syiok tidur sedari malam tadi." sangka Ahmad. Dia berasa cemburu sendiri.

"Aku mesti mencontohinya!" tekad Ahmad pada awal Subuh.

Sejak hari itu, Ahmad sering mengulangkaji pelajaran dengan tekun. Dia sering tidur pada pukul 12 malam, dan bangun semula di awal pagi sebelum Subuh, untuk mengulangkaji pelajaran. Ahmad lansung tidak bertanyakan atau memberitahu Umar tentang 'habit' nya yang baru itu. Sangkaannya, Umar pasti sudah pandai.

Peperiksaan pertengahan tahun berlalu. Ketika keputusan diumumkan, ternyata Ahmad mendahului Umar dalam semua subjek. Umar mengucapkan tahniah kepada Ahmad. Ahmad pula seakan tidak percaya dengan keputusan peperiksaan Umar kerana dia mengenali Umar seperti dirinya, sering mengulangkaji bersama-sama. Tambahan pula, Umar pada sangkaan Ahmad telah mendahului bangun awal-awal pagi untuk mengulangkaji. Kenapa dia mendapat keputusan sebegitu rupa?

"Eh, yang bangun awal tu emak ana la. Emak haruslah bangun awal untuk membuat kuih dan membungkus nasi lemak untuk dijual pada sebelah pagi. Bukan ana." hujah Umar pada Ahmad. Ahmad yang konfius sedari tadi, hanya mampu tersenyum.

***

Maaf untuk karangan sekolah rendah saya :) Rasa macam dah lama tak mengarang esei pendek taraf ini :D

Sebenarnya, ilham ni dari majalah Solusi, dah tak ingat edisi ke berapa. Dan al-kebetulan terkait pula dengan diri ini untuk hari ini -_-"

Motif cerita di atas adalah berkenaan cemburu yang bertempat. Ya! Nasihat untuk Anis pada hari ini.

Sejujurnya, saya sangat cemburu dengan seorang hamba Allah ni.

Yup, saya kenal dirinya. Peribadinya. Dan hari ini, saya dapat tahu dia telah mendapat satu lagi nikmat bagi seorang pelajar seperti saya. Tak perlulah saya beritahu apa, dan ianya apart from CGPA yang dahsyat, sebab CGPA dia memang dahsyat pun.

Supposedly, saya tak perlu cemburu pun. Sebab Allah pernah memberi peluang kepada saya 'menjejaki' sewaktu saya Form 5 dulu.

Tapi sebab dia, saya nak cemburu jugak -___-" Boleh?

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang mudah cemburu orangnya [kot?]. Tapi bila bab hamba Allah ni sahaja, saya pasti rasa 'semacam'. Astaghfirullahal'azim. 

Cemburu saya of course, bukanlah cemburu buta. Tapi cemburu yang saya harapkan, ingin menjadi seperti Ahmad. Saya ingin mencontohi dirinya!

Puas melayan perasaan sorang-sorang, tiba-tiba bila terdengar slot Mukmin Professional di IKIM.fm, rasa lega amat, alhamdulillah :)

"Kebahagiaan terletak pada cara kita melihat sesuatu.."

"Kita pasti akan buat yang terbaik jika kita sentiasa mengingat tentang KEMATIAN.."

"Bagaimana untuk ikhlas? Sentiasa ingat yang kita ini hamba ALLAH.."

dan banyak lagi kuot kuot osem dari Ust.Pahrol :)







Saya mungkin sering membanding-bandingkan dirinya dan diri saya. Tiba-tiba saya rasa seperti hamba Allah yang tidak bersyukur T.T

Walhal dia sendiri pernah berkata, dan saya masih ingat kuot dia,

"Kejayaan seseorang berbeza mengikut tafsiran masing-masing.."

Mungkin, pada dia, itu hanyalah pencapaian yang biasa-biasa. Pada tafsiran dia. Tapi tidak bagi saya.

Pada tafsiran saya, dia selalu mengecapi kejayaan, dalam APA sahaja yang dia buat. Bersesuaianlah dengan pendirian, usaha dan peribadinya. Yup, saya akui itu.

Ternyata, seperti cerita Ahmad dan Umar di atas, saya harus jadikan diri saya seperti Ahmad. Cukup ke sekadar mencontohi?

Doa. Doa dan doa! ^_^

Saya terlupa, Allah LAGI MAHA MENGETAHUI. Saya tak tahu apa yang terbaik untuk saya, tapi Allah tahu.

Kadang-kadang, Dia bagi atau tak bagi, sebab Dia tahu, sesuatu itu TAK SESUAI dan TAK BAIK untuk kita, kalau bukan untuk sekarang, mungkin untuk di masa hadapan :')

Dan, kadang-kadang Dia bagi lambat sikit, sebab Dia tahu kita tak bersedia lagi, atau mungkin kita takkan bersyukur, kalau Dia bagi sekarang :')

Luas kan hikmah Allah?

Analogi mudah, bila seorang anak yang masih kecil mahu makan semangkuk tomyam yang panas dan pedas. Anda rasa emak kepada anak kecil itu akan bagi kepada anaknya atau tak?

Pastilah tak kan?

Pasti si emak akan berkata, "Kamu boleh makan sepuasnya bila kamu dah besar nanti." sambil memujuk anaknya. Sebab si emak tahu, makanan itu tak sesuai untuk anaknya pada waktu itu.

Tu baru emak dengan anaknya -.-







Luahan dari saya-yang-tak-perfect-tapi-nak-perfect-di-mata-Allah-bukan-manusia :(


.......................................................................................................


