Tahun 1976
"Aliya, mohon jumpa saya di warung Haji Sudir. Ada perkara penting mahu saya terangkan."
10 minit. 30 minit. 1 jam.
Afiq menunggu dengan tabahnya. Namun bayang Aliya tidak menjelma.
Afiq redha.
Tahun 1980-an
"Aliya, saya nampak awak masuk televisyen semalam, menang acara larian. Hebatnya awak, marilah berjumpa! Ada hadiah khas untuk awak."
10 minit. 30 minit. 1 jam.
Aliya tidak memunculkan diri. Afiq berdiri seorang diri, ditemani hujan lebat di bahagian luar bangunan.
Afiq redha.
Tahun 1990-an
Hp Aliya bergetar, petanda satu SMS masuk. Skrin handphone berkelip-kelip.
"Aliya, saya mahu jumpa awak, di kantin. ASAP."
Aliya mengeluh. Lantas meng'delete' SMS tersebut, dan meneruskan langkah menuju ke kelas.
Afiq hanya merenung tingkah Aliya dari jauh. Terkilan.
Tahun 2010
"Haha. Aliya memang milik aku sekarang! Dia nak atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, kalau aku rindu, aku ada gambarnya. Kalau aku rindu gerak-gerinya, aku ada videonya. All thanks to this so-called internet! Live the life without boundaries!"
Afiq ketawa besar di hadapan laptopnya. Puas. Dia tidak perlu makan hati sorang-sorang selepas ni sebab Aliya telah menjadi 'miliknya' tanpa Aliya sedari sendiri.
Afiq yang sedang menuntut jauh di Manchester, sibuk membelek2 gambar Aliya di laman sosial milik Aliya.
Oh.
Saya yakin semua perempuan tidak mahu menjadi bunga yang 'biasa-biasa'. Yang keindahannya dapat diterokai makhluk Allah yang tidak halal baginya.
Apa bukti kita menjaganya?
Adakah sekadar bertudung litup? Sekadar menegaskan suara? Sekadar 'buat muka' menunjukkan 'tidak suka'?
Susahnya menjadi 'gadis semasa'.
Tapi jangan dilupakan janji Allah yang Maha Esa.
InsyaAllah ^__^
Gadis semasa = Gadis yang hidup di zaman pertengahan. Macam kita.
P.S Ilham dan idea asal daripada entry kak Umairah Shafie. Saya olah sikit sesuai dengan citarasa SAYA :P ilham sebenar daripada ALLAH jua.

No comments:
Post a Comment