***
"Erm, kita nak sangat jadi orang yang lemah lembut." kata F tiba-tiba dalam suatu iftar jama'ie. Kami sedang rancak berta'aruf [buat kali ke berapa entah], sambil beriftar [don't do this at home]. Menunjukkan yang saya bukanlah seorang yang 'rapat' dengan F ni. Tapi, macam BAKAL rapat je, insyaAllah. Sefikrah. SeKEPALA :P
"Erm, kita pun. Macam mana ek?" tanya saya. Lebih fokus pada makanan untuk disuap :P Kami tidak menghiraukan akhawat lain yang hanya makan, sambil memandang kami.
"Entahlah." jawabnya, seperti dihurung resah, tetiba.
"Kita nak sangat jadi lembut macam L." kata saya, tiba-tiba disambut gelak perli oleh F. Ceh.
"Itu lembut sangat tuh! Terlebih lembut!". Amboi, rancaknya gelakkan saya.
Itulah. Tak sangka pulak F ni sedar berfikiran macam saya. Telepati pulak kan. Selama ni ingatkan syadid sangat mak cik ni :P
"Kak F garang? err." kata Q, terkezut dengan pernyataan saya. :)
***
Lemah lembut. Tenang. Penyantun. Sabar.
Pakej yang tidak lengkap. Saya takde pakej ni, secara jujurnya [air mata laju] T.T
Dahulunya, semasa 'jahil' dahulu kala, saya sering memandang enteng perkara ni.
"Oh.. lembap." ujar saya. Angkuh. Semacam tiada iman di hati. Haih, astaghfirullah.
Bukan menghina, jauh sangat mencaci. Tapi contoh orang yang mengamalkan kelembutan penuh ayu dan santun, sangatlah membuatkan saya mempunyai satu impresi yang semacam 'tidak senang' gituh. Menjadi fitnah kepada sifat lemah lembut itu sendiri. Suka suki nak menambah satu lagi kata adjektif [suka hati je!] kat belakang lemah-lembut-_______.
Lembap.
Bukanlah tidak mahu, sangat cemburu, okayh. Saya sangat cemburu sebenarnya. Cemburu kepada mereka yang mempunyai sifat lemah lembut yang mempesonakan ni. Macam saya terpikat dengan kereta Persona Elegance berwarna purple gelap tuu. Eh.
Bukan tak pernah CUBA untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian. Penat. Bila mana mahu mencuba, pasti ada yang tak percaya, lepas tu mula 'buat muka' :P
"Eh, Anis ni kenapa pulak?"
Haha. Ingat lagi kata2 roommate waktu kat CFS dulu.
Semakin menghadapi hari-hari bahagia [ceh] kat UIAM Kuantan ni, semakin bertambah umur, semakin terpikat dengan antara sifat-sifat Allah yang wajib kita imani dan taat ni ; ar-Rahman dan ar-Rahim. Maha Pemurah dan Maha Pengasih.
Dan, antara status FB [ceh lagi] yang saya NAK sangat post adalah, dengan meminta pandangan sahabat2 on..
"Macam mana nak jadi orang yang lemah lembut?"
-_____-"
Serius. Saya nak sangat tahu. Dalam buku al-Ustaz Edisi Perdana,
"Kelembutan yang terbina dalam hati, bukan lakonan. Akarnya ialah sifat rahmah yang terpasak di hati. Lalu pohon ini subur, terzahir pada tindakannya yang tenang, kata-kata yang halus dan tidak menyakitkan, sedap didengar telinga, enak dijamah hati dan yang paling penting, sifat ini datang dari kehalusan jiwa dan pengabdian diri secara total terhadap Allah."
Tanya kembali pada diri, kenapa berusehe sangat nak jadi lembut ni?
Jawabnya, "Kerana kita ingin merebut kasih dan cinta Allah. Lalu kita BERIKHTIAR dengan izinNya untuk menghiasi diri dengan sifat2 yang disenangi Allah S.W.T."
So sweet :')
Awas! "Setiap manusia harus yakin bahawa tiada kekuatan untuk berakhlak mulia dengan izin Allah."
Kat sini pun ada bagi tips berguna, insyaAllah. :)
- Pelajari ilmu al-Quran dan hadis Nabi tentang keutamaan sifat lemah lembut dan penyayang :)
- Bersahabat dengan sahabat sahabat yang memiliki sifat tersebut :)
- Berkongsilah dengan suami [err] dan anak-anak [err] tentang keazaman kita untuk memperbaik akhlak dan menghiasi diri dengan sifat lemah lembut dan penyayang, supaya mereka boleh mengingatkan kita tentang keazaman tersebut, andai kita terlupa :) *bagi yang bujang trang tang tang macam saya, roommates dan kawan baik boleh jadi kot* :)
- Kerapkan muhasarawak diri :)
- Berdoa kepada ALLAH agar Dia memimpin kita untuk memiliki akhlak terindah :)
Awak awak dan awak, kalau ada tips2 berguna yang lain, silalah kongsikan yeh!
Nak jadi lebih lembut. Wishlist ke-3#
Ameen.
No comments:
Post a Comment