Wednesday, February 29, 2012

26 Februari tiap-tiap tahun!

Assalamualaikum.

Hehe, ok fine saya lambat 3 hari. Tapi tak pernah lambat rasanya sebab saya nak 'treat' dia hari ni :D

Ok ok rahsia ;)

Hari Ahad lepas was my roommate's birthday. Siapakah?

Biar saya panggil dia Aq :)

Nama panjang dirahsiakan :P

Well, ini first time saya wish dia kot. Sebab saya baru je kenal dia *walaupun satu batch kat CFS tapi tak pernah sekelas hampagas* masa pertandingan Debat Antara Sekolah last year.

Tapi, sebelum ni kalau selisih, saya tahu la dia budak Physical Science. and sekarang doing maths science kat UIAM Kuantan terchenta ni :)

Oh, sebab dia bestfriend to my bestie jugak kot. Ehhe.

Tapi tak pernah berkesempatan nak tegur. Err, bukan sombong.

Sekali tu, sombong punya pasal, masa pertandingan debat, adalah beberapa orang je hamba Allah yang terpilih dalam kalangan pelajar UIA Kuantan yang beribu ni. Ok, bukan terpilih lah sangat, tapi hamba2 ni je yang ghajin nak apply semua tu ;)

Dan, saya adalah satu2nya dari Biological Science dept. Pergh.

Nak survive kat Gombak sorang2? As a Kuantan student? Oh man.

Nak tak nak, terpaksa lah tanya siapa2 yang tahu kawan2 dorang yang dapat jugak. Dan Puan W *:P* iaitu bestie saya, habaq mai yang kawan dia ni, si Aq ni dapat juga jadi committee utk pertandingan debat tu :)

Ok, lepas tu, saya mengembara lah sorang2 kat Gombak tu, sampai lah TERselisih dengan dia dan kawan baik dia, Puan S, kat depan AIKOL [Law School].

Begitulah cerita kami, see? tak sampai setahun lagi berkawan :)

Masuk semester baru bulan 9 yang lalu, saya ditakdirkan jadi roommate dia pulak. Jodoh kan? :)

Tapi serius, macam dah lama kenai tau ;) Nak-nak bila jadi roommate ni.





Apa yang saya nak habaq sebenarnya ye?

Ok, kami ada persamaan, iaitu anak sulung daripada 4 beradik.

Payung besaq kami sama.

Dia orang Kedah [the best part! :P] so saya banyak belajar terms baru loghat Kedah daripada dia la! Sebab banyak sangat belajar, maka orang cakap saya orang Kedah. Ok perasan di situ :D

Dia orang Sik.

Apa yang best pasai dia ni, dia seorang yang sangat neutral baq hangg :) Sampai saya pernah tanya dia, "Kau ni tak pernah sedih ke?". Perlu ke soalan tu?

Pahtu dia habaq dia kalau sedih dia pendam sorang-sorang. Sweet kan? :P

Tapi dak jugak. Awai2 sem dah menangis sebab kucing feveret dia mati. Memang nangis betul la, macam orang frust ja ceq tgk :)

Tapi seriusly, dia memang jenis tak kisah. Sebab tu suka kawan dengan dia kot [dengan orang pun suka jugak, no offence :)]. Dah lah tak kisah, tak berkira pulak. Pastu boleh diharap.

Oh, the best thing about her are many actually, tapi yang paling memikat hati is, dia seorang yang SANGAT pembersih :D

Malu ok nak compare compartment saya dengan dia. Ok, should not be very descriptive about this. :D

Memang baguih la jadi roommate dia sebab kalau rasa malas nak kemas compartment, pergi lah jengah compartment dia :)





Dia sangat suka+gel gel gel kat kucing. Dia kadang2 tak boleh dengar bunyi kucing mengiau pun -.-







Saya tahu dia suka sangat kamera ni. Haisy, tapi tak cukup duit lagi la nak HADIAHKAN kamera ni kan. so kepada BAKAL suami dia, sila la hadiahkan NIKON untuk dia ye ;)









Dia berkongsi Siwon dengan saya. Ok tipu -.-

*Lelaki ni mesti operate banyak kan? Perfect habis je muka*

#takbolehblah




Oh, dia suka warna putih rasanya. Laptop dia pun warna putih. dia suka GEL beetle ni :)







Last but not least. Dia minat Jung Kook [eh, tak gheti nak gheja aih]

Antara favoritas dia yang saya tahu :)



Happy Birthday Aq, may Allah bless you always :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...