Sunday, April 22, 2012

Hak kamu itu.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang diantaranya tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman al-Farisi, sahabat baiknya, telah menegurnya dengan sebuah hadis yang bermaksud,

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu, dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Rasulullah S.A.W mendengar ucapan Salman, Baginda berkata, "Benarlah Salman." [Hadis Riwayat Bukhari]


Hadis ini merungkaikan tentang hak. Selalunya bila cakap pasal hak, mesti kita [saya selalunya] cakap pasal tanggungjawab. Hak isteri, hak suami, hak cipta terpelihara, semuanya yang berat-berat belaka.

"Ini hak aku! Aku yang punya!". Ini pun sejenis hak juga -_____-"

Dalam hidup sehari-hari, selalulah nak rasa penat. Pergi kelas, penat. Buat aktiviti sket, penat. Jadi komiti program, penat. Nampak sangat hati tu tak besar *menangis laju*

Bila dah penat, maka semakin susahlah kita nak memenuhkan hak-hak yang lain. Hak-hak yang dimaksudkan dalam hadis kat atas tu, especially!

Kalau kita perasan, semua benda sekeliling kita ada hak masing-masing. 

Dan, kalau kita tak penuhi hak itulah, yang Allah akan tanya pada kat Sana nanti.

T.T

Lately, saya sukar betul nak penuhi hak roommates saya. Aduih.

Memanglah kami bertegur sapa, itu je lah the simplest thing that I can do. Sebelum keluar bilik, jerit nama Aqlili, tengok dia menyahut ke tak. Lepas tu tanya sepatah dua, then keluar.

Pada sebelah malam, tanya Anis Ahmad pasal kelas [both of us je yang sama course dalam bilik kami] [nama pun sama, so kena panggil nama ayah sekali], dia pasti akan  jawab dengan semangatnya. Dah habis tanya, tidur.

Itu yang terjadi, sejak mula bulan April ni. Bulan HECTIC HABES sedunia. Bukan saya je yang terkejar-kejar dengan esaimen etc, orang lain pun.

Tapi, dah lama rasanya tak pergi cafe bersama-sama dengan Aqlili. Rindu nak spend the whole days kat compartment dia. Bawak dia p makan :')

Eh, touching pulak. La ni, dia pulak busy. Busy explorace. Bulan April ni je, dah 3,4 kali g explorace. 

Ok, ini bukan post pasal Aqlili :P

So, roommates itu sendiri ada hak ke atas kita. Saya nak ingatkan diri saya, selalu-selalulah bertanya khabar kat mereka, walaupun dah terang tang tang tang depa tu sihat wal afiat :D

Tanya lah, ada barang keperluan tak cukup ke? Boleh lah kita p beli barang sama2 :)

Jangan lupa roommates anda. Dorang adalah orang YANG PALING DEKAT dengan kita kat kampus ni. Nak harapkan teman baik anda, sah-sah la dorang tu bilik pun lain, level pun lain, blok lain, entah2 mahallah pun lain~ Tapi kalau kawan baik adalah roommate anda sendiri, untunglahhh :)

Bila cakap pasal 'hak', ingatlah yang paling hampir dengan kita. Because we tend to ignore those small, picisan, close and whatever things that nearer to us. Selalu nampak hat besaq, jauh nun tu ja. 

Ingatlah juga, bilik kita mempunyai HAK ke atas kita. Bersih-bersihkan la, jangan nampak serabut sangat aihh.

Jangan luaran tampak hebat, tapi dalam, hampagas -___-
Tak sempurna tak pa, memang lumrah kita. Tapi apa salahnya mengejar kesempurnaan?
:)

Macam amik rotan pukul diri sendiri nampak?




******************************************************






Hak saya juga, untuk menerima teguran daripada orang lain. Untuk terima surat 'cinta' dari orang lain. Hah.

:)







Hak kawan-kawan yang perlu dipenuhi :)









Berebut lah kome!

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...