Tuesday, April 3, 2012

Turkish Delight =)

"Terus-terusan memikirkan masa lalu hanya akan membunuh masa depan. Bukankah semua orang layak diberi kesempatan?"


-Oki Setiana Dewi, Melukis Pelangi =)




Suka sangat! 


Lepas dapat wish daripada seorang akhawat disayangi :D


AKB, awak menghantuk kepala saya laa!


:)




Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada seorang guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.


Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."










Cikgu : "Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...."




Sweet kan? Sangat sweet, indeed! Terima kasih ukhty AKB atas mesej bermakna ni. Sangat KENA dengan mood, mode, dan keadaan yang kelam kabut ni. Allah.






P.S : Kenapa Turkish Delight? Sebab rasanya sangat manis. Walaupun rasanya pelik, tapi rasa manis tu lagi TERASA :)


CFSIIUM. Pre-Baksis 2010 ^__^





No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...