As salam.
Orang cakap waktu cuti ni lah memanfaatkan masa untuk keluarga. Tiba-tiba teringat Isnin lepas, di mana ibu saya seorang yang berpuasa sunat dalam rumah ni :')
Ketika kami makan tengahari, ibu duduk sekali di meja makan.
"Ibu. Janganlah duduk sini. Malulah nak makan depan ibu.." kata saya.
"Allah. Ibu tak heran la." jawab ibu. Hehe. Betul jugak. Macam ibu tu masih kecik dan mentah je lagaknya.
Saya just nak jaga adab orang berpuasa je.
Masa semakin petang. Akhirnya, tiba ke senja.
Setelah mandi+bersiap untuk maghrib, saya terleka sekejap. Tiba-tiba!
"Allah, ibu puasa!"
Bergegas turun ke dapur nak siap mana yang patut. Hamek hang, tak terkejar segala tangan kaki.
Tangan sibuk membancuh tepung untuk goreng pisang tanduk yang manis tu :) Sambil terkejar2 ke freezer mengeluarkan segala ulam [tak sempat nak goreng sayur] yang ada untuk dipotong dan dihidangkan. Sebelah tangan lagi nak panaskan kari ikan yang dimasak tengahari tadi [tak sempat nak tambah lauk]. Air manis lagi. Ya ALLAH semua tak sempat.
Di luar, bacaan al-Quran dah lama berkumandang. Macam mana saya boleh tak perasan.
Tiba-tiba ibu datang ke dapur, dari berkebun di luar gamaknya.
"Eh, akak buat apa ni?"
"Errr. Sorry bu, akak lupa ibu puasa hari ni. Ni baru nak prepare semua ni."
"Ala, ibu tak kesahlah." kata ibu, sambil tersenyum. Terharu.
Akhirnya mak sedara saya sediakan air. Dek kerana saya hanya bertangan dua :D
Alhamdulillah, segala yang dirancang, selesai. Saya dan Ariff [adik bongsu], menemani ibu berbuka puasa.
"Akak bukan apa bu, akak memang nak sediakan semuanya untuk berbuka ni. Yang akak kalut tu sebab, akak duk bayang, macam manalah kalau akak bersuami nanti. Tiba-tiba akak terlupa dia nak berbuka. Ha? Camne? Itu yang akak dok gelak sorang sorang tu." kata saya. Eh. Jauh pulak fikirnya.
"Ha, tau pun! Nanti dah jadi bini orang macam tu lah. Anak nak makan, suami nak makan, semua kerja kita tu!" jawab ibu sambil sibuk mencedok lauk.
Hehe.
Kelakar pula. Tapi itu ayat kaver saya je sebenarnya.
TIba-tiba saya ingat bila saya yang berpuasa sunat. Mesti ibu beriya2 masak kat dapur, macam satu rumah berpuasa. Segala menu saya, diturutkan. Cakaplah apa je.
Itu yang sedih tu, bila turn ibu berpuasa sunat, sunat je pulak tu, saya pulak boleh lupa. Entah amende yang diingat cuti-cuti ni -_- Sepatutnya saya meraikan, masak beriya2 juga. Sebab ibu ni mad'u saya jugak kot :D
Alhamdulillah ibu semakin faham dakwah. Maybe lepas curi-curi baca majalah JOM saya.
Ibu pun dah start baca buku Amr Khaled kot. Dia kata best. :)
Haih, praises back to Allah. DIA juga yang memegang hati-hati kita :)
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment