Satu signage bertulis seperti di atas dilekatkan di penjuru meja, sebagai tanda mengucapkan terima kasih kerana mengambil flyers yang disediakan di atas permukaan meja tersebut.
Seorang pak cik mendekati meja tersebut. Saya yang berdiri bersebelahan meja untuk menyerahkan flyers tersebut hanya tersenyum. Pak cik tersebut al-kebetulan merupakan salah seorang jawatankuasa majlis wacana tersebut.
"Eh, apa maksud ni?" tanya pak cik tu kepada saya.
"Err. Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu? Terima kasih dalam bahasa Arab?" jawab saya dengan soalan, macam tercengang-cengang. Saya pasti ada penjelasan lebih dari pak cik ni, sebab saya kenal beliau sebagai yang senior kot. Takkanlah yang ini pun....?
"Jazakallah tu maksudnya "Allah membalasmu..". Memberikan apa? Melimpahkan apa?" tanya pak cik itu lagi sambil tersenyum, meng'explain'.
Saya macam 'errr..' lagi sebab tiba-tiba rasa malu menyelubungi T.T
Saya balas dengan senyuman lagi, sambil meneliti signage tu.
Dari Usamah bin Zaid r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa yang dibaiki orang [dibantu oleh orang lain], kemudian dia berkata kepadanya, "Jazakallahu khairan" [semoga Allah membalasmu dengan kebaikan], maka dia telah memujinya dengan setinggi-tingginya."
Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hasan sahih.
Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hasan sahih.
Memang benar teguran pak cik tu. "Jazakallah.." bermaksud "Semoga Allah membalasmu.."
sahaja. Sepatutnya diletakkan "khairan" sekali. Barulah mencapai maksud sebenar doa tersebut.
sahaja. Sepatutnya diletakkan "khairan" sekali. Barulah mencapai maksud sebenar doa tersebut.
Sejak peristiwa tu, seboleh-bolehnya saya menaip penuh "Jazakillahu khairan" untuk memaksudkan perkataan itu :) kalau tak mampu/muat, boleh diganti dengan "syukran" atau "jzkk." :D
Mudah?
Pasti ada yang bertanya, "Alahai, hat ni pun nak komen panjang2 ke? Taip aje la "tq.." habis cerita."
Sekadar berkongsi teguran pak cik tu. Sebab sekarang ni ramai suka tulis short form je kan. Janganlah bershort form, sampai tak tertuju maksud sebenar doa kita tuh ;)
Jazakillahu khairan kathira kerana sudi membaca ^_^
2 comments:
Jazakillahu khairan kathira kerana share
=))
hehe. afwan dear =D
P.S sorry kita mmg selalu terlepas pandang komeng2 kat blog. if it's on FB, then i'm among the fastest. ecehh =)
Post a Comment