Assalamualaikum.
Selasa lepas, saya dan rakan-rakan se'batch' [woah] telah pergi menjayakan [dan memeriahkan] the Callidus's Bowling Tournament kat Megalanes at Berjaya Megamall :)
The Callidus is my batch's name. It stands for the effectiveness of thinking quick. Err, lebih kurang macam tu lah mafhumnya :D
Well, to be honest to the bone [eh?], ini merupakan aktiviti batch pertama yang saya join :P *clap clap*
Kenapa first time?
Entahlah. It took me about a year [pergh] untuk meng'adapt'kan diri dalam kalangan muka-muka baru yang muda setahun daripada saya ni.
Bukan sombong, tidak. Bukan perasan bagus, bajet senior, oh tidak tidak. Tapi nak buat macam mana, lumrah kot. Mujurlah ada juga beberapa orang sahabat lain yang se'umoq' dengan saya :) Tak lah rasa keseorangan :)
Batch saya, hampir 98.9% adalah berusia 21 tahun.
Yang muda lagi, wallahua'lam. Yang lagi tua, sayalah, dan beberapa kerat tu :)
Hamdan lillah, Allah bagi saya 'can' nak sekelas dengan kawan-kawan SE BATCH waktu di matrik dulu. Tidaklah rasa canggung semacam.
Tapi, agak weird la masa mula-mula masuk main campus dulu *_*
Mujur juga kenal beberapa orang junior semasa di CFS dulu. Kalau tak kenal sorang pun, memang payah sangatlah!
So, ni aktiviti first. Apa motif saya join?
Haaa. mestilah ada objektif kan? takkan nak buang masa macam tu je :P
- Nak bermu'ayashah dengan orang-orang baru. Err. Get to know each other?
- Sebolehnya nak jadi qudwah. Erm, maksudnya, boleh je nak berbowling kan, tapi kena lah patut rules Allah. Hm.
Pada masa yang sama, nak MAIN BOWLING LA OF COURSE! DAH LAMA KOT TAK MAIN.
Ketaq tangan pegang bola bowling saiz 12 -___-"
Tapi kan, banyak jugak perkara yang tak di sangka2 saya belajar daripada game ni ;)
- Usaha MEMANG dan SANGAT tangga kepada kejayaan kita. Oh ye, kejayaan itu memang milik Allah sepenuhnya. Tapi kita sangat digalakkan untuk berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Hm.
- Istiqamah dalam perjuangan. Jangan mudah menyerah kalah apabila PENAT melanda. Stay cool and calm. Kalau rasa nak give up, fikir balik kenapa kita BUAT BENDA TU at first place ;)
- Hidup ni jangan nak sombong sangatlah.
- Jangan tergopoh gapah mengejar kemenangan yang 'dunia2' ni je. Cari juga redha Allah di mana2 sahaja :)
Well, semua pengajaran tu saya yang dapat sebenarnya :P
*malu*
Contohnya, untuk game 1st [kitorang main 2 games], saya kalah teruk kot. Dalam group saya, saya dapat no 3, which was, teruk lah untuk portfolio bowling game saya [poyo] Dah la dapat score 79 je. Ya Allah. Tapi takpe, fine. No 1 was Seha. She got 90+ something which i forgot the exact score she got :P
Sebab teringat balik niat saya nak main bowling tadi kan. Plus, nak suka-sukaan, bukan nak tense2 sangat pun [poyo]
And then, we proceed to the 2nd game. Sebelum start tu, saya dengan Ruby pergi lah beli popcorn dengan ayaq kat kaunter wayang kat bahagian luar.
Sambil main, sambil makan popcorn caramel saiz large. Pergh! Lupa sekejap ada exam Parasitology pada hari Khamis nya :D
Waktu ni, semua dah macam 'malas' nak main. Iyelah, penat juga main bowling ni, walaupun tak kena lari-lari atau defend apa2 pun kan. Lenguh segala urat tangan dan bahu ni.
Saya pun termasuk sekali. Tapi bila dah fikir, "alang2."
Hamdan lillah, memang Allah mengajar something la untuk saya, secara peribadinya.
Daripada markah yang teruk tadi, Allah bagi can merasa naik atas sikit, walaupun bukan paling atas :P
Dan, I'm so happy with that. Truly. Eheh.
Itu pengajaran yang kedua saya dapat. Jangan mudah menyerah la kot, lepas tu enjoy je game tu.
Sebab kalau dibiarkan rasa penat dan malas dan main entah apa2 tu menguasai diri, maka memang kalah ler jawabnya.
Boleh kot apply dalam study jugak.
Tak reti la weolszz nak tangkap gambar ramai2 ni :)
The sisters :)
Eh, semangatnya orang tu nak aim bola -_____-
P.S Oh, suka sangat bila ada sorang junior tu mula recognize saya. Sebab saya pernah buat 'something' dulu kat dia. Tapi dia tegur saya dulu. Weehuuuu~



No comments:
Post a Comment