Cemburu punya pasal, dari cerita Ahmad sampai ke tomyam saya taip! -___-"


Manusia. Tak pernah puas. Jarang bersyukur. 


ya Allah, jadikan kami hambaMu yang bersyukur. :'(

Sunday, June 24, 2012

517. Jzkk.

"Jazakallah.."


Satu signage bertulis seperti di atas dilekatkan di penjuru meja, sebagai tanda mengucapkan terima kasih kerana mengambil flyers yang disediakan di atas permukaan meja tersebut.


Seorang pak cik mendekati meja tersebut. Saya yang berdiri bersebelahan meja untuk menyerahkan flyers tersebut hanya tersenyum. Pak cik tersebut al-kebetulan merupakan salah seorang jawatankuasa majlis wacana tersebut.


"Eh, apa maksud ni?" tanya pak cik tu kepada saya.


"Err. Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu? Terima kasih dalam bahasa Arab?" jawab saya dengan soalan, macam tercengang-cengang. Saya pasti ada penjelasan lebih dari pak cik ni, sebab saya kenal beliau sebagai yang senior kot. Takkanlah yang ini pun....?


"Jazakallah tu maksudnya "Allah membalasmu..". Memberikan apa? Melimpahkan apa?" tanya pak cik itu lagi sambil tersenyum, meng'explain'. 


Saya macam 'errr..' lagi sebab tiba-tiba rasa malu menyelubungi T.T


Saya balas dengan senyuman lagi, sambil meneliti signage tu.




Dari Usamah bin Zaid r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa yang dibaiki orang [dibantu oleh orang lain], kemudian dia berkata kepadanya, "Jazakallahu khairan" [semoga Allah membalasmu dengan kebaikan], maka dia telah memujinya dengan setinggi-tingginya."
Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hasan sahih.


Memang benar teguran pak cik tu. "Jazakallah.." bermaksud "Semoga Allah membalasmu.."
sahaja. Sepatutnya diletakkan "khairan" sekali. Barulah mencapai maksud sebenar doa tersebut.

Sejak peristiwa tu, seboleh-bolehnya saya menaip penuh "Jazakillahu khairan" untuk memaksudkan perkataan itu :) kalau tak mampu/muat, boleh diganti dengan "syukran" atau "jzkk." :D

Mudah?

Pasti ada yang bertanya, "Alahai, hat ni pun nak komen panjang2 ke? Taip aje la "tq.." habis cerita."

Sekadar berkongsi teguran pak cik tu. Sebab sekarang ni ramai suka tulis short form je kan. Janganlah bershort form, sampai tak tertuju maksud sebenar doa kita tuh ;)

Jazakillahu khairan kathira kerana sudi membaca ^_^

Friday, June 22, 2012

516. Lead?



"Saya rasa saya akan surrender jawatan tu. Seriously, I know my own capabilities. I cannot and never been a secretary.."


Menunggu reaksi seterusnya.


"You know I've been competing for presidential position, but still I've been chosen for secretary."


"... or do you think I need to challenge myself and grab for the position? Sebab tiba-tiba saya rasa saya tak versatile pulak.."


Senyum. 

Seriously, saya kenal hamba Allah ni dengan posisi yang atas-atas sahaja.
Dan, saya pun tak tahu nak bagi nasihat yang macam mana, melainkan untuk dia istikharah cinta sahaja :)

Tapi, pada pandangan saya, leadership can always be defined into two :

-to lead
-to manage

Some people were born to lead, and lead. Bukan bermakna dorang tak berbakat dalam managing.

But there are certain people who can manage things, and they are rarely can lead people.

Even dalam organization chart, we can see people who are lead the way, or manage things/tasks.

Kalau dah sentiasa diberi jawatan VP or Pres, how can we expect them to be a secretary?

They are not ranked, just being classified. So that we can complement each other :)

But to me, we can always challenge ourselves to try one. 

And only then we can learn how to be a versatile people :)

Even seorang pelakon pun mahu mencuba pelbagai watak. Bukan tipikal yang baik-baik atau yang jahat sahaja. 

Apatah lagi orang 'biasa' macam kita :)

Because we never know our real talent, our real capability, until we try.

So, to try out is about taking risks. Well, there always be risks in everything we do, tho we enjoy doing it so.

Take risks people. Pray and leave the rest to Allah.


.................................................................................................

Istikharah cinta = istikharah prayer
                        = a song by Sigma

Thursday, June 21, 2012

515. Complementary.




"Positif."


Itulah impresi pertama, kedua dan banyak kali bila mendengar pengisian Dr.Muhaya :)


Antara kuot ohsem beliau :


# "Jangan tambahkan jariah dosa. Kita mahukan jariah pahala." - nasihat untuk wartawan.


# Banyak sangat [sebenarnya tak tertulis. maka tak ingat. syabas anis.]


Tapi yang paling terkesan,


"Antara cara untuk hidup bahagia, dan tenang, adalah dengan menerima orang lain seadanya. Terima kekurangan mereka, ingat yang kita dilahirkan dengan bakat berbeza-beza. Mungkin saya mampu bercakap di sini [memberi pengisian], anda mampu mendengar di hadapan saya, camera man pandai mengambil video. Di situlah tujuan kita diciptakan dengan perbezaan, untuk complement each other."


Complement each other. Takmil wa istikmal :)


Mudahnya, Dr. Muhaya berpesan supaya tidak mengeluarkan kata-kata persis begini.


"Kenapalah awak ni tak macam saya ya? Berdisiplin. Kenapalah awak macam ni? Isy isy isy."


Allahu. siapalah kita ni pun T.T


Sudi lah terima kekurangan diri yang lain, semoga orang lain dapat menerima kekurangan kita seadanya.




:)




....................................................................................................


"What you see in other people is a reflection of yourself. A person of goodness sees goodness in others and a person of evil sees evil in others." - Omar Suleiman.


^^



End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...