Thursday, March 1, 2012

Kumbang yang bukan seekor.

Salam Jumaat :)

Agak terkejut membaca entry seorang sahabat lama of mine, which is my primary schoolmate punya blog baru-baru ini.

:)

Sebagai kawan yang agak rapat kepada N, rapat lah jugak sebab saya tahu dia memendam perasaan kat seorang lagi kenalan, or classmate kami sewaktu darjah 6, S.

Saya tak lah begitu kenal S ni, sebab saya tak bersekolah agama dengan dia. Tapi yang saya konfem ingat sampai bila-bila, adalah kerana dia merupakan pencabar terhebat saya sewaktu trial UPSR 2002.

Heh, cerita lama :D

Dan yang saya lagi konfem is, kawan saya si N ni sangat meminati beliau, sejak dulu lagi. Yup, sejak kami sekolah rendah.

Mungkin itu antara sebab saya tak de perasaan lansung kat S ni kot, selain daripada faktor ketinggian :P [okay jahat]

S ni, ramai peminat kot. Dahlah pandai, pendiam, sprinter, jenis menghormati perempuan, lemah lembut, dan dia sering bersongkok. Memang thiqah la kalau nak kira. Dan alhamdulillah, sehingga ke saat ini, melihat FB nya, saya rasa dia masih kekal begitu :) oh, sekarang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Cairo University, Misr :)

eh, macam KCB pulak ayat ni :P

Ok, berbalik kepada entry blog N, baru-baru ini dia telah meluahkan rasa hati kat S ni.

Yang membuatkan saya, "oh my oh my" sepanjang membaca entry dia :')

Sungguh, saya tak percaya dia berani mengaku, walaupun via sms [ke mesej, xpasti], but STILL!

Tak semua orang berani buat macam tu kot!

Saya? Memang tak lah.

Saya kagum, sebab N meluahkan perasaannya untuk mengetahui perasaan S terhadapnya, dan maybe nak confirmkan sama ada perasaan itu boleh dilanjutkan, atau better NOT.

Kagum. Bagus. Yeah, semuanya. Saya bukan memerli, tapi ini satu pujian dalam langkah nak menjaga hati :)

Apa pun keputusan daripada pihak lelaki, itu belakang kira, yang penting, kita berusaha untuk move on in the right way. 12 tahun untuk memendam perasaan, itu sangat lama okay?









Dalam kisah luahan ni, ternyata keputusan yang diberi S, saya sendiri personally tak pasti apa jawapannya. Mungkin N lebih arif dan tahu. Tetapi, saya sangat terharu bila membaca balasan mesej daripada pihak S, yang sangat berhemah dan berhikmah. Saya rasa, kalau jawapannya NO sekalipun, saya tak kisah, kerana isi mesej beliau yang begitu menyentuh hati. Bagi sayalah, sebagai seorang perempuan :)

Begitulah mengendalikan perempuan. Tidak boleh keras, kerana 'ia' akan bengkok, tapi tak jugak boleh terlalu berlembut, takut tak sampai mesej sebenar.

Apa yang saya pasti, di pengakhiran mesej S, dia mengingatkan N untuk sama-sama mengejar mardhotillah :)

Apa sahaja, pastikan semuanya kerana Allah, kerana redhaNya yang kita cari, bukan redha manusia.

Saya tersentuh, sebab secara jujur, susah untuk mengenal lelaki sebegini di fasa dan zaman ini :)

Hendak meluahkan, memastikan rasa hati yang sebenar dengan bertanya kepada pihak lelaki itu sendiri, tidak pernah terbayang oleh saya, sebagai seorang perempuan biasa. Jadi bila seorang perempuan yang biasa melakukan perkara yang agak luar biasa sebegini, sepatutnya seorang lelaki mengambil pendekatan penuh hikmah, bukannya memaki hamun, menyindir2, memerli lalu mencemuh perempuan tersebut, seperti yang biasa kita tengok dalam tv -.-

Saya rasa, itu mungkin usaha terakhir sahabat saya untuk memastikan future dia dan menjaga hatinya. Asbab tidak perlu untuk mengharapkan yang bukan milik kita [sentap sendiri]. Teringin juga nak tahu apakah langkah seterusnya sekiranya lelaki tersebut memberi keputusan positif :) Tetapi saya biarkan ia terjawab sendiri bila sampai waktunya ^_^

Kepada sahabat saya, yang saya kasihi kerana Allah, namun tak saya zahirkan kasih sayang itu :D, anggaplah ini semua takdir yang berhikmah. Saya terlalu yakin, Allah akan menggantikan seseorang yang jauh lebih baik untuk N, kalau N mampu untuk bersabar pada waktu ini. Saya pernah melalui fasa-fasa menguji kesabaran, walaupun bukan berkisar tentang perasaan dan hati, tapi saya kira lagi jauh mencabar kot. Saya berusaha untuk SABAR, alhamdulillah, Allah memang ganti dengan lebih baik wa cakap lu! :)

Kita merancang, merancang untuk memendam perasaan kita, tapi jangan lupa Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu sangat sempurna! :)

Memandangkan S membalas mesej dengan penuh tertib sebegitu, saya tak rasa N begitu sedih sangat sangat, saya yakin N tetap teguh dengan janji Allah yang satu :)

Kita mungkin kecewa, siapa pula yang tak kecewa, after all this years :') Tapi, itulah sebaik-baik pengajaran, kalau bukan untuk N, untuk sahabat2 sekeliling N, yang mungkin ada yang memendam lagi lama daripada N.

Teruskan kehidupan seperti biasa, memandangkan lelaki itu cakap, "persaudaraan kita takkan terputus selagi kita berpegang dengan aqidah yang sama." :)

Bersangka baiklah dengan Allah. Jangan mudah terbuai dengan perasaan kita, sebab Dia pencipta kita kan? Of course Dia lagi tahu siapa yang sesuai dengan kita :)

Hurm, panjang pulak berleter. Smile always, N. Innallaha ma'ana :)













P.S : Teringat quote sahabat karib-sayang, "Kalau melalui orang tengah mesti lagi sweet!".

Mula berkira-kira dalam hati :) Memandangkan umur bakal menjengah 22 tak lama lagi. ^__^

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...