Monday, April 23, 2012

Sampai syurga.




Dalam perang Uhud, kaum Muslimin mengalami kerugian peperangan, setelah sebelumnya sempat mengalami kemenangan yang signifikan. Kaum Muslimin kehilangan 70 orang syahid. Di antara mereka adalah Hamzah, yang mana, tubuhnya dipotong menjadi 70 potongan T.T


Dalam keadaan yang sangat sulit, kaum Muslimin harus menggali kubur untuk para syuhada'. Nabi memerintahkan agar setiap dua orang sahabat dikubur dalam satu liang. Mereka tetap melakukan penggalian, walhal mereka amat kepenatan. Mereka berasa sangat sedih sekali, kerana kehilangan saudara mereka yang syahid.


T.T


Ketika penggalian kubur berlansung, tiba-tiba Rasulullah S.A.W meminta agar mereka berhenti melakukan penggalian.


"Mengapa ya Rasulullah? Kami ingin menyelesaikan penguburan ini. Kami ingin pulang ke rumah. Kerana kami sudah penat dan lelah. Mengapa kami harus memberhentikan pengkuburan mereka?". Demikianlah para sahabat bertanya.


Rasulullah S.A.W menjawab, "Carilah dua orang antara korban peperangan ini, Amru bin Jamuh dan Abdullah ibn Haram."


"Mengapa ya Rasulullah?"


Rasulullah menjawab,"Kuburlah mereka berdua di dalam satu lubang. Kerana mereka berdua sewaktu di dunia, saling mengasihi kerana Allah."


[Ibnu Sa'ad, Ath-Thabaqat al-Kubra]




















Sweet much?




Sweet enough. Allahu Rabbi T_________________________T














[Sumber asal : buku Quantum Perubahan/Quantum Change by Amr Khaled. Sumpah best buku ni]

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